Masa aku habis SRP aku terpilih untuk melawat Kuala Lumpur ..dari sekolah aku cuma aku 3 orang (aku,Madi kadet (Norasmadi Yaakob) & Tijae (Intizam Ibrahim) ) terpilih untuk bersama 120 pelajar dari seluruh Kelantan untuk melawat KL selama 4 hari. Sebab apa aku terpilih aku pun tak tahu tapi yang aku ingat aku betul2 excited dan tak sabar2 nak ikut rombongan tu. Cuma tarikh yang dipilih iaitu 23/11/1986 sama dengan hari perkahwinan Kak Zu aku ...puas mek aku larang aku pegi coz tak elok kenduri kakak aku tapi aku tak der. Aku macam biasa la jenis degil..kalau aku kata nak aku nak la, lagipun ni first time aku nak kenal KL. So sampai ke hari nak pegi semua sibuk siapkan kenduri kakak aku tapi aku plak sibuk packing baju nak ke KL. Masa tu tengah musim tengkujuh dan baju aku plak tak kering ..terpaksa aku redah hujan pegi dobi baju aku. Sorang pun tak nak tolong aku packing barang..ye la..dah aku yang degil nak pegi jugak. Aku last2 pegi jugak dan tu la first time aku naik bas jalan jauh. Lawatan tu anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan so makan minum kat KL memang terjagala ..lunch org tu belanja ..dinner kejap menteri tu belanja sampai Ku Li pun sempat belanja kitaorang lunch kat Central Market.
Aku sempat jugak melawat Tugu Negara (ha..ha.. tu la first & last aku tengok tugu negara..), tengok student ternak lembu kat UPM (he..he.. sori kekawan UPM coz tu la persepsi aku bila dibawa melawat ladang lembu kat UPM), PWTC, Mimaland (sekarang budak2 kenal lagi tak Mimaland ni??). Aku menginap di Asrama Tun Dr Ismail , Kg.Pandan so on the way setiap kali keluar dari asrama tu aku akan lalu Jalan Tun Razak dan bila nampak Bangunan Tabung Haji aku cukup kagum dan berangan satu hari aku akan keje kat KL dalam bangunan tinggi cam ni. Angan2 aku tu kira lebih kurang dah tercapai la cuma lari sikit coz aku sekrg mengajar Taekwondo kat Tgt 40 Menara PNB kat sebelah Tagung Haji..(Ralat : Tabung Haji..typo error ..credit to Sempoii..) (lebih tinggi dari Tabung Haji woii..).
Entah la..aku sebenarnya tak nampak tujuan sebenar aku dibawa melawat KL hari tu cuma bila aku kenangkan balik ...lawatan ke KL tu sedikit sebanyak telah mempelbagaikan dreams aku tu ..kalau selama ni angan2 aku cuma berkisar (ceikkk .."berkisar" ..ayat gomen..) kat KB dan sekolah asrama, balik dari KL angan2 aku dah advance sikit la ader warna-warni sikit dengan bangunan tinggi dan mcm2 lagila.
Masa aku mula2 masuk kelas 4K3 kat SMT la aku terjumper balik member satu rombongan aku ke KL ni iaitu Yazid ...pas tu jadi member rapat Taekwondo aku masa kat SMT.
Masa lepas SPM aku sempat keje kat kedai ngecat keta Pak Cu kat Bunut Payong, Jalan Kuala Krai (aku dah ceriter dah dulu..) dan satu hari tu masa aku tengah berpeluh gosok keta tetiba ader satu bas berhenti betul2 kat tepi aku..aku jeling kat dalam bas..semua mata2 kat dalam bas tu tengah tengok aku ..siap gelak2 pun ader. Yang aku terasa motivate sangat sebab kat badan bas tu tertulis Universiti Malaya ...laa budak U rupanyer ..patutpun pandang aku semacam..aku pun buat dono jer la ...dalam hati aku "elehhh..ingat ko sorang ke yang dapat naik bas kampus cam tu..nanti la kalau aku dpt masuk u nanti?".
Alhamdullillah 2 bulan lepas tu aku dapat tawaran ke UTM Skudai ..dan cita2 aku nak naik bas kampus ni tercapai masa aku di bawa ke blok aku dari dewan serbaguna Kg Merbau.
Lepas dapat merasa naik bas kampus ni ader satu lagi bas yang entah macamana aku rasa macam teruja nak naik sangat ...iaitu bas kilang!!.. he..he..mungkin sebab kalau bas kilang tu biasanyer bawak pompuan ramai kot?. Ntahla..mungkin 6 sense aku kuat kot coz masa aku tgh study lagi aku termotivated tengok bas kilang ..aku rasa cam seronok jer keje kilang .... Cita2 aku nak keje kilang tercapai lepas aku grad tahun 1996 dan first time aku dapat naik bas kilang masa aku pegi lawan bowling masa SONY Sports Festival...
No comments:
Post a Comment