19 October 2006

Lesen oh lesen!

Tadi aku pegi JPJ Padang Jawa utk settlekan lesen aku. Actually lesen aku BARU mati bulan Februari ari tu (baru ker?..he..he..). Dlm lesen mampus ni pun aku dah balik KB sekali ..pegi Ipoh ..dan pegi ke kelas2 aku kat K.Selangor dan Tg.Malim seminggu sekali tu jgn cakap la.
Sebenarnyer bukan aku x nk renew lesen aku tu tp aku dah kena blacklist coz x settle satu saman JPJ. Aku dah x ingat dah bila aku kena saman ni so aku pegi la dpt kan detail kat Pintu 3 JPJ tu .Rupa2 nyer aku kena saman sebab aku pakai plat keta kilat ..dlm bulan Januari 2005 dulu. So dah nak balik raya ni nak tak nak aku kena la renew jugak lesen aku tu.
Kenapa aku tunggu sampai 8 bulan? Aku ingat kan susah la nak kena bawak ke Puspakom utk check balik keta tu dan disebab kan susah nk cuti tu yg jadi bertangguh2 tu. Tp pagi tadi x sampai 5 minit pun pegawai tu check keta aku dan dia bagi yellow card (kad utk tarik balik larangan penggunaan kenderaan tu). Lepas dpt kad tu aku terus naik atas dan settlekan saman RM100. Yg lambat sikit tadi ialah nk kena tunggu satu jam sebelum nama aku dikeluarkan dr senarai hitam. So last2 dlm kul 9 lebih tadi dan selepas 8 bulan x ader lesen aku pun dpt la balik lesen aku yg baru ...cumer gambar tu jer ntah aper2 coz aku amik kat situ jugak so berserabai la sikit.
Masa kuar dari JPJ tu mata aku melilau cari kot2 ader keta polis ker ..bukan aper sajer nak lalu tepi keta tu utk bagitahu aku dah ader lesen. Kalau masa lesen mampus ari tu nampak kon JKR tgh jalan aku dah gabra dah ...kalau terserempak dgn keta peronda lagi la ..sanggup aku pusing 7-8 km utk x nk berselisih dgn keta peronda tu.
Betul la ..kalau kita tau kiter salah mcm2 yg kiter pikir. Sampai ader sekali tu aku singgah beli air kat Segambut. Masa aku kuar dr kedai stesen minyak tu aku nampak keta peronda dah parking kat sebelah keta aku dan ader pulak sorang peronda tu dok usyar keta aku dr depan. Aku terus masuk balik dan buat2 tengok paper sambil mata aku dok jeling dr dinding cermin tu. Dekat 15 minit jugak aku dok baca paper dan sampai abis semua kerepek kat situ aku belek... sampai budak pam tu pun pelik tengok aku. Bila tengok peronda tu dah x ader kat keta dia aku pun kuar dan buat2 ke tandas ..dah boring giler beb..15 minit dok berdiri gitu jer. Nak dijadi kan citer masa aku masuk ke tandas tu aku terserempak dengan ke-empat2 org peronda tu ..ntah aper yg diaorg buat dlm tandas tu .
Aku buat selamber terus masuk dlm tandas tu ..dekat 10 minit jugak aku memerap kat dlm tu sementara nak tunggu diaorang keluar ..bukan nak buang air pun ...last2 aku dok main game jer kat dlm tu . Dah dekat 30 minit dr masa diaorag sampai tadi so aku pun konfiden la ..polis tu mesti dah belah dah tu. So dgn konfidennyer aku pun terus ke keta aku ..aku sampai aku tengok keta polis tu ada lagi parking kat situ dan lagi teruk nyer aku dah kat tepi keta aku sambil pegang kunci keta bila aku tengok mamat2 polis dah ader dlm keta dan dok jeling aku kat sebelah. Masa tu aku rasa heart bit aku cecah 200bpm. Aku buat muka selamber terus masuk keta dan belah .
Masa kuar dari stesen tu aku jeling kat cermin belakang ..x der pulak polis tu nak follow aku ker nak tanya lesen aku ker....ceeiiikk!
Tu la ..8 bulan beb aku sengsara dgn fobia ke keta polis ni semata2 lesen mampus. So tadi mas akat Federal Hiway aku nampak satu peronda tgh tahan mamat bawak motor. Nk jer aku berhenti tanya "Cik x nak check lesen sy ker ..?" ..he..he..giloooo

No comments: