10 October 2005

TOM YUM GOONG-Review

Image hosted by Photobucket.com
“Din..”
"ehmmmm..."
"Ni gambar Tom Yam eh Din?"
“Yea la..”
"Din.."
"Yea..aper dia...?"

“Apsal ko letak gambar Tom yam ni ?”
“Apsal pulak?”
“Lapar aku ...ni bulan pose ni tak baik ko letak gambar makan mcm ni..kurus poser aku..”
“Din”
“YAAA!!! ..boleh tak ko jgn kacau aku.. dah dua minggu dah tak upload2 lagi citer ni tau tak?”
“Apa kaitannyer Tom yam dengan citer ko ni?..”
“Isshh budak ni!!..Aku punya pasal la nak letak gambar tomyam ker gambar karipap ker gambar cengkodok mak tiri ko ker ...ni citer aku ni blog aku..dah pegi buat keje ko”

Tom Yum Goong (gambar..) ni kalau saper yg kaki tom yam mesti kenal punya. Aku pernah makan sekali masa kat Songkhla (err..ke Haadyai eh.. aku pun dah tak ingat ). Memang selain dari Green Curry , Tom Yum Goong ni kira mcm ikon la utk masakan Thai. Kalau korang tak percaya bukak la mana2 web regarding Thai cousine mesti ader cerita pasal Tom Yum Goong ni. Tak kan la aku nak cerita detail pasal tom yam ni plak ..blog aku ni bukanyer blog masakan”. Ikut kater Prachya (..aku dok sebut2 Prachya ni korang kenal ke saper dier ni?...dia la Pengarah & empunya Syarikat Baa-Ram-Ewe..penerbit untuk kedua2 filem Ong-Bak & TYG ni..buat penat jer aku citer kalau korang tak kenal..ceikk) kenapa dia pilih nama TOM YUM GOONG ialah bersempena dengan nama tomyam ni la..dia nak tunjuk filem ni ader macam2 perencah kat dlm nyer..ader mcm2 rasa (bahasa org kg aku .. to make it Hot & Spicy as tom yam..) bila kiter menontonnyer . Actually ader tiga benda yang sinonim dengan Thai ni..iaitu Muay Thai, Gajah & Tom yam . Ke-tiga2 unsur ni la yang Prachya gabungkan untuk menunjukkan “noble tradition & culture of Thailand”.

“Nah ni ko mesti suka ni..” ...pagi2 lagi sampai jer kat opis Defi tetiba hulurkan CD kat aku
“Ni citer aper ni?..”Bukit” lagi ker?..ishh x nak la aku...." ...
Bukak2 jer aku tengok tajuk VCD tu "TOM YUM GOONG" ..laa ni citer Ong Bak 2 ni!. Aku dah dengar pasal sekuel ni nak keluar dari bulan lepas. Aku memang admire giler kat si Tony Jaa ni lepas tengok Ong-Bak tahun lepas. Orang rumah aku suruh aku buat review untuk Ong-Bak tahun lepas tapi lepas siap review tu aku tak tahu nak publish kat maner...aku baru sedar yang aku belum ader blog lagi masa tu..iskkk..sedih..pas tu tak der saper nak tumpangkan blog diaorng untuk aku publishkan review tu. So sekarang ni aku dah ada blog so aku nak publish giler2 review ni.

Review aku ni lebih kepada informasi dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku dalam martial art dan bukan sebagai penggiat seni hiburan tanahair yg mcm dlm Metro plak...so tak wajib betul harus salah...aku campur sikit2 la dengan research yg aku buat. So kalau ada fakta yang korang rasa bercanggah bagitahu la aku supaya tak terus terpesong jauh. Aku akan review jalan ceriter dia kemudian..mungkin dalam 2-3 entry lagi coz aku nak fokus kan kepada informasi tentang filem & tenaga kerja nyer dulu.
BACKGROUND
Aku akan start dari background Tom Yum Goong ni dulu. Sebelum tu aku nak betulkan fakta sikit ..aku silap tadi...citer Tom Yum Goong ni bukannyer sekuel Ong-Bak , tak der kena mengena dengan Ong-Bak. Selepas sukses giler dengan filem Ong-Bak (2003)-filem ke-3 Prachya Pinkaew , beliau telah dapat sponsor giler2 (termasukla dari kerajaan Thai sendiri) untuk menghasilkan filem yang lebih hebat dari Ong Bak..dan selepas membuat kajian selama 2 tahun maka terhasil la Tom Yum Goong (penat aku nak taip nama penuh...so aku akan taip TYG jer lepas ni..) ... kira filem ke-4 Prachya la.
Actually citer ni dah released pada 30 November 2004 lagi kat Thailand tapi baru sampai kat area aku dalam bulan lepas..tu pun versi VCD haprak (..kepala org berselirat masa tgh fight..dgn gelap pekat gambarnyer dan sistem audio jgn cakap la)..aku tengah tunggu versi DVD tapi susah plak nak dapat.

Filem ke-2 Termahal
Korang pernah tengok filem “SURIYOTHAI” tak? ..aku pun tak pernah. Kalau ikut rekod ni filem ke-2 termahal pernah dihasilkan di Thailand selepas filem “SURIYOTHAI” dengan bajet 300 juta Baht! (kira2 RM30 juta la). Bajet utk filem ni dapat sebegini besar ialah disebabkan oleh kejayaan Ong Bak jugak la...berebut2 orang nak jadi sponsor utk filem TYG ni (korang akan nampak sampaikan kementerian pelancongan Thai pun jadi sponsor utk trailer filem ni..he..he..). Filem ni 80% berlatar belakangkan dan difilemkan di Australia dan memakan masa 2 tahun dan kalau tak silap lebih dari 600 roll filem untuk disiapkan (betul ker?..ntahla..aku x pegi kira pun).
Ong Bak vs TYG
Aku nak sentuh sikit persamaan antara Ong-Bak dgn Tom Yum Goong ni , yang paling ketara ialah konsep mempertahankan warisan budaya Thailand.. Kalau dalam Ong-Bak ceritanyer berkisar pasal budak kampung “Ting” yang nak cari kepala patung Buddha (Ong-Bak) yang kena curi (dalam masyarakat Thai pantang datuk nenek diaorang patung Buddha diaorang dipermain-main kan)...konsep yang sama digunakan cuma kali ni Prachya gunakan pula isu gajah iaitu simbol haiwan kebanggaan Thai. Kali ni dia nak tunjuk kan betapa hormatnyer masyarakat dan kerajaan Thai terhadap gajah ni dan sekaligus dia nak menidak kan dakwaan orang luar yang tuduh Thailand menganiaya gajah.
Filem ini juga hasil dari team yg sama iaitu gabungan Tony Jaa (hero), Prachya Pinkaew (pengarah) dan Panna Ritthikrai (pengarah aksi & stunt) selain daripada Natawut Kittikun (Pengarah Fotografi) dan Akhadet Kaewchote @ Ukkadej Kaewkot (Art Director). Selain daripada itu TYG juga masih lagi menonjolkan kehebatan Muay Thai dalam mengalahkan seni mempertahankan diri asing dan konsep "No Sling, No Stunt" yang diaorang dah start sejak dari filem Born To Fight (1986-Panna Ritthikrai ) lagi.

Perbezaan-Kalau dalam Ong Bak Tony Jaa fight pakai seni Muay Thai yang dipanggil “Nine Body Weapon” iaitu seni lama masyarakat Thai ..kira cam klasik Muay Thai la...(.. aku lagi suka seni ni dari Muay Thai moden). Tapi dalam TYG, Phanna (gambar) terapkan pulak seni mempertahankan diri yang dipanggil “Muay Chang Tumlai Roang" atau Muay Koshasan ...kalau dalam bahasa Jawanyer lebih kurang macam "Seni Penghancur Gajah" la. Seni mempertahankan diri kuno ni dipakai oleh " Jaturongkabaht" (Pahlawan Raja yang akan berdiri di tepi 4 kaki gajah yang bawak raja-kira mcm benteng terakhir la kalau gajah ni nak di jatuhkan). Cuma pahlawan ni biasanya akan bawak 2 pedang besar tapi dalam TYG aksi pedang ni tak pulak ditunjukkan (cuma sekali aje masa Kham pegang 2 tulang gajah dia buat movement mirip seni pedang ni) mungkin diaorang simpan untuk next filem kot...aku dengar akan ader filem aksi Tony Jaa lagi lepas ni ...tajuk filem tu SWORD..biler kuar aku tak tahu ..nanti aku tanya Prachya.
Muay Koshasan ni antara seni mempertahankan diri yang paling praktikal pernah aku tengok tapi aku tak berani nak komen lebih coz aku tak pernah belajar personally dari guru seni ni cuma aper yang aku baca dan observe, seni ni banyak pakai teknik grabbing,pressing,hurling dan breaking (tak reti aku nak sebut teknik ni dalam BM..). Aku dengar si Tony Jaa ni habiskan masa 2 tahun berguru dengan macam2 guru kat Thailand untuk dapatkan teknik ni. Paling ketara sekali keeffectivean (is it the right word?..) teknik ni korang boleh tengok masa Kham lawan bodyguard2 Madame Rose kat kuil.

....sambung ke next entry..




1 comment:

Anonymous said...

Dear.
If you need profitable currency trading software and decompile metatrader mq4 file ppeases

[b]Download[/b] here http://forexmarkt.us/user/dear.html