24 March 2009

ITF-WTF-GTF tournament

Dah la citer psl seni lain ..x abis krg . Lagipun aku nk jadi padi ..alang2 jadi padi baik jadi beras basmathi teurs ..berisi & mahal ..(x gitu Dam?)

Tukar topik..
Special nyer kelas UTM & SMT ni (kelas org lain pun special jgk ..hu..hu..) ialah aku boleh antar student aku ke mana2 tournament anjuran GTF,ITF dan WTF.


Bebudak UTM aku skrg ni tgh dok centralize training utk MASUM June nanti. Sambil2 tu Insyaallah diaorang akan participate dlm TTA tournament. So masa kelas terpaksa la aku meWTF kan diri biler ajar diaorang sparring coz aku x leh la ajar rules GTF ajer ke bebudak tu. Cumer aku galak kan (sometimes aku paksa ..hu..hu.) utk diaorang gunakan style GTF ms lawan WTF coz advantage GTF ialah kaki depan dgn leg control. Bagusnyer dgn sendirinyer bebudak lain dpt belajar 2 teknik dlm satu masa walaupun x der plak aku tgk diaorang apply dua-dua teknik tu dlm sparring hu..hu..

Student SMT plak lepas tournament TTA ni aku akan prepare utk kejohanan TKD MSSD K.Selangor (WTF la klau dah PPD anjur). Last year bebudak tu bawak balik 3 Emas. Bangga diaorang coz Pengetua siap bagi medal masa perhimpunan lagi. Tahun ni ramai yg menang emas tu dah x der tp aku tgk ader plak muka2 baru yg boleh tahan (bukan muka cun tp teknik diaorang la..he..he..)

Minggu ni pun UTM dpt jemputan ke kejohanan TKD ITF UMP (Universiti Malaysia Pahang). Tapi dpt invitation last minute so x dpt la diaorang nk pegi. Bekas student aku ms di UTM ader ngajar di UMP skrg. So ader la contact dgn geng2 ITF kt sana.

So gitu la ..cumer aku sampai skrg terkilan x dpt nk tgk tournament silat Cekak ..hu..hu..alaaa..terbukak topik tu lagi ...

21 March 2009

Silat Cekak-republished

ni Dam & Eizam..aku upload balik citer psl seni lain ni just utk share with others perihal seni Melayu kiter....tp ni entry 2005 ni..hu..hu.

Silat Cekak
Mesti korang pelik bila tetiba ada tajuk Silat Cekak kat blog aku ni..sebenornya tak complete cerita hidup aku kalau aku tak sentuh pengaruh seni-seni lain (selain dari seni lukis..) dalam hidup aku kat UTM Skudai ni. Salah satu nya ialah Silat Cekak.

Kat UTM Skudai masa tu cuma ada 2 persatuan seni yang diikhtiraf iaitu Persatuan Taekwon-do dan Persatuan Seni Silat Cekak dan kita orang berkongsi bangunan persatuan pelajar yang sama. Cuma aku tak berapa boleh masuk dengan group Silat Cekak ni..tak tahu la apasal, mungkin disebabkan incident aku dihalau (yang aku dah cerita kat atas) dan ada beberapa incident lagi terjadi sepanjang aku kenal silat cekak ni la.
Yang still clear kat kepala aku ialah satu incident (byk sgt incident nyer..) ..alaaa satu “kejadian” la kalu bahasa formal nyer, iaitu semasa Majlis Penerangan . Majlis Penerangan ini ialah satu majlis yang diadakan khas untuk Persatuan pelajar memberi penerangan tentang persatuan masing-masing.


Jadi satu malam tu kitaorang (aku dan beberapa member Taekwon-do aku) pun pergila ke Dewan Serbaguna Kg.Cengal ..malam tu turn Silat Cekak memberi penerangan. aku bukannya apa..nak jugak bagi sokongan sambil-sambil dapatkan info tentang silat ni kan ..ye la warisan bangsa kita lagipun jauh kat sudut hati aku..silat still aku punya favourite...aku ulang ..still aku punya favorite.

Malam tu diaorang pun start la dengan menceritakan sejarah penubuhan Silat Cekak Hanafi ni ...cerita punya cerita si pencerita ni pun masuk la bab perbandingan dengan seni lain. Aku yang tengah *ralit (bahasa Kelantan untuk asyik..) mendengar ni terkejut anak beruk (kurang sikit dari terkejut beruk..) bila nama Taekwon-do disebut... aku lagi *terberuk (bukan perkataan Kelantan tapi singkatan untuk terkejut beruk..) bila dengar ayat brader pencerita tu ...

"kita (..Silat Cekak) boleh tepis (kalu kat kampung aku orang panggil “BLOCK”..) semua tumbukan Karate dan kiter boleh tangkap semua kick Taekwon-do!!”...

boleh tangkap??...peghhh!.. aku sendiri pun sampai sekarang (..dah ehh..baru 2nd DAN masa tu) kekadang tak boleh nak tepis kick student aku sendiri. Tapi ye la...mana buleh compare dengan aku....aku tak habis belajar lagi ..

Pas tu geng-geng lain yang kat bawah (brader tu kat atas stage kt rostrum..) pun buat la demontrasi sikit..adala 2-3 orang yang throw kick yg diaorang panggil tendangan Taekwon-do (tapi aku nak panggil kick tu apa pun aku tak tahu coz nampak mcm turning kick tapi ball of the foot menghala ke atas mcm front kick...pas tu dia punya turning tak circular ..so power penetration tak perpendicular dengan target area..haaa.. kan dah masuk saintifik punya terms...ni yg aku malas nak elaborate ni.. ) dan yang paling kelakar nya diaorang panggil tu side kick. ..hu..hu..what the heck??

Anak aku Syamil yang 3 tahun (ni entry 2005 beb..) pun boleh differentiate side kick dan turning kick. Tapi mungkin terminology lain kot..aku nak sedap kan hati aku. So semua kick tersebut dengan selamba nya di block oleh pelatih Cekak tersebut.. penonton pun bersorak la apa lagi ..teror apa ..boleh block kick Taekwon-do.

Aku dan member aku pun gelak sama la.. ye la kita orang tau kualiti kick yang dia orang claim boleh block tu...he..he.. Aku tak nak la sebut pasal diaorang mention punch dari Karate, throwing dari Judo dan mcm-mcm lagi la nanti jadi issue plak. Aku dan geng buat selamber bodo ajer la dan sekali-sekala tumpang gelak sama, tapi kitaorang mula tercabar sikit bila dengar si pencerita tu terangkan cara-cara self defence Cekak yang tidak menggunakan kaki.

Ayat dia lebih kurang cam ni la.. “kita dalam mempertahankan diri tak akan gunakan kaki macam seni-seni lain sebab kalau guna kaki tu dah kira biadap!..” .

Amboi-amboi sedap sungguh kata guna kaki tu biadap...(kitaorang terasa sebab mana ada seni lain yang banyak pakai kaki ...Taekwon-do jer la)..lagi pun kat UTM tu mana ada Karate, Tang Soo Do, Hap Ki Do atau Hwa Rang Do ...

Member aku yang dah merah muka terus bangun dan tanya kat brader tu ..
jadi bang kalau orang tu dah belasah abang, rompak rumah abang, rogol mak abang, bunuh adik beradik abang , abang nak beradab lagi ke..?” .... muka brader tu pulak yang merah aku tengok.. tak payah la aku tulis jawapan dia ..tak habis cerita ni plak.

Aku tak expect la ada budak Cekak @ Jurulatih Cekak yang akan baca blog aku ni tapi kot-kot la kalu ada aku cuma nak bagitahu tu la yg sebenarnya terjadi kat aku (..dan ada yg aku cut sikit utk tak nak over sgt..) tapi aku bukan setahun dua dalam martial art so aku punya judgement ke bebudak yang aku cakap kat atas tadi ialah alaaa..budak2 tu budak hingusan...budak tengah belajar ..so dia punya statement tak represent the whole Cekak.

Sebenarnya aku cukup respect kat Seni Silat Cekak ni ..betul tak tipu punya coz teknik dia simple dan praktikal ...cuma certain incident yang set back kan aku. In fact aku pernah apply nak register masa aku tahun 3 kat UTM KL tapi AJK tu cakap dia kena discuss dengan Jurulatih dia dulu...(ni satu lagi incident..ada ke nak kena discuss..aku serius nak belajar masa tu). Macam pengalaman aku dengan silat kat SMT tu la..aku tak boleh terima mana-mana seni yang kata seni dia jer hebat. Sekarang ni pun aku terapkan kan student aku kalau kita hebat ramai lagi kat luar tu yang lagi hebat dan Taekwon-do ni tak boleh defense semua kick dan tak boleh block semua punch..depends ke kita punya speed dan skill. Dan jangan sekali-kali bandingkan EPAL dgn LIMAU!.

Tapi bila aku kat UTM KL dan bergaul dengan bebudak Cekak UTMKL..perseption aku terhadap Silat Cekak berubah ..(nanti la aku cerita ..).

My wife's fobia

Jumaat-20/3

Aku cuti EL lagi so ptg tu aku call org umah bgth dia aku akan dtg amik dia kt opis. Otw aku singgah kt Menara Faber (tpt kelas PLUS dulu). Aku nk singgah ke kedai stationeries kt tgkt bawah tu coz kt situ jer ader jual ball pen favourite aku .. "LAKNOCK 100(14)". Satu Selangor aku cari dah x der dah pen x kt market. Ntah la ball pen tu memang serasi benar ngan aku...aku ingat bonus pekerja2 Mitsubishi Pencil tu 0.00001% contributed by aku la ..coz tetiap2 2 minggu aku akan beli pen tu.



Aku pun dah lamer x ke Menara Faber tu so x tahu la kedai tu ader lagi ke x coz sejak PLUS dlm proses pindahkan operasi diaorang ke kompleks baru di Subang aku dah buat kelas kt situ lagi dah.


Aku sampai2 tgk kedai tu aku tgk kedai tu still intact..ader lagi dan pen feberet aku pun ader lagi kt situ so aku borong la stok utk 3-4 bulan. OTW kuar aku tgk satu kedai tu dah nyawa2 ikan (byk kedai yg dah nk tutup ...maybe dah x semeriah masa PLUS kt situ kot). Kt cermin kaca kepam kedai tu ader kertas kecik tertulis "Clearance Sales bermula hari ini!". Aku masuk la tgk ...ader la t-shirt dan kasut2 yg dah berabuk kt atas meja tu ..semua dlm RM20-50 jer ..kasut tu x la rosak cumer berabuk jer la .


Tp yg byk nyer bag2 pompuan la. Bila nmpk beg2 tu aku terus teringat kt org umah aku.



So lepas antar maid aku balik Kg.Pandan ptg tu aku bgth la org umah aku.


..."td ms kt Faber Tower ader kedai jual beg murah ..clea.." belum abis cakap lg org umah aku kt belakang dah melompat ..(nasib baik keta aku x der sun roof klau x mau dia tercampak kuar ikut sun roof tu ...




"KAT MANA!.." .... tanya org umah aku separuh menjerit ..errr..betul2 menjerit kot.. Elok2 Qistina tgh tido kt dalam bakul terus terjaga balik budak tu coz terkejut.


Memang org umah aku ader dua benda yg dia betul2 fobia bila dgr.. iaitu dgr aku ader affair ngan pompuan lain (which is nonsense hu..hu..aiikk pesal idung aku makin panjang ni ..) dan dgr ader jualan murah beg!.


So bila dengar pasal tu terus dia ajak aku pegi tp hari tu x spt la coz aku lalu depan Tmn Desa tu pun dah mlm. Tgk la esok lusa aku bawak la org umah aku ke sana kot.

Pak Long aku..

2 minggu lepas masa Mak Su aku ninggal dia tgh siap nak balik KB utk melawat abg sulong dia (Pak Long aku) yg tgh sakit kt USM Kubang Kerian. Tapi aleh2 dia yg pegi dulu. Pak Long aku ni sebenarnyer dah lamer dia sakit cumer semenjak 2-3 minggu ni keadaan makin teruk dan sepupu2 aku gilir2 balik jaga Pak Long aku kt KB.


Sebenarnya adik2 beradik arwah mak aku cumer 3 org ni jer. Arwah mak aku dah 3 tahun lebih x der dan adik bongsu dia bulan lepas so tinggal Pak Long aku ni lah satu2 nyer yg tinggal. Aku memang rapat dgn keluarga Pak Long aku ni coz kitaorang membesar sama2 di Lorong Aman Bt 2, Jln Kuala Krai. Samer2 main roundes , baling selipar dan susun tin kt depan rumah kitaorang.



Aku plak tetiap minggu ader jer keje yg menghalang aku dr balik KB. Trial tgh jalan la, Pre-Production Exora baru start la, ader management meeting la dan beribu alasan lain lagila yg timbul. Org umah aku jgn cakap la ..tetiap hari dok bebel suruh aku balik jenguk Pak Long aku tu. So bila dpt call yg keadaan Pak Long aku kritikal 2 mlm lepas, dan kebetulan kereta sepupu & adik aku kosong so aku terus la ikut diaorang balik. Aku balik srg jer. Nk bawak satu family kena balik satu keta plak. Bimbang aku takut x sempat jumpa Pak Long aku ni.



So mlm tu aku konvoi 3 buah keta dan aku niak Rondo adik aku . Nasib baik cuti sekolah so abg aku yg kt Jerantut tu ader kt umah so ader la tpt utk aku lepak. Kul 1 tgahri baru aku dpt tgk Pak Long aku dlm ICU. Memang klau x der nama kt katil tu aku dah x kenal dah. Lain betul. Aku x leh nk tgk lamer2 ..sayu ...dia still x sedar lagi dan aku tgk muka dia lebih kurang arwah Tok Wae aku ms ninggal dulu..teringat yg aku x spt balik masa arwah meninggal dulu. Terkilan tu sampai sekarang aku rasa...dok layan sgt sibuk keje dunia yg x pernah abis ni.
Mlm tu aku terus balik KL dgn abang aku. Esok aku ingat nk masuk opis lagipun Sabtu ni ader grading kt MMC dan Ahad aku ader kelas(sibuk lagi???).
So kepada kengkawan2 dan student2 aku yg ader lagi mak ayah ni gunakan la masa yg ader ni utk jaga diaorang dan selalu2 la lawat diaorang. Nak ikut kan sibuk keje ..memang x akan abis. Kekadang kiter jer yg buatkan keje tu jadi penting.

16 March 2009

Persamaan vs Perbezaan

Masa kelas UTM Khamis lepas Syamil student aku kt UTM sms aku sebelum tu mintak aku train diaorang sparring mlm tu. Aku macam org mengantuk disorong bantal la ....memang dah lamer x spar ngan bebudak tu.



So mlm tu aku ke UTM ngan objektif utk fokus ke free sparring. Mlm tu ader lak foreign student dr Mainland China join kelas aku. X tahu lak aku yg UTM dah ader student dr China ..zaman aku dulu student Iran, Bangla ader la. Mamat Cina srg ni mcm excited giler jer aku tgk. Dan mlm tu terpaksa la aku ngajar dlm full English since dah ader foreign student kt situ pastu terpaksa broken kn English tu plak ..proper manner bebudak tu x leh tangkap hu..hu...



Cut it short . Kelas aku kt UTM ni most of black belt kt situ ialah pure WTF so faham2 ajer la the way WTF & GTF spar. Dan aku anggap tanggungjawab aku la untuk mengadun kan dua2 style ni jadi satu dan memang yg tu pun aku buat selama ni. So mlm tu aku buat free sparring session ..mixed WTF & GTF & ITF student so x der la diaorang lawan sesama teknik.



Aku x der masalah dgn cara bebudak ITF @ GTF fight coz elements of control tu dah ader (kecuali yg betul2 junior). Cumer bila Budak WTF (srg dua jer..) sparr diaorang start main hayun. Aku jarang pakai sparring gear masa kelas biasa so bila diaorang dah start main hayun macam la diaorang pakai vest aku terus la bg command stop. Main hayun satu ..main kick ke belakang pun satu hal lagi. Bila aku tegur x boleh kick ke belakang budak WTF tu mintak maaf dan bgth aku yg sekarang ni WTF dah boleh kick ke bhg belakang badan sebab vest yg baru sekarang dia cover sampai belakang tu sebab dia asyik nk kick belakang jer tu.



So aku tanya la dia balik ...

"sekarang kamu pakai vest ke?"


terus diam budak tu. Aku bgth la ..aku x der langsung ..diulang X DER langsung offend ke WTF ni. In fact aku galakkan bebudak lain tiru the way WTF hayun turning kick dan the way diaorang buat leg shifting during sparring. Tapi bila bare foot..x pakai vest lagi ..diaorang main hayun jugak aku rasa x betul la. Dan kick ke bahagian belakang tu bg aku lagi la x berapa betul la klau memang dah dibenarkan. Walaupun ader vest tu cumer boleh mengurangkan impact jer ..tp sasaran tu tetap ke bhg spine kiter. Ehmm..x tahu la mcmn diaorang boleh luluskan kick to the back ni (klau betul la dah dibenarkan..klau salah tolong betul kan aku balik..).





Aku perasan budak tu rasa x selesa bila aku dok cakap ni x boleh tu x boleh ... so utk trap dia ..dan nk tahu aper yg terbuku kt dada di aku pun tanya la ...


"OK ...ader perbezaan x WTF & GTF?.."



dan (mcm yg aku expect) ..laju jer budak tu jawab ...


"ader sir..banyak..."

aku umpan lagi ..

"contohnyer..?"



budak tu pun dgn panjang lebarnyer cuba la explain ..kick dia lain , stance ni susah , command ni lain dan mcm2 lagi la. Sebelum habis dia cakap aku potong.



"Kalau kamu cari perbezaan WTF & GTF @ ITF kamu akan jumpa beribu perbezaan dan apa yg kamu akan dapat?..kamu akan rasa diri kamu ngan GTF & ITF semakin jauh dan rasa semakin x selesa dan end up kamu akan start buat kelas sendiri dan last sekali bila dah x der member kamu akan terperap dok srg2 kt bilik.."



Dan lepas tu aku suruh dia bgth apa PERSAMAAN WTF ngan GTF. Dia pun sebut la few ..tp susah la jugak dia nk mencari persamaan tu.





Sebenarnyer yg membuat kan susah dan senang tu ialah niat kiter tu. Kalau kiter memang dr awal dok cari perbezaan memang la perbezaan la yg kiter nmpk tp klau kiter nk cari persamaan ..persamaan la yg kiter akan terima. Dengan kater lain KITER NAMPAK APA YG KITER NAK NAMPAK. Kiter x cuba cari aper yg kiter PERLU nampak. Tu yg silap.



Samer cam kes student aku tu...tp aku x salah kan dia la ...cikgu dia pun x salah . Dan sparring dia pun not bad cumer dia ni x berpeluang untuk ditrain sbg GTF & ITF fighter so minda dia still on the WTF side la walaupun dlm kelas aku.




Byk benda yg aku suka ngan style dia ni cumer ader satu perkara yg aku tegur actually iaitu the way dia hayun swing kick tu. Dia punyer swing memang aku akui laju dan kuat (with full force) , tp ke naked body without vest. Giler klau kena kt floating rib mau terkehel 2-3 btg tulang tu.



So aku cakap kt dia ...




"kalau nk kira full contact ...kick kamu tu klau zaman sy dulu tu kira yg paling slow la!" .




Betul...aku pernah rasa dan buat yg lagi kuat tp dgn proper "protection" la. Saper la aku nk berlagak hebat bab2 ni tp cumer nk bgth dia yg aku dulu lawan lagi teruk (ehmm..bukan TKD la ..) tp masa tu dgn full "protection" walaupun without gears. Masa tgh giler dulu memang aku x puas ngan sparring style TKD. Aku x suka nk kena pull back dan light touch ..x leh guna tangan dan what so ever la. So aku cari tpt dimana aku boleh sparr ngan full blast. So aku jumpa la tpt tu kt Ampang (aku x nk la citer psl tu kt entry ni ..).




Masa tu klau balik x lebam2 memang x sah tp puas. Tapi bila fikir2 balik time kiter muda ni OK la ..tp aku nk pakai lamer pinggang aku ..lutut aku so start dari tu aku slow down sikit . Lagipun biler satu malam tu aku terexperience "benda" lain dlm guru aku tu ...errr...tunggu la next entry hu..hu..



Berbalik ke kes td, aku cumer nk sampai kn ke student2 WTF tu yg peri pentingnyer control dlm sparring tu ..bukan sajer utk ngelakkan injury ke lawan tp injury ke kiter la jugak. Ramai aku jumpa fighter2 WTF yg belum sampai 30 an lagi dah retired coz lutut dah injured. Tapi aku jarang jumpa injury tu dlm fighter2 GTF @ ITF (bukan x der ..tp x ramai la). Pun still ..aku x condemn cara WTF dan totally no offend to them coz beribu lagi WTF yg train tp x injured pun...tp maybe ader slack here and there dlm pembelajaran budak2 tu. Dan tanggungjawab instructor la utk betul kan keadaan ni.




Tapi kalau masa sparring x boleh tu x boleh ni aku rasa x betul la jugak. Baik ajar student kiter main congkak atau batu seremban jer ..x sakit pinggang..x sakit lutut ..tul x? Ader masa2 nyer kena la bagi diaorang rasa sikit sakit tu ..baru diaorang tahu dan boleh belajar dan next time boleh la ngelak. Kalau dah baru nak hayun sikit dah kena warning , baru bersentuh hidung sikit dah kena Kam Jung Hana aku rasa tu x nolong majukan seni ni. Nanti tournament free sparring TKD akn boleh buat sambil pakai kain pelikat dan baju melayu siap bersongkok ..ye la ..dah x bleh angkat kaki..x boleh nk punch ....fikir-fikir kan dan selamat beramaaalll..

14 March 2009

Hadiah Misteri-Petronas

On the way ke umah mak mertua aku, aku akan lalu stesen Petronas Kg.Subang dan semlm aku terpandang banner besar tertulis ..

"Hadiah Misteri dengan setiap Rm30 isian!!" siap ngan gambar kotak besar beriben.


Aku yg x plan utk isi minyak coz baru isi semalam ni pun terus belok masuk ke stesen tu.

"Waaa ..ader hadiah misteri la ...kiter isi la Rm30 .." ..aku bgth umah org. Org umah aku plak yg memang fobia bila tgk benda2 misteri dan free ni terus jer la setuju.


Aku pun pegi la ke kaunter ...aku bgth nk isi RM30 dan aku bg note RM50. Bangla tu pulangkan RM20 ...aku tunggu jer la kt situ utk hadiah misteri tu. Aku tgk Bangla tu buat donno jer ... So aku tanya la
"Bai ..mana hadiah misteri nyer?.."

Bangla tu buat2 x paham dia tanya aku balik ..hadiah apa?
Aku pun tunjuk la kt banner yg besar gedabak tu ...

"Tu!..kater dpt Hadiah Misteri klau isi RM30 ....so mana hadiah nyer!? "

Bangla tu dengan muka x bersalah nyer capai botol air mineral kecik yg berharga 80sen kt bawah kaunter dan bagi kt aku. Aiikk x kan la hadiah misteri nyer air mineral jer ...kater aku dlm hati la tp aku amik jgk la ...walaupun rasa nk tonyoh jer muka bangla tu ngan botol air mineral tu. Dah la x misteri langsung pastu klau x mintak x bagi la. Ni semua marketing plan penipu la ni. Aku x expect Petronas Dagangan boleh buat keje2 cam gini. (Oopppss skrg x boleh nk komen lebih2 dlm blog nanti kena ngapp..hu..hu..)

Aku respect ngan stesen minyak Esso kt tepi Federal Hiway ari tu. Dengan x der promo aper2 tp diaorg bg magnetic clip dan few items lagi as a token bila isi lebih RM30.
Aku bukan nyer kejar sgt hadiah tu dan klau x der apa2 hadiah pun memang aku akan isi jugak minyak kt situ cumer bila dah iklan mcm tu rasa tertipu la dan etika yg jaga kaunter tu pun satu hal ..klau kita buat x tahu dia x akan bagi punyer.

Apa salah nyer terang2 tulis kt situ

"Percuma mineral water yg berharga lebih 50 sen untuk setiap isian RM30 dan kalau anda x mintak kami akan buat senyap!.."

Bukan KALAH tp BELUM LAGI MENANG!

Khamis - 5/3/09 (entry ni terperap dlm "draft" ..hu..hu..)



Kelas mlm ni aku reserve utk buat post mortem performance bdk2 MMC yg ke Penang hari tu. Ooppss..lupa nk bgth . Diaorang (11 org yg perticipate..) bwk balik 3 emas, 4 perak dan 3 gangsa. Bg aku not bad la dpt bwk balik 10 medal dr 11 peserta. Cumer aku frust coz ader 2-3 medal yg aku rasa dh dlm tangan tp sebab x cukup training dan stamina medal tu terlepas gitu jer.. p/s : aku malas nk sentuh dr segi judge yg x bertika coz benda ni dah jadi benda lapuk..x kan boleh abis punyer so baik aku fokus ke benda2 yg boleh budak2 aku improve.



Soalan standard aku klau masa post mortem ni ialah ...



"Kenapa kamu rasa kamu boleh kalah? " ..atau pun ..



"macamana kamu boleh x menang?.."



Aku x kan tanya ..."Eh..Abu mcmn kamu boleh dpt Gold erk?" ..atau pun ..



"Cuba ceritakan sikit apa yg membuatkan kamu menang?.."



Bagi aku soalan2 gitu akan membuatkan bebudak rasa complesant dan puas hati dan x akan memotivatekan diaorang sgt utk usaha lg gigih. So aku suka reverse psikologi dgn tanya kan naper diaorang x menang ... naper x leh kalah kn lawan diaorang...kt mn silapnyer pattern diaorang... dsbgnyer la. End up dgn aku akan dgr mcm2 alasan yg menjurus kepada kelemahan diaorang. So aku akan kupas balik kelemahan2 tu dan bg tips2 utk diaorang atasi kelemahan tsb. Dan bg yg menang pun aku akan suruh diaorang anggap diaorang menang pun sebab lawan diaorang kali ni semuanyer lembab2 atau judge yg bias (hu..hu..jahat aku..) so by luck ajer la diaorang menang ..so dgn kater lain usaha utk improvekan diri tu still kena buat.


Dan jawapan yg aku x leh terima pulak?...aku pantang dgr alasan klau diaorang kalah sparring ..,

"alaa sir ..mcmn sy nk menang?..dia lagi laju dr saya..". ..kick dia gaban lajunyer sir..". ..

"sy kick mcmn pun kaki dia mesti sampai dulu kt sy..." ...

"kaki dia lagi panjang sir.."


dan lain2 lg la yg seumpama dgn nyer. Iaitu jawapan (alasan sebenarnyer..) yg lebih kpd menyalahkan lawan diaorang lagi BAGUS dr dia tu sebab dia kalah. Which is bg aku ni totally WRONG!. Kiter boleh bg 1001 alasan kenapa kiter kalah tapi kiter x cuba cari 1001 cara utk jadikan kiter pemenang.



Kiter (real fighter..) x boleh gunakan alasan lawan kiter lebih tu dan lebih ni utk kiter kalah. Sebaliknyer kiter patut tgk dr persepektif positif . Contohyer...drpd kiter dok kater lawan kiter lagi laju baik kita kata

"aku yg slow ..bukan dia yg laju.."...

"aku yg lembab ..x block tu sebab kick dia boleh sampai ke muka aku .."

...atau pun ..

"alaa...kaki aku yg pendek tu sebab kaki dia sampai dulu kt aku..".


Dengan berfikiran cam tu kiter akan gandakan latihan utk tambah speed kiter..(utk panjang kan kaki x der la ..hu..hu.). Tp kalau kiter dok fikir lawan kiter yg lagi laju apa yg kiter boleh buat? ..Nak suruh dia main pelan2 sikit?..nak suruh dia kick slow2?....jgn harap la. Dgn kater lain ...Nothing we can do to our competitor but LOTS of thing we can do to ourself.. Buat per nak penat kan kepala nk fikir aper yg lawan kiter buleh buat kt kiter? Baik kiter fokus ke apa yg kiter buleh buat kt diri kiter utk jadi lagi baik dr lawan kiter!.



Aku ...dgn saiz seciput gini ..hu..hu.. kalau nk harapkan nasib jumpa yg main lembab2 baru nk menang ..jumpa yg kaki lg pendek dr aku baru nk menang memang sampai 7th DAN la aku x kan menang. So dr first tournament aku dulu (July 1989...)...aku memang akan tukar aku punyer "kelemahan" (x baik ..Tuhan dah bg saiz cam gini kan ?..hu..hu..) tu kpd ADVANTAGE. Kalau dlm ASIAWORK ..kiter panggil "convertion of Victimize to Responsibility". Maknanyer ..setiap kali aku jumpa lawan yg lagi besar (which is MOSTLY ..) aku akan anggap aku lg kecik so aku akan lg laju...dia lg besar so "A" dia lagi besar ..("A" tu luas permukaan la..). Dan yg paling jahat lagi ..aku anggap semua lawan yg lagi besar dr aku akan lagi lembab dari aku hu..hu.. So bila ref shout "Se Jak!" jer.. moral aku utk fight akan at least 20-30% lagi tinggi dr lawan aku. Tambahan lagi aku selalunyer under dog so x der aper yg aku nk rugi sgt kalau kalah pun.

Tapi yg PALING penting yg kiter kena ingat ..sparring bukan pakai kaki tapi pakai otak.. klau kaki panjang 4 hasta dan speed sampai 1 MACH pun tp otak saiz otak burung unta x der gunanyer..




Satu lagi yg aku selalu ingatkan student2 dan fighter2 aku. Semua lawan kiter sama jer...kaki diaorang dua (lain la klau ader 3 atau 4 kaki..kaki yg pendek satu lagi tu x kira arr..), diaorang makan nasi kiter pun makan nasi, diaorg main TKD kiter pun main TKD ..lain la klau main batin hu..hu.. Satu lagi klau jumpa higher rank. Aku selalu perhatikan muka student2 aku masa mula2 diaorang jumpa lawan diaorang ..masa nak start bout..klau diaorang jumpa belt yg lagi tinggi (Yellow jumpa red ker..) nmpk sgt moral diaorang dh drop. Macam la belt tu yg menentukan gaban mana skil diaorang? Tu yg aku kekadang sengaja suruh student aku yg low rank pakai Red belt ms sparring event ..sajer nk psiko lawan ..he..he..



Tapi biasa la ..siapa x nervous masa tunggu ref tu bg signal "Se Jak!" kan? Aku x der la sampai "jauh " sgt dan expert sgt dlm tournament2 ni ..tp klau tanya senior2 dan fighter2 yang lagi berpengalaman cam Mr Khaldun, Eizam dan Hj Shaiful aku rasa jawapan diaorang pun samer. Segaban mana kiter pun akan ader terdetik rasa "nervous" tu walaupun kiter tau kiter boleh menang bout tu. Cumer by experience cam kiter Insyaallah boleh overcome nervous tu so x akan nmpk sgt la kt mata lawan kiter.



Last sekali aku suka guna ayat ni utk student2 aku yg x menang atau x pernah menang... "Kamu bukan kalah tapi BELUM LAGI MENANG.." so usaha lagi Insyaallah kemenangan tu gerenti akan menyusur. Peghhhh... mcm slogan penutup acara Rally Amway pulak ..Bersama Kita Berjumpa DiPuncak Jaya he..he..

11 March 2009

Tournament bawah 16 tahun ....sedih...

Last week, aku terima email dr Ibrahim regarding kelulusan utk penggunaan tgkt 40 Menara PNB utk kejohanan bawah 16 tahun DTA. Tgk title dia jer aku dh dpt agak dah ...Dukacita dimaklum kan...bla..bla..



Dusss...serba salah aku . Terus aku send email try utk buat rayuan (x der la merayu sgt sebenarnyer ..hu..hu..) . Aku cumer nk tahu reason dia jer coz before ni aku x pernah ader problem ngan pengurusan PNB. So betol la tekaan aku ..diaorang ader function lain pada tarikh tu . Tapi yg aku frust sket coz lewat sgt diaorang nk buat keputusan. Klau awal2 aku tau x der la aku nk war2 kn tournament aku ni ke kengkawan.


So utk kengkawan yg dah prepare utk ke tournament ni ..Noordin, Adam, Eizam, Rodzi, Mr.Khaldun, Napi, Hj.Saiful terutamanyer dan Ewan Pertama aku mintak maaf berbyk coz ni diluar kawalan DTA la. Terpaksa aku announcekan kt sini tournament ni terpaksa ditunda. Aku amik masa seminggu utk bgth ni coz aku try gak utk cari alternatif dan try push PNB lagi tp x dapet jugok. Aku faham ader yg dah tempah bas ..dah buat loan bank rakyat utk dtg ke tournament aku ni...bebudak SMT aku pun dah dpt perlepasan PPD dan bas pun dah hu..hu..sedih wooii.. Aku nk gagahkan cari venue lain masa dh suntuk sgt dan klau tpt lain of course la $$$$ nyer x terlarat nanti.
Tapi Insyaallah ...aku x kater tournament ni diBATALkan tp aku mintak tangguh sehinga ke tarikh yg akan ditetapkan kemudian. Kepada kengkawan yg aku dah sms tu ok la tp maybe ader yg x terima sms aku so harap maklum la semua.

08 March 2009

Takziah utk aku...

Jumaat - 6/3/09 .

5.45pm...Aku on the way ke DRB HICOM HQ utk majlis Maulud Nabi bila cousin aku Melan call aku. Aku tgk call dr dia pun aku rs x sedap hati dah dan bila dia sebut Su Seremban (panggilan utk Maksu aku kt Seremban) aku mcm dpt agak dah apa yg dia nk bgth. Dia bgth dia receive call dr Anor (sepupu aku ..anak mak su aku tu) bgth Su dah x ader. Dia meninggal kul 5.30pm td.

Sebab dia meninggal aku x dpt lg masa tu. Terus aku kansel utk ke DRB dan nasib baik aku memang dah otw so terus jer la aku balik. Aku bgth Zahari adik aku dan org umah aku utk siap ke Seremban kejap lagi.

Actually adik2 beradik arwah mak aku cumer 3 org jer. Dan yg ni kira makcik aku yg paling rapat la dulu selain dr pak long aku yg kt KB tu. Syira plak klau nk ingatkan rupa Maksu aku ni mesti dia ckp "oo..yg rupa macam Tok Mek tu ye.." . Memang Su aku ni sebijik mcm arwah mek aku tu yang mlm tu masa tgk jenazah arwah aku x leh tgk lamer....teringat ke arwah Mek aku. Penyakit dia pun lebih kurang ..package kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi.


Aku tinggalkan keta aku kt Bukit Mahkota dan terus naik Rondo adik aku ke Seremban. Dan yg lagi sedih nyer bila aku sampai jer ke rumah Su aku tu , Anor bgth "Mak dok ajak pegi rumah Abg.Pudin ..dia kater dia x pernah sampai lagi ke rumah Abg.Pudin..). Memang sejak aku pindah ke Bkt Subang mak su aku ni beriya2 nk dtg umah aku tp x pernah sampai2.

Moga2 arwah Mak Su aku dicucuri rahmat ....Amin...

Senarai kelas TKD di Selangor

Last 2 weeks ader lg org call aku tanya pasal kelas TKD utk anak dia. Tp aku bukan nk citer psl kelas ni tp kes ni buat kn aku terfikir utk share ngan member semua.


Ikut kater En.Jasni ni (yg call aku tu..) dia dah 2-3 bulan dok cari kelas TKD yg terdekat ngan umah dia (dia tgl kt Pinggiran USJ ni jer …belakang kilang aku). Dah puas dia surf internet utk search kelas2 ni tp x ader. Even dia pernah call GM Dato’ hu..hu..tp x angkat (Dato’ biasala mn angkat no yg dia x kenal..). So lastly dia terjumpa contact no aku kt dlm Martial Art Directory. Aku dah x ingat dah bila aku register akademi aku dlm tu.


So the point is ….x der ke MGTF nk support kelab2 & akademi2 dan sekolah2 ni utk buatkan satu directory yg senang org nak search. Contohnyer ..tekan “List of classes” maka berderet la keluar senarai kelas2 dan nm instructor serta contact no nyer sekali. List tu x susah nk buat dan gunakanla MGTF web tu sendiri utk display senarai kelas jer. TAPI jgn complicatedkan search tu sampaikan guest terpaksa register dulu pas tu nk kena bukak 10-16 pages baru la buleh jumpa listing tu. MGTF buleh support dr segi verification & validate genuine of the classes so that x der la sesaper jer buleh letak kelas dia.



Ader byk medium utk link kan listing tu. Aku pernah join Mudah.com dan dlm masa sebulan byk jgk la dpt inquiry call. Dan aku pernah terbaca dlm MGTF forum (ehmmm ..lamer dulu la ..sebelum kena delete hu..hu..) psl listing kelas ni tp tu utk members MGTF dan lay man yg x pernah kenal MGTF x kan la dia buleh search terus MGTF web. Dia mesti akan type “Taekwondo class/selangor atau taekwondo selangor” …so pandai2 la search engine tu nk bawak dia kemana.


So aper yg aku boleh contribute? Aku akn mulakan data base aku sendiri. Start dgn mtk kengkawan update kn kelas2 diaorang dan aku akan publishkan dlm blog ni dan web DTA dibawah title ‘List of Taekwondo Class in Selangor” . So bila sesaper key in Taekwondo List atau Taekwondo Selangor atau Taekwondo Class sure diaorang akan terlink ke title tu.
So amcam kengkawan? Email la kt aku list kelas list of classes yg mana aku tahu dulu …contohnyer Subang – Aku, Gombak-Adam, Shah Alam-Eizam, Rawang-Noordin, Tg.Malim Ewan/Pertama, Sepang/Bangi -Rodzi, PJ-Khaldun dan ramai lg la .

Journey called LIFE

This IS EXCELLENT....


A mouse looked through the crack in the wall to see the farmer
and his wife open a package.
What food might this contain?'
the mouse wondered - - - he was devastated to discover
it was a mousetrap.

Retreating to the farmyard,
the mouse proclaimed the warning :
There is a mousetrap in the house!” ”There is a mousetrap in the house!!”

The chicken clucked and scratched,
raised her head and said,

Mr.Mouse, I can tell this is a grave
concern to you, but it is of no consequence
to me. I cannot be bothered by it
…”

The mouse turned to the pig and told him,
There is a mousetrap in the house!” ”There is a mousetrap in the house!!”

The pig sympathized, but said,
I am so very sorry, Mr. Mouse,
but there is nothing I can do about it
but pray. Be assured you are in my prayers
…”

The mouse turned to the cow and said,
There is a mousetrap in the house!” ”There is a mousetrap in the house!!”

The cow said,
Wow, Mr. Mouse.
I'm sorry for you,
but it's no skin off my nose
.”

So, the mouse returned to the house,
head down and dejected,
to face the farmer's mousetrap . . . alone.

That very night a sound was heard
throughout the house -- like the sound
of a mousetrap catching its prey.

The farmer's wife rushed to see what was caught.
In the darkness, she did not see ..
..it was a venomous snake whose tail the trap had caught.
The snake bit the farmer's wife.
The farmer rushed her to the hospital,



And days later she returned home with a fever.


Everyone knows you treat a fever
with fresh chicken soup, so the farmer
took his hatchet to the farmyard
for the soup's main ingredient.


But his wife's sickness continued,
so friends and neighbours came to sit
with her around the clock.
To feed them,
the farmer butchered the pig.


The farmer's wife did not get well;
she died.


So many people came for her funeral,
the farmer had the cow slaughtered to provide enough meat for all of them.

The mouse looked upon it all from his crack in the wall with great sadness.



So, the next time
you hear someone is facing a problem
and think it doesn't
concern you, remember ----
when one of us is threatened,
we are all at risk.

We are all involved in this
journey called LIFE.
We must keep an eye out for one another and make an extra effort
to encourage one another.
REMEMBER. . . . EACH OF US IS A VITAL THREAD IN ANOTHER PERSON'S TAPESTRY;
OUR LIVES ARE WOVEN TOGETHER
FOR A REASON.
One of the best things to hold onto
in this world is a FRIEND

07 March 2009

Takziah utk Asmir

Pagi Isnin lps balik dr Penang hr tu aku terima sms dr student aku Asmir bgth ayah dia tenat. Actually masa kt Penang tournament UiTM tu dia dh bgth ayah dia masuk hospital. Tapi aku x la expect teruk sgt. Aku cakap kt dia .."laaa..kalau ayah sakit naper ikut ke Penang ni?.." . Dia cakap Jumaat tu x teruk sgt ..bapak dia masuk hospital pun hr Ahad . Ehmm..kalau aku tahu bapak dia tgh sakit x der la aku nk ajak dia ke Penang tu.

Aleh2 petang tu dia bgth ayah dia dah meninggal!. Terkejut gak aku coz pakcik Abdullah (ayah Asmir) ni memang aku selalu jumpa dan dia byk support aku. Masa DIT 1st dulu pun dia yg bawak aku jumpa Dato' Mokhtar Dahlan utk mintak sponsor.

So Takziah kepada Asmir dan keluarga dan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.

06 March 2009

Form 4 SMT

Rabu - 4/3/09...

Aku ke SMT utk kelas yg pertama dgn pelajar2 baru. Ikut kater cikgu Noraida tu budak form 4 ader 18 org jer. (intake kali ni cumer 185 pelajar jer..so 18 org dr 185 kira 10% jugak tu..).

So kul 8.50pm mcm biasa aku dh sampai kt dewan (mlm ni kitaorg train kt dewan coz ruai dah start form 4 gunakan utk PREP.

Kul 9 lebih semua dah sampai dn aku tgk ramai gak budak form 5 yg turun. Total mlm tu 42 org turun training dan klau nk kira 22 org budak form5 kira dah ramai tu coz tahun2 sebelum ni klau masuk jer form 5 jumlah dia akan drop tgl belas2 jer. Ader gak 2-3 org bekas2 WTF dan student cikgu Rosli Sabak Bernam.

So bdk2 dh OK cumer aku jer la yg x brp OK coz nk kena cari srg dua lg assistant utk tlg aku. Bukannyer x bleh ngajar 40 org tu . 400 org pun boleh ..tp x leh fokus la. Klau stail pegang wisel kt depan dok Preep!..Preep! memang la boleh. Tapi aku nk fokus...nk kena separate junior & senior...nk pegi srg2 baru la bdk x boring dan barula puas ngajar.

Aku try ajak Fairus utk ikut aku tp mlm tu dia ader function lak. Tgk la ..next kelas next week saper yg aku boleh bwk. Actually bukan x der black belt kt kelas tu. Ader 3 black belt WTF tp aku tgk level budak2 tu junior sgt...byk lg yg diaorang kena polish...lagipun diaorang bayar yuran utk belajar ngan aku bukannyer utk tlg aku ngajar. Sekali sekala suruh diaorang tlg amik warm-up tu aku rasa boleh la.

02 March 2009

Tournament DTA below 16

Lepas abis kejohanan TKD Jemputan DTA/UTM last year aku btol2 dah give up utk organize tournament lg...bg aku terlampau banyak politik dlm dunia TKD kt Malaysia ni. Org umah aku pun memang dr kejohanan yg first dulu lg dia dh x bg buat lagi bila mengenangkan lepas kejohanan tu aku anak beranak yg terpaksa bersengkang mata kemaskan dewan, settlekan bil dan yg paling sedih biler tgk a/c bank dah makin susut hu..hu..

Tapi biler kengkawan dok tanya jer biler DTA nk buat tournament lg? Aku rasa serba salah. Last 2 years aku pernah organize low cost tournament utk below 12 years (just utk habiskan medal aku yg x abis tu..) kt PNB. Sambutan nyer Alhamdullillah ramai kengkawan yg dtg nolong. Dan last month biler Rodzi tanya aku x buat tournament ker? Aku terus terang cakap klau ader yg nk sponsor aku buleh buat ..aku dah x larat dah nk tanggung kos dia. Bab nk organize dan cari peserta tu aku x der masalah cumer bab sponsorship ni yg aku jadi malas.

So biler dia kater dia buleh tolong coverkan kos medal aku cakap OK la aku akn buat tp below 16. Venue aku still opt PNB coz tpt tu ader byk space dan full aircond dan the most important its FREE. So aku start base job ..hantar letter ke PNB, MGTF (tp aku x sure sir John dpt ke x?..aku pun bangang x follow up ngan dia hu..hu..).

Tarikh yg aku pilih ialah hujung bulan March ni coz aku rasa hujung bulan April M.Yeow akan buat tournament dia. Aku x nk kacau la tournament dia nanti dia kater aku sabotaj dia plak ..walaupun aku x der niat langsung utk x nak sabotaj dia hu..hu..


Dlm aku dok slow2 hebahkan ke kengkawan, byk plak response yg aku terima. Sampai ke Trg pun response. Dlm pd tu tup-tup aku terima sms dr M.Yeow ..TTA tournament akan diadakan pd 5 April ..laa tu seminggu lps tournament aku. Dah..kacau ...confirm dia akan ckp aku sabo tournament dia padahal aku x tahu langsung dia akan buat tournament pd tarikh tu.

ehmm...tp aku fikir gak ..tournament aku ni tertutup jer...dan aku x kacau pun bebudak TTA (lg pun diaorang x pernah pun join atau dtg tlg tournament aku ..) so aku x nmpk tournament aku ni akan menguggat TTA. Yg nk dtg tolong pun kengkawan aku jugak ...ehmm maaf cakap la . Tahun lepas masa DIT ke 2 kt UTM berapa kerat jer org2 MGTF yg turun ke UTM ? Selain dr Dato' dan Master Amir dan Master Chee aku x nmpk yg lain. Yg dtg support aku asyik2 muka samer ...muka kengkawan aku tu jer. Oh ye...maybe tiket bas abis kot utk ke Jln Semarak hu..hu..

So dgn kater lain ...aku buat tournament ker x buat ker response dr diaorg2 ni samer jer...so x menjadi kudis klau aku buat pun kan?

So aku nekad....Proceed with tournament aku pd 29/3/09!


Last week plak aku dpt tahu Mr.Nanda akn buat close tournament utk group dia pd 28/3/09. Laaa...memang la x akan kacau aku punyer tournament tp x dpt la member2 BAIK aku dr utara tu nk dtg tolong aku nanti. So ...aku bg dateline sampai Rabu ni utk aku confirmkan dgn PNB psl availibility of the tempat dan utk aku confirmkan DATE . Samada perlu dipospon atau proceed. Dan klau aku pospon pun just for the sake of member2 aku kt Utara tu ader tournament dan bukan atas sebab2 lain.


Wassalam...

The more the merrier..

Aku x expect plak entry aku psl intake sekolah teknik tu jadi tpt "brainstorming" he..he.. Tp aku betol2 berterima kasih la ker sir Eizam, sir khaldun dan bro Choy coz menyemarakkan lg blog aku ni. No prob ...bertekak la lg dlm blog ni so jadi lg meriah he..he.. tp bg aku benda2 ni positif dan klau x kerana issue yg dikeluarkn oleh sir Eizam dan Choy aku rasa sampai skrg org berpengalaman cam sir Khaldun x kn share kn "thoughts" dia. Lg pun blog dia pun ntah biler la dia nk buat he..he..(better buat cpt2 so kiter akan ader lg byk ruang utk berinteraksi dan share idea kiter..)

So keep it up my friends....

p/s : Baru balik dr Penang (tournament Ustaz..) kul 2am td..br spt bukak internet hu..hu..