29 January 2006

Size of the DOG

"It's not the size of the dog in the fight, but the size of the fight in the dog"
Entry ni aku dedicated kan ke pelatih2 martial art yg badan diaorg kecik2 tapi semangat diaorg gedabak!.
Aku kalau masuk tournament mesti berada dalam kategori Micro-weight ...kira yang teringan la lepas Hyper,Heavy,Middle & Light weight. Masa aku mula2 masuk tournament dulu berat aku dlm 47kg...kira berat ideal untuk cat walk la (tapi aku nak fight bukan nak cat walk..). So dgn berat aku yg cam tu jarang sgt aku dpt lawan yg sama padan (yg lagi kecik jauh sekali la). Sama padan maksud aku sama tinggi & berat la. Cuma yg selalu aku lebih dari lawan aku ialah dari segi kehenseman nyer jer..he..he..
Image hosted by Photobucket.comFirst tournament yg aku dah citer dlm entry awal2 dulu lagi teruk. Time tu (1989 & early 90's) diaorg tak pakai 5 weight categories cam skrg. Masa tu cuma ader 2 categori Junior & Senior so aku senior akan jumpa lawan dlm macam2 saiz.
Yang aku nak citer ni regarding saiz lawan kita ni la. Quote kat atas tu aku pegang dari dulu lagi coz dlm tournament memang aku akan kalah dari segi saiz. So untuk memotivatekan diri aku pegang ke prinsip ni :-

1. Tak ader aper yg kita buleh buat untuk mengecik kan saiz badan lawan kita!. Maksud aku kalau kita jumpa saiz Hyper, maka hyper la yg kita dpt..tak der buleh tukar punyer. So lawan jer la!
2. Lagi besar saiz lawan kita lagi power dia - Kelentong! ..Memangla hukum fizik F=mA tapi sepanjang aku jadi students-intructor-dan skrg ni pun still student lagi, saiz badan tak memainkan peranan sgt utk increase power. Ada 6 faktor lain yg lagi besar contribution dia utk increase power ni.
3. Lagi besar badan lawan kita lagi besar permukaan untuk target kita (A-Luas Permukaan)- Betul!. So kita ada advantage dari segi senang nak hit ke target.
4. Lagi besar badan dia lagi slow dari kita (tapi ni kena tengok jugak la..aku pernah jumpa lawan yg gedabak tapi buleh tahan speed dia).
5. Biar badan kecik tapi hati besar!. Kalau badan kecik kita buleh exercise jadi besar & kuat tapi kalau hati tu dah kecik..tak dapek deng nak nolong..
So conclusion dia... kalau dah sedar diri kita tu tak sebesar org lain kena la increase kan speed tu. F=mA ...m tu dah tak buleh buat aper dah (buleh gemuk kan jer la..) tapi A tu tak ader maksimumnyer. Satu lagi kalau hati jer besar tapi otak kecik pun tak guna jugak...lawan mcm kereta kebal. Otak kita nak kena selari dgn hati kita...otak nak kena besar..nak kena kreatif & pandai baca game org.

26 January 2006

Ethique

"Jurulatih #^u$u ditangkap kerana mencabul" .... tergamam kejap aku bila baca headline kat paper beberapa minggu lepas. Aku sebenarnyer tgh nak siapkan entry pasal komen ikan_bilis berkenaan dgn etika Etika Jurulatih ni...elok jer keluar berita tu.
Kat Malaysia ni ramai jurulatih bertauliah , pengalaman 20-30 tahun la , ader 20-30 kelas la dan mcm2 lagi la. Aku tak nafikan kita memang ader ramai jurulatih2,master2 & mahaguru2 yg terbukti terrer gaban punyer so aku tak nak komen pasal jurulatih cam ni la. Yg aku setuju dengan komen i/bilis tu ialah bab ader segelintir instructor yg tak beretika (macam dalam paper hari tu la). Ader jugak instructor yg dok berkiblatkan "yuran" jer. Instructor cam ni dia akan x sabar2 nak tunggu awal bulan dan setiap 3 bulan dia akan suruh budak amik grading, pas tu charge grading lak giler2 punyer (especially utk amik black). Ader student aku kat SMT bagitahu dia bayar RM600 untuk amik 1st Dan!! Mesti Instructor dia boleh pegi Mekah balik hari tu.
Tapi aku tak nak sesak kan fikiran ni utk fikirkan semua tu cuma aku nak share dgn instructor2 @ bakal2 instructor ni pengalaman aku dlm instructing ni.
Tak semua org dilahirkan sebagai INSTRUCTOR (aku maksud kan Martial Art Instructor tau..bukannyer Instructor sekolah memandu..). Tapi semua orang buleh belajar (dari pengalaman..) & di ajar utk jadi Instructor yang bagus. Tu sebab kalau korang perasan ader kelas yang sekali register bebudak dia ramai giler tapi selang 3-4 bulan tinggal 2-3 helai jer...dapat Yellow belt ..Green belt pas tu hilang. Yang paling biasa aku jumpa dapat Black pas tu hilang. Memang....mustahil kita boleh tarik minat pelajar2 kita untuk selama2 nyer. Akan ader masa nyer dia akan rasa dah tak ader aper dah dia buleh dapat dari kita. So by time dia akan slow2 dtg kelas dan lama2 hilang. Perkataan paling mudahnyer ialah BORING. Tetapi yg buleh kita buat ialah kurangkan jumlahnyer dan panjangkan tempohnyer jer...dpt 20-30 org yg betul2 loyal dah cukup dah untuk sesebuah kelas tu nak sustain.

Cara mengajar yang paling betul?? ...jawapan aku ..DEPENDS!! Subjektif & relatif ke attitude students & environment kelas tu. Lain tau kalau korang handle kelas kat Dewan MBSA Kg. Melayu Subang & di Marsilin Sports Complex, Singapore!. Kalau aku ..aku akan tengok & investigate background students aku tu..dan tengok aper yg dia minat ..sparring ker pattern ker..self defence ker. Aku biasanyer akan tanya student aku.."Hari ini kamu nak fokus ke apa?". Tapi kena ingat ..kalau tetiap hari nak kena tanya dulu baru nak belajar tu dah melampau pulak..student yg bagi instruction plak kat kita tu. Ni kira METHODOLOGY of Teaching la...nak kena belajar la ni.


TEKNIK- bagi aku la...semua nyer terletak kat ilmu yang kita ada. Kalau teknik kita bagus dan pelbagai, student kita tak akan boring punyer. Tapi kalau ngajar 3-step sparring kat budak Yellow Belt pun macam kartun memang la budak tu akan lari. Contoh terbaik ialah self-defence...kita kena make sure students kita sampai black pun akan dapat teknik baru ..kita kena tunjuk teknik kiter tu x abis2 ..ader jer teknik baru. Macamna nak buat?...Belajar la...cari instructor yg terrer2 tu...jgn baru dapat 1st Dan dan kira khatam...jauh lagi tu. Frankly speaking...banyak teknik2 baru yg aku dapat masa aku tengah ngajar. Prinsip aku..."SATU aku ajar DUA aku akan dapat..". Insyaallah kita akan dapat yg DUA tu tapi x tahu bila dan mcmn la....tapi pengalaman aku..kita akan dapat.
Satu lagi Free-sparring ...kalau dgn students pun kita asyik ngelat jer nak sparr dan kita sendiri pun x pernah masuk tournament mmg susah sikit la. Nasib baik instructor aku dulu (sir Najmi) jenis yg suka sparr dgn students dia so sampai skrg aku terikut2 stail tu. Bukannye aper sekali-sekala biar student rasa sparr dgn instructor dia...biar nak kena ..kena la ..x kn hilang nyer respect diaorg tu setakat sparr dgn kiter.
Perangai giler aku dulu masa kat UTM, bila July biasanyer kita akan terima ramai budak baru yg akan amik TKD sebagai Ko-Kurikulum. So bila first class tu soalan pertama aku ialah "Siapa nak spar dgn saya?" .... biasanyer x akan ader budak yg angkat tangan la. Tapi sekali tu dlm tahun 1994 kalau x silap aku. Bila aku tanya soalan tu ke students baru ni tetiba ader sorang tu angkat tangan...cuak jugak aku coz budak ni mesti dah ader "something" kalau x tak kanla dia sambut "challenge" kau ni. Aku pun aper lagi ..dah ada yg menyambut terpaksa la spar dgn budak tu. Masa spar tu aku tengok teknik budak tu boleh tahan jugak cuma sebab dia debab sikit so slow sikit la. Masa sekolah kat Serawak dulu dia pernah belajar "Silat Spring" ... Sejak hari tu dia ni jadi regular sparring partner aku & fighter utk team UTM..masa tournament kat TAR College tahun tu dia terkomakan sorang budak.Sekarang maner tah budak Raden ni?
Tapi lepas pada tu aku dah x challenge bebudak dah coz bila aku pikir2 balik mcm berlagak sgt aku rasa bila dok cabar2 org ni..lagipun aku x tahu background student2 aku tu....So advise aku..x yah la challenge2 ..kalau terrer sgt ajakla semua yg dtg training ari tu spar dgn kita sorang2 gilir2 sampai abis...tgk stamina setakat maner?..aku biasa buat ni dulu tapi sejak dah "berumur" sikit ni rasa semput lak...

19 January 2006

Langsaikan Hutang PTPTN!!

Selesaikan hutang PTPTN, MARA & JPA dalam masa 2 tahun di Universiti


* Peluang terbuka kepada semua penuntut universiti atau kolej yang membuat pinjaman PTPTN, MARA & JPA.


*Dapat manfaatkan duit pinjaman PTPTN, MARA & JPA yang diperolehi oleh para penuntut dalam menolong melangsaikan hutang pinjaman dlm masa 2 tahun.


*Dijamin sepenuhnya!! Tiada terma yang ketat dan caj tersembunyi!!


*Tidak kira sebarang bangsa, kaum dan universiti atau kolej yang mereka sertai.


*Memberi jaminan kewangan yang cerah pada masa akan datang.


*Extra !!! Dapat menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian di Universiti atau Kolej.



Ø Sertailah “EXCELLENT FINANCIAL” .

Ø HUBUNGI : SHAM (019-3787373)

Ø EMAIL :
SSHAMSUL7373@YAHOO.COM.SG

Ø FAX : 03-51920309.