17 July 2006

Eh ..amacam tournament?..berapa untung?..

ni email aku ke Eizam ...luahan aku berkenaan dgn Dins Taekwon-Do Academy Invitation Tournament 2006
DIT 2006 – Aku buleh describe DIT kali ni dgn satu word jer ...FRUSTRATED!!! Memang DIT ni kira success dan kejayaan DIT ni ialah hasil TEAMWORK semua commitee yg bertungkus lumus siang dan mlm utk menjayakan DIT 06 ni. Aku buat DIT ni coz student aku nak aku buat dan Master Amir plak memang betul2 nak aku jayakan tournament ni dan frankly kalau x kerana support dr dia aku rasa DIT ni akan postponed lagi. GM Dato secara peribadinya puji kesungguhan DTA untuk anjurkan DIT ni walaupun dia tahu aku buat keputusan ni dgn berisiko. Dato Mokhtar x perlu la aku elaborate balik aper yg dia dah ucapkan semasa majlis perasmian cuma dlm minggu depan dia panggil aku jumpa utk discuss kelas ke-12 DTA di Kota Damansara. Master Yeow & Master Chee pun dlm kelat2 nak cakap pun dia puji jugak la.
Objektif utama aku bila buat tournament ni ialah nak bagi pendedahan kepada student aku dan nak cari pelapis utk aku nanti. Selain dari tu objektif lain yg aku x announce ialah aku nak tengok saper KAWAN dan saper yg bukan ....bg aku senang... kalau yg antar peserta dan yg dtg support tu kawan aku la. So skrg ni aku dah tahu la saper KAWAN aku . Sekadar rekod...group yg x antar wakil ialah group Melaka, TTA, Rajan, Master Ricky Low, PD dan yg paling best nyer Master Chee sendiri x antar peserta he..he..
Pemilihan commitee – satu2nya nama dlm kepala aku bila aku fikirkan committee ni ialah nama ko sbg Ring Master. Kriteria yg aku pilih ialah org yg Instructor lain buleh respek dan yg penting jugak yg sekepala dgn aku dan paham hala tuju aku dan aku x nampak org lain dah selain dr ko. Committee lain aku dah pre set jawatan masing dlm kepala aku berdasarkan kepada pengalaman aku berurusan dgn diaorg ni. Frankly ..ada sesetengah post tu aku terpaksa letak jer nama2 member2 & senior2 aku sekadar dummy ..sekadar x nak diaorg “terasa” kalau nama diaorg x der krg dlm organisasi dan juga sekadar nak memenuhkan jawatan tu walaupun aku tau risikonyer nanti aku sendiri yg kena selesaikan keje2 diaorg!...and it’s very TRUE!.
Masalah yg paling besar aku hadapi ialah pemilihan committee utk SPONSORSHIP!..semua org yang aku harap2 kan utk dpt tlg sinsing lengan cari sponsor dgn aku HANCUSSS!! ...end up tinggal aku dan Abg Zuhdie (yg masa tu tgh terlantar kat hospital ... dia masa tu nak ckp pun dah x bleh dah...sedih woii..). Mungkin diaorg ingat “eleh kalau dpt sponsor pun yg kaya si Din tu jer.biar la dia cari sendiri....” . Maybe kot coz srkg ni aku tgh kaya la ni..jap lagi aku nak gi tukar keta plak..he..he.. Sebenarnyer ...aku jadi bersemangat nak proceed dgn DIT ni bila dpt tau dari student aku yg Gerbang Perdana & Country Height boleh jadi main sponsor!. Aleh2 Country Height kemana org yg propose tu pun dah x nampak btg idung dah . Kes Gerbang Perdana aku kesian kat student aku srg tu dan x salah kan dier ..sampai gaduh2 mintak sponsor. So biler dah nampak negatif tu aku suruh dia slow down..nanti kan keje dia melayang plak. So lesson learn- relationship x menjanjikan sponsorship. Tp aku tahu ader 2-3 “member” aku yg dah cuba sedaya upaya utk dptkan sponsor tp dah x der rezeki apa nak buat. Aku betul2 appreciate ...Thankss.
Ada 2 comiittee yg selalu kena dgn aku ..iaitu Teknikal dan Hadiah ..2 committeee ni yg aku x leh tgk diaorg buat silap coz expectation aku kat diaorg ni tinggi ...biar amik 10tahun pun nak paham kalau diaorg sanggup nak belajar aku akan ajar. Lebih baik dr yg dah pandai tp x kurang ajar. Aku betul2 frust dgn PUBLISITI ..end up dgn RTM kemana, KOSMO kemana... Press kemana? Banner ciput aku kena gelak dek org dan utk buat poster terpaksa aku dtg opis aku curik2 tgh malam utk buat laminate. Yang menambahkan LOST aku dlm DIT ni ialah buku cenderamata ..dari bajet 500 dah jadi 1300! Lesson learn- jgn amik org yg ader relatif relation..nanti ader conflict of interest!. 7/7/2006 9.00pm ..aku terduduk srg2 kat depan dewan biler terima invoice dari A & Z Enterprise..serba salah ..nak nangis ke nak gelak .. last2 aku gelak....aku gelakkan kebodohan aku ...dlm invoice tu tertulis balance RM3800! dan buku cenderamata RM1320 dan mesti settle mlm tu! Mana aku nak cekau duit nak settle dan yg menambahkan sedih aku ialah bila dia ckp kalau x bayr abis mlm tu buku tu x leh keluar. Aku terasa dianiaya betul..Company Cina pun bg aku terms 60days...aku amik dgn akak ni (mak ke student aku..) coz ingat kan dia buleh tlg ringan kan beban financial aku tp rupa2nya lagi kena perah!. Sampaikan usaha student aku x tido mlm buat backdrop pun diungkit nyer..tu x termasuk lagi aku dgr nak claim minyak keta la..tu la..ni la..frust sgt aku. Padahal sbg student diaorg yg volunteer nak buat. Dan aku sbg instructor ader hak nak suruh student aku buat keje2 amal tu. Sampaikan mlm terakhir tu berdering2 call aku dan Angah terima utk mintak settlekan payment tu ... aku x angkat dan aku x benarkan Angah tu angkat coz kalau x kami terpaksa la menipu kater akan byr tp realitinyer kami mmg x leh bayar. Balik rumah tetiba jer aku ternampak buku akaun YIPPI anak2 aku ......Alhamdullillah aku dpt settlekan semua outstanding aku tu....
Aku mlm tu sebenarnyer baru dpt tau 2K sponsor dah dibank in ke akaun Shahbumi ...so rasa cam nampak “light at the end of the tunnel “ la ..buleh la kurangkan lost aku tu. Tp bila tgk Invoise tu hancuss harapan aku utk kurangkan lost tu. Aku realize aku akan RUNNING LOST ni biler ramai Poli ckp diaorg x terima surat jemputan dan biler M.Keith call aku apology dia x leh antar wakil. Tapi aku dah x bleh nak tarik balik...tarik balik kan ramai Cina yg akan bertepuk tangan! Dan bukan jenis aku nak surrender awal2. So by hook @ by crook aku kena teruskan jugak DIT ni. Cuma yg aku buleh buat dan yg dah pun aku buat ialah cuba cut cost sebanyak mungkin sampai kan alatulis pun aku mintak org rumah aku pinjam dr opis dia. Kat rumah ..org rumah aku berbuih mulut suruh aku kanselkan ..ye la..2-3 minggu sebelum tournament aku asyik terjaga tgh mlm jer..dok pikirkan mana nak cekau duit utk run DIT ni. Tp bagi aku ..kalau perlu aku tinggal sorang dgn merangkak pun aku teruskan DIT ni...kalau perlu aku gadai keta buruk aku tu utk teruskan DIT ni aku akan buat.
Aku frust jugak dgn committee yang x nak gunakan peluang DIT ni utk exposekan diri. Dalam kepala aku...aku dah bayangkan masa tournament tu nanti semua jurulatih2 kanan dlm pakaian official dan kalau buleh sut. So that org akan nampak DTA ni ader ramai senior instructor dan very proffesional ....tp yg frust nyer ader jugak yg dtg dgn Jeans dan dok buat keje macai padahal nama dia ader kat dlm main committee...abis nak buat camner?...Karisma dan Respek tu tak ader jual kat kedai...
Overall.... commitee punyer performance memang x up to aku punyer expectation. Tp objektif aku nak bagi pendedahan aku rasa dah tercapai dan aku konfiden DIT 07 x kan jadi cam ni. Cuma aku sedih bila aku panggil semua committee utk buat post mortem petang Sabtu dan Ahad tu ramai senior2 x join....maybe diaorg ingat waktu “keje” diaorg dah abis kot.. lagipun semua ader family komitmen kan?..Last day AHAD (8.30pm~9.30pm) tu sedar2 tinggal aku dgn org rumah dan anak2 aku jer dok kemas kan brg kat dewan tu..Angah & bebudak SP lain tgh settlekan hostel. Ni mcm ulang balik masa hari Khamis sebelum tu ..masa tgh siapkan dewan ..cuma aku satu family , Ven & Asmir jer ..rasa cam DIT ni tournament family plak ..he..he.. Ni aku amik quote dari student aku ..Aja .. “ini kejayaan bersama, so susah senang, kiter semua kena hadapi bersama.....Jangan la time senang jer nak bersama.....Susah n senang must together..........” . Ko buleh nampak selain dr aku ramai lagi yg frust .
Overall ... aku betul2 respek ke member2 kiter yg sanggup dtg dr Kulim, Trg & Kelantan tu...kalau x kerana diaorg DIT ni jadi tournament tertutup la. Aku jugak FRUST dgn cawangan2 DTA yang x contribute ....aku harapkan PSAS antar ramai peserta coz sebelum tu mmg DIT ni plan asalnyer dibuat kat sana..Bukit Sentosa & RTM pun aku x nampak wakil ..regardless aper reason la kan. Bukannyer aper ni DIT pertama dan aku dok marah ke Cina2 tu yang x support aku ..tapi rupa2nya ..ye..la..bukan Cina jer yang tak support aku so statement kiter nanti nak kena ubah la...
Last sekali aku betul2 FRUST biler ader yg berani tanya “Eh ..amacam Tournament ?..berapa UNTUNG? L*n*aU dia la untung!!

Akhir kata selagi ader org2 cam ko utk lead...selagi ader org2 kanan aku Ali, Noordin, N.Hazim dan lain2 yg dok belakang aku... selagi ader kengkawan cam Hj.Saiful, Ustaz Mansur, Kheirulisyam dan lain2 yg support ....selagi ader student2 aku cam Angah, Hajar, Ven, Asmir dan lain2 yg sanggup susah dgn aku..selagi ader org rumah aku kat belakang aku dan anak2 aku dok tlg sepah kan dewan ....DIT akan tetap diteruskan. Wasallam...

17 May 2006

SEMINAR MEMPERTAHANKAN DIRI MMC



Bila Ali inform aku yang Kolej Multimedia Telekom (MMC) nak aku buat satu seminar berkenaan dengan Mempertahankan Diri untuk pelajar, aku pun terus setuju lah. Cuma yang aku risaunya lead time yang dia bagi cuma lebih kurang 1 1/2 minggu shj. Tarikh lak bila aku tanya still tak confirm lagi…aku plak hujung minggu tu (20 ~ 24hb April) akan berada di Pulau Perhentian!. Satu lagi ..pengurusan MMC nak aku buat seminar mempertahankan diri dan tambah dengan Pembentukan Jatidiri Pelajar!...pehh! heavy giler punya tajuk?.Aku tak pernah lagi bagi seminar berkenaan dengan JATIDIRI ni …ye la ...jatidiri aku sendiri pun aku tak sure kat takat mana. Tambah lagi nak kaitkan dengan SELF-DEFENSE?.

Tapi aku tak la kata tak boleh…ni kira challenge ni..lagipun kalau seminar ni kira aku punya benchmark la kot2 next time ada lagi org offer.

So tengahari tu (Ali inform aku pagi) aku pun hantar la draf agenda seminar & sillibus yang aku nak cover utk 2jam tu….aku cuma amik masa 10minit jer drafkan agenda & silibus tu...alaa aku pakai silibus yg biasa aku buat kat mana2 seminar

Sampaila masa aku bertolak ke Pulau Perhentian selai slide pun aku tak start lagi. Tak nak aku dok peningkan kepala ..kepala aku dah overload dah ni dengan presentation untuk department aku.

Balik P.Perhentian Ali call aku confirm kan tarikh seminar tu…29hb April jam 2ptg. Maknanya aku ada 4 hari ajela untuk prepare slide dan contents untuk seminar tu nanti. Balik P.Perhentian ingat kan dah buleh rehat tapi ada plak TS16946 training hari Khamis & Jumaat..bila plak aku buleh start keje aku ni.

So pantang masa rehat aku pun surf la internet…bab self-defense aku tak der masalah coz aku punya koleksi dah lebih dari cukup…nak cakap 2 hari pun aku ada point. Tapi bab jatidiri ni yg aku pening. Dah puas dok godek2 internet ytp sepatah haram bab jatidiri pun aku tak jumpa…maksud aku bab yg aku buleh relate kan dengan Martial Art la. Tinggal sehari lagi pas tu aku dah kena training ni…

Aku datang pagi Jumaat MR company inform aku TS16949 training postponed ke minggu depan…YES! Ni la chances aku utk siapkan material utk seminar tu nanti. So dari pagi sampai tengahari Jumaat tu aku dok prepare slide utk presentation seminar tu. Sampai Sembahyang Jumaat aku Cuma dpt siapkan 8 slides shj. Balik sembahyang aku sambung lagi coz ada 30minit lagi sebelum abis rehat. Tapi belum sempat sambung 2-3 slide lagi aku dah kena attend meeting & bos plak panggil mengadap…sampai la kul 5ptg slide aku tak bertambah2 ..stuck kat page 10. No choice esok pagi (Sabtu) aku kena dtg utk siapkan slide ni.

Pagi Sabtu lepas tinggalkan orang rumah dan anak2 aku kat rumah mak mertua aku, aku terus ke opis. Aku sampai opis kul 10pagi …sampai kul 11.30am ding-dong2 aku dah siapkan 16 slide utk self-defense tu tapi untuk JATIDIRI?...hampeh.. Last2 masa aku dok termenung kat depan monitor tu aku terbaca quote dari Napoleon Hill "Do not wait; time will never be "just right". Start where you stand, and work with whatever tools you may have at your command, and better tools will be found as you go along."
So apa kait nyer dengan Jatidiri ni?... tak der! tapi tu quote utk aku..aku kena go on dengan apa yang aku dah ada dan dalam aku bagi seminar tu ada la idea lain akan datang kot...so aku letak la quote ni untuk last 2 pages slide aku sama dgn satu lagi quote yang aku cukup minat …”It Is not your Apptitude but your Attitude that determine your Altitude in live”. Aku pun tak tahu apa kena mengena quote tu dengan Jatidiri..dan apa aku nak goreng masa seminar tu nanti…

Seminar kali actually aku nak ubah format sikit ..nak ubah paradigma . Selama 20 tahun aku dlm TKD ..semua seminar self-defense, sparring dan apa sajer yg related dgn TKD yang aku attend semuanya dlm TKD mood…dgn full Uniform dan contents pun sama jer mcm latihan TKD biasa. Cuma yang beza nya bayarannyer je lebih. So kali ni aku akan conduct seminar dlm full MGTF Official Sut dan akan pakai power point slide presentation , bebudak yg akan assist aku pun aku suruh pakai baju biasa jer. Tujuan aku?.. aku sebenarnya tak nak “takut” kan bebudak freshie yang akan attend seminar aku tu dengan citer2 pasal Taekwon-Do. Aku nak bukak minda diaorang dengan persepsi yang betul tentang Self-defense..aku nak diaorang sedar yang self-defense ni benda mudah dan tak perlu belajar 4-5 tahun utk buleh mempertahankan diri dari serangan (of course yang simple la). Yang penting aku nak diaorg minat utk belajar self-defense ni dan akan cari kelas TKD kat MMC ni.

Dalam presentation aku tu aku masuk kan definasi self-defnse, tools yg digunakan , vital spot, basic releasing technique dan theory of power. Aku tak confident aku buleh cover semua topic tu dlm masa 2 jam. Biasa aku buat seminar ..4jam just utk satu topic…Theory of Power!.

Aku sampai kat MMC dah lewat sikit tapi nasib baik seminar tu ditunda ke kul 3ptg. So aku ada 45minit utk prepare dan brief ke bebudak MMC. Lepas check hall, test sound system dan PA..aku quite satisfied la dgn monitor dan sound tu cuma cordless colar mic tak der plak…tak kan la aku nak pegang mic sepanjang 2 jam tu.
Tepat 3.00pm aku dengar biodata aku dibaca ..waahhh hebat giler biodata aku tu …of course la hebat coz aku yang prepare..ha..ha…

First impression aku bila mukadimah seminar tu...."Ni budak2 lepasan SPM ke mat-mat rempit ni?" ..Ramai aku tengok dengan seluar sempit dan rambut cam mat2 skuut. Yang pompuan biasa jer la...dan ramai dah berada di Alam Separuh Sedar...dgn mata dah kuyu..padahal diaorg baru balik dari dewan makan tadi tu. Ader seramai 120 org yang attend hari tu dan semuanyer pelajar baru yang mendaftar utk kemasukan May 2006. Kira diaorang ni dalam Minggu Haluan Siswa la.
Aku start dengan definasi self-defense dan sexual assault. Tapi baru 5 minit aku start aku nampak makin ramai yang dah "hanyut" ...dan mata2 kuyu dah bertambah banyak. Aku cuba habiskan 2-3 slide lagi ....tapi bila sampai slide ke-5 aku tengok dah ader yang tersengguk2 dan yg pompuan lak dah ader yang sampaikan hujung tudung diaorg dah nak cecah lantai (diaorang duduk atas lantai masa aku bagi seminar tu). Aku pun ubah strategi..aku suruh semua bangun dan aku buat warm-up! ..Dlm 2-3 minit aku suruh bebudak tu ikut aku warm-up dan hasilnya mata2 yang kuyu tadi dah bulat balik. Tapi berapa lama buleh tahan??... aku rasa tak lama.
Aku sambung dengan anti ragut dan gimik oleh Asmir & Sofea ..kira gimik aku tu berjaya la coz aku tengok ramai yang tergamam bila si Sofea tu menjerit masa dia kena "ragut". Bila masuk basic tools aku suruh semua cari partner dan aku start dengan basic attacking tools identification dan simple hand grappling technique. Masa aku buat ni ada la aku perhatikan 2-3 orang yang banyak cakap dan memang jenis badut punyer. Aku nampak bebudak ni tengah mainkan si Ven tu dengan soalan2 bodoh ..tapi aku dah masak dah dengan jenis org cam ni..diaorang ni bukannyer nak belajar tapi saja nak cari pasal ni. Aku bagi signal ke Ven suruh belah jer dan jgn layan soalan2 bodoh tu .
Sedar tak sedar dah 2.5jam aku dok bercakap . Aku tak sempat pun nak cover 3-4 topik lain dlm slide tu. Tak per la ..ni kira aku punyer benchmark la..so next time senang sikit nak estimate masa dia.

14 May 2006

Bowling tournament

JUARA LAGI..
Last aku menang tournament bowling ni ingat aku 6 tahun lepas ..masa tu aku kat SONY lagi. Masa tu selalu masuk tournament wakil SONY ...bukan sebab aku terrer tapi sebab tak der org yg lagi terrer ..he..he.. score tak der la gempak sgt. Aku dah stop main bowling semenjak aku join CS Plasy..dan sampai la aku kat PHN ni tak der masa dah nak main bowling. Bola aku tu pun dah bersawang dah. Last aku main betul2 pun masa dengan geng KODOK Afdlin Shauki dulu kat Ampang Superbowl. Tapi masa tu hancurrrr..
So bila HRM keluarkan memo pasal tournament bowling ni staff aku pun terus letakkan nama aku awal2 lagi utk form satu team. Aku tak kisah saper team aku tapi of course la semua org nak menang kan dan aku bernasib baik dapat 2-3 org yg dah ader track record. Team aku ....Zaki-Shamsul-Azrin-Bob & Pak Lah. Kitaorang represent Manufacturing Department dan dlm team aku tu ader 2 regular bowler ..yg pernah main dgn aku. Cuma dlm ramai2 tu aku sorang je la yg pakai full bowling equipment siap dengan glove besi aku tu. Glove tu bukannyer aper aku kena pakai sebab wrist aku injured. Lagipun wrist aku dah tak sekuat dulu utk hayun bola 15.6pound aku tu.
Team aku ntah saper bagi nama ..."EXTREME BOWLERS" ..padahal tak la seextreme maner. So Ahad 7hb Mei kul 9.40am aku dah sampai Summit. Kelas aku pagi tu aku suruh Ven handle. Aku tengok tak ramai lagi yang sampai so lepak2 la dulu sementara nak start.
Game start tepat kul 10.15am dan yang kelakarnyer kitaorang cuma main satu game shj untuk first round ni...ader 20 team yg amik bahagian, team aku kat hujung sekali. 2nd round select 16 team (ni pun tak pernah dibuat org..) . Final 6 team.
Make it short ...first round kitaorang main sebelah team SGM kitaorang..so kena main dengan bersopan santun la dan hasil nyer team dapat highest score utk round tu. Second round team aku leading jugak dan yang terdekat pun beza 60 pin dari kitaorang..so kira secure la sampai round ke-3. Masa final ni baru la rasa tercabar sikit dan last2 team aku menang dgn 2pin shj dari naib johan. So team aku johan utk tournament tahun ni tapi aku tak dpt best bowler la..dapat ke budak team aku jugak. Tak per la,,aku target pun utk team ..individu aku memang tak hope...janji dpt maintain jgn drop dah. Cuma kitaorg frust sikit coz hadiah yg dijanji lain ..yg dapat lain . Janji dpt beg + track suit dan cash tapi yg dpt hamper dan cash. Anyway aku dapat cash jugak la...lepas la duit minyak tu. Nasib baik team aku menang kalau tak mau kena jual glove aku tu.
Aku masa persembahan kat Pulau Perhentian bulan lepas dah dapat cash utk Most Creative & Most Popular team tu .. so campur dengan kali ni muka aku lagi yg dapat adiah cash cuma team jer lain he..he.. ...sampai kan Snr GM aku masa bagi adiah tu sempat sindir aku .."tahun ni nampak gaya nya u sorang je yang bolot .." . he..he.. tak jugak coz futsal ari tu team aku kalah dgn team dia.

09 May 2006

Pulau Perhentian





Pulau Perhentian - 22hb April 2006

Gambar kat atas ni ialah gambar depan chalet aku ..Pulau Perhentian Resort (PIR). Mat Salleh dan Minah Salleh tu sekadar lakonan semata2 dan tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Aku sampai ke LCCT kul 11.40am. Maknanya ader 2jam lagi sebelum take off. Ni kira first time la aku amik flight dari LCCT ni semenjak dibuka secara rasmi bulan lepas. Aku dok dengar komplen jer nak jalan ke flight jauh...memang jauh pun..kalau ujan kuyup jugak ni. Flight aku ke KB dijadual kan dlm kul 1.45tengahari dan macam biasa .. Air Asia delay lagi...kali ni 45minit..so kitaorang take off dalam kul 2.30pm. Every year company aku akan organised trip ke luar ..cam tahun lepas ke Tanjung Aru untuk Annual Mgmt Meeting ..kira cam platform utk HOD present diaorang punyer KPI achievement dan tahun depan punyer planning la. Tahun ni kurang sikit..total semua kitaorang dalam 120 orang. So dlm flight tu ader la lagi org luar... tak leh la nak balun nasik lemak bungkus dlm kapaltebang cam tahun lepas.

"mana rumah ko Din?"
"ko nampak tak rumah besar warna hijau sebelah masjid tu.."
"Aaaa ..nampak..nampak..oiisshhh besar nyer rumah ko Din.."
"tak tu rumah saper ntah..rumah aku yang kat tepi sekolah tu ..yang bumbung tak der kaler tu.."

Sibuk jer bebudak opis dan staf aku nak kenal rumah aku. Aku sampai ke Airport Pengkalan Chepa kul 3.30pm. Sampai jer aku terfikir nak call rumah ..nak tanya khabar Wae & K.Zu aku..tapi belum sempat dail aku dah kena panggil utk naik bas coz kitaorang dah menunggu dah nak bawak ke Kuala Besut.
"Waaa...semua kaler hijau yea kat sini...kuat betul Pas kat sini"
"Aaa..aaa stesen minyak Petronas pun kat sini diaorang cat hijau..."
"Eh...betul la Din ..warna hijau la stesen minyak dia.."
"Stesen minyak Petronas memang la Hijau ngokkk.."
"Tu pokok apa tu Din..?"
"Tembakau.."
"Tu bangunan apa tu Din?.."
"Ban Tembakau.."
"Tu orang tengah buat apa tu Din..?"
"Tengah kutip tembakau.."
"Tu diaorang hisap apa tu Din..?"
"Ganja...."
"Ooooo..."
Dah penat dok layan soalan2 bodoh ni akhirnya aku sampai kat Kuala Besut ..jam dah kul 5.30pm masa tu. Dlm setengah jam gitu aku pun dapat naik bot ...tapi aku kena naik satu speedbot dengan MD dan VIP lain..so tak leh nak jerit2 la.

Perjalanan ..eh aku tak jalan ..aku naik bot.. "Perbotan" dari jeti sampai ke Pulau cuma makan masa 30minit..tak sempat nak mabuk pun he..he.. Sampai jer kat Jeti Perhentian Island Resort aku terdengar bunyi kompang dan gong...rupa2nya pihak pengurusan PIR buat sambutan giler2 utk MD aku. Aku tengok ader Mat Salleh yang berlari dtg amik gambar kitaorang. Mesti diaorang ingat ni Menteri Kabinet ker VVVIP maner ke yang datang ni. Aku plak masa tu jalan belakang MD aku so kembang kempis la idung ni kejap .. tempias glamor tu aku dapt la jugak. Macam citer Fantasy Island pun ader.."the plane..the plane..." he..he.. Beg aku commitee suruh tinggal kan kat jeti dulu. Tapi sampai jer aku kat reception datang member aku bagitahu suruh amik beg kat jeti...rupanyer diaorang cuma bawak beg MD jer ke bilik ..beg aku aku kena bawak sendiri..cehh hampeh betul.
Benda pertama yang aku notice la ...kat pantai tu takder pun tourist kaler coklat...semua mat salleh dan minah2 salleh. Nak kata resort PIR ni ekslusif sangat pun tak la jugak tapi maybe local x minat nak melancong ke Pulau Perhentian kot.
Aku dapat sebilik dengan Sazali ..eksekutif aku dulu ..skrg dia kat PHN Melaka. So kira satu geng la..tak la cam tahun lepas masa kat Tg Aru aku dapat room mate ntah saper2 tah. Sampai jer kat bilik aku terus tukar baju dan turun ke laut.. ader lebih kurang 1 jam lagi nak dinner. Tengok2 x der saper pun turun lagi..kira aku yang first la...sori la ...laut mmg feberet aku. Pantai depan challet aku tu mmg jernih tapi byk karang mati kat dasar so kaki tu nak kena jaga2 la..
Malam tu aku dinner kat PIR tu..buleh tahan jugak menu dia. Malam tu tak der apa2 aktiviti lagi so aku amik peluang ni utk practise persembahan aku untuk malam penutup nanti. Bila aku survey "stage" yang kitaorang kena perform nanti aku dah cuak dah..ada ka kitaorang kena perform kat atas tangga..kat laluan orang ramai! Persembahan aku nanti byk involve lighting dan aku tengok yg ader cuma spotlight kat tepi restoran tu jer.
Malam tu ader jugak bebudak dok layan karaoke kat tepi pool tu (alaaa dia letak tv kecik dgn sound system sikit pas tu ader la 2-3 cd lagu...). Tapi kejap lepas tu aku tak dengar lagi org melalak..rupa2nya ader customer mat salleh komplain kat pengurusan resort yg diaorang tak leh tido ..BISING ..he..he.. padan muka.
Esok pagi2 lepas breakfast ader sesi fotografi..dengan berlatarbelakang kan laut. Aku punya turn untuk presentation dalam kul 10.30am ...kira presentation ke-3 pagi tu. Ni kira kali ke-3 la aku kena present untuk department aku...masa first dulu memang gabra giler tapi skrg dah kira lali dah... benda sama jer yang aku present..KPI dan action plan untuk tahun depan. Gambar kat sebelah tu sejurus sebelum aku naik stage utk present. Muka kofiden giler...padahal aku dah suapkan member2 aku tu dgn soalan2 yang akan ditanya ke aku masa 20minit Q & A session lepas aku present tu..so tak sempat la MD aku nak bertanyakan soalan..he..he.. tu taktik tu. Kalau MD aku dah start tanya soalan memang tak turun stage la aku.
Tapi yang aku tak berapa puas hati dengan dewan tempat presentation kitaorang tu nanti ...sempit nak mampus. Korang tengok la gambar kat belah ni...dah la tak der meja ..rapat2 plak tu..aku nampak ramai yang berlekuk dahi..terhantuk kat kerusi depan ..dah tersengguk over sgt!. Apa2 pun ni la tempat aku akan bertapa dari kul 8.00pagi sampai 11.30mlm utk hari ni.
SNORKELLING
Esok nyer ..Sabtu ..kitaorang dibawak ke snorkelling spot di sekitar pulau. Aku dah tak hingat aper nama spot tu tapi coral dia x menarik langsung dah...kelabu jer. Dan ader satu tempat tu tengah seronok follow ikan tu aku ternampak benda kaler2 kat dasar gaung laut tu..aku pun ushar la.."ni mesti karang idup ni.." tapi bila dekat2 aku nampak benda tu .."BERAS JATI.." ..laaa bekas plastic beras rupanyer..ceeeikkk!. Tak bertamadun punyer orang..byk2 tong sampah kat dlm laut ni diaorang buang benda tu.
Masa aku snorker tu ader la aku dengar bebudak merungut ..."mana dia karang ni tak der yg cantik pun.."
So aku pun jerit la kat dia org.."Hoi korang nak tengok karang cantik tak..?"
Ader la sorang mamat ni menjawab... "Nak!..kat mana Din..?" .
"Dulu aku ader tapi sekarang dah kena laser so dah tak der la...!"... he..he.. aku maksudkan penyakit BATU KARANG aku dulu la..yg aku dah citer dlm entry dulu..
PULAU RAWA
Aku dan group dibawa ke Pulau Rawa untuk lunch. Masa aku sampai tu aku nampak yang ader cuma khemah org kahwin jer kat tepi pantai..."ni saper plak yg kahwin tengah2 laut ni?"..Pulau ni tak der penghuni dan rupa2nyer PIR dirikan khemah ni just utk geng2 kitaorang. Pantai ni kalau saper yang perasan pernah digunakan untuk iklan Peter Stuyvesant ..tengok la air dia..cantik betul...kalah tali air belakang rumah aku...
Pulau yang nampak kecik tu ialah Pulau Susu Dara..??? he..he..tak ilmiah langsung namanyer. Kesian dara tu tu ...kena jadi model...mesti dia malu masa tu. Masa kitaorang sampai tu matahari tegak kat kepala dan tambah dengan penat snorkelling dari pagi so ramai yang pewai masa sampai kat pulau tu. Kat sini aku dah tak larat nak snorkelling lagi dah..lepas makan layan mandi laut jer kejap. Pastu merayap kat atas pulau tu ...."nature call..he..he.."
Petang tu kul 5.00ptg baru sampai challet balik. Apa lagi .....tarik selimut la...tapi belum sempat nak lelap aku terdengar suara mat salleh kat depan challet aku. Aku nampak satu couple ni baru sampai kot....aku bukak la pintu ..tapi diaorang selamba jer bukak..........tuttt...tutttttt..tuuttt
he...he...line tak clear la nak citer....
Dah x leh tido aku amik CD lagu Anak Tupai aku dan bawak laptop ke stage ..hajat aku nak try audio sistem utk show mlm tu...aku tengok x der org lagi kat stage tu..so aku suruh la brader tu test CD dan clip dari laptop aku tu...nasib baik member aku ada bawak adaptor utk sambung terus sound dari laptop ke audio system. Bila test ..bergegar lagu Anak Tupai (nyanyian Halim Yazid) aku...sound track special effect dari clip pun clear giler bunyik dia...lighting pun aku test sesuai la dengan konsep ktaorang mlm tu. So settle la problem yg aku cukup risau...audio & lighting. Lepas aku test tu ramai plak yang datang nak tumpang laptop tu...ceisss..kalau aku tahu cepat2 aku sembunyikan laptop ni..biar diaorang tak dpt guna sound sistem ni..biar diaorang kalah malam ni.
SHOWMANSHIP
Group aku yang first sekali kena perform malam tu. Tajuk show kitaorang ialah KARATEDOJO. Aku dapt idea ni masa aku terjumpa satu klip dari Japan..ni gabungan Karate dan lawak la. Aku sebenarnyer tak nak sentuh apa2 yang berkaitan dengan martial art ..tapi staff aku mintak aku buat jugak drama ni so aku cakap buleh dgn syarat diaorang kena berlakon la betul2 dan bahagian kreativiti & pengarahan aku akan uruskan. Tapi untuk scene last tu bebudak aku nak jugak aku tunjukan Taekwon-do skill yg real punyer sikit so aku pun buat la Jumping stepping kick break sekeping papan.
Sebelum start perform kitaorang tak berselera sgt nak melantak dinner tu wapaupun menu nyer buleh tahan . Frankly speaking..aku lagi berdebar utk perform mlm ni daripada presentation pagi tadi. Bila nama team aku dipanggil lagi la berdegup2 ..mintak2 semuanyer lancarla.
Bila start jer show tu aku start dengan scene Anak Tupai ..yg slacknyer lighting man pegi suluh spot light ke entire stage so bebudak aku yg pakai baju itam dok pegang anak tupai tu yg nampak lagi clear dari anak tupai...sepatutnyer spotlight tu fokus ke anak tupai yg budak tu pegang . Masuk scene ke dua semuanyer berjalan lancar cuma last scene yg sepatutnyer klimaks kitaorang lighting buat hal lagi...di fokusnyer ke badan budak tu..dah tak nampak special effect show tu.
Make it short ...mlm tu team aku bolot 3 hadiah..MOST CREATIVE, MOST POPULAR & 2nd Runner up utk Best Performance. Total cash yg kitaorang dpt mlm tu RM355.00!. Aku cakap adiah tu RM300.00 utk pengarah dan RM55.00 utk dibahagi 11org team aku ..he..he.. Aku dpt info sepatutnyer mmg team aku menang BEST PERFORMANCE tapi penganjur tak nak org kater semua aku yg bolot so dia bagi ke team dari DIE Engineering ..ceiikk!. Tapi mlm tu memang aku rasa cam Mawi plak..kejap2 terima adiah ..kejap2 terima adiah..he..he..

26 April 2006

19th TTA Tournament 2006

Sabtu & Ahad lepas (22 & 23hb) aku sepatutnyer bawak bebudak aku ke kejohanan TKD anjuran Master Yeow Cheng Watt (Traditional TKD Academy). Tapi clash pulak dengan company aku punyer program Annual Management Meeting yg tahun ni kitaorang buat kat Pulau Perhentian Trg...(yg ni nanti dlm entry lain..).
Aku sengaja last minit baru bagitahu ke student aku yg aku tak leh ikut diaorg coz kalau aku bagitahu awal2 takut diaorg demotivated..tu pun ader 2-3 org jugak yg demotivated. Sedih..coz aku tak leh tengok student aku fight dan tak leh nak monitor diaorang. Tapi sebelum aku pergi aku dah distributekan kerja monitoring ni ke semua black belt aku. Dan aku dah lantik Nik Hazim utk jadi Chef De Mission DTA dan Noordin utk jadi Team Kapten.
Dan masing2 Instructor kena incharge centre masing2 macam ..Ali-MMC, Noordin-Bkt Sentosa, Hazim-PNB, Faizal-RTM, Angah-Subang Perdana, Azhari-PSAS. SMT plak last minit kansel..x alasan cikgu Suzana x der guru pengiring. Kesian aku ke bebudak yg dah semangat nak masuk tournament ni tp aper nak buat prosedur dah mcm tu. Aku dah kotakan janji aku kat cikgu tu ..aku dah janji nak bagi aktiviti setiap bulan ..dan bulan ni Tournament ni la.
Total diam x diam seramai 60org DTA's yg amik bahagian dalam tournament tu. Kalau SMT antar wakil mau cecah 70org!. Kontigen DTA kira yg paling ramai la ari tu. Tapi yg aku target dpt medal tak la seramai tu...ramai yg aku bagi masuk utk pengalaman jer.
Pagi2 Sabtu aku dah call Angah tanya pasal pendaftaran bebudak mcmn. Aku nak dgr ceramah pun x leh konsentrate. Aku paling bengang bila dpt tahu cuma 2 org jer yg jadi judge ari tu. Aku dah pesan byk kali ke black belt aku...diaorg kena jadi judge utk balanace kan Cina2 punyer markah ni...coz dari experience aku memang akan ada bias dlm scoring sparring & pattern nanti. So aku sms balik ke semua black belt..saja jer aku tanya.."jadi judge ke tadi?" ..padahal aku dah tahu dah saper yg jadi..saper yg x!
Ptg tu aku dpt result yg pertama ..3 Gold, 4 Silver & 3 Bronze!. Tapi byk lagi event yg tak abis. Gold pertama DTA dtg dari student kecik aku ..Ziyad utk acara pattern Junior! ..dia ni baru 7 tahun dan baru first time masuk tournament. Gold ke-2 dari student PNB ..Syafiq utk acara Pattern Color Belt senior. Zaem (abg Ziyad) pulak menyumbangkan emas ke-3 DTA utk acara Free Sparring dan dia pun dpt Perak utk Pattern.
Masa aku call Angah aku dpt berita bapak Umi mengamuk pasal Umi kalah..kalah sebab judging. Benda yg aku dok risaukan dah jadi dah..aku dah agak dah mesti ader kes mcm ni. Aku tak kenal lak saper judge masa tu tapi daripada info Angah judge tu dari Melaka. semua senior instructor Melaka mmg aku kenal dan tak kan la senior judge buleh tak adil cam ni! Tapi ni la realiti... Aku x leh buat aper2 tapi kalau aku ada kat sana sanggup aku bayar RM300 tu utk recheck score. Dan kalau perlu tengok balik video.
Besok nyer tu aku dok sibuk dgn meeting so dlm kul 11pagi baru la buleh call Angah. Event baru start so x der byk perubahan dari segi kutipan medal.
Petangnyer tu baru la aku ader pernambahan ..DTA dpt emas lagi utk acara F/Sparring wanita dan perak pun byk utk sparring. Tapi byk medal aku dah kena "CURI" dgn pengadil2 yg tak der ETIKA ni.. Hapzman budak yg aku sponsor pun kalah padahal clear cut dia dah belasah lawan dia tu. Hajar pun kalah first round padahal dah menang dah.
So sampai ke penamatnyer..total kutipan DTA ialah 6G, 10S & 11B ..jumlah mata 49pt. Tempat ke berapa keseluruhan aku x sure tapi aku rasa dlm 4 tempat teratas la. Tahun lepas DTA tempat ke-3 bawah Kulim & Melaka. Tahun ni Melaka jadi juara keseluruhan... DTA fight dgn state beb!..so dpt no-4 pun bagi aku dah OK dah.
One thing yg sama tetiap tahun ...Subang Perdana bolot acara Pattern... dlm 27 medal yg DTA menang ..cuma 5 medal dari acara Pattern dan 4 dari SP. Subang Perdana bawak balik 9 medal dari 11 peserta yg kitaorg antar. Kat sini aku x puas hati sikit...jumlah kutipan medal tak balance sgt ...sampai ader centre yg balik dgn tangan kosong. Aku akan buat post mortem nanti dan aku sebenarnyer x buleh nak tlg sgt coz setiap centre dah ader instructor masing2. Mcmn nak naikkan standard pelajar2 diaorg, diaorg nak kena fikirkanla. Yang aku buleh tolong ialah aku akan buat centralize training utk semua instructor aku..biar standard semua centre sama jer.
Tapi apa2 pun tahniah la kepada student2 aku yg dapat medal tu..dan yg tak dapat medal tu ..P*D*N M%^A! ...dan training la lagi.. he..he.. Dan terima kasih ke instructor2 aku yg monitor tournament ari tu.
p/s : ramai yg tanya khabar ari tu...tp nak buat mcmn..nanti jumpa di 1st DTA INVITATION TOURNAMENT 2006 - DIT 2006 di PSAS Julai nanti.

16 April 2006

BSRA BBQ Session

"Macamana tempat BBQ dah ada ke belum? Kalau tak ada buat kat rumah aku pun OK jugak. BBQ kita boleh buat kat porch aje." ... aku sms ke Najib kecik lepas tengok hujan cam tak nak berenti jer.
Actually sessi BBQ ni geng2 jiran2 aku dah plan dari last week tapi tak ader finalize so semalam masa kat Mc Donald (besday Ayra anak Farid) aku pun tanya la jiran2 aku tu menu aper mlm krg? Yg aku tahu dari Najib Avanza sebelum ni ...menu utk BBQ cuma ader ikan & sotong sikit dan yg lain2 kira pot luck la.

Aku bukan apa ..kesian tengok masing2 mcm dok tunggu arahan selanjut nya dan maklum lah lorong 13B ni bukannya ader komiti...ketua lorong kitaorg tu adala ..siDin OIC , tu pun dia terpilih jadi ketua sebab tersilap angkat tangan masa majlis gotong royong hari tu.Selalunye apa2 kita pakai ad-hoc komiti jer macam masa pegi camping kat KKB ari tu dan kalau bab2 makan ni biasanyer kiter akan refer ke ketua jemaah wanita 13B iaitu K.Jimi jer. Aku plak bila tengok mcm x der conclusion jer so aku volunteer la nak jadikan rumah aku port utk BBQ mlm tu. Lg pun sejak setahun aku kat BS ni dok asyik makan free rumah org jer..rumah aku sendiri x pernah lagi aku buat (senyap2 buat makan sendiri dgn tak ajak jiran tu ader la...tp tu dulu..skrg dah insaf..)

Bila Najib kecik reply OK aku pun kemasla ala kadar rumah aku tu. Aku plan nak suruh geng2 pompuan mkn kat dlm jer dan biar team lelaki layan BBQ kat luar.

Kul 9pm Abg Mus dan K.Jimi dah start antar meja lipat dan nasi goreng sama cicah utk ikan bakar. Aku & Hazley sibuk dok cari tempat BBQ ..ader pada Najib Avanza (MAWI kater anak dia..kat mana ntah samer cam Mawi aku pun x tahu ..he..he..) rupanyer. Yg wakaf punyer ader kat lorong depan ..rumah Abg Mokhtar..tapi abg Mokhtar ke Bali plak. Masa aku sibuk2 kat dapur dok prepare bahan utk "SIGNATURE TEH TARIK" aku , keluar2 aku tengok jiran2 aku dah ramai dah kat porch rumah aku. Zafrul & Tini pun dah sampai dengan anak2 dia. Kejap tu Abg Said plak singgah dan org rumah Komander Satria pun ader. Ni mungkin K.Jimi yg ngajak diaorg ni. Aku kira2 yg dtg malam tu ialah :-

(In order of appearance..)

  • Abg Mus & K.Jimi
  • Hazley sekeluarga
  • Najib Kecik sekeluarga
  • Najib Avanza sekeluarga
  • Zaki sekeluarga
  • Zafrul sekeluarga
  • Khairil
  • Wak Jono sekeluarga
  • Din OIC
  • Farid sekeluarga dengan mak & mak mertua dia sekali (aku intai2 jugak kot ketua kampung dia dari Johor tu ikut sekali...)
  • Abg Said
  • Org rumah Komander sekeluarga
  • Radja (lewat sebab rumah tak der loceng)
  • Lee sorang2
  • Brader rumah 44
  • Alvin sorang2
  • Adik Ipar Radjaa
  • ehmmmm ader lagi tak yg aku lupa?

MENU

Masa tengah hidang kan makan tu aku risau jugak kot2 menu tak cukup mlm ni coz aku tak prepare apa..cuma karamel faboret org rumah aku tu jer la dan aku punya trade mark..Teh Tarik . Tapi bila disusun2 makanan tu x cukup 3 meja lipat!...aku nampak nasi lemak satu tong, kek, buah2 dan 2-3 jenis air lagi ntah dsaper yg gawak ntah. Of course main course mlm tu BBQ Ikan & Sotong la...(sekuiid kater Najib kecik...)

Porch aku tu memang muat utk 2 keta jer dan dlm perancangan nak tambah skylite doom..tapi tinggal plan jer la..ntah biler buleh buatnyer...bajet asyik lari ke keta jer. So bila Najib Avanza offer dia punyer canvas aku pun setuju sgt la...buleh tutup separuh depan porch rumah aku tu. Lepas pasang canvas tu OK jugak ..lagi OK kalau biar terus kat situ ..dapat cover la buntut keta aku tu. Najib ni aku tengok bab2 psg memasang khemah ni dia cukup suka. Dia ni masa beranak dulu bawah khemah kahwin kot...

Lebih kurang kul 10.00pm hujan dah "sereik" dah ..(bahasa Kelantan untuk "berhenti") , so dpt la geng2 jantan ni lepak kat luar. Aku perasan 2-3 rumah tu mcm nak keluar tapi bila tengok ramai tgh berlonggok kat depan rumah aku diaorg terus tarik langsir balik. Aku pun tak paham apsal diaorang takut sgt nak beramah mesra dgn jiran2. Especially aku tengok bangsa India la..kat lorong aku tu ader 3 family India dan 4-5 family Cina. Depan rumah aku pun ader 2 family Cina tapi tak pernah borak. Tapi aku respect si Lee & Alvin ni mmg buleh masuk geng Melayu ni.

"ni tinggal kat rumah mana ni?" ..soalan aku ke sorang brader tu masa nak amik hotdog..aku tak pernah nampak brader ni sebelum ni.

"ko ni teruk betul la Din..abg ni la yg tinggal kat rumah hujung tu..sebelah rumah Komander..no 44.." ..Najib kecik explain kat aku..dia tak per la ader byk masa nak kenal jiran2 termasuk la India kat sebelah rumah dia.

"Eh..ye ke..sori la..tak perasan plak..ye la ..kuar gelap balik gelap la katakan.." ..aku berbasa2 la nak cover. Brader tu senyum je la..

"ko sorang jer yg kuar gelap balik gelap..abg ni kuar keje normal jer" ..terkena aku sekali lagi dgn si Najib ni.

"saya kuar kekadang kul 10..lepas settlekan anak2...eh ni rumahnyer mana?.." ..brader 44 tanya aku balik ..(dia kat dlm porch rumah aku dah tu tp siap tanya aku rumah mana..he..he..dunia..dunia..)

"ni porch saya la ni..." ..jawab aku pendek dan tepat ..mcmn rupa brader tu lepas tau aku tuan rumah tu dan aper yg berlaku seterusnyer tak payah la aku citer...

KERUSI

Aku sebenarnyer dah prepare dah kat dlm tu utk geng2 pompuan lepak tapi semua tak nak (tau la rumah aku tak der cornige..tak der dapur mcm Abg.Mus..tak der rumput karpet cam rumah org lain...)..semua nak dok lepak kat luar..so kerusi mmg la x cukup. Nasib baik aku ada beli 6 kerusi plastik bodo ari tu utk standby parents nak duduk masa kelas aku..nampaknyer nak kena tambah lagi kerusi ni.

Tengah2 seronok layan nasi lemak tu ..tetiba "PRAAAPP!!" .... aku tengok org rumah aku tengah terkial2 dok betulkan kerusi dia.. "Bukan patah yae..bukan patah....aa..aaaa kan tak patah.." .Ntah ler..betul kerusi tu x patah ker atau dia dah buang serpihan kerusi tu cepat2...

"Din teh tarik ko dah abis!!.." ..masa tengah amik pinggan kat dapur sayup2 aku dengar dari porch aku. Bila check tengok memang dah kering kontang dah tong teh tarik aku tu. Pehh..baru 30minit dah abis?..Kalau ikut nyer bekas tu utk 30-40 gelas..tak kan kejap dah abis?. Aku pun penuhkan balik la bekas air tu. Sedar tak sedar dari kul 9pm sampai 12mlm 4 kali aku kuar masuk dapur buat teh tarik utk penuhkan bekas air tu ...dah dekat setengah kilo Teh Istana aku dah pakai...he..he.. ni kalau aku letak kat Kedai Al Ihsana ni mau balik kampung mamak ni tak pun dia gadai kan kerusi dia kat aku..he..he. Penat ..tapi bangga siut coz orang appreciate teh tarik aku ..he..he..

Jam dah kul 11.30pm bila sorang2 start mintak diri ..errr yg mintak diri tu aku tengok semuanyer org rumah jer. Yg jantannyer x der pun aku dengar nak balik.. dok lepak lagi kat tgh jalan depan rumah aku tu ader la. Hazley, Najib, Zafrul & Abg Mus sibuk clearkan dapur & meja dari porch aku sambil geng2 mandur lain mcm Wak Jono..Farid..Din OIC dan lain2 memerhati dari jauh kot2 kitaorg tak cuci betul2...he..he..

Bila dah clear baru lah nampak betapa comot nyer porch aku.

"Esok latihan Taekwon-do kita akan fokus ke teknik mencuci lantai..!" aku bagitahu anak Zafrul & Hazley...masa tu aku terbayang citer Karate Kid masa budak tu kena basuh keta.... Pencuci lantai aku plak mlm tu la nak abis...sibuk2 lupa lak nak beli siang tadi. Aku tengok Hazley dah berlari2 anak balik ke rumah dia dan datang balik dengan Fabulosu dan mop kat tangan dia ..tp aku nampak mop jer..dia ader kat belakang mop.. Sekejap jer berkilat balik porch aku ....Aku tengok Hazley bersungguh-sungguh dok tenyeh lantai porch aku..tak tahu la dia betul2 ikhlas ker atau sebab dia tak nak baju Hanis esok kotor..he...he..

Permit UNLIMITED

Dah abis berkilat porch aku kitaorng pun lepak la kat depan rumah aku....siap letak meja lipat lagi kat tgh2 jln tu. Aku masuk buat Teh Tarik lagi (utk kali ke-6 ker 7 ntah). Ntah saper punyer idea ntah ....masing2 tak berani nak balik mlm tu. Asalnyer si Hazley ni la..on the way balik rumah kitaorang tanyala .."Eh!..dah nak balik ke?.." ...dia dia siap dgn konfiden nyer sound balik .."Mana ader..aku permit UNLIMITED!.." . So kitaorang pun nak tengok la mcmn Unlimitednya permit dia tu. Tu yang bila dia balik antar anak dia dan tak kuar2 balik kitaorang dok gelakkan dia tu. Masa tu la masing2 aku rasa dah tak berani nak balik..ye la..kalau balik kan kena gelak sebab permit x lepas. Zafrul dah 2 kali org rumah call ..nasib baik permit buleh renew on-line??..

PRAAPP

Kul 12.15am.. ader satu keta masuk dan berhenti depan kita org. Rupa2nyer amoi depan rumah aku tu baru balik. "Haa.. budak ni ke San yg ko cakap ari tu?.."..si Wak Jono tanya kat adik ipar Radja.. "Betul la ..mmg betul la cakap ko.." ..Wak Jono dok terlopong lagi tengok kan amoi tu. Amoi tu plak balik mlm2 pakai lak semacam jer ...ni mesti sah baru balik clubbing ni..tak pun keja GRO (ishhhh..jahatnyer mulut aku..entah2 dia baru balik mengajar ke..kelas tajwid ker)..tapi kalau keje cikgu tak kan la pakai cam ni?. Tapi tak perasan lak aku depan rumah aku ni ader amoi...yg si adik ipar Radja tu plak yg lagi tahu..padahal rumah dia nunnn selang 14 buah rumah dari rumah aku . Masa si amoi dok terkial2 bukak pintu (mesti gabra giler dia ni coz masa tu 22 pasang mata jantan2 tengah dok ushar dia ). Si Din tu pun first time aku tengok mata dia kurang sepet berbanding selalu.

Tetiba "PRRAAAPPP!" berdebub si Khairil terduduk kat tgh jalan. Dia tgh elok dok atas kerusi plastik tu dan last aku tengok dia dgn kitaorang tgh fokus ke amoi tu masa kerusi yg dia duduk tu roboh. Sampai ke hari ni kitaorang tak buleh nak agak lagi mcmn kerusi tu buleh patah masa tengok amoi tu???

Sedar2 dah pukul 1.15am ..maknanya kitaorang dah 2jam dok berborak depan rumah aku tu. Masing2 tak nak mengalah lagi. Abg Mus yg tadi balik sebab ader tetamu dtg pun dah dtg balik. "Nak amik meja ..". ni dia yg cakap la..tapi aku rasa tu alasan jer tu nak kaburkan mata K.Jimi. Apatah nyer ..amik meja sampai dekat satu jam..he..he..

Kul 1.30am aku dengar Syamil menangis...terpaksa la masuk jap. Sayup2 masa aku nak masuk rumah aku dengar suara org rumah aku .."kuat lagi Syamil..kuat lagi Syamil"..dan suara Syamil aku dengar makin kuat dan kuat sampai la aku masuk ke dalam rumah...musykil aku.Lepas tido kan Syamil aku keluar balik...sambung sembang lagi. Si Najib dah 14 kali dah dok alihkan tangga tu..tapi baliknyer tak. Dok asyik cakap jom la balik...jom la balik.. tapi dia tak berani nak balik..takut kena gelak.

Kul 2.00am semua dah mengantuk dah ..dan ntah saper yg start...semua angkat punggung tinggalkan halaman rumah aku...lastly dpt jugak aku masuk rumah....yahoooo!!. Result dia ??? Mana ader pertandingan..yg korang dok takut nak balik tu apsal???

14 April 2006

Cawangan DTA ke-11!!

Semalam aku ke Menara Faber (PLUS HQ) utk meeting dengan Pengerusi Kelab Sukan , Rekreasi & Kebajikan PLUS (Cik Maryani). Meeting ni actually susulan dari proposal yg aku hantar bulan lepas berkenaan dengan penubuhan kelab Taekwon-Do PLUS. Hasil dari meeting tu sgt la positif dan PLUS dah pun meluluskan penubuhan Kelab Taekwon-Do PLUS!!. Kalau konperm kelas ni maknanye ni kelas ke 11 la dalam organisasi DTA. Target aku nak achieve 12 kelas tahun lepas dah terbarai dah so mintak2 2006 ni dptla aku achieve azam aku tahun lepas tu.
Kelas ini asal idea nya timbul masa aku dok discuss dgn Abg.Osley ..student aku kat PNB asalnya skrg ni dia join kelas aku kat RTM. Abg Osley ni keje kat PLUS so masa borak2 tu dia bagi la hint "self-defense class ni kalau buleh buat ka opis dia elok jugak ni..lagipun dia kenal Pengerusi sukan PLUS".. Titik tolak dari situ la aku terus buat proposal ..alaaa proposal ni dlm 5minit jer coz aku dah ader template. Dan aku submit ke PLUS awal bulan lepas. So last week baru la PLUS response nak jumpa aku pasal proposal ni..(tu pun lepas muka aku kuar paper ..ha..ha.. ..haks!).
Masa discuss tu soalan common la..apa yg PLUS akan dpt kalau kelab ni ditubuhkan?.. Konsep aku dari dulu ialah ..WIN-WIN situation (cuma selalunyer aku ayg kan WIN lebih sikit la..he..he..). So aku offer la aktiviti2 yg berfaedah utk staff PLUS dgn bayaran yg minima dan PLUS buleh pakai team aku utk apa2 aktiviti yg dia nak (dgn bayaran minima..he..he..). Cuma typikal Malay punya attitude kan so dia pun query jugak la pasal bayaran ..buleh kurang lagi tak??. Aku mcm biasa letak RM30 per person utk 2hari seminggu training utk 1.5 jam per sessi. Rate ni actually minimum rate utk kelas TKD utk korporat dan aku konsider aku pakai accomodation PLUS. Kalau Cina2 tu yg buat mau cecah RM60/person ... tu pun berebut2 org join ..ye la ...sebab Cina yg ngajar..biar ngajar cam kayu pun. Kalau Melayu yg ngajar skeptikal giler..
Tapi aku tak nak la nampak "DUIT" ni jadi issue ..aku still buleh negotiate lagi cuma nak kurang lagi bawah RM30 sorry la.. Dari pengalaman aku kalau aku letak RM2.50 sorang pun akan ader yg tak bayar!. So RM30 ..take it or leave it ..cheehh! Tak der la..tak kan la aku nak ckp cam tu. Cuma terkilan jugak aku sebab diaorang tak buleh nak value kan ilmu yg diaorg akan dpt dari kelas ni. Kelas Aritmetik bebudak pun RM40 satu subjek woii..kelas mewarna botol bodo-bodo pun buleh dapat RM50.00 sejam.. Ni aku letak RM30.00 SEBULAN!. Siap buleh guna masa emergency lagi....tak kan la korang nak guna kreativiti mengaler tu masa emergency?!!
So next month (May) Insyaallah DTA cawangan ke-11 akan bertapak kat Tgkt 17, Menara 1, Faber Tower. Hopefully aku buleh dpt dlm 20-30 org utk start up. So kalau ader sesaper yg dok tanya kelas2 kat sekitar Tmn Desa ..nah ni la kelas dia.

12 April 2006

Ke Zoo kiter...


"Bah..bangun bah..kita nak pegi Zoo kan bah.." ..Syira kejutkan aku pagi2 semalam. Jarum jam aku tengok kat pukul 4.30pagi!
"Isshh ni baru kul 4.40pagi ..kita nak pegi pukul 9.. Ada 5 jam lagi ni..Syira tidur la dulu.." ..aku terus layan tido balik.

"Bah ..mandi bah ..kita nak gi Zoo .." ...aku bukak mata tengok Syira tengah terkebil2 lagi kat tepi aku..aku tengok jam baru pukul 5.30pagi!.
"Lambat lagi la kita nak pegi...Syira tido la dulu..nanti nak pegi abah kejutkan la" ..aku malas nak layan dah ..mata dah la mengantuk.
"Bah..bangun la bah Syira nak mandi ni.."... kali ke-3 Syira kejutkan aku. Budak ni tido ke tak ni ? Aku tengok jam dah pukul 7. Kesian lak aku tengok Syira dok nunggu kat tepi bilik air siap dgn tuala dia. Aku pun suruh la dia mandi dulu sementara aku siap.
Idea nak ke Zoo ni sebenarnyer dtgnyer dari Syira la..tambah lagi mak mertua aku dah komplen si Syira ni tak kenal binatang..tu yang dia kaler gajah kaler Pink tu.
Pukul 9.00pagi baru la kitaorg keluar utk breakfast dan ke rumah Halim. Actually last aku pegi Zoo masa aku ikut rombongan Jabatan Pendidikan Kelantan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1986 dulu (aku dah citer kat entry sebelum ni). Dah 20tahun beb!!. Aku ingat monyet2 yg aku tegur dulu pun dah arwah dah skrg ni kot...gajah2 yg dulu anak dara pun aku rasa dah monopouse semua dah.
Kitaorang (aku satu family dgn Biras aku Halim & kakak ipar aku Fifi satu family..bukan 2 family ni..tapi Halim & Fifi tu satu family coz Halim tu Biras aku yang kahwin dgn Fifi kakak orang rumah aku...yg aku dok melalut pasal salasilah keluarga aku ni apsal??? )...kitaorang sampai depan gate Zoo Negara dalam kul 10.50am ..ngam2 bila kitaorang masuk Ah Moi atas tren buat announcement ...ader Multi Animal Show kat kolam. Show tu start kul 11am so kira timing kitaorang ngam la. Aku pun layan la show tu..aku tengok ramai jugak tourist yg ader pagi tu. Ni dah sah guide dia bawak ni..kalau sendiri nak dtg sori la. Aku tengok muka2 diaorg pun cam x ikhlas jer ..macam muka kena paksa jer utk
tengok Orang Utan tu..tapi yg lagi x ikhlas aku tengok Orang Utan dan Singa laut tu la..
Lepas di"hibur"kan dgn persembahan Burung, Orang Utan & Singa Laut tu aku pun terus tarik tangan anak2 aku ke Akuarium Tunku Abdul Rahman coz yg ni jer yg aku minat nak tengok ..binatang2 lain kat opis aku pun byk. Tapi sampai2 kat depan akuarium aku nampak signboard "MAAF, DITUTUP UNTUK PEMBAIKAN". Terasa rugi rm3.50 dari bayaran masuk RM10.00 utk dewasa yg Zoo ni charge kat aku. Tak fair betul..dah tau tutup tapi charge penuh jugak. Kitaorng pun tengok je la Arapaima yg kat luar tu. Anak aku lak dok sibuk nak tengok Penguin ..nasib baik ader 3 ekor Penguin kecik kat dlm rumah kaca tu...(tapi aku wonder apasal tak gerak2 3 ekor ni..ni Penguin betul ke Penguin patung..?). Tapi dulu kalau tak silap aku ader byk Penguin dalam rumah kaca ni...ehmm mungkin Maulidur Rasul diaorang dapat cuti kot??
Penat nak round semua so kitaorng pun pegila ke tempat menunggu tren utk tour Zoo ni. Tapi punyerla ramai orang dok que...dekat 20minit barula la kitaorang dapat naik. Nasib baik tak hujan kalau tak mau lejun semua yg nunggu tu. Canopy lak aku rasa cukup utk 5org jer..ciput giler. On the way dlm tren tu aku tengok kawasan Zoo ni x berubah sangat berbanding 20tahun lepas. Tempat Gajah dan Zirafah tu sama cam dulu..cuma dulu kita buleh tunggang gajah tu ...tasik yg ader burung Undang tu pun aku tengok sama jugak. Binatang2 plak aku tak nampak species baru...ye la..mana ader binatang species baru kan?. Cuma satu la aku rasa yang lain sikit...binatang2 kat zoo skrg ni makin slow...makin x aktif aku tengok...dan makin tua. Semua cam dah boring giler kat dalam tu. Korang tengok la Orang Utan kat atas tu..daripada aku baru sampai..sampai la aku nak balik cam tu jer dia dok kat atas pelantar tu. Kalau korang perasan Unta kat belakang anak2 aku dan anak sedara aku tu pun dok cam tu jer dari awal sampai akhir. Aku nak la jugak tengok diaorg buat show ker..buat somarsault ker..main dam ker..
Masa jalan2 tu anak buah aku si Firdaus yang jadi tourist guide ..si Syira plak jadi dia punyer assistan..dok asyik tunjuk ke tempat burung Kasuari..rupa2nyer dlm map tu ader logo aiskrim Walls kat tepi tu..patutla dia beriya2 nak pegi tengok burung tu.
Lepas layan bebudak (dan mak2 budak..aku tengok yg lebihnyer si mak..) makan aiskrim, kitaorang jalan2 plak kat tepi kandang rimau, seladang dan mcm2 lagi la binatang kaki 4 yg lain. Aku nak jugak tengok binatang2 yg pelik2 sikit mcm cipan ke, T-Rex ker.. Nasib baik la ader jugak species yg x der kat Malaysia cam Capybara ..Cimpanzee dan 2-3 jenis lagi la. Cimpanzee tu plak semacam jer bising nyer masa kitaorng sampai...macam musim mengawan jer aku tengok.
"Lepas ni kita ke mana?" ..aku tanya tourist guide kitaorng
"Lepas ni tengok ular..".. Jawab Firdaus dgn mata dia tak lepas dari map kat tangan dia tu.
Kitaorang ke Reptilia House dgn tren..penat dah nak jalan kaki. Masa kat dalam Reptilia House tu aku tengok byk jugak sarang2 yang kosong...samada ular2 tgh MC atau dah mampus aku pun x tahu. Tapi yang aku tahu ..aku nak anak2 aku tengok Ular betul ..bukannyer tengok kotak kaca Ular dan tengok gambar jer.
Jam dah dekat kul 1.30tghari ..Syamil pun aku dah kena dukung dah.. dah penat sgt. So kitaorang lepak la depan Gate sementara nak balik. Masa tengah lepak tu aku tengok Pick-Up HITZ.FM kat depan gate ...tengah kecoh2 bagi2 kan adiah. Kira cam Skuad Perodua Era la ni. Nak gak aku kuar pegi amik adiah tu..tapi sape lak nak jaga bebudak ni.
Kitaorang balik jam dah kul 2pm dan singgah kat Awan Besar utk lunch. Sampai kul 3 jugak kitaorang kat sana...dok nunggu org rumah aku ushar barang kat kedai aksesori rumah...nasib baik tak der Poh Kong kat hentian tu..kalau tak x balik kitaorang.

10 April 2006

INTEGRITI

Last weekend siSofea student Ali call aku . Dia cakap dia call ni on behalf of kawan dia . Kawan dia ni suruh dia tanya aku samada boleh tak dia nak masuk kategori Black Belt masa TTA Tournament nanti?. So aku tanya la member dia ni dari Taekwon-do apa ?..WTF ke ?..belt apa? coz kalau Black belt dari WTF aku nak advise kan dia masuk colour belt dulu ..biar gain experience dulu before masuk kategori black belt GTF. Tapi bila dia mentioned nama kawan dia tu yg buat kan aku terkejut tu. Aku kenal sgt member dia ni ..in fact pernah grading dgn aku masa dia Blue Tip kat SMT tahun lepas dan pernah join kelas aku kat SP & MMC. Grading dia ni la yg jadi kontroversi antara instructor dia dan Master Chee. Instructor dia pegi marah ke Master Chee apsal aku grad budak dia. Apala bangang punya soalan..dah bebudak dia dtg mengadu kat aku..UTM dah dekat setahun x der grading test!...kalau sampai masa bagi budak dia grading....antar bebudak pegi tournament ...bagi aktiviti luar..korang ingat budak dia tu nak lari ke aku ke?
Lepas grading tu cuma 1-2 kali jer aku jumpa budak tu so belt apa skrg pun aku tak sure. Aku tak nak komen dari segi teknik sparr coz dah byk kali aku mention masa training ..in fact pernah spar dgn aku pun. Memang kalau bebudak Yellow belt / Green belt spar dgn dia ni memang susah la nak makan tapi dgn black belt bagi aku jauh lagi la . Tak tahu la belakang aku dia spar dgn black belt GTF kayu ker so nampak kacang jer nak makan diaorg tu?. Aku tak tahu dari source mana dia dpt idea nak masuk kategori black belt ni. So aku pun amik yg positif la..maybe dia nak challenge dia punyer strength sampai ke tahap maksimum..so dia pilih la kategori yg paling tough. Yg negatif nyer plak ..ader org racun dia "alaaa.. black belt GTF tu ko boleh makan punyer ..". If the latter ..he'll in deep trouble to pursue his dreams..(if he really hv one la..). Kita ni kalau dah berkawan dgn Enggang jgn la jadi Enggang plak...
Aku selalu nasihatkan student aku utk setkan GOAL kita tu tinggi2 tapi tinggi yg kita boleh capai la...kalau dlm bahasa org kampung aku ..it's must be tangible ....achieveble. So aku suruh Sofea tu bagitahu budak tu suruh pikir balik dan aku nak dia dtg at least 2-3 kali ke kelas aku utk training dan untuk aku buat evaluation balik. Budak tu actually dah dekat 6-7 bulan tak join kelas aku so aku x tahu standard dia skrg. Cuma last month dia ader dtg sekali ke MMC dan aku tengok sparring skill dah x macam dulu dan masa aku suruh buat Pattern pun aku tengok berterabur stances. Ntah la..maybe instructor tempat dia dah ajar dia cam tu kot..so aku malas nak komen lebih2 la. Tapi kalau pattern Yul-Gok pun berterabur mcmna dia nak perform Gae-Baek ker Kwang-Gae ke nanti mas tournament?. Aku bab pattern ni aku memang pantang tengok org buat main2 coz bagi aku pattern ni foundation utk TKD ni..salah ko buat pattern jgn harap la benda lain buleh betul.
Frankly writing...aku tak kisah kalau dia betul2 nak masuk kategori Black belt ni cuma aku nak tahu la jugak apa rational dia dan aku pun nak la bagi tips dulu before tournament ni walaupun dia mmg dah ader org yg lagi bagus buleh guide dia. Lagipun dia pegi bawak flag DTA....dia bawak nama DINSTAEKWON-DO ACADEMY ...dia bawak nama AKU!

03 April 2006

DTA Live in RTM

31/3/2006-Friday : ....aku masuk Web Site RTM. Terjumpa ITENARY utk FIESTA 60 tahun RTM Sabtu dan Ahad ni. Aku ternampak segmen Taekwon-Do Angkasapuri kat itenary tu...Jam 9.00pagi 1/4/2006 Sabtu!..kira main event jugak la pagi tu . Aku dah was-was balik dah coz Aishah (aku x tahu pung dia pangkat aper tp bawah Hj Halim ni la so aper2 Hj Halim suruh aku si Aishah ni call aku) tu kater Ahad kul 8.00am tapi dlm ni kater Sabtu dan dlm paper 2 hari lepas pun kata Sabtu. So aku try call sendiri Hj Halim (sebelum ni dia x pick up so aku deal dgn Aishah ni jer) tanya kan pasal ni dan dia confirm kata dlm web & paper release tu salah type...ishh x kan la x buleh update balik.
Mlm tu aku tengok ader 6 missed call dari Aishah RTM . "Ni mesti nak confirm pasal esok ni.." . Line hp kat rumah aku tu bengong sikit kekadang call tak masuk tp terus keluar missed call. So aku pun return call la ke dia balik ..

"Aaa..En Sharifudin macamana besok ni ...dapat datang X? "...
"Dont worry saya dah janji kan so saya datang la. Saya dah inform student saya utk berkumpul depan main gate RTM sebelum kul 7.30am.."
" Risau saya tadi call2 tak dapat...kalau En.Sharifudin tak datang esok mati saya.." ..
Pagi tu aku terjaga sedar2 dah 6.40am...menggelabah giler aku nak siap. Mana lak pegi nyer hp aku ni????. Rupa2nyer aku dah tertinggal kat bawah masa aku dok call mlm tadi. Dlm dok bersiap tu Syira lak dok ngok-ngek..ngok-ngek x nak bangun. So aku pun cakap la tak yah siap la..tak yah masuk TV. Lepas ckp tu aku terus turun bawah start keta. Masa aku masuk balik Syira dah ader depan pintu.."bila pulak budak ni mandi ni..?". Naris2 aku nak tinggalkan jer dia kat rumah . Dlm rush tu dpt jugak aku sampai SP sebelum kul 7.00am. On da way Aja call tanya aku kat maner dah coz dia dah sampai. Sampai jer aku rush ke 7-11 utk beli sarapan utk Syira & aku sekali.
Dlm kul 7.15am aku terus bertolak ke RTM dgn si Ven & Asmir...aku sengaja tak tunggu keta2 lain coz aku dah cakap kul 7.00 tepat kena bertolak. Lantak la diaorg nak pegi cam ner coz aku dah warning semlm kalau lewat aku tinggal. Sampai RTM aku tengok parents PNB dah sampai..awal betul diaorg sampai. Aku actually dah 6 bulan tak jumpa diaorg sejak karenah birokrasi pasal kelas PNB ni. Dpt la jumpa balik student2 lama aku ...dah besar2 dah budak2 tu.

7.45am aku call Aishah tu tanya kat mana nak berkumpul ni. Dia mintak aku tunggu sampai kul 8.15am coz dia kat IPTAR lagi. Event tu dia kater start kul 9.00am ..KSU (Dato' Siti Balkish) akan sampai kul 9.00am. Timbalan Menteri Penerangan tak jadi dtg so KSU akan ganti.

Tapi bila aku tengok padang tempat kitaorg nak perform tu aku dah lemah semangat dah ..."ni bukannyer padang ni..ni bendang !" ..tu yg paling sesuai aku buleh describe kan keadaan padang tempat kitaorg kena perform tu!. Hj Halim dtg jumpa aku dan dengan selambanyer dia cakap "alaa buat simple2 jer ..dlm 3-4 minit dah ler..". Cakap memang la senang tapi dia tak tahu yang bila aku commit nak perform ni aku dah giler2 pegi train bebudak dan dapatla 28minit action pack punyer demo. Dan sekrg ni nak compress jadi 3-4 minit jer!. So aku cakap la aku dah prepare 30minit mcm yg dipersetujui masa mula2 dulu tu dan kalau buleh aku x nak la bagi bebudak aku frust tak leh perform..diaorg ada yang dtg jauh2 dari Tg.Malim, Kuala Selangor dan dengan mak bapak & orang kampung tengah tunggu kat depan TB tu.

So masa discussion dengan Penerbit rancangan Selamat Pagi Malaysia, aku cuba explain aper yg aku nak tonjolkan masa cross over tu. Aku tanya la camera nanti nak shoot dari mana dan shot tu aku nak dari depan dan kalau buleh dari atas lagi cantik dan khemah2 yg tak pakai kat atas padang tu aku suruh alihkan coz akan cover bebudak aku masa live nanti (cehh..demand cam la nak buat konsert..). Sebelum tu masa aku baru jumpa dia, dia terus cakap "Eh..bukan U ke yang buat show masa perlancaran wajah baru RTM Januari ari tu?.." .."I memang ader perform demo masa Januari tu tapi bukan kat RTM..maybe some other person kot".. aku explain tp dlm hati ..wehh glamer jugak ker aku ni?..haks.

Dia pun explain la bila staff dia akan bagi QUE utnk CROSS OVER dlm SPM ..aku lak kena pakai head on mic utk clear kan audio masa bagi command nanti. Masa discuss tu aku dah mula terikut-ikut pakai istilah2 yg org TV biasa gunakan mcm cross-over..que..head on dan 3-4 term lagi la yg diaorg pakai..

Satu lagi bala bila aku rupa2 nyer kena dok dgn KSU utk terima PLAK Anti Dadah dari KSU. Kira aku wakil Belia Angkasapuri la hari tu..ader ka?. Tapi kalau aku dah dok kat kerusi VIP ni sape r plak yg akan bagi command kat bebudak demo tu?. Nak tak nak aku kena cari pengganti aku..dan dlm kepala aku cuma ader Nik Hazim je la.

Gedebak-gedebuk jam dah pukul 8.35am dan penerbit tu suruh aku siap cepat2.

"Eh...U x pakai kasut ke?"..dia tanya aku sambil mata dia kat selipar jepun aku..

"Tak la..coz I dtg untuk buat demo jer..buat demo mana pakai kasut?."

"Tapi ni nak masuk TV Live..mana boleh masuk dgn selipar macam ni.."

"Alaa..zoom ke muka I dah la..apsal nak fokus ke selipar ni pulak..?" ..tapi lepas tu aku pegi carik jugak kasut lain...aleh2 dpt pinjam kasut si Ilyias. Merasa jugak kasut dia masuk TV ..haks.

Masa tu aku punya uniform pun ader dlm keta lagi..kunci keta plak ader dgn Ven . Bila aku call dia ckp tgh makan. Cinabeng betul..saper plak yg bagi diaorg pegi makan ni? Aku dah pesan byk kali sebelum ni suruh aper2 pun mkn awal2 coz kat RTM nanti x sempat nak makan. Lagipun masa aku suruh semua ke IBC tadi utk rehearsal sementara nak tunggu kul 8.40am utk turun ke padang, tapi dibantainyer pegi makan! Aku dah tension giler dah coz KSU anytime akan sampai dan aku pun tak tukar baju lagi ni..jap lagi nak live plak.

So aku suruh Nik Hazim start line-up bebudak dulu dan sempat la aku bagi event2 yg nak kena cancell. Kalau aku sendiri yg handle senang la aku buleh on the spot jadi kan demo tu 7 minit mcm yg RTM nak tapi ni aku kena bagitahu Nik Hazim dlm masa 5 minit ni utk buat kotengansi plan utk cut event tu sampai jadi 7minit.

sambung........



31 March 2006

Methodology of Teaching

"If you act as though you expect your students to be motivated, hardworking, and interested in the course, they are more likely to be so. Set realistic expectations for students when you make assignments, give presentations, conduct discussions, and grade examinations. "Realistic" in this context means that your standards are high enough to motivate students to do their best work but not so high that students will inevitably be frustrated in trying to meet those expectations. To develop the drive to achieve, students need to believe that achievement is possible -which means that you need to provide early opportunities for success. (Sources: American Psychological Association, 1992; Bligh, 1971; Forsyth and McMillan, 1991 -1 Lowman, 1984)
Semenjak dua menjak ni aku suka surf artikel2 berkenaan teknik2 mengajar ni dan nama2 cam Bligh, Lowman dan mcm2 lagi selalu aku jumpa. Kalau la diaorg ni ader ngajar kat mana2 kat Malaysia ni nak jugak aku gi tengok mcmna diaorg ni ngajar. Aku dapat bayangkan mesti semua student diaorg tengah melopong dok dengar diaorg punyer lecture ni. Aku masa study dulu pun ader 4-5 lecturer yg bagi aku yang memotivate kan aku utk dtg kelas. Salah satu nyer kelas BI aku masa first year kat UTM dulu..jeng..jeng..jeng.. Masa tu lecturer aku pompuan..baru grade TESL ..ala-ala muda2 gituu (aku dah citer ni dlm previous entry). Tapi bukan aku sorang jer yg bersemangat kalau nak pegi kelas dia..semua member aku sekelas semua nyer mcm aku. Biasa nyer kelas BI ni pagi2 dlm kul 8 gitu so lepas Subuh tu jarang sgt la aku tido balik..bukan nyer apa takut terlepas kelas dia. Kelas dia plak 1 kredit jer so kalau terlepas alamak kena tunggu seminggu lagi la baru jumpa balik..he..he.. Kalau kelas Kalkulus ker Elektronik ker... Termodinamik ker mmg aku bantai tido balik sedar2 dah pukul 9..kelas pun dah abis.
Yg memotivate kan aku?.. ntah ler..nak kata dia ni kiut betul jugak kot tp tu bukan main reason la coz dia ni 6-7 tahun atas kitaorg. Sampai sekrg aku dok tercari2 lagi X-Faxtor kat lecturer ni. Disebabkan lecturer ni la sampai sekarang aku hafal lirik lagu Right Here Waiting (Richard Marx)...he..he.. Satu hari tu masa dlm linguistic lab dia bagi assignment kat kitaorg ..dgr lagu tu dan tulis lirik dia balik. So aku bab2 lagu Richard Marx ni mmg aku layan so sekali dgr jer aku dah buleh tulis semua lirik dia balik..kira2 aku yg terfirst la siap assignment tu. Satu accident yg aku ingat sampai skrg yg menambah kan vocab aku masa tu ialah masa dia tanya kelas aku apa perkataan BI untuk "hal @ perihal" ..dlm kepala aku alaa "circumstances" la ..."tanya la aku..tanya la aku..". Dan mungkin dia perasan kot aku nak jawab sgt so biler semua senyap dia pun suruh la aku jawab . Belum abis ayat dia aku dah jawab "CIRCUMCISE mem!!". Lecturer tu punyer gelak aku x tahu nak describe cam maner..hilang kiut dier. Aku pun tak tahu mcmna aku buleh tersebut kan perkataan tu padahal dlm kepala aku nak sebut "CIRCUMSTANCES". Aku blur apsal dia gelak kan aku..aku plak mcm pernah dgr perkataan tu tp makna dia aku x berapa tahu. Masalah aku dari dulu ...spelling aku jarang x score tp makna aku mmg susah nak ingat. Dah dekat abis kelas dia pun tanya aku .."Sharifudin did you know the meaning of circumcise you mentioned in the class just now?.."nok sure mem..." aku jawab ringkas jer... "circumcise tu bersunat la bang ooi.."... senyum dia yg last tu yg membuat kan aku four flat subject BI utk semester tu.
Laaa.. lari tajuk lagi ..aku nak ceriter methodology of teaching la!!.
Quote kat atas tu aku amik coz nak jadi Instructor TKD yg bagus benda paling penting yg kita kena ader ialah SKILL . Kalau skill kita lau yar jer mana ader budak nak ikut. Tapi kalau kita Gaban giler pun nanti student kiter rasa jauh sgt lak dgn kiter ..diaorg akan rasa ishhh susahnyer nak ikut teknik sir ni. Benda sama aku cuba buat kat kelas Taekwon-do aku. Aku seboleh-boleh nyer nak semua student aku nampak goal dia kat depan dan nampak goal tu x susah nak achieve. Problem dgn bebudak ni ramai yg masuk TKD sebab terpaksa ..Ko-Q la so diaorg x nampak future dlm TKD ni dan apa yg diaorg nak dan buleh capai dlm kelas TKD ni. Selain dari tu aku cuba improve kan lagi teknik2 aku dan cuba bagi benda2 baru sekali sekala biar bebudak x boring. Alhamdullillah sampai sekrg student aku x ader yg lari ke instructor lain. Yg berhenti sebab kahwin ker belajar ker tu ader la. Cuma aku terkilan sikit coz by years byk teknik2 favourite aku dulu dah x seperfect dulu so bila nak tunjuk ke student rasa cam cacat semacam jer.
Masa Faizal bagitahu aku kelas SMT Gombak WTF dah amik aku frust tu. First thing dlm kepala aku ..."is it something wrong with instructor?".. biasanyer kalau kiter x der problem Pengetua x akan simply tukar instructor tu. Tp aku tengok Faizal x der masalah dlm mengajar cuma mcmn rapo dia dgn Pengetua & Guru Penasihat aku x sure. Aku setakat ni dgn SMT Kuala Selangor tak der masalah langsung...Puan Puteh (Pengetua) dan Cikgu Suzana (Guru Penasihat) mmg aku tabik spring coz betul2 supportive. Sampai kan setakat ni kalau kelab TKD yg mintak bas x pernah x dpt lagi walaupun lead time 3 minggu tu x pernah kitaorg follow. Aku yg asyik ad-hoc memanjang..bagi lead time seminggu -dua jer ke cikgu tu utk apply bas..

30 March 2006

Demo sambutan ulang tahun ke-60 RTM

Aku terima call dari Hj Halim Rohani, Bhg Penerbitan Radio, RTM 2 minggu lepas. Aku ingatkan ni call biasa tanyakan pasal kelas aku kat International Broadcasting Center, Angkasapuri tu, tapi rupanya dia invite aku dan team untuk perform semasa sambutan ulang tahun ke-60 RTM hujung minggu ni. Nasib baik aku biasa dgr KL FM dan Klasik Fm (oldiest channel..haks..) so tau la jugak pasal sambutan ulang tahun ni. Tapi aku bukannyer heavy listener la..cuma sekali-sekala layan lagu lama ni nostalgik jugak. Tapi orang rumah aku cukup pantang aku tukar ke channel ni ... ye la...mana buleh masuk Mettalica dgn J.Mizan..genre lain woii.
Yg aku melalut pasal J.Mizan ni apsal?..
Hj Halim nak aku buat demo selepas ucapan perasmian oleh YG Timbalan Menteri Penerangan , YB Dato Zahid Hamidi. Kira lepas ucapan tu semua VVIP akan dibawa ke booth Penerbitan Radio untuk tengok demo kitaorang ..kira main event la pagi tu. Dan akan ada 5min cross over dlm Selamat Pagi Malaysia hari tu 2/4/2006 (so ..kalau yg x pernah tgk SPM selama ni ..hari tu bukak2 la channel TV1 tu 8.30am..haks..). Kira live la masuk TV gituuu.
So aku kena bawak bebudak yg betul2 buleh perform dan dlm masa tak sampai 2 minggu aku nak kena koreograph 3-4 scene (anti ragut & women self-defense) utk demo tu. Aku dah commit dgn RTM nak tunjukkan something yg positif about martial art...mcmn martial art ni buleh melahirkan insan yg sihat mental & fizikal dan bebas dari dadah. Ala-ala Belia Benci Dadah gituu...(apa kait slogan Mawi kat sini ?..)
So dlm kepala aku yg aku buleh harapkan cuma black belt SP aku dan bebudak Ali kat Kolej Multimedia Telekom ...itu je la yg biasa buat demo utk DTA.
Selasa mlm minggu lepas tu aku terus ke MMC utk announce pasal demo ni dan koreograph scene anti ragut & women self defense. Breaking aku x plan nak buat byk coz demo ni FOC so budget pakai budget aku sendiri...sekeping RM5.00 beb... kalau 20 keping dah RM100.00 woi!. Tapi aku anggap ni mcm budget publisiti aku la...RM100.00 utk promote DTA kat dlm SPM murah aper?..
Malam tadi aku ke PSAS plak utk arrange 5 org daripada sana. X buleh bwk ramai coz transport diaorg susah nak arrange ..lagipun aku nak yg betul2 commit jer. Cuma problem dia bebudak ni tak buleh nak centralize training dah coz dah tinggal 2 hari jer ni. Mlm tadi pun aku balik dlm kul 12.30am..sampai rumah dah kul 1.20am. Pagi ni plak Cikgu Suzana dari SMT confirm akan hantar 10org pelajar ke demo tu ..so total dah jadi 30 org dah ni. Sabtu ni nak kena rehears diaorg.
Malam ni final rehearsal kat MMC ..tp aku x sure buleh pegi ke x? Kalau org rumah aku confirm pegi Kefli punyer warung tu OK la..buleh aku singgah kat MMC mlm ni..(sambil kenyit2 mata..).

16 March 2006

KEM SURVIVOR MMC/DTA 2006-Update!




2/3/2006- Malam tu aku & org rumah aku dok sibuk prepare brg2 dia nak ke Haadyai dan aku nak ke Ulu Bendul dgn anak2 aku ...aa..aa elok la tu...sorang ke Haadyai sorang ke Ulu Bendul. Org rumah aku ader gak ajak ke Haadyai join group dia ni..tapi aku berat coz nak cuti lebih2 sampai Selasa aku keje tgh banyak ..lagi pun bebudak tu saper nak jaga. Tapi aku was-was jugak sebenornyer bila org rumah aku ajak aku ke Haadyai ni .. sebab masa dia ajak tu mata dia berkelip-kelip semacam jer.....tu tanda x ikhlas tu .... dlm hati tu mesti .."mintak-mintak la dia x nak pegi".."mintak-mintak la dia ada hal lain" .."mintak-mintak la keta dia buat hal lagi..". So bila aku kata x leh ikut tu mmg la aku nampak mata dia berkaca jer..tapi bila aku turun ke bawah sayup-sayup aku dengar dari dalam bilik .."YES!!!"..wallahuallam..

3/3/2006-Jam dah kul 12.00tgh ..aku actually x mintak lagi nak half day hari ni coz aku baru jer submit cuti utk habiskan balen cuti aku dan hari ni x termasuk dlm hari2 cuti aku tu. Baru jer aku nak mengendeng ke bos aku untuk mintak cuti tetiba dia cakap dia kena ke Plant Melaka ....ishhh bila pulak aku nak bgth ni?.. Tapi nasib baik jugak bos aku ke Melaka coz kalau dia ke sana GM (Hj) aku akan ganti tempat dia ..so dgn GM ni biasanyer senang sikit nak mintak aper2. So dah dekat kul 12tghari baru la aku berpeluang bagitahu GM aku tu yg aku kena emergency cuti petang ni. Lepas bagitahu tu ..aku diam jer la..dan aku tengok Hj tu terkebil2 tengok aku..aa..aa approve la tu.. coz kat sini kalau kiter apply aper2 kita kena tengok response Hj tu ..kalau terkebil2 tu makna nyer lulus la tu ..coz dia x paham aper yg kiter cakap... Dlm kul 12.45pm aku rush ke Everybody Martial Art kejap ..nak kena beli uniform sikit utk student aku. Kul 2.45pm aku baru sampai Subang Perdana dan on the way tadi byk la aku dpt order dari Rushdan & Ali utk belikan tu & belikan ni...so terpaksala aku pusing cari hardware shop. Aku janji dgn Ven & Ripin kul 3pm kat rumah aku..tapi ni dah lewat ni. Aku amik Syira & Syamil pun dah kul 3.30pm...amik Ven kat rumah dia dan aku suruh Ripin dtg rumah aku jer. Gedebak-gedebuk kul 4.30pm jugak aku bertolak dari rumah aku. Ven yg drive ..Err...aku sebenarnyer tak leh drive ...coz lesen dah mati ...pas tu nak renew lesen x leh ...aa..aa.. nanti la aku citer.
Kul 7.00pm aku sampai kat Ulu Bendul ..dah remang-remang senja kata org..tapi dah dlm hutan gelap so dah mcm kul 9mlm. Aku nampak Ali & geng2 MMC kat seberang sungai... diaorg tgh potong daging utk masak mlm ni. Daging ni bagi aku bukan menu utk survivor la (kecuali pack ration dari Brahim tu..)...coz masa utk masak & preparation makan masa ..tapi aku x leh kata aper la coz AJK makanan dah plan cam tu dan diaorg x mintak nasihat aku pun ..tapi dari pengalaman aku belas2 kali prepare ration utk camping ..daging memang bukan dlm list aku la. Tapi x per la coz maybe organiser ader agenda sendiri kan ..so aku ikut jer la.
Malam tu aku dan anak2 aku nginap kat challet tepi sungai tu..quite spacious dan kalau terdesak aku rasa dlm 30 org pun buleh lepak kat situ. Dinner siap dlm 8.45pm dan aku x nak komen la masakan tu kan coz aku pernah experienced yg jauh lagi teruk dari tu..coz dlm hutan ni kenyang nyer no 1 ..sedap no 10. Utk kategori survivor ni bagi aku menu mlm tu dah kira mewah dah. Janji perut terisi so bagi aku dah OK la. Tapi kesian kat si Ven coz dia x leh makan daging, so aku nampak dia keluarkan tin ayam rendang ..."mak yg suruh bawak..." ..aku x tanya lagi dia dah cakap dah. Tgh aku dok layan Syamil dan Syira makan ake dengar kecoh2 ..rupa2nyer Ven dah masukkan minyak tanah dalam messtin ...nasib baik dia x sempat masukkan ration ayam tu dlm minyak tanah tu lagi. Dia cakap ingat kan air masak. Ration tu sebenarnyer kena rendam dlm air panas jer so dia ingat nak letak air dan nak panaskan la... tapi aku tengok bebudak ni letakkan botol minyak tanah tu berselahan dgn botol mineral water ..dah la pakai botol mineral water jugak. Memang la buleh confusekan org...tambah2 lagi bila gelap cam ni. Masa aku makan tadi tetiba sedih lak aku tengok Syamil amik pinggan sendiri ..ceduk nasi sendiri dan duduk bertinggung kat tgh2 jln ngadap nasik...sekali nampak cam dlm citer BERSAMAMU lak... aku panggil dok dlm khemah dia x nak. Si Syira lak asyik nak jln2 jer..nasi pun x dijamah nyer.
Dlm kul 9.30pm geng2 Politeknik Sultan Azlan Shah sampai dlm 9org dgn Azhari & 2 lecturer. Yg dtg lak semuanyer bukan budak TKD so aku x kenal sorang pun. Dlm kul 10.00mlm aku received call dari phone Cikgu Suzana ..si Ashraff yg call bagitahu bas dah sampai kat pintu gerbang. Aku suruh dia terus sampai jumpa challet...risau jugak aku coa dlm tu gelap..silap jln x jumper kitaorg nanti. Dlm 10min gitu bas SMT pun sampai dan kesian aku tengok student aku semacam jer ..ni mesti tengah kebulur ni kata aku la. Betul kata aku ...belum sempat pasang khemah balen makanan tadi ditala nyer dulu.
Actually kesian aku tengok organiser coz cuma ader 5 org jer dan memang diaorg dah keje kuat nak siap kan semua persiapan tu. Aku & Ali cuma monitor jer cara diaorang jalankan keje ni. So malam tu kitaorg biarkan Sofea & team dia la buat keje dan seboleh2nyer aku x nak involve sgt ..biar la Ali shj yg guide diaorg. Tapi bila byk sgt kelemahan2 yang aku tengok masa suai kenal & pembahagian kumpulan malam tu aku rasa aku x leh dok tengok jer coz ader outsider yg join camp ni so aper2 yg x elok nanti akan reflect ke DTA jugak. Ada byk la negatif attitude & benda2 yg x sepatutnyer dibuat tapi dibuat mlm tu, yg paling ketara aku tengok ialah dari segi immaturity amongst commitee ..maklum la semua x der pengalaman lagi tu. 2-3 negative attitude yg aku tengok ialah dari segi interruption, instruction overlap & irresponsibility. Aku perhatikan ader yg rajin sgt nak mencelah bila org lain dok bagi instruction, ader yg x tahu function dia, ader yg x nak amik resposibility dan buat hal dia jer dan 2-3 accident lagi la. So mlm tu (kul 1am dah..) lepas semua settle aku & Ali amik peluang betulkan aper yg kitaorg x puas hati tadi..harap2 aku biarla komen2 aku & Ali ni buleh diterima pakai dan akan improvekan commitee tu nanti. Lepas post mortem tu kitaorg sambung kat challet dan bila aku tanya apa aktiviti esok semunyer cam blur. Aktiviti tu aku nampak cam ader tp pengisian nyer yg aku x nampak. Aku bagi la 4-5 games & aktiviti yg buleh diaorg buat esok..sampai 5 pagi dok briefing kat commitee tu dan nampak cam paham betul diaorg. First program esok iahal senaman pagi & Theory Of Power/Self defense yg akan dikendalikan oleh aku.
Pagi2 tu dlm kul 6.30 aku dah bangun (sejam jer tido beb..). Ready utk senaman & aktiviti self defense aku...tunggu punya tunggu pukul 8 pun breakfast x siap lagi ..suppose siap breakfast kul 8 dan terus mula senaman & program aku. Bab x ikut masa ni la yg aku x leh terima...bukan aper ..dlm camping ni kalau dah drag masa tu semua program lain akan drag. Tu yg jadi kat Ulu Bendul ni...aku terpaksa cut masa utk program aku dan start pun dah kul 9.30am. Padahal masa briefing tadi aku dah bagitahu commitee cara yg paling cepat nak standby kan bebudak ni utk program aku..tapi ader lak arahan lain yg ntah aper2 bagi kat AJK program dan bebudak semua kena dok melangut jer tunggu dipanggil utk breakfast. So aku terpaksa rush kan program aku tu..dan habiskan dlm masa 45minit ..apa la yg buleh aku ajar dlm 45min?. Dlm nak habiskan program tu Ali tanya aku .."eh x habis lagi ker coz dah lewat dah ni nak daki G.Angsi?..." aku pun jawab la .."saper yang lewat kan program?.. kalau buleh aku nak kansel jer program self defense ni ...". Ali x tahu coz dia pegi amik group Terengganu si Rushdan kat Seremban tadi so bila dia sampai dia tengok program aku x abis lagi so dia ingat aku yg panjangkan program tu la..padahal committee yg start lambat.
Bila aku basuh balik committe alasan diaorng alaa...bebudak tu yg lambat siap..lambat abis makan dan semua salah peserta la. Bagi aku satu jer....committee yg biar kan peserta control masa dia org! Sepatutnyer committee yg tetapkan masa bukannyer peserta..kalau aku ..aku biarkan jer saper yg lewat tadi kebulur ..tu yg aku kena masa dgn komando dlm aktiviti cross banjaran ttiwangasa dulu.
10.30am - semua bertolak ke puncak G.Angsi ..tapi diaorg akan singgah kat Lata Kak Lang dulu. Aku dan 2 commitee lain tunggu kat camp kat bawah. Terasa bebenor sunyi nyer, si Ilyas dgn Sarah tadi ntah kemana lak pegi nyer ..malas aku nak jaga sgt coz semuanyer dah besor panjang dah.Hazim sepatutnyer sampai pagi ni tapi dia call aku dia dah tersasul sampai Pedas Linggi so confirm lewat la tu. Pagi tu Syira & Syamil aku benarkan mandi kat sungai ...apa lagi sakan la bebudak tu main air. Sungai kat Ulu Bedul ni cetek jer...paha budak pun x lepas ..so aku x risau sgt pasal safety la..cuma batu2 tu byk so Syira aku suruh main kat tempat berpasir jer. Memang x leh lawan sungai kat Tapak Beringin (KKB) yg aku & geng2 taman aku pegi ari tu ..kat sana ader kawasan yg paras dada dewasa dan arus nyer pun kuat .
Pagi tu aku x der buat apa2 sgt cuma dok layan Syira & Syamil je la....petang tu aku terima SMS dari Rushdan ..."besok pukul 10 ko kena siapkan makan tengahari untuk kitaorg.." . Aku pun reply balik "sorry.... aku pukul 10 dah ader kat KL...ni malam ni kitaorg dinner kat Mc D Giant Senawang..." . Aku pun musykil reason SMS tu...x der saper2 pun bagitahu aku menu aper tengahari esok aleh2 suruh aku masak. Walaupun terasa di perdogingkan tapi aku terus check la..lauk aper yg ader. Tengok2 cuma ader telur jer?..So conclusion aku satu la...ni nak test aku ni...nak tengok aku buleh masak ke tak utk diaorg...nak tengok aku buleh handle tak masalah memasak ni..ha..ha..ha... kalau aku budak lepas SRP ke ,baru belajar camping kat padang sekolah cam bebudak PSAS tu ker atau baru lepas masukkan minyak tanah ke dlm messtin utk memasak OK la nak test kan?...silap org la beb...tapi x per la...bebudak... aku pun reply balik SMS tu menu aku utk tengahri tu ..telur mata kerbau, telur dadar, sambal telur, telur dadar bertepung dan masak lemak telur rebus...!!
Masuk kul 2ptg perut dah lapar balik...Syamil & Syira pun tadi asyik makan roti jer. Jenguk dlm khemah ration aku tengok Maggi mee bertingkat2 lagi so aku bantai masak 2-3 bungkus utk aku & bebudak tu.
Ptg tu Hazim sampai...hilang boring aku coz ader member nak borak. Hazim dtg dengan org rumah & anak2 dier..so ader member la jugak anak2 aku tu. Malam tu wife Hazim & Cikgu SMT tu yg jadi cook ...sedar2 dah siap lauk Sotong goreng kicap, sambal bilis, Sayur air, barbeque ayam (yg ni he..he.. mcmn kitaorg dapat ?..), telur dadar ...pehhh..tak pernah aku nambah 3 pinggan mlm tu 3 pinggan aku rembat...dlm hutan ni lapar dia lain mcm sikit. Syira & Syamil lak asyik dok main dgn anak2 Hazim jer so aku x perlu nak tengok2 sgt. Aku lepak kejap kat camp tepi sungai tu..dan nyaris2 terlelap coz kenyang sgt ...aper yg Hazim borak dgn aku pun aku x berapa masuk dah masa tu.
Pagi Ahad ..5/3/2006 , breakfast kitaorg mewah lagi cam semlm..nasi goreng & roti sambal celup telur, perut tengah lapar so belasah la betul2. Masa makan tu aku bgth Hazim.."ni kalau bebudak tu turun krg abis di rembat nyer ni..". Dan memang betul pun ...dlm kul 10pagi group pertama sampai ..dan bebudak tu terus .."sir ader makanan tak?..lapar la.." . Aku sua jer pinggan nasi goreng tu dlm 10 second dan tinggal pinggan... kebulur betul bebudak ni. Tapi tu la survivor!! Kalau makan sedap tu berkelah namanyer..cam yg aku dan Hazim buat skrg ni..he..he..
nanti sambung......