28 December 2005

Kuda Besi

"Aaa.. moto tu la .." sambil muncung aku menghala ke sebijik ELEGAN masa kat traffic light .
"Abg beli moto tu abg naik sorang2.." ..keputusan muktamad dari org rumah aku. Habisla aku punyer angan2 nak pakai Elegan tu.
Dlm aku dok ushar2 moto aku tu satu hari tu member aku bagitahu ader org nak tolak sebijik cruiser ..Eliminator. Aku dok cari moto easy rider @ cruiser (ye la..raser dah tua sikit dah..) so moto ni mmg termasuk dlm search list la cuma cerita2 negatif pasal moto ni byk gak aku dgr...tapi yg positif pun ader la. Aku pun cakap la aku nak try dulu seminggu dua ..he..he.. Tetiba member tu setuju lak.


Tapi masalah problemnyer aku tak infom lagi org rumah aku pasal moto ni (sebenarnya aku yg x berani nak bagitahu org rumah aku yang aku nak beli moto coz org rumah aku ni skeptikal sikit pasal moto ni). So masa aku nak amik moto tu aku bagi la alasan nak ke Kolej Telekom...masa tu Syira demam plak, puas la aku convincekan org rumah aku yg aku akan balik awal mlm tu. Masa amik moto tu kat TM Jln Raja Chulan aku cuak jugak nak balik ke Subang coz aku dah 9 tahun tak naik moto jauh cam ni (last sekali dlm tahun 1997 seminggu before kahwin ..tu pun naik AAR 3491 kapcai kesayangan aku).


Dari Jln Raja Chulan aku redah jer jalan ke PJ. Mula2 seksa jugak nak bawak moto ni..handle dia lebar semacam jer. Sampai Bangsar aku berenti isi minyak kat BP . Masa isi ni ader plak SMS masuk ..masa aku dok belek msg tu tetiba minyak dah melimpah kuar..panik sekejap aku. Sampai kan tak pasal2 aku sergah attendan tu utk amik air simbah kat tank aku.
Sampai Subang aku terus ke klinik Alam Medic utk amik ubat Syira...(sambil nak bodek org rumah aku sekali la kot2 dia marah..). Aku sampai rumah jam dah kul 10.00pm. Aku buat muka biasa la ..tak nak org rumah aku tau aku naik moto.



"Ni apsal macam penat jer ni? ..pegi maner?"..org rumah aku tanya.
"Dari Telekom la......" ....
"abis tu apsal penat sgt ni..siap dgn berpeluh2 lagi ni .."
"balik ngan moto.."
"Aper ??..abg beli moto!?... (the rest of the story dlm entry lain la..)

Sampai ke pagi tu masa nak pegi keje org rumah aku tak jeling pun ke moto tu...dia bengang kot coz aku amik jugak moto tu. Cuma Syira jer yang excited ... "mama..mama..abah ader moto kuar api..".. terjerit2 dia berlari cari mama dia kat atas ..dia punyer first respon biler aku selak canvas yg cover moto tu.

Dekat seminggu jugak moto tu tak bergerak coz org rumah aku x nak naik moto. Masuk hari ke-4 bateri buat hal coz lama x start. Terpaksa beli bateri baru. So masuk hari ni dah 2 minggu lebih la aku pakai moto tu dan org rumah aku pun dah ikut sekali la pagi2. Kalau nak ikutkan save...aku buleh save minyak dlm 3 kali ganda dari pakai keta tu.Tol pun x yah byr. Cuma risiko dia ...masuk hari ni dah 3 hari derect aku lejun sampai ke underware kena hujan..nasib baik mlm tadi dah standby baju ujan.


Ni la kuda besi yg aku dok citer tu...Tapi yang itam ni yang original spec...aku punyer yg kaler merah ni...Cruiser Kawasaki ELIMINATOR 250

2.2VTEC ....

Ehmmm..masuk hari ni dah 23 hari blog aku tak terupdate. Ntah la..nak kater sibuk memang sibuk pun..tp dulu sibuk2 pun aku bleh plak mencelah sampai 2-3 entry satu hari. Pagi2 ni nampak lak t-alang punyer concern pasal kuda besi aku...OK la baik aku update cepat2 nantikan bersawang plak blog aku ni...kira ni respon ker t-alang punyer la ni.
3/12/2005- On the way ke Tg.Malim lepas Bukit Beruntong aku rasa Vitey aku semput semacam..macam bawak keta 3 selinder plak. Aku dah risau dah kot2 mati tgh highway ni. Dlm 5 km aku nampak exit ke Tg.Malim so aku terus masuk Tg.Malim kot2 ader bengkel kat sana. Biasanyer aku akan kuar ikut Behrang (kuar tol terus sampai ke politeknik Tg.Malim). Aku nampak ader 2-3 bengkel kat pekan TM tapi jam dah dekat kul 9.00pagi dah..grading patut start dah. So aku terus ke Politeknik Tg.Malim untuk grading kan bebudak dulu. Grading abis dlm kul 11.30am dan aku mintak Azhari antar aku ke bengkel terdekat yg dia biasa.
Sampai ke bengkel ...Cina pomen tu tgk dia ckp cable plug aku dah kong satu dan plug pun dah burnt giler2 punyer. So aku pun tukarla cable plug + plug ..semua sekali rm160.00. Lepas tukar test2 keta aku still cam tu jugak. Cina tu dah blur dah dan dia ckp ni nak kena masuk komputer ni baru dpt tahu kat mana rosaknyer. Nak kena bayar lagi rm50 ..pas tu kalau dpt tahu rosak nak kena repair lagi. Dah la cash aku x bawak byk hari tu. Aku pun tanyala pomen tu kalau aku drive balik ke KL sampai tak? Pomen tu cakap boleh tapi pelan2 la jgn pasang airkon.

Aku pun balik la ke KL dulu pelan2. Aku terus ke bengkel abg Zainal aku kat Setapak Jaya dan tinggalkan keta aku kat sana.
Besoknyer abg Zainal aku call dan dia cakap keta aku nak kena masuk ICU. Nak tahu simptom dier?...

1. Timing Belt tinggal nyawa2 ikan (gigi dah abis..)

2. Minyak hitam kering

3. Oil Seal bocor

4. Mounting enjin dah reput (pecah)

Semua defect2 ni asal2nyer dari oil seal aku yg bocor tu...so minyak hitam mencurah2 kuar dan melekat kat timming belt so gigi dia pun hilang la so bila gigi hilang timing dia pun lari la.."timing jump" so bila timing jump "firing" utk plug pun terganggu la dan effect ke cable plug dan plug pun cepat hangus. Cuma aku nasib baik coz sempat sampai ke bengkel, kalau la timing belt tu putus tgh highway tu abis blok aku..mau 2-3 riban hangus.
So total semua abis la rm850 utk betulkan semua tu. eh..silap...mounting aku tak betulkan lagi coz yg baru cecah rm450 sebijik...aku suruh abg aku cari yg potong punyer nanti seminggu lagi aku dtg balik utk betul kan mounting tu. So aku balik rumah dgn keta yg enjin dia tak melekat ke body la..so bila aku reverse je dia punyer joget kalah Inul.

Dalam aku dok layan keta joget aku ni..aku pun usyar2 la moto kot2 boleh kurangkan coz aku nak maintain keta ni. Hari2 la aku dok survey "www.malaysianbikers.com" , www.autoworld.com dan mcm2 lagi la cari2 "cruiser" yg sesuai dgn aku. ...errr citer aku dpt moto tu next entry aku akan citer..sabar yeak t-alang.. he..he..
Dalam dok mencari tu keta aku makin kuat gegar nyer so last week aku antar la ke bengkel abg aku sekali lagi. Lepas aku beli mouting yg second hand (rm150) aku pun cam biasa tinggalkan la keta tu kat abg aku. Aku bawak balik Kelisa wakaf dia ..nanti mlm aku akan dtg balik. Mlm tu bila sampai jer abg aku cakap bukan satu tapi empat2 mounting dah pecah. So kalau nak tukar semua dlm rm600 lagi. Pas tu yg best nyer drive shaft aku pun dah berbunyik dah...nak pakai lagi 2-3 ratus tu....Vitey..viteyy...

05 December 2005

Jiran aku...

"eh..bang tinggal lorong mana?."
"Tu rumah no 29..."
"Laaa..sebelah rumah saya la tu..."
"Ye la.. nak buat camner kuar gelap balik gelap..maner ader masa kita nak jumpa kan?"
dgn sorang lagi..
"abg nama apa?.."
"sharifudin.."
"Ooo..yg keta honda itam tu.."
"abg aper namer tadi?.."
"saya sharifudin..."
"Ooo..yg ngajar Taekwondo tu erk?.."
Kalau org rumah aku lak mesti nak kena tambah no rumah kat depan baru la org kenal..dah jadi nama dia Nor@#$#@#$# No 29 bt Osman dah..
Taman Bukit Subang baru buat jamuan raya hari Sabtu hari tu. Yg kat atas tu antara dialog2 yg aku dpt la sepanjang perkenalan dgn jiran2 kat taman tu. Aku dah dok situ masuk bulan ke 8 dah ni tapi yg betul2 aku kenal & pernah borak cuma 2-3 orgjer. Bukan nyer aku sombong ker aper tapi sikit2 tu ader la kan..haksss. Tapi korang paham jer la aku kuar rumah kul 6.15am dan balik tukar baju kejap dah kul 8.45pm pas tu kuar balik gi kelas sampai kul 10.30pm..layan anak aku minum lagi kat kedai sampai kul 11.45pm baru balik. (ni versi utk mama dia..bukan aku yg nak minum ni..tapi anak teruna & dara aku tu yg beriya2 ajak aku lepak lepas kelas..).
So bila ader peluang jumper cam ni memang x abis la citer nyer. Satu jer aku peratikan jiran2 aku ni sebenarnyer diaorang betul2 perihatin sampaikan kul berapa aku kuar kul berapa balik..berapa hari x der kat rumah semua nyer diaorg tau so bila borak tu sebut jer no rumah mcm dah kenal lama la.
Aku masa main futsal sekali dgn diaorng tercakapla aku part time ngajar TKD ni..so jiran2 aku tu beriya2 suruh aku bukak kelas kat taman tu. Dan masa borak2 semalam pun bila sebut jer nama aku mesti jiran2 aku tu tanya "bila nak start kelas TKD ni".. "anak aku dah nak masuk dah tu.." .. "anak aku pun aku rasa dah buleh masuk dah tu.." tambah sorang lagi yg anak dia aku tengok dari pagi tadi dok melekat kat dada mak dia..
"OK la..aku bagi diskaun ..saper daftarkan anak dia percuma kelas utk bapak".. aku joke jer tu tapi ramai lak yg response..sampai kan yg dengki pun ader...siap suruh aku jgn bagi free kat lorong lain biar bapak2 kat lorong ni jer dpt kelas free. Sajer nak bagi semangat kat diaorang aku pun tambah ..."satu lagi kalau 2 anak percuma sorang.." .."kalau x der anak boleh tumpang anak org lain tak?..." tu la org Melayu kita..bab benda2 free ni sanggup nak ngaku anak org tu anak dia ..hakss. Tapi apa2 pun aku memang nak start kelas ASAP kat belakang rumah aku tu. Padang tu dekat sgt dengan dapur aku so sambil2 masak pun aku buleh ngajar....yang paling best dari dalam bilik air pun aku buleh bagi command ..hakss.. (mau aku kena perlempang dgn GM Dato' kalau betul2 aku ngajar dari dlm bilik air ni..)....

28 November 2005

Cute litel bear

Aku ada sorang kawan sekampung & sekampus, nama dia So'od. Dia ni dah 30 lebih tahun umurnyer dan semalam besday dier. Dier ni dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah x pernah seleberek besday dia. Mak bapak dier ni tak sekolah tinggi so maner la dier org tau nak berbesday2 ni. Bila dier masuk U dan dah start ader adik angkat & ader awek baru la ader org yg wish besday kat dier..baru la dier dapat rasa seleberek besday ni ..dapat la dier rasa dapat hadiah tapi masa tu ikut bajet student la..so kecik2 la hadiah yg dia dapat.


So'od ni masa dia tengah bercinta memang suka buat surprise kat awek dier ..suka belikan hadiah ..bunga dan kekadang tu dia ponteng keje pun dia belikan kad utk awek dia utk seleberek kepontengan dia tu.
Tapi semenjak kahwin ni So'od aku tengok dah tak macam dulu... jarang aku tengok dier bagi hadiah ke orang rumah dier. Lepas dier kahwin dier macam dah lupa dah besday orang rumah diani...apatah lagi besday anak2 dia ...kekadang2 dia ingat la tu pun bila tengok orang rumah dia sibuk nak beli kek..dia pun tanya la.."tu kek untuk saper tu?" ..


Aku : "Ko dah tak cam dulu la So'od .."

So'od : "Tak mcm dulu mcmana plak.."

Aku : "Dulu kat kampus tu ko la yang aku tengok paling romantik dgn awek ko..sikit2 bagi hadiah..sikit2 bagi kad..surprise yg ko buat dengan tetiba terjongok depan Asrama Perempuan dgn kapcai ko tu jgn cakapla.."

So'od : "Eh..ye ke? Aku dah berubah ker?.."

Aku : "Ye ..la ..tak kan tu pun ko tak perasan..bila last ko bagi hadiah kat bini ko?."

So'od: "Errr.. bulan lepas...err..minggu lepas aku belikan penapis teh baru.."

Aku:"Tu untuk ko la bongok!..ko yang beriya2 nak penapis teh tu utk teh tarik ko.."
So'od: "Ntah la Din aku pun dah tak hingat dah.."

Aku:"Haaa!.. tu la ko..tak pernah pikir perasaan bini ko..hadiah besday dier tahun lepas ko dah bagi ker belum?.."

So'od: "Lum..aku janji nak bagi sekali dgn tahun ni..."

Aku: "Habis..yang tahun ni punyer dah bagi ker belum?.."

So'od: "Err..lum ..aku nak bagi sekali dengan tahun lepas..."

Aku: "Bengonggg!"


So semalam member So'od seleberek la besday dier. Seronok bukan main dier dapat kek kecik dari member2 dier. Pagi tadi aku dengar dier marahkan anak dier coz anak dier nak bawak ke rumah nenet dier patung bear kecik hadiah harijadi dier dari kengkawan dier. "Ni bear org bagi abah la..nanti abah beli yg lain untuk Syira (bukan nama sebenar..).." Marah betul dier anak dier dok usik bear tu..
Petang tu aku tengok dier dok usya sekor bear lain yg besarnyer lebih kurang saiz badan dier.
Patung bear kecik tu aku tengok ader dier letak kat dalam akuarium kecik atas almari dari Jepun tu......

25 November 2005

My sweet little coral...extended

Lepas jer settle admission document, sorang nurse datang dengan wheel chair. "Ishh..macam la aku tak leh jalan..malu weh naik wheel chair ni.." ..kata hati kecik aku.

"En.Sharifudin duduk la kita nak ke wad ni.." ..tang ni yang aku lemah ni..aku ni jenis yang tak sampai hati nak kecewakan pompuan..so aku pun dok la atas wheel chair tu. Masa disorong ke ward tu aku rasa cam orang tua berumur 80 tahun yang kena Parkinson + baru lepas operate koronari + kencing manis & semput... kalaula ader mak bapak student aku yang ternampak aku atas keta sorong tu mau diaorang berenti kan anak2 diaorang dari kelas aku....ye la mau diaorang nak percaya aku ni instruktor Taekwondo yg "disegani"..haks..haks?.

Nurse : "Kita ke Wad 4B, katil 444 yea..En.Sharifudin"
Aku : "Katil no berapa ?"
Nurse : "Wad 4B katil 444 encik.."
Aku :"Ishhh..tak der no lain ke?"
Nurse : "Apsal encik? ..encik nak tukar ke?"
Aku :"Tak per la....OK la tu .." .. nak sedap kan hati aku.."alaa aku 4th Dan ..tu yang diaorang bagi aku katil 444 tu.

Kalau Cina aku gerenti mati hidup balik jadi katak pun diaorang akan reject katil ni. Tapi tu Cina punyer Fengshui la..aku punya Fengshui bagi la no berapa pun aku terima jer.

Masuk2 aku tengok nama kat bilik tu "SARIFFUDIN MAHIR" ..

Aku : "Nama saya silap tu"
Nurse : "yang mana encik?.."
Aku : "Yang SARIFFUDIN MAHIR tu..saya SHARIFUDIN MAMAT.."
Nurse : "Ooo....yg bawah tu nama doktor yg akan monitor kes encik..nama dia Dr Mohd Mahir , nama encik yg atas tu ..kita orang letak Sharifudin je.."
Aku: "errr...Ooo..ye ke?" ..dlm hati aku .."parking la nama doktor tu jauh2 sikit..marah bapak karang aku kalau dia terbaca nama aku cam tu.."

Bilik 444 tu dah ader sorang berader baru lepas operate ..aku x nak la kacau dia tgh syok tengok Astro tu. Lepas nurse tadi terangkan serba sedikit pasal controler dan manual bilik tu aku pun sms la kat orang rumah aku no bilik dan suruh dia bawak keleng KAPAN (ni la org putih kater READ BETWEEN THE LINE..) aku..toiletris aku dan aku punyer earphone utk hp aku ..nak dengar radio la. Sementara menunggu tu aku fikir nak layan la Astro depan aku tu. Baru jer nak landing atas katil tu berdebup controller tu jatuh atas lantai..TV tu ter ON ntah channel aper tah.. kuat lak volume dia. Cepat2 aku amik takut2 berader sebelah tu terkejut..kan semput lak kan aku plak yg susah kan.

Kejap tu sorang nurse tersengih2 masuk ... "encik panggil ke?" ..bila pulak aku panggil minah ni?.. "eh ..tak der la.." aku cakap . Dia selamber jer amik controller aku tu dan OFF kan lampu hijau yg tgh menyala tu . Laa masa controller tu jatuh tertekan butang assistant tu ruper nyer.. mesti nurse tu ingat aku saja jer nak jumpa dia ni..sorry la..lain kali la ..aku x der masa la ..aku dah kahwin ..-(ni versi utk orang rumah aku baca la..) ... versi yg sebenar macam ni- 'memang aku sengaja pun ..tapi aku nak panggil yg rambut panjang tu ..apsal ko plak yg datang? potong stim betul....' haks..haks..
Sempat aku tengok menu atas meja tu .. TUESDAY : Breakfast - Fried Rice with egg, Manggo juice, ... waa tak sabar2 aku nak tunggu sarapan besok. Kejap lepas tu masuk sorang lagi nurse bawak kad besar "NIL BY MOUTH" ... "En. Sharifudin kena puasa yea dari jam 12tgh malam utk preparation nak x-ray besok pagi." ...ciss ..potong stim betul..terlepas sarapan aku besok!.
Jam dah pukul 10mlm masa orang rumah aku sampai dengan Nazri (anak lelaki bapa mertua biras aku - adik ipar aku la..). Org rumah aku mengofferkan diri nak temankan aku kat wad, aku cakap tak payah la..ni wad lelaki. Lagipun aku bukannyer tak leh jalan. Nasib baik aku sempat pesan kat orang rumah aku utk belikan makanan sikit coz aku dari pagi tadi tak jamah makanan lagi. So sementara nak tunggu kul 12 tu sempatla aku jamah roti sikit.
Kul 11.30pm aku suruh org rumah aku balik dulu coz besok dia keje. Mlm tu aku layan Astro je la..boring gak nak nunggukan esok....

24 November 2005

Cawan kosong

Aku kalau ader peluang suka merayau kat kelas2 Instructor dan kekadang kelas seni lain. Masa kat kelas orang tu aku suka perhatikan 3 benda :-



1. Teknik2 baru yang aku boleh jadi kan ilmu


2. Persamaan antara cara aku dgn instructor tu


3. Kelebihan instructor tu yang tak ader pada aku.



Entry aku kali ni berkaitan dengan konflik WTF-GTF-ITF bagi yang faham la.Tapi yang aku nak sentuh sini ialah sikap kebanyakkan orang kita bila berpeluang untuk tengok kelas orang lain. Kebanyakan dari kita selalunya yang akan kita cari ialah “PERBEZAAN” antara dia ni dgn kita. Kita akan perhatikan teknik dia, pattern dia dan mcm2 lagi la sambil dalam kepala kita “ ishhh ader ke side kick cam tu..mana ada power ?” atau “apa la punya pattern?..tak der sin wave langsung?” .. dan mcm2 lagi la..betul tak?. Kita pergi dengan "cawan" kita penuh berisi air ..mana ada ruang lagi air baru nak terisi kan? Biasala sikap semulajadi manusia ...selalu nampak kita punya terrer jer...org punyer terrer buat2 x nampak.



Sedar atau tidak kalau korang nak cari PERBEZAAN ..korang akan jumpa beribu perbezaan antara WTF & GTF mahupun ITF. Tapi cuba kita cari PERSAMAAN antara kita..persamaan dari segi minat kita ..persamaan dari segi komitmen kita..persamaan dari segi arah tuju untuk mendaulat kan seni mempertahankan diri TKD kita dan mcm2 lagi yang korang gerenti boleh jumpa punya.



Kalau PERBEZAAN yang korang cari memang korang akan merasakan antara WTF-GTF-ITF semakin banyak perbezaannya dan kita akan semakin jauh dan jauh. Tapi kalau PERSAMAAN yang korang jumpa.. aku x terkejut kalau korang tetiba akan terfikir “eh...apa yang lain nya seni ni..sama jer dengan kita?”. Korang akan nampak tak der bezanyer antara ketiga2 cabang seni ni.



Yang aku nampak sekarang ni ialah bukan shj antara WTF-GTF-ITF tapi dalam masing2 punya organisasi pun yang diaorang nampak perbezaan sahaja. Tu yang timbulnya Team A & Team B dalam MGTF ni. Aku sedih coz disebabkan team2 ni la member rapat boleh jadi seteru..student dah x respect instructor dan macam2 lagi la negatif effect dari perangai bebudak ni.



So untuk anak2 buah & student aku yang baca blog ni ..eh lupa lak aku..student aku dah tak baca blog ni dah. Untuk sesape la yg sealiran dgn aku...kita kena simpan ilmu kita yang tak seberapa tu kalau nak kita diterima orang. Tak kemana nyer ke terrer an kita tu. Dan yang penting lagi pemikiran konservatif & fanatik tu nak kita simpan (boleh pakai sekali-sekala bila perlu). Ingat ni..kalau cawan tu dah penuh melimpah la ia keluar . Kalau aku aku sentiasa bawak cawan spare kosong.....kekadang anak aku yang 6 tahun pun ada tolong isikan cawan aku tu...

Coral Oh Coral!!

Image hosted by Photobucket.com
How nice the coral huh?...sorry brother.. it's not the one in ur mind. Mine one was slightly smaller ...4mm (to be exact ..3.99mm) in size and was estimately 2 weeks aged.
First of all thanks God for giving me such a minor Kidney Stone (I cant imagine if the size was 4cm!!). Thanks to all collegues, my staff, and everybody whom concerned and pay a visit (via sms also can la..). And thanks also to all my beloved students who had visited me during my "stay" in Selangor Medical Centre. (and guest what ?.. none of my students had visited me ..ha..ha..ha..!!). Heard also guys from Joe Perantau had a plan to visit (eventhough they never met me..and I never knew them) ..thats the power of blogging..he..he..
So for you all folks...this is the sequence of events of the attack and hopefully can be as a presignal for those who never been attack by the BATU KARANG (or my orang kampung said Kidney Stone!!).

Ralat : I'd rather change to essay type due to "somebody" already present it in the sequence type.
Dalam keheningan pagi tu aku terkejut dari tidur dengan rasa mencucuk di pinggang belah kiri aku (ceh ..mcm buku Artakus lak..). Sakit nyer lain mcm aku rasa. "Aaahh.. sakit pinggang biasa ni kot kata hati kecik aku..". Aku pun cuba la duduk mcm dalam sujud (ni petua utk sesape yg selalu sakit belakang..duduk dlm keadaan sujud ni sambil selang seli kan dengan meluruskan kaki kita dlm 10-15 minit Insyaalllah akan kurang sakit belakang tu) tapi tak hilang jugak sakitnyer...makin sakit ader la. Aku dah start berpeluh dan sekali-sekala terasa nak muntah.

Aku kejutkan orang rumah aku bila dah tak tahan sgt...jam masa tu dah pukul 4.30pagi ..dah 20minit dah aku dok berguling kat atas katil dan kat bawah katil. Macam2 la orang rumah aku cuba buat ..sapu minyak Mastika la..picit aku la..dan last sekali yg aku ingat dia tuam aku dengan kain panas...(mana nak dpt tungku kan so aku suruh pakai jer iron tu) ..nasib baik dia tak tuamkan iron tu terus kat pinggang aku.
Dah 40minit aku dah tak tahan so aku grab kunci keta dan bagitahu org rumah aku aku kena ke klinik. So dia bagi alasan nak jaga budak (alaaa ..mcm la dia buleh tolong drivekan?..).

Aku sampai kat Alam Medic dekat kul 5 dan aku terus tekan bell. Aku nampak Bai mat jaga tu dok tido atas kerusi malas kat dalam tu dan bila dengar loceng dia siap terkebil2 tengok kat aku. Cinabeng punya Bai..aku dah rasa nak pitam dah kat depan pintu ni. Nasib baik dia tak pegi gosok gigi dulu ke sarapan dulu ke before bukak pintu tu. Masuk jer aku kat dalam bilik tu aku terus muntah depan doktor. Tak jadi doktor tu nak tanya aku.
Nampak aku dah OK sikit dia pun tanya la sakit apa?. Laaa..kalau aku tahu aku sakit apa baik aku jer yg jadi doktor!. Aku cakap la back pain. Dia terus suruh aku buat urine test utk confirmkan batu karang. Ikut cakap dia sakit pinggang & muntah2 + berpeluh tu la simptom batu karang. Lepas check memang confirm aku ader batu karang!! Tak pernah terfikir aku pasal batu karang ni.

Dr : U boleh tahan ke ni?
Aku : Tak boleh la Dr..sakit ni..
Dr : OK la..I bagi satu injection lepas ni sakit tu akan hilang.
Hilang aper kebenda... lepas aku balik rumah pukul 9pagi baru sakit tu kurang sikit. Sehari suntuk tu aku habiskan masa dengan tido & muntah. Disebabkan muntah ni la bood vessel kat kedua2 belah mata aku pecah dan hasilnyer mata aku dah jadi cam mata Maya Karin (masa dia jadi ponti la..).

7.30pm-Biras aku (Razak) datang untuk bawak aku ke klinik panel. Masa dia sampai aku tengah jemur kain. "Eh ..dah OK ke Din?" ..muka dia semacam jer. "Sakit lagi..tapi boleh la bangun".. Rupa2nyer bila dengar aku kena batu karang jenuh dia cari org utk ikut dia utk tolong usung aku ..(dia ingatkan aku x leh bangun)..sampai2 dia kat rumah aku, aku tengah jemur kain..tu yang dia semacam jer tengok aku tu..haks..haks. Dari pengalaman dia kalau orang sakit batu karang ni memang x leh jalan dah.

Kitaorg sampai kat Klinik Ahmad Shah seksyen 26 dlm kul 8pm. Masuk2 jer doktor terus buat GL dan suruh aku cepat2 ke SMC.
Sampai jer kat SMC aku kena buat urine test sekali lagi. Dan confirm memang ader blood dlm urine aku. Doktor tu tengok aku macam tak boleh dok diam jer dia pun tanya "sakit ke?" .. "..tak...seedaaap ?" ..aku tak la jawab cam tu tapi kalau buleh nak jawab cam tu la.. dah memang aku tengah terguling2 sakit buleh dia tanya lak. Dlam kul 9.15pm sorang doktor Singh sampai dan tanya aku nak masuk wad terus ke nak balik dulu coz X-Ray dan ultra sound besok baru boleh buat. Tapi bila mengenangkan kalau aku balik dulu aku kena bayar cash rawatan tadi aku terus jer cakap aku nak stay biar senang besok buleh buat x-ray terus...padahal aku tak bawak wallet pun mlm tu..dgn aper aku nak bayar kalau kena bayar cash..ha..ha..

Nurse : "Encik nak double bed ke 4 beds?"
Aku : "double bed please .." ..mentang2la pakai GL company ..kalau aku sendiri yg kena bayar jawapan aku akan jadi " errr... bilik untuk 8 orang ader ker?"...pikir2kan lah...
nanti aku sambung ...dah penat dah buah pinggang aku ni..

18 November 2005

Mana diaorang erk?..

Hari ni lepas antar orang rumah aku rush ke Opis jap. Sakit tu ader lagi tapi gagahkan diri jap nak tengok keje2 yang terbengkalai dan nak tengok blog aku ader org visit x sepanjang aku terlantar kat SMC. Bukak2 blog aku tu sunyi sepi ..msg yg last aku buat sehari before aku emmited ader lagi kat situ. Ehm...terbayang betapa meriahnyer open house aku hari tu..terasa ramai sgt member & student aku hari tu. Tapi masa aku kat SMC mana diaorang erk?...

09 November 2005

Hand phone Oh Hand phone

3 hari before raya aku ke Setapak Jaya untuk berbuka puasa rumah abg Zainal aku. On the way handphone aku lak buat hal...button SEND & MENU x function. Aku pun terus la ke Seri Rampai coz kebetulan aku tukar casing phone aku ni dulu pun kat kedai di Seri Rampai ni.
Aku pun mengadula kat Cina tu pasal handphone ni & nasib baik aku ader lagi casing yg lama tu so buleh la prove kan kat dia yg aku tukar casing tu kat kedai dia. Cina tu cakap dia buleh repair dlm 15minit ...kira cam servis jer ni coz button dia stuck. So OK la sementara tu orang rumah aku pegi la belikan kasut utk bebudak kat kedai depan tu.
Dah setengah jam x siap2 jugak hp aku. Aku dah bengang dah coz kul 3pm aku kena ke rumah abang aku tu ..ni dah kul 3.30 dah.
Last2 Cina tu bagi balik hp tu kat aku. Bila aku tekan no 5 dia keluar Menu, tekan no 3 dia keluar phone book ..dah jadi lain giler nyer hp aku. Tadi cuma 2 button yg kong sekrg ni dah semua button jadi bengong. Aku makin panas lebih2 lagi bila tengok Cina tu sedap jer sedut Milo Ais depan aku dah la aku tengah poser ..hp lak buat hal. Tone suara aku pun dah lain dah ...dari polifonik nyer dah jadi mono..dgn volume tahap 5 nyer. Cina tu plak bila tgk aku dah hot so dia pun suruh aku tinggalkan hp ni dulu nanti dia cuba lagi..kalau ader aper2 dia akan call aku.

Sebelum tu masa lepak kat kedai tu aku ternampak Nokia 6030 ni ..."eh ni model baru ke?..x pernah tgk pun before ni?" ..aku buat2 la tanya Cina tu. Aku mintak nak tgk dan aku tgk spec kamera tu mcm yg aku carik ..aku carik yg basic jer ..yg takder build in kamera, x der blue tooth, x der MP3 dan kalau buleh keypad , screen & casing x der pun x per..


Malam tu elok jer lepas berbuka, hp orang rumah aku bertut-tut..(skrg maner ader berdering-dering lagi kan?) ruper2nyer Cina tu yg call. Dia cakap hp aku tu nak kena tukar keypad. Aku tanyala berapa kalau tukar keypad ..."dalam 70hinggit jer .." Cina tu cakap. 70 ringgit!! giler ke?..dah la ari tu tukar casing dah abis 80 hinggit!. Lamer jugak aku dok pikir ...tetiba aku teringatkan 6030 tu ...

"itu 6030 kalau saya mau angkat berapa u boleh kasi ..?" ..typical Malay ..kalau dgn Cina mesti nak ikut longhat Cina kan..

"tu model baru sampai tu ..untuk lu spesel prais

RM@#$.%
# .." ..byk la ko punyer spesel ?..aku ntah yg dah ke berapa ratus dah dpt spesel price ni?

"kalau kasi tolak itu saya punyer 8850 sekali la..berapa ?" ..aku dah berpatah arang dengan 8850 aku..

"haaiyaa kawan ..itu 8850 haahh.. susah mau jual wooo... saya berani angkat u punya hp 90hinggit ..

"
"90 hinggit jer ko nak angkat 8850 aku tu?.." ..giler ke?..dulu harga dia rm1700 ooii." .

"kenapa dulu masa harger 1700 lu x jual?.." ..aiikk pandai lak loyar buruk Cina ni?...nasib baik aku baru lepas berbuka kalau tak ...ader 8850 terpacak kat dahi tu kan?.

"OK la..kad accept x ?.." .....

"boleh ..tapi 3% la..itu bank angkat bukan saya angkat.."..

"OK la lagi setengah jam saya sampai..

...tu la kisah nyer so mlm tu aku balik Subang dengan Champagne Gold 6030 la...akhirnyer dptla aku beraya dgn phone baru dan dengan balen kad kedit yg baru...he..he..

08 November 2005

Deepavali Oh Deepavali..

"All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and they work every day toward their distant vision, that goal or purpose". Brian Tracy


1/11/2005-Selamat Hari Deepavali ...
...student aku siJay 2-3 kali sms kat aku jemput ke rumah dia Deepavali ni. Tahun lepas dia invite aku masa aku dah on the way balik KB..dah sampai Sg.Koyan dahmasa tu tak kan aku nak patah balik pegi beraya rumah dia?. So tahun ni awal2 poser lagi dia dah jemput aku ke rumah dia. Kesian gak aku lagipun aku tengok bapak dia kira boleh masuk jugak la..org insuran la kater kan?..he..he.. Aku pun plan la dengan si Ven & Memen utk ke rumah Jay malam tu (ye laaa..siang kan poser?..). Cuma problemnyer aku nak kena pegi beraya rumah siVen jugak hari tu. Last2 aku cadang nak ke rumah Ven dulu & lepas tu baru ke rumah Jay kat K.Selangor dekat Tg.Karang sana nun. So aku pun jemput la Memen utk berbuka rumah aku hari tu dan terus ke rumah Ven lepas berbuka tu. Dia reply balik ckp dia kena berbuka kat rumah dulu coz cousin dia dtg..lepas berbuka krg dia terus ke rumah Ven.

..."abis pukul berapa nak sampai rumah Ven?..kul berapa plak nak sampai rumah Jay kat hujung dunia tu?"...

dengan sarcastic nyer aku reply sms Memen coz aku x suka plan benda yg gerenti fail ni..(Quote : U Fail To Plan U Plan To Fail...ni aku pegang dari sekolah menengah lagi..). Lepas tekan butang send timbul lak rasa kesian coz kalau aku pun kalau sedara dtg tak kan la aku nak benarkan siSyira tu berbuka kat luar kan?.. Pas tu Memen sms balik janji kul 7.40mlm dia akan sampai ke rumah Ven (mcm nak sedapkan hati aku jer..). Mcm la rumah dia dgn rumah Ven 10 minit punya travel?..

Kul 7.35 pm aku kuar rumah ..on the way aku try call Memen ..laa masa ni la dia tinggalkan hp dia plak?. Kul 7.45mlm aku dah sampai area rumah Ven tapi aku pusing2 dulu tunggu Memen.
"bah ni kiter nak pegi kedai ke nak pegi rumah Baby ?(ntah aper kena .. anak aku Syira dari sejak dia buleh cakap lagi dia panggil Ven "baby" ..ader ke Baby??). "Abah dah 5 kali dah lalu kedai ni bah.." ..dia sound aku lagi. "Abah tau la...kiter tunggu baby sorang lagi jap .."
Last2 dah separuh tangki dah abis minyak keta aku, aku pun give up dan terus ke rumah Ven..masa tu dah kul 8.10pm dah(lepas 5-6 round pusing Subang Perdana utk delay kan masa kot2 Memen dpt sampai on time).

Kul 8.25mlm Memen sampai ..laa mak dia antar rupanyer. Kitaorang makan ala kadar (tak kan makan maruku sampai senak perut kot?) dan terus ke K.Selangor rumah Jay.
Aku kalau area K.Selangor & Tg.Karang ni memang buta huruf, kalau tanya bab New Foundland ke Nova Scotia ker tau la aku . So aku depends ke instruction dari bebudak ni je la untuk sampai ke rumah Jay.

"Jay rumah ko lepas sekolah ke before sekolah?" ..
"Lepas sekolah sebelum Masjid .."
"Tapi kitaorang dah lepas masjid dah ni ..dah lepas Giat Mara dah ni.."
"Tu dah terlepas jauh dah ..U turn balik..U turn balik aku tunggu kat tepi jalan.."
Lepas si Ven letak telefon kitaorang pun was2 jugak macamana nak nampak Jay tepi jalan ..he..he..
" alaa dia mesti pakai baju putih tu .." ..(ralat:..bukan aku tp orang rumah aku yg cakap..haahh..puas hati?..)...orang rumah aku serkap jarang
"pastu dia mesti tersengih-sengih tepi jalan tayang gigi.." ..si Ven plak menambah.
Dalam 2 KM tetiba si Ven menjerit ."tu Jay ..tu Jay..!" . Dari jauh aku nampak sorang mama' tengah sengih2 berdiri tepi jalan pakai baju putih. Sampai dekat memang sah betul Jay tengah tunggu kitaorang.
"aaa..kan betul aku cakap tu Jay..cara dia berdiri pun aku dah kenal dah.." ..Ven dengan bangga nyer ..
Kitaorang tergelak bagai nak rak sampai la ke rumah Jay dan yang paling kelakarnyer bila sampai jer kat rumah dia bapak dia cakap .. "bila saya tau master nak datang saya suruh Jay cepat2 pakai baju putih dan pegi tunggu tepi jalan..." ..aku gelak jer la ..memang instict aku betul la ..
Masa kat rumah Jay, aku buleh nampak betapa bangganyer bapak Jay dengan pencapaian anak2 dia ..tak abis2 dia dok citer pasal medal2 Jay & abang dia. Alaaa..memang la banyak coz medal yg diaorang dapat masa acara lari dalam guni & bawak bola ping-pong dalam sudu masa kat kindergarden pun diaorang gantung sekali...(he..he.. marah plak si Jay ni kalau baca ni kan?). Aper2 pun aku faham perasaan bapak Jay coz tu yg aku rasa bila Syira menang 1st Gold Medal dia ari tu. Samer jugak kalau student2 aku menang ... bangga nyer tu kekadang leboh dari masa aku menang medal dulu. Rasa berbaloi spend masa ngajar diaorang.
Lepas dah tinggal separuh balang maruku rumah Jay, kitaorang pun berangkatla balik.

"kiter singgah tengok kelip-kelip nak..?"..lalu jer Kg.Kuantan orang rumah aku bagi cadangan yg bernas ..
"x bleh..kelip-kelip x der ..diaorang kena OT utk Deepavali.." ..aku rasa tu jer la alasan yg paling konkrit aku boleh bagi..ader ka..dah pukul duablas lagi nak singgah2.
Sampai Subang jam dah 12.30am. Memen aku suruh tido rumah aku jer malam tu sambil tolong aku pasang wall paper border utk dinding baru aku . Lepas setengah jam berhempas pulas akhirnyer siapla border aku...bangga jugak aku tengok hasil tangan aku (Memen cuma tolong pegang sticker border tu jer..he..he..). Kalah si Eric Casa Impian .. he..he. Kul 2.30pg baru la kitaorang tido.

28 October 2005

Changes...

"Be willing to be uncomfortable.Be comfortable being uncomfortable.It may get tough, but it's a small price to pay for living a DREAM"....Peter McWilliam.
Memang tak der sesaper yg rasa seronok untuk berubah....lagi la kalau org lain yang nak mengubahnyer. Kalau org kampung aku kita panggil "Comfort Zone" ..kalau org tu dah berada dalam zone ni jarang sgt org tu nak berubah coz memang dia rasa tak ader aper yang kurang kat dia so buat aper nak berubah. Macam dalam satu family kena ader sorang yang kena kejar karier development dan sorang lagi kena stay utk securekan yg sorang ni kot2 dok kejar2 tetiba tergolek plak kan. Aku masuk ni baru 3 kompeni aku keje...dan org rumah aku lak dah 8 tahun still kat kompeni lamer lg. Aku suruh gak dia jump ke kompeni lain for better career development la tp dia lak takut nak amik risiko. Takut x buleh perform kat kompeni baru la..takut kerja lagi teruk la..takut kena drive keta la. So jadi la aku yg dok terlompat-lompat kejar kan kerjaya ni dan dia backup ontok2 kat kompeni tu.
Seminggu dua ni ader plak "pemburu kepala" dok approach org rumah aku...ntah dari maner ntah diaorg dpt no org rumah aku ?. Aku suruh dier rembat jer peluang ni...peluang cam ni bukan selalunyer dtg. Sambil tu aku sekali emailkan resume aku..he..he...

"Besar Periuk Besarla Keraknyer" ....tak pasal2 periuk tu lak yg salah. Aku tak salah kan periuk tu tapi salah kiter apsal pakai api besar sgt tu yg berkerak nasi tu. Moral of the story...walaupun periuk tu besar tp kalau pandai control api ..tak berkerak nasik tu ..kalau berkerak pun ..dengan kerak2 tu buleh dimakan. So kalau dah tau periuk tu besar pandai2 la control. Ni baru dapat increment RM60.00 dah nak tukar keta...dapat bonus suku bulan dah amik peti ais baru kat Kort Memoth. Agaknyer kalau dpt increment RM1000 terus tambah bini kot?. So aper related nyer citer pemburu kepala ni dgn kerak ni?. Ye la..sebab pemburu kepala ni la yg membulehkan kiter membesarkan periuk kiter...he..he..
Masa aku kecik2 dulu kat kampung, bapak aku selalu renovate rumah kitaorang . Sampaikan sekali tu bangun tido aku sedar2 aku dah tido kat ruang tamu , rupa2nyer malam tu masa aku tido bapak aku dah tukarkan bilik aku jadi ruang tamu!. Main entrance rumah aku pun aku dah x boleh recall dah berapa kali dah bertukar. Beranda rumah aku pun ntah dah berapa kali dah bertukar Sampaikan kalau aku nak balik kampung raya ni aku kena tanya kakak aku dulu main entrance utk tahun ni belah maner? coz kalau silap parking keta aku kena tawaf satu round dulu utk masuk ikut pintu depan.
Perangai bapak aku tu la yg ader kat aku sekrg...jgn harapla arrangement kat rumah aku tu buleh bertahan lebih dari 2 bulan. Bukannyer aper ..mood aku lain sikit biler susunatur perabut berubah...rasa cam rumah baru lak..ye la nak tukar rumah tak mampu kan?. Aku bukannyer banyak sgt duit nak tukar perabut setiap 2 bulan so kalau dapat tukar arrangement pun jadila. Kalau mampu bukannyer setakat tukar perabut, aku akan tukar rumah sekali setiap 2 bulan.
Macam bilik tido aku...masuk 6 bulan aku kat rumah baru ni dah 4 kali katil aku bertukar arah, bertukar arah sebab aku yg alihkan la!!. Almari baju tak berapa boleh ubah sgt coz design bilik tido aku ni rigid sikit...dah readymade slot utk almari kat wall tu so x leh nak alih2 la once aku dah parking lemari tu kat situ. Dinding lak aku dah tukar kaler sekali..org rumah aku nak sgt feature wall purple. Ntah hantu purple maner ntah yg rasuk ari tu..semua nak purple...pantang jumpa benda purple mesti nak diletak dalam bilik. Sampaikan berus tandas pun nak kaler purple. Sekarang aku tengah survey tisu tandas purple....

25 October 2005

Demo

Aku suka buat demo ...."alaa tak tahu plak aper di neraka (what's the hell la kater org kg aku..) demo tu?" , DEMO tu @ demonstrasi la ialah dimana ader sekumpulan pelajar2 atau org2 yang dah tak belajar membuat pertunjukan kepada org2 tertentu di tempat2 tertentu untuk sesuatu tujuan tertentu.....(he..he.. ayat kertas jawapan PMR). Pertunjukan tu kalau aku mesti la Taekwondo...tapi bagi seni2 lain dia buat demonstrasi dia sendiri la..buat aper nak buat Taekwondo plak kan?. Demonstrasi Tupperware pun org panggil demo.

Image hosted by Photobucket.comAku x ingat aku pernah buat tak demo masa kat SMT ?... seingat aku tak pernah kot?.Tapi aku biasa buat demo masa kat UTM ..masa aku mula2 join kelas tu pun aku dah kena buat demo dah utk bebudak baru , kitaorg akan tour semua kampung kat UTM Skudai tu . Masa tu aku dapat part2 yg bodo2 jer la..yg terrer2 tu mesti senior dah rembat dah.
Favourite items aku kalau kena buat demo ialah semua benda dari Self-defence, breaking, Pattern sampaila ke lakonan semuanyer aku rembat kalau ader peluang. Peluang tu banyak masa aku pindah ke UTM KL coz aku yg paling senior dan aku yg buat skrip so aku la yg selalu jadi hero..hik..hik..hik.



Image hosted by Photobucket.com

Ni la aktiviti aku kalau ader masa pree kat bilik persatuan ..papan saki baki yg dah pecah abis aku akan kerje kan (ye la... kalu nak beli baru RM5.00 sekeping wooii). Aku bukannyer aper ..dgn badan cam ni dan jambul lak menegak tu..org susah nak percaya kalau aku nak buat breaking...so terpaksa la aku practise sendiri. Member yg selalu dok temankan aku kat bilik persatuan tu ialah Zareen,Rose & Rik. Diaorang ni la yang selalu jadi team demo aku masa tahun 1991/92, especially si Rik coz dia ni satu2 nyer black belt kat UTM masa tu.


Ni plak ialah teknik yg aku selalu buat (atau diminta utk buat..he..he..) iaitu teknik Blind folded Jumping Reverse Hooking Kick (gambar kat sebelah ...alaa..teknik helikopter kick yg Van Damn dok bangga2 sgt tu..tapi dia buat bukak mata ..haa ni Van Din buat tutup mata..pas tu kena pecah kan papan lak tu ha..ha..). Tapi lepas satu accident kat Padang Merbuk (1991) aku dah fobia nak buat teknik ni lagi. Masa tu acara Jogathon dan penamatnyer kat Padang Merbuk..aku dan geng2 PPH kena buat demonstrasi semasa upacara penyampaian hadiah. So sampai turn aku mcm biasa aku buat blind folded kick tu , holder dia masa tu geng aku jugak budak UTM.Masa first try aku tak sentuh pun papan tu...cinabeng ..biasa kena..rupa2nyer aku kick terlalu tinggi. Aku try lagi utk second time (biasa la kalau yg first x pecah..) pun tak kena plank tu...aku dengar orang dah ramai2 "BOOO!". Nasib baik mata aku tutup so aku tak la rasa malu sgt, tapi terasa cam papan Jelutong tu pun dok gelak kan aku. Utk kali ke 3 aku mintak abang PPH tu jadi holder dan last2 dpt jugak aku pecah kan papan tu...tapi sejak dari hari tu aku dah fobia dah nak buat lagi teknik tu sampai sekarang.

Lepas pada tu aku fokus kan ke full contact sparring (tapi pakai full protection Image hosted by Photobucket.comgear la..dan aku x leh dgn org lain mesti nak dengan Maarop jugak) , ader sekali tu (gambar bawah ) masa demo kat Dewan Besar UTMKL Maarop tendang aku sampai aku terperosok terlekat bawah kerusi dewan ..org punyer la bersorak ingat kan aku buat2 padahal memang aku tercampak pun..cinabeng punyer Maarop..betul2 dia kick aku...dah la parque tu licin.

Kicking teknik lain yg aku selalu buat ialah Jumping Twin Front Kick (aku x tahu pun ni kick favourite M.Chee sampaila aku ternampak satu gambar tahun 1972 dia buat kick ni..dan dia ckp dia mmg akan buat kick ni setiap kali demo). Kick ni x susah tapi nampak mcm gaban giler kalau aku buat masa demo. Kita cuma perlu angkat kedua2 kaki dan kick plank tu sambil jerit2 sikit utk nampak mcm susah bebebor nak pecahkan papan tu..ha..ha..

Image hosted by Photobucket.comSelf-defence lak aku serasi dengan Noordin ..dah bertahun aku dgn dia sampai kan kitaorg x payah buat skrip spontan pun kira jadi. Aku dan Noordin biasanyer akan pakai teknik kayu dan throwing technique. Masa pengambaran filem Kad Cinta aku ader buat demo utk adegan fight dan melambung2 la aku dgn Noordin sampai kan nyah yg mekap artis tu lak yg terjerit2.

Yg terbaru kitaorg perform (ceh wah..mcm la artis) kat Nilai 3 utk pelancaran Kempen Anti Ragut. Acara ni anjuran Nilai 3 dan M.Chee yang mintak aku lead Demo team. Merasa jugak la aku meeting dgn Chairman Nilai 3 dan ADUN Nilai.VVIP yg dtg masa ni ialah ADUN Nilai dan Timbalan Menteri Pelajaran (gambar..) .Bukan aku yg nak bergambar dgn dia..dia jer tetiba dtg kat aku mintak nak amik gambar ..tu yg muka aku mcm x ikhlas jer tu..(he..he.. sorry Dato' gurau jer)

Kalau korang terrer korang cuba teka maner aku dalam gambar ni?...ha..ha.. ni la common problemnyer bila aku buat demo..aku selalunyer akan pilih student aku yg besar2 utk jadi org jahat (utk nampak kan kegabanan aku)..last2 aku yg x kuar langsung dlm kamera..Ni actually teknik hand lock + throwing yg aku selalu buat dan ending dier actually cam kat bawah ni la..(si Jay student aku ni lak muka x der emosi langsung..dah nak kena baling pun selamber lagi..)


Image hosted by Photobucket.com Semenjak dah rasa tua ni aku dah x buat lagi jumping2 teknik ..biarlah student aku yg muda2 plak yg buat..aku biasanyer akan fokuskan ke self defence, knife, throwing & locking technique. Sampai sekarang melambung org dah jadi aku punyer hobi lak..

Image hosted by Photobucket.com

Sekarang ni aku fokuskan utk produce seramai mungkin back up aku...ye la...tak kan aku sampai bila2 kan?. Dan la ni aku kira dah ader la pelapis2 yg aku rasa dah boleh la dibawak ke depan..kalau perform depan org ramai kira x malu la.Salah sorg nyer ialah si Zaim ni...dia ni memang antara yang paling gifted dlm ramai2 student kecik aku.

21 October 2005

Dreams-2

"I dream my painting, and then I paint my DREAMS"
...Vincent Van Gogh

Rabu - sesampai jer rumah mak aku nampak envelop URUSAN SERI PADUKA BAGINDA ..dari LHDN untuk Shahbumi. Alaaa ..ni nak kena bayar lagi la ni..aku dah malas dah nak bukak surat tu. On the way ke opis masa sangkut dalam jem aku pun bukak la surat tu utk hilangkan boring ..(nak korek hidung pun tak leh kan ..coz bulan poser..). Bukak2 aku tengok INBOIS (ejaan gomen utk INVOICE) dari LHDN untuk kelas self-defence aku utk April. Laaa.. payment April baru released October ..apa ke lajunyer services?..Tapi tak per la biar lewat jgn x der langsung. So ni kira transaction ke dua la Shahbumi semenjak aku pegang ni..he..he.. ehmmm bila la gamaknyer aku akan dapat payment utk bulan May sampai Sept ?.
Khamis - Aku cuti ..actually aku dah postponed cuti tu dah 2 kali coz nak tally kan dengan Iena punyer cuti aleh2 dia lak kena keje so aku pun cuti la sorang2. Hujan lak lebat giler dari pagi2 lagi. On the way balik ke rumah dari AmCorp Mall aku terdengar berita pemergian YAB Datin Seri Endon ..Al-Fatehah untuk Pak Lah sekeluarga...
Tengahari tu aku ke Affin Bank utk bank in cek dari LHDN. Sampai kat Affin Kelana Jaya jam ngam2 pukul 2pm ..aku terus submit form dan mama' kaunter terus chop "Too Late For Clearing" ...ceikkk lewat setengah minit jer. Terpaksala aku tunggu sampai hari Selasa next week. Pukul 3pm aku ke JPN Kota Damansara utk buat MyKad aku (he..he.. sajer tunggu last2 minit kot2 dpt MyVi). Kalau korang nak berurusan dgn JPN tanpa beratur ..pegila kat JPN Kota Damansara ..memang tak der org pun...banyak kounter dari orgnyer. Dah tak der org services lak slow..akak kaunter tu bagi aku satu kertas kecik dan suruh aku dtg balik dlm masa sebulan coz no utk hari tu dah abis ..ader ka?
Balik rumah semua channel baca Yaasin so aku pun layan la hose BARENO untuk toilet dalam bilik air aku ..actually dah dekat sebulan dah aku beli tapi x bleh nak pasang coz nak kena tukar pili tu baru buleh pasang hose baru tu which is tak berani aku nak bukak RUBINE aku tu ..takut scratch ? Tu la beli yg branded konon tp tak leh nak pasang. Aku dah survey kat lebih 5 buah hardware kat Subang ni semua kater tak leh psg kalau tak tukar kepala paip lain ..aku kater buleh! Sampai ader satu kedai tu mcm nak gaduh dengan aku coz aku kater buleh dan aku nak beli jugak adaptor dan 2-3 extension lain utk psg benda alah tu..lepas aku bayar pun dier x abis lagi pot-pet2 ...alaa ngumpat pasal aku la tu. Dan semalam lepas 48 eksperimen aku buat akhirnyer hose aku pun tersambung jua dengan cantiknyer ke kepala paip kesayangan aku tu tu tanpa perlu menukar kepala paip ...nak jer aku amik gambar tunjuk ke cina hardware tu.
Jam dah pukul 5 tapi hujan lebat lagi ..aku redah jugak ke Subang Perdana utk beli makanan buka poser..Iena berbuka kat Hilton hari ni ..ceikk aku bukak dengan nasi kerabu kat Hilton Bukit Subang dengan Syamil & Syira.
Hari ni - Iena lak cuti (Selangor cuti Nuzul Al-Quran) ..tapi kilang aku dah tarik awal2 cuti ni so aku kena keje la. Sampai2 kat opis first aku mesti bukak blog hit stat Bravenet & Haloscan punyer manage comment utk SIDEKICK aku dan masa aku masuk tengok karpet mcm meriah tapi meriah dengan si Memen & Ven ..aper la dua org ni tak abis2 lagi perangai budak form 3 nyer tu... pasal hp pun nak gaduh. Nanti la lepas raya ker aku nak buat sparring cam tournament utk dua org ni baru la werld nak gaduh ..ni dok gaduh dlm karpet aper raser?.
Bila aku bukak manage comments ader lak mat salleh maner ntah komen kater blog aku ni penuh dengan Inspiration ..ha..ha.. mcm la dier paham aper yg aku tulis? Untuk x nak mengecewakan dier aku bagi la link official web aku yg memang dah werld tu (coz dlm BI) he..he..
Eh maner citer pasal Van Gogh punyer dreams tu?...lain kali la aku citer ..

17 October 2005

Keje gomen

Allergi dgn keje gomen?
Masa belek2 file lama aku semalam aku terjumpa balik file kemasukkan ke tahun satu UTM dan borang kemasukkan aku. Aku ternampak nama penjamin aku masa tu... Teringat aku pengalaman pahit aku nak dapatkan penjamin dan saksi untuk sign surat tu. Masa aku dapat surat tu dan bagitahu bapak aku pasal penjamin, yang terlintas kat kepala bapak aku masa tu ialah sepupu dia yang jadi Timbalan Pengarah kat jabatan kerajaan (jabatan aper aku x ingat..). So bapak aku pun bawak la aku ke opis sepupu dia tu dgn harapan nak mintak dia jadi penjamin la. Sesampai jer kat opis dengan envelop coklat besar kat tangan aku, belum sempat kitaorang duduk lagi sepupu bapak aku tu cakap.."eh tok wae ..kalu nok jadi penjaming ni ambo tok leh doh ni..ambo jadi penjamin ko rama doh ni.." . Berdesing telinga aku bila dengar dia cakap cam tu. Aku tak sempat mintak tolong lagi dia dah reject awal2 dah.Nak jer aku keluar terus dari opis dia tu ..tapi bapak aku selamber lagi mintak dia jadi saksi je la. Sejak hari tu aku cam anti dengan pegawai tinggi kerajaan ni dan tak nak la aku jadi pegawai kelas A gomen ni nanti aku jadi berlagak cam sepupu bapak aku lak.
Nasib baik ader sorang cikgu yang baik ati ... yang bapak aku tak berapa kenal sangat ...dia baru jer kenal kat masa sembahyang kat Masjid Telipot. Dia volunteer nak jadi penjamin ..dia tengok bapak aku kehulu-hilir dgn form aku tu so satu hari tu dia tanyala tu form aper?. Bapak aku pun cerita la dan belum habis cerita lagi dia kata dia akan jadi penjamin tapi tak sure OK ke tak coz dia pun dah jamin ramai orang. Alhamdullillah tak der problem pun dengan penjamin tu ..so alasan jamin dah ramai org tu x boleh pakai la ..bukannyer ader rekod dlm FIS kalau jadi penjamin masuk U!. Aku betul2 respect ke cikgu tu tapi sampai skrg aku tak jumper2 lagi dengan dia. Kalau anak dia mintak aku jadi penjamin gerenti aku tak tolak punyer tapi aku bukan gomen officer kelas A so aku tak leh la jadi penjamin...ha..ha..
Tapi sekarang dengan beban kerja sekarang rasa cam seronok lak keje gomen ..bonus pun dah boleh bagi 2 bulan..ishkk..ishkk.

14 October 2005

Link kengkawan

hari ni hari ke 52 blog aku...visitor baru cecah 1090 (aku sendiri 980 x masuk..). Kira dah dekat sebulan aku letak link blogger lain kat blog aku ....aku punyer rules cam ni... saper yg ader terbagi komen ker ter tegur aku ker aku akan letak link dia kat blog aku. Satu lagi kalu yg buleh menginspiration kan aku pun aku link kan wlpun diaorg x pernah tau kewujudan aku...walaupun dia orng x pernah kenal "Sidekick" ..walaupun diaorang x pernah belajar Taekwondo @ Silat Cekak..


Selain dari aku punya official web site, blog yg mula2 aku link ialah blog Sempoii (...apsal?? korang kena tanya anak aku) , blog kedua ialah blog SROX (ok ker..cukup ker besar nyer..he..he..) coz dia ni la sifu aku ..web master aku utk DTA, pas tu Vad ..coz dia antara geng PFS yg mula2 drop by, pas tu Shay's ..lepas dia menyelit dalam dlm tag aku, Afdlin lak coz aku allergik dgn kodok, Joe Perantau ..ntah la..kalau nak kater aku dpt inspiration dari dia ni pun kira betul la tu..asalnyer org rumah bawak balik hard copy semua entry dalam Joe Perantau utk baca kat rumah dan sedar tak sedar aku selalu curi2 baca bila org rumah aku tak der kat rumah ...he..he.. tu yg kalau korg nampak back ground aku samer tu ..tp sampai skrg aku x dpt masuk blog Joe coz kena block dgn Proxy (ader unsur2 parential guide kot blog dia ni..). Mat Jan plak memang antara blog terawal aku masuk masa mula2 blogging ....antara blog inspirasi aku.

Orange-org rumah aku yg asyik dok citer ...dan aku nampak dia ni semenjak-dua menjak ni rajin lak terkelempap kat blog aku so kira confirm la boleh kawan. Tipah - first time tengok blog dia aku teringat ker iklan
#@##$ utk wanita ..sorry ..mungkin feminim sgt kot. First time jumpa masa berbuka hari tu ..end up ..aku pun link la.


Blog aku lak saper yg link??

Saper lak yg nak link blog aku ni?.. berapa helai sgt yg kenal aku?. Pagi ni aku ternampak dlm referrer aku blog matjan ?? eh x kan ader org masuk blog aku dari mat jan punyer blog kot?. Lepas visit Mat jan aku ternampak Din TKD kat bhg link tu...waaa ..Mat Jan link aku punyer la... pas tu Orange pun aku tgk dah ader link aku..cuma nama Din TKD tu tak werld la Orange...letak la Sidekick terus...


Saper dalam tag?

Nama yg selalu aku nampak dlm tag aku plak selain dari Sempoii (dia ni kat semua tag ader..) of course students aku memen & Kay-e, Ven & Ain aku nampak sekali...diaorg2 ni la yg aku buleh harap utk memeriahkan karpet aku tu. Yg lain aku nampak cuma Orange dan sorang dua yg aku x kenai...


Apa2 pun tq ker semua dan selamat berposer...

13 October 2005

Motivation + dreams

Masa aku habis SRP aku terpilih untuk melawat Kuala Lumpur ..dari sekolah aku cuma aku 3 orang (aku,Madi kadet (Norasmadi Yaakob) & Tijae (Intizam Ibrahim) ) terpilih untuk bersama 120 pelajar dari seluruh Kelantan untuk melawat KL selama 4 hari. Sebab apa aku terpilih aku pun tak tahu tapi yang aku ingat aku betul2 excited dan tak sabar2 nak ikut rombongan tu. Cuma tarikh yang dipilih iaitu 23/11/1986 sama dengan hari perkahwinan Kak Zu aku ...puas mek aku larang aku pegi coz tak elok kenduri kakak aku tapi aku tak der. Aku macam biasa la jenis degil..kalau aku kata nak aku nak la, lagipun ni first time aku nak kenal KL. So sampai ke hari nak pegi semua sibuk siapkan kenduri kakak aku tapi aku plak sibuk packing baju nak ke KL. Masa tu tengah musim tengkujuh dan baju aku plak tak kering ..terpaksa aku redah hujan pegi dobi baju aku. Sorang pun tak nak tolong aku packing barang..ye la..dah aku yang degil nak pegi jugak. Aku last2 pegi jugak dan tu la first time aku naik bas jalan jauh. Lawatan tu anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan so makan minum kat KL memang terjagala ..lunch org tu belanja ..dinner kejap menteri tu belanja sampai Ku Li pun sempat belanja kitaorang lunch kat Central Market.
Aku sempat jugak melawat Tugu Negara (ha..ha.. tu la first & last aku tengok tugu negara..), tengok student ternak lembu kat UPM (he..he.. sori kekawan UPM coz tu la persepsi aku bila dibawa melawat ladang lembu kat UPM), PWTC, Mimaland (sekarang budak2 kenal lagi tak Mimaland ni??). Aku menginap di Asrama Tun Dr Ismail , Kg.Pandan so on the way setiap kali keluar dari asrama tu aku akan lalu Jalan Tun Razak dan bila nampak Bangunan Tabung Haji aku cukup kagum dan berangan satu hari aku akan keje kat KL dalam bangunan tinggi cam ni. Angan2 aku tu kira lebih kurang dah tercapai la cuma lari sikit coz aku sekrg mengajar Taekwondo kat Tgt 40 Menara PNB kat sebelah Tagung Haji..(Ralat : Tabung Haji..typo error ..credit to Sempoii..) (lebih tinggi dari Tabung Haji woii..).
Entah la..aku sebenarnya tak nampak tujuan sebenar aku dibawa melawat KL hari tu cuma bila aku kenangkan balik ...lawatan ke KL tu sedikit sebanyak telah mempelbagaikan dreams aku tu ..kalau selama ni angan2 aku cuma berkisar (ceikkk .."berkisar" ..ayat gomen..) kat KB dan sekolah asrama, balik dari KL angan2 aku dah advance sikit la ader warna-warni sikit dengan bangunan tinggi dan mcm2 lagila.
Masa aku mula2 masuk kelas 4K3 kat SMT la aku terjumper balik member satu rombongan aku ke KL ni iaitu Yazid ...pas tu jadi member rapat Taekwondo aku masa kat SMT.
Masa lepas SPM aku sempat keje kat kedai ngecat keta Pak Cu kat Bunut Payong, Jalan Kuala Krai (aku dah ceriter dah dulu..) dan satu hari tu masa aku tengah berpeluh gosok keta tetiba ader satu bas berhenti betul2 kat tepi aku..aku jeling kat dalam bas..semua mata2 kat dalam bas tu tengah tengok aku ..siap gelak2 pun ader. Yang aku terasa motivate sangat sebab kat badan bas tu tertulis Universiti Malaya ...laa budak U rupanyer ..patutpun pandang aku semacam..aku pun buat dono jer la ...dalam hati aku "elehhh..ingat ko sorang ke yang dapat naik bas kampus cam tu..nanti la kalau aku dpt masuk u nanti?".
Alhamdullillah 2 bulan lepas tu aku dapat tawaran ke UTM Skudai ..dan cita2 aku nak naik bas kampus ni tercapai masa aku di bawa ke blok aku dari dewan serbaguna Kg Merbau.
Lepas dapat merasa naik bas kampus ni ader satu lagi bas yang entah macamana aku rasa macam teruja nak naik sangat ...iaitu bas kilang!!.. he..he..mungkin sebab kalau bas kilang tu biasanyer bawak pompuan ramai kot?. Ntahla..mungkin 6 sense aku kuat kot coz masa aku tgh study lagi aku termotivated tengok bas kilang ..aku rasa cam seronok jer keje kilang .... Cita2 aku nak keje kilang tercapai lepas aku grad tahun 1996 dan first time aku dapat naik bas kilang masa aku pegi lawan bowling masa SONY Sports Festival...

12 October 2005

TOM YUM GOONG-Review 2

Fighting Technique?


Ada beberapa pembaharuan yang aku nampak Prachya & Panna cuba tonjolkan dalam filem. Salah satunya ialah penglibatan X-Games fighter (masa Kham lawan dalam gudang) , Muay Thai lawan Capoeira – Wushu dan K-1 fighter dan yang paling aku admire sekali ialah 4 minit Iong shot shooting.


4 minute longshot shooting


Teknik long shot ni dah lama dah orang pakai dalam pilem tapi untuk adegan fight aku rasa ni first time kot?. Adegan fight ni korang boleh tengok masa si Kham ke restoran TYG untuk cari Johnny . Si Kham kena fight dengan lebih 50 orang dari tgkt 1 sampai la kat tgkt 4. Longshot shooting ni memang rumit coz tak boleh “CUT” so tak buleh ader kesilapan langsung masa shoot tu kalau tak kena ulang balik dari awal. Kameramen dan semua krew pulak nak kena ikut sekali si Jaa ni. Tu sebab korang akan nampak apsal kamera ni kejap shoot dari jauh kejap dekat dan macam gambar tu dirakam masa tengah berlari. Korang bayangkan la si Jaa ni kena hafal semua step bila nak pusing bila nak terjun dan semua movement untuk fighting tu dan kena jaga timming pas tu nak kena bergerak dari bawah sampai ke atas. Aku yang biasa buat demo ni pun kekadang untuk scene fight 30 second pun buleh lupa skrip tapi kalau lupa aku belasah jer aper2 org bukanyer tahu aper yg kita patut buat. Benda yang sama aku perasan masa secene ni...kekadang teknik yg Jaa buat nampak pelik sikit..mungkin si Jaa ni nak buat lain tapi spontan jadi teknik lain masa shoot.
Adegan ni akhirnya dapat diselesaikan dengan 5 shot.


X-Games fight


Masa Jaa lawan X-games fighter dia banyak pakai skil jimnastik dia coz geng2 X-games tu pakai skate & bike so grabbing technique tak byk buleh buat lagipun aku tengok si Jaa ni asyik dok melompat jer. Aku teringatkan filem Jackie Chan bila tengok adegan ni coz banyak pakai teknik Jackie Chan.


Scene fight antara Kham dan Capoiera Fighter (lakonan Lateef Crowder) ni antara yang aku paling suka. Tapi aku rasa kalau dia lawan kat tempat lapang lagi cantik kot coz aku dok terganggu dengan air dan api tu so tak boleh fokus kat kicking technique masa dia lawan. Yang korang tak boleh miss masa si Kham throw jumping reverse hooking dan turning kick ...kalau yang biasa dengan kick dalam Taekwondo (martial lain pun ader jugak..) korang tau la betapa susah nyer nak buat 180º Jumping reverse hooking kick tapi mama’ ni boleh buat 360º dan 450º reverse turning kick!!.

Masa Kham lawan Jon Foo (Wu-Shu expert) pulak aku tak teruja sangat coz lawan pedang ni dah biasa dah. Cuma kalau korang perasan masa Kham pegang dua pemukul gong tu dia buat cross kat air ..tu macam movement Krabi Krabong jer.


Muay Koshasan


Teknik Muay Koshasan ni banyak Jaa pakai masa fight dengan bodyguard Madame Rose kat kuil. Kalau korang perasan ader 2 version fighting yang Jaa tunjukkan iaitu satu version lembut (masa dia lawan ramai2 kat Restoran) dan version ganas (selepas dia kena tikam masa dia nampak rangka Por Yai). Teknik dia terus bertukar jadi teknik permatahan dan killer teknik (aderla beberapa teknik tu nampak cantik coz by the fotography technique). Bagi yang biasa dengan self-defense technique, korang akan nampak teknik yg dia pakai memang praktikal untuk self-defense kecuali ader 2-3 teknik ala2 Hap Ki Do (leg lock).. tu yg flexible jer boleh buat. Tapi aku terkilan tengok teknik aku (mcm ajer teknik yg aku develop la..) ader pakai jugak kat dalam tu ha..ha.. mesti ader yg gelak bila aku kater si Jaa pakai teknik aku . Bagi aku setiap instructor kena ader trademark dan trade mark aku ialah teknik hand lock + choke yang aku develop 2-3 tahun lepas dan entah mcmn buleh samer dgn teknik Muay Koshasan ni aku pun tak tahu ..claim aku punya kan kata aku perasan pulak .
Aku terkilan bukan aper ..lepas ni kan kalu aku buat teknik tu nanti org cakap .. "alaaa ..tu teknik TYG tu..”. Teknik leg lock pulak memang sebijik macam Tiger Lock dalam Hap Ki Do (aku sempat belajar sikit jer dari Master Mounir Ghrawi). Aku malas la nak sebut ader teknik Taekwondo dalam filem tu nanti orang kata alaa teknik Silat Cekak pun ader la..

Tapi ni la petikan interview dengan Johnny Nguyen ....nampak tu ..dia mention Taekwondo aper?....


"When you get into a fight scene with Tony, what technique do you use? "

"We use Wu Shu and a little bit of Tae Kwan Do, Aikido mix together".


Klimaks cerita ni ialah masa Kham lawan K-1 fighter Nathan Jones (AWA & UPW wrestler dan kalau korang perasan yang lawan dengan Brad Pitt dalam filem Troy”). Aku malas nak komen cara fight Madame Rose (lakonan Jin Xing ) cuma sepatutnya Prachya gunakan la kelebihan flexibility Jin Xing untuk choreografer fight yang lebih cantik sikit.


CAST & CREW


Pengarah


Prachya Pinkaew – lahir pada 2nd September 1962. Dia ni asalnyer lulusan Architecture dari Nakornratsima Technology College..grad tahun 1985. 1985 ~ 1989 aku tak sure dia buat apa coz masa tu aku tengah sekolah kat Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu. Tapi dalam tahun 1990 dia start keje kat Pack Shot Entertainment sebagai Pengarah Kreatif. Tapi Prachya ni lebih berminat ke pengarahan video muzik dan telah beberapa kali menang anugerah Best Music Video di Golden Television Awards di Thailand.

1992-Jadi pengarah untuk filem pertama beliau iaitu “The Magic Shoes”.1994-filem ke-2 beliau Romantic Blues.1998-Prachya tubuhkan Baa-Ram-Ewe (syarikat produksi filem).Selain daripada 2 filem ni, Prachya telah menghasilkan berbagai genre filem pendek & dokumentari dari cerita vampire, “Body Jumper” (2001), lawak komedi “Heaven 7” (2002) seram “999-9999” (2002) dan “The Unborn” sampaila ke filem muzikal “Hoedown Showdown” (2002). Filem “999-9999” ni telah bertanding dalam Puchon Fantastic Film Festival 2003. Filem lain ialah “Sayew” (menang Honorable Mention Award di Seattle International Film Festival (2003) dan drama artistik “Fake” (bertanding untuk Dragons & Tiger Award di Vancouver International Film Festival).


Pelakon Utama
Tony Jaa-lahir pada 5hb Feb 1976 di SURIN, Thailand. Nama dalam IC Panom Yeerum. Umur 15 tahun mula tinggal dengan pelakon dan pengarah filem aksi Panna Ritthikrai (Tony mula minat dgn Panna selepas menonton filem Kerd Ma Lui a.k.a Born To Fight) dan dia dah mintak nak tinggal dengan Panna masa umur dia 13 tahun lagi tapi Panna tak bagi coz muda sangat. Masa umur Jaa 21 tahun Jaa menyambung pelajaran di University of Mahamarakam (Maha Sarakhma Physical Education College kira2 400km dari Bangkok).
Kat kolej ni la Jaa telah berpeluang untuk belajar seni lain seperti Taekwondo,Swordplay,Krabi Krabong,Aikido dan gimnastik. Masa belajar ni setiap minggu Jaa akan belajar seni lakonan dengan Panna di Khon Kaen. Panna ni kira Jaa punyer god father/master la.
Tony Jaa start karier dia dalam lakonan sebagai stunt double untuk filem “Mortal Combat 2 Annihilation(1997) masa tu dia jadi double utk Liu Kang (Robin Shou) dan Lord Raiden (Jame Remon).
2003-Mula bergabung dengan Prachya dan Panna Ritthikrai untuk menghasilkan Ong-Bak.
2004-Membintangi “The Body Guard” , dia pakai nama dia Panom Yeerum
2005-TYG
2006-Sword


Pengarah Martial Art & Stunt Choreographer


Panna Ritthikrai – kalau sesaper pernah tengok Born To Fight, Panna la yang jadi pelakon,pengarah, penulis dan penerbit filem tu. Selama 30 tahun dalam industri ni, Panna dah mengarahkan 13 buah filem kebanyakkan nyer filem aksi. Ong-Bak ialah idea Panna untuk menunjukkan adegan aksi yang lebih “giler” dan mencabar. Antara filem2 dia (satu pun aku x pernah tengok..he..he..) ialah “Ching Wing Luy” (1986), “Pluk Man Khoen Maa Khan” (1987), “Phech Luy Phloeng” (1987), “Loa Taa Khiw” (1989), “Ph....ishhh banyak eh aku nak mention ..korang bukannyer paham pun tajuk tu..


Pelakon lain

Petchthai Wongkamlao (Sarjan Mark @ Mom Jokmok) – dia ni sebenarnya pelakon komedi terkenal di Thailand. Dia siap ader siri komedi dia sendiri. Kalau korang perasan Petchai la yang jadi member Ting dalam filem Ong-Bak.Antara filem dia ialah “Mer Burn Lok Prajun”. Filem komedi terakhir sebelum dia berlakon dalam Ong-bak.. Filem ke-2 Tony Jaa iaitu "The Bodyguard" ialah filem arahan pertama beliau.

Bongkuch Kongmalai a.k.a Tuk (Pla) – Dia ni masa umur dia 15 tahun dah jadi pelakon utama dah dalam filem “Bangrachan”. Kira antara pelakon top Thailand masa ni la. Selain dari filem TYG.. filem lain Tuk ialah X-Men, Hit Man File, The Eye 10.


Johnny Nguyen (Johnny) – Aku baca interview dia pasal TYG ni ..ader unsur2 riak jugak kat mama’ ni. Johnny orang Vietnam tapi tinggal di LA. Dia start dengan Wushu kemudian Kung-Fu dan Aikido. Dia selalu jadi stunt double utk filem2 aksi macam "Mortal Combat", "Buffy The Vampire Slayer" dan yg terbaru utk filem "Spiderman 2".
Nanthan Jones (TK) - Berumur 36 tahun, dia ni pernah mewakili Australia dalam "The Strongest Man in the World". Mula2 muncul dalam filem Jackie Chan : First Strike (1997).
David Asavanond (Rick) - Partner Sarjan Mark, dia ni sebenarnya anak buah pelakon terkenal Thailand Amara Asavanond. Kat Thailand lebih dikenali sebagai DJ, Pengacara TV.



Jon Foo (Wu Shu fighter) - Juga sorang stuntman, expert dalam Wushu dan pertunjukan akrobatik.

10 October 2005

TOM YUM GOONG-Review

Image hosted by Photobucket.com
“Din..”
"ehmmmm..."
"Ni gambar Tom Yam eh Din?"
“Yea la..”
"Din.."
"Yea..aper dia...?"

“Apsal ko letak gambar Tom yam ni ?”
“Apsal pulak?”
“Lapar aku ...ni bulan pose ni tak baik ko letak gambar makan mcm ni..kurus poser aku..”
“Din”
“YAAA!!! ..boleh tak ko jgn kacau aku.. dah dua minggu dah tak upload2 lagi citer ni tau tak?”
“Apa kaitannyer Tom yam dengan citer ko ni?..”
“Isshh budak ni!!..Aku punya pasal la nak letak gambar tomyam ker gambar karipap ker gambar cengkodok mak tiri ko ker ...ni citer aku ni blog aku..dah pegi buat keje ko”

Tom Yum Goong (gambar..) ni kalau saper yg kaki tom yam mesti kenal punya. Aku pernah makan sekali masa kat Songkhla (err..ke Haadyai eh.. aku pun dah tak ingat ). Memang selain dari Green Curry , Tom Yum Goong ni kira mcm ikon la utk masakan Thai. Kalau korang tak percaya bukak la mana2 web regarding Thai cousine mesti ader cerita pasal Tom Yum Goong ni. Tak kan la aku nak cerita detail pasal tom yam ni plak ..blog aku ni bukanyer blog masakan”. Ikut kater Prachya (..aku dok sebut2 Prachya ni korang kenal ke saper dier ni?...dia la Pengarah & empunya Syarikat Baa-Ram-Ewe..penerbit untuk kedua2 filem Ong-Bak & TYG ni..buat penat jer aku citer kalau korang tak kenal..ceikk) kenapa dia pilih nama TOM YUM GOONG ialah bersempena dengan nama tomyam ni la..dia nak tunjuk filem ni ader macam2 perencah kat dlm nyer..ader mcm2 rasa (bahasa org kg aku .. to make it Hot & Spicy as tom yam..) bila kiter menontonnyer . Actually ader tiga benda yang sinonim dengan Thai ni..iaitu Muay Thai, Gajah & Tom yam . Ke-tiga2 unsur ni la yang Prachya gabungkan untuk menunjukkan “noble tradition & culture of Thailand”.

“Nah ni ko mesti suka ni..” ...pagi2 lagi sampai jer kat opis Defi tetiba hulurkan CD kat aku
“Ni citer aper ni?..”Bukit” lagi ker?..ishh x nak la aku...." ...
Bukak2 jer aku tengok tajuk VCD tu "TOM YUM GOONG" ..laa ni citer Ong Bak 2 ni!. Aku dah dengar pasal sekuel ni nak keluar dari bulan lepas. Aku memang admire giler kat si Tony Jaa ni lepas tengok Ong-Bak tahun lepas. Orang rumah aku suruh aku buat review untuk Ong-Bak tahun lepas tapi lepas siap review tu aku tak tahu nak publish kat maner...aku baru sedar yang aku belum ader blog lagi masa tu..iskkk..sedih..pas tu tak der saper nak tumpangkan blog diaorng untuk aku publishkan review tu. So sekarang ni aku dah ada blog so aku nak publish giler2 review ni.

Review aku ni lebih kepada informasi dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku dalam martial art dan bukan sebagai penggiat seni hiburan tanahair yg mcm dlm Metro plak...so tak wajib betul harus salah...aku campur sikit2 la dengan research yg aku buat. So kalau ada fakta yang korang rasa bercanggah bagitahu la aku supaya tak terus terpesong jauh. Aku akan review jalan ceriter dia kemudian..mungkin dalam 2-3 entry lagi coz aku nak fokus kan kepada informasi tentang filem & tenaga kerja nyer dulu.
BACKGROUND
Aku akan start dari background Tom Yum Goong ni dulu. Sebelum tu aku nak betulkan fakta sikit ..aku silap tadi...citer Tom Yum Goong ni bukannyer sekuel Ong-Bak , tak der kena mengena dengan Ong-Bak. Selepas sukses giler dengan filem Ong-Bak (2003)-filem ke-3 Prachya Pinkaew , beliau telah dapat sponsor giler2 (termasukla dari kerajaan Thai sendiri) untuk menghasilkan filem yang lebih hebat dari Ong Bak..dan selepas membuat kajian selama 2 tahun maka terhasil la Tom Yum Goong (penat aku nak taip nama penuh...so aku akan taip TYG jer lepas ni..) ... kira filem ke-4 Prachya la.
Actually citer ni dah released pada 30 November 2004 lagi kat Thailand tapi baru sampai kat area aku dalam bulan lepas..tu pun versi VCD haprak (..kepala org berselirat masa tgh fight..dgn gelap pekat gambarnyer dan sistem audio jgn cakap la)..aku tengah tunggu versi DVD tapi susah plak nak dapat.

Filem ke-2 Termahal
Korang pernah tengok filem “SURIYOTHAI” tak? ..aku pun tak pernah. Kalau ikut rekod ni filem ke-2 termahal pernah dihasilkan di Thailand selepas filem “SURIYOTHAI” dengan bajet 300 juta Baht! (kira2 RM30 juta la). Bajet utk filem ni dapat sebegini besar ialah disebabkan oleh kejayaan Ong Bak jugak la...berebut2 orang nak jadi sponsor utk filem TYG ni (korang akan nampak sampaikan kementerian pelancongan Thai pun jadi sponsor utk trailer filem ni..he..he..). Filem ni 80% berlatar belakangkan dan difilemkan di Australia dan memakan masa 2 tahun dan kalau tak silap lebih dari 600 roll filem untuk disiapkan (betul ker?..ntahla..aku x pegi kira pun).
Ong Bak vs TYG
Aku nak sentuh sikit persamaan antara Ong-Bak dgn Tom Yum Goong ni , yang paling ketara ialah konsep mempertahankan warisan budaya Thailand.. Kalau dalam Ong-Bak ceritanyer berkisar pasal budak kampung “Ting” yang nak cari kepala patung Buddha (Ong-Bak) yang kena curi (dalam masyarakat Thai pantang datuk nenek diaorang patung Buddha diaorang dipermain-main kan)...konsep yang sama digunakan cuma kali ni Prachya gunakan pula isu gajah iaitu simbol haiwan kebanggaan Thai. Kali ni dia nak tunjuk kan betapa hormatnyer masyarakat dan kerajaan Thai terhadap gajah ni dan sekaligus dia nak menidak kan dakwaan orang luar yang tuduh Thailand menganiaya gajah.
Filem ini juga hasil dari team yg sama iaitu gabungan Tony Jaa (hero), Prachya Pinkaew (pengarah) dan Panna Ritthikrai (pengarah aksi & stunt) selain daripada Natawut Kittikun (Pengarah Fotografi) dan Akhadet Kaewchote @ Ukkadej Kaewkot (Art Director). Selain daripada itu TYG juga masih lagi menonjolkan kehebatan Muay Thai dalam mengalahkan seni mempertahankan diri asing dan konsep "No Sling, No Stunt" yang diaorang dah start sejak dari filem Born To Fight (1986-Panna Ritthikrai ) lagi.

Perbezaan-Kalau dalam Ong Bak Tony Jaa fight pakai seni Muay Thai yang dipanggil “Nine Body Weapon” iaitu seni lama masyarakat Thai ..kira cam klasik Muay Thai la...(.. aku lagi suka seni ni dari Muay Thai moden). Tapi dalam TYG, Phanna (gambar) terapkan pulak seni mempertahankan diri yang dipanggil “Muay Chang Tumlai Roang" atau Muay Koshasan ...kalau dalam bahasa Jawanyer lebih kurang macam "Seni Penghancur Gajah" la. Seni mempertahankan diri kuno ni dipakai oleh " Jaturongkabaht" (Pahlawan Raja yang akan berdiri di tepi 4 kaki gajah yang bawak raja-kira mcm benteng terakhir la kalau gajah ni nak di jatuhkan). Cuma pahlawan ni biasanya akan bawak 2 pedang besar tapi dalam TYG aksi pedang ni tak pulak ditunjukkan (cuma sekali aje masa Kham pegang 2 tulang gajah dia buat movement mirip seni pedang ni) mungkin diaorang simpan untuk next filem kot...aku dengar akan ader filem aksi Tony Jaa lagi lepas ni ...tajuk filem tu SWORD..biler kuar aku tak tahu ..nanti aku tanya Prachya.
Muay Koshasan ni antara seni mempertahankan diri yang paling praktikal pernah aku tengok tapi aku tak berani nak komen lebih coz aku tak pernah belajar personally dari guru seni ni cuma aper yang aku baca dan observe, seni ni banyak pakai teknik grabbing,pressing,hurling dan breaking (tak reti aku nak sebut teknik ni dalam BM..). Aku dengar si Tony Jaa ni habiskan masa 2 tahun berguru dengan macam2 guru kat Thailand untuk dapatkan teknik ni. Paling ketara sekali keeffectivean (is it the right word?..) teknik ni korang boleh tengok masa Kham lawan bodyguard2 Madame Rose kat kuil.

....sambung ke next entry..