12 October 2005

TOM YUM GOONG-Review 2

Fighting Technique?


Ada beberapa pembaharuan yang aku nampak Prachya & Panna cuba tonjolkan dalam filem. Salah satunya ialah penglibatan X-Games fighter (masa Kham lawan dalam gudang) , Muay Thai lawan Capoeira – Wushu dan K-1 fighter dan yang paling aku admire sekali ialah 4 minit Iong shot shooting.


4 minute longshot shooting


Teknik long shot ni dah lama dah orang pakai dalam pilem tapi untuk adegan fight aku rasa ni first time kot?. Adegan fight ni korang boleh tengok masa si Kham ke restoran TYG untuk cari Johnny . Si Kham kena fight dengan lebih 50 orang dari tgkt 1 sampai la kat tgkt 4. Longshot shooting ni memang rumit coz tak boleh “CUT” so tak buleh ader kesilapan langsung masa shoot tu kalau tak kena ulang balik dari awal. Kameramen dan semua krew pulak nak kena ikut sekali si Jaa ni. Tu sebab korang akan nampak apsal kamera ni kejap shoot dari jauh kejap dekat dan macam gambar tu dirakam masa tengah berlari. Korang bayangkan la si Jaa ni kena hafal semua step bila nak pusing bila nak terjun dan semua movement untuk fighting tu dan kena jaga timming pas tu nak kena bergerak dari bawah sampai ke atas. Aku yang biasa buat demo ni pun kekadang untuk scene fight 30 second pun buleh lupa skrip tapi kalau lupa aku belasah jer aper2 org bukanyer tahu aper yg kita patut buat. Benda yang sama aku perasan masa secene ni...kekadang teknik yg Jaa buat nampak pelik sikit..mungkin si Jaa ni nak buat lain tapi spontan jadi teknik lain masa shoot.
Adegan ni akhirnya dapat diselesaikan dengan 5 shot.


X-Games fight


Masa Jaa lawan X-games fighter dia banyak pakai skil jimnastik dia coz geng2 X-games tu pakai skate & bike so grabbing technique tak byk buleh buat lagipun aku tengok si Jaa ni asyik dok melompat jer. Aku teringatkan filem Jackie Chan bila tengok adegan ni coz banyak pakai teknik Jackie Chan.


Scene fight antara Kham dan Capoiera Fighter (lakonan Lateef Crowder) ni antara yang aku paling suka. Tapi aku rasa kalau dia lawan kat tempat lapang lagi cantik kot coz aku dok terganggu dengan air dan api tu so tak boleh fokus kat kicking technique masa dia lawan. Yang korang tak boleh miss masa si Kham throw jumping reverse hooking dan turning kick ...kalau yang biasa dengan kick dalam Taekwondo (martial lain pun ader jugak..) korang tau la betapa susah nyer nak buat 180º Jumping reverse hooking kick tapi mama’ ni boleh buat 360º dan 450º reverse turning kick!!.

Masa Kham lawan Jon Foo (Wu-Shu expert) pulak aku tak teruja sangat coz lawan pedang ni dah biasa dah. Cuma kalau korang perasan masa Kham pegang dua pemukul gong tu dia buat cross kat air ..tu macam movement Krabi Krabong jer.


Muay Koshasan


Image hosted by Photobucket.com Teknik Muay Koshasan ni banyak Jaa pakai masa fight dengan bodyguard Madame Rose kat kuil. Kalau korang perasan ader 2 version fighting yang Jaa tunjukkan iaitu satu version lembut (masa dia lawan ramai2 kat Restoran) dan version ganas (selepas dia kena tikam masa dia nampak rangka Por Yai). Teknik dia terus bertukar jadi teknik permatahan dan killer teknik (aderla beberapa teknik tu nampak cantik coz by the fotography technique). Bagi yang biasa dengan self-defense technique, korang akan nampak teknik yg dia pakai memang praktikal untuk self-defense kecuali ader 2-3 teknik ala2 Hap Ki Do (leg lock).. tu yg flexible jer boleh buat. Tapi aku terkilan tengok teknik aku (mcm ajer teknik yg aku develop la..) ader pakai jugak kat dalam tu ha..ha.. mesti ader yg gelak bila aku kater si Jaa pakai teknik aku . Bagi aku setiap instructor kena ader trademark dan trade mark aku ialah teknik hand lock + choke yang aku develop 2-3 tahun lepas dan entah mcmn buleh samer dgn teknik Muay Koshasan ni aku pun tak tahu ..claim aku punya kan kata aku perasan pulak .
Aku terkilan bukan aper ..lepas ni kan kalu aku buat teknik tu nanti org cakap .. "alaaa ..tu teknik TYG tu..”. Teknik leg lock pulak memang sebijik macam Tiger Lock dalam Hap Ki Do (aku sempat belajar sikit jer dari Master Mounir Ghrawi). Aku malas la nak sebut ader teknik Taekwondo dalam filem tu nanti orang kata alaa teknik Silat Cekak pun ader la..

Tapi ni la petikan interview dengan Johnny Nguyen ....nampak tu ..dia mention Taekwondo aper?....


"When you get into a fight scene with Tony, what technique do you use? "

"We use Wu Shu and a little bit of Tae Kwan Do, Aikido mix together".


Klimaks cerita ni ialah masa Kham lawan K-1 fighter Nathan Jones (AWA & UPW wrestler dan kalau korang perasan yang lawan dengan Brad Pitt dalam filem Troy”). Aku malas nak komen cara fight Madame Rose (lakonan Jin Xing ) cuma sepatutnya Prachya gunakan la kelebihan flexibility Jin Xing untuk choreografer fight yang lebih cantik sikit.


CAST & CREW


Pengarah


Prachya Pinkaew – lahir pada 2nd September 1962. Dia ni asalnyer lulusan Architecture dari Nakornratsima Technology College..grad tahun 1985. 1985 ~ 1989 aku tak sure dia buat apa coz masa tu aku tengah sekolah kat Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu. Tapi dalam tahun 1990 dia start keje kat Pack Shot Entertainment sebagai Pengarah Kreatif. Tapi Prachya ni lebih berminat ke pengarahan video muzik dan telah beberapa kali menang anugerah Best Music Video di Golden Television Awards di Thailand.

1992-Jadi pengarah untuk filem pertama beliau iaitu “The Magic Shoes”.1994-filem ke-2 beliau Romantic Blues.1998-Prachya tubuhkan Baa-Ram-Ewe (syarikat produksi filem).Selain daripada 2 filem ni, Prachya telah menghasilkan berbagai genre filem pendek & dokumentari dari cerita vampire, “Body Jumper” (2001), lawak komedi “Heaven 7” (2002) seram “999-9999” (2002) dan “The Unborn” sampaila ke filem muzikal “Hoedown Showdown” (2002). Filem “999-9999” ni telah bertanding dalam Puchon Fantastic Film Festival 2003. Filem lain ialah “Sayew” (menang Honorable Mention Award di Seattle International Film Festival (2003) dan drama artistik “Fake” (bertanding untuk Dragons & Tiger Award di Vancouver International Film Festival).


Pelakon Utama
Tony Jaa-lahir pada 5hb Feb 1976 di SURIN, Thailand. Nama dalam IC Panom Yeerum. Umur 15 tahun mula tinggal dengan pelakon dan pengarah filem aksi Panna Ritthikrai (Tony mula minat dgn Panna selepas menonton filem Kerd Ma Lui a.k.a Born To Fight) dan dia dah mintak nak tinggal dengan Panna masa umur dia 13 tahun lagi tapi Panna tak bagi coz muda sangat. Masa umur Jaa 21 tahun Jaa menyambung pelajaran di University of Mahamarakam (Maha Sarakhma Physical Education College kira2 400km dari Bangkok).
Kat kolej ni la Jaa telah berpeluang untuk belajar seni lain seperti Taekwondo,Swordplay,Krabi Krabong,Aikido dan gimnastik. Masa belajar ni setiap minggu Jaa akan belajar seni lakonan dengan Panna di Khon Kaen. Panna ni kira Jaa punyer god father/master la.
Tony Jaa start karier dia dalam lakonan sebagai stunt double untuk filem “Mortal Combat 2 Annihilation(1997) masa tu dia jadi double utk Liu Kang (Robin Shou) dan Lord Raiden (Jame Remon).
2003-Mula bergabung dengan Prachya dan Panna Ritthikrai untuk menghasilkan Ong-Bak.
2004-Membintangi “The Body Guard” , dia pakai nama dia Panom Yeerum
2005-TYG
2006-Sword


Pengarah Martial Art & Stunt Choreographer


Panna Ritthikrai – kalau sesaper pernah tengok Born To Fight, Panna la yang jadi pelakon,pengarah, penulis dan penerbit filem tu. Selama 30 tahun dalam industri ni, Panna dah mengarahkan 13 buah filem kebanyakkan nyer filem aksi. Ong-Bak ialah idea Panna untuk menunjukkan adegan aksi yang lebih “giler” dan mencabar. Antara filem2 dia (satu pun aku x pernah tengok..he..he..) ialah “Ching Wing Luy” (1986), “Pluk Man Khoen Maa Khan” (1987), “Phech Luy Phloeng” (1987), “Loa Taa Khiw” (1989), “Ph....ishhh banyak eh aku nak mention ..korang bukannyer paham pun tajuk tu..


Pelakon lain

Petchthai Wongkamlao (Sarjan Mark @ Mom Jokmok) – dia ni sebenarnya pelakon komedi terkenal di Thailand. Dia siap ader siri komedi dia sendiri. Kalau korang perasan Petchai la yang jadi member Ting dalam filem Ong-Bak.Antara filem dia ialah “Mer Burn Lok Prajun”. Filem komedi terakhir sebelum dia berlakon dalam Ong-bak.. Filem ke-2 Tony Jaa iaitu "The Bodyguard" ialah filem arahan pertama beliau.

Bongkuch Kongmalai a.k.a Tuk (Pla) – Dia ni masa umur dia 15 tahun dah jadi pelakon utama dah dalam filem “Bangrachan”. Kira antara pelakon top Thailand masa ni la. Selain dari filem TYG.. filem lain Tuk ialah X-Men, Hit Man File, The Eye 10.


Johnny Nguyen (Johnny) – Aku baca interview dia pasal TYG ni ..ader unsur2 riak jugak kat mama’ ni. Johnny orang Vietnam tapi tinggal di LA. Dia start dengan Wushu kemudian Kung-Fu dan Aikido. Dia selalu jadi stunt double utk filem2 aksi macam "Mortal Combat", "Buffy The Vampire Slayer" dan yg terbaru utk filem "Spiderman 2".
Nanthan Jones (TK) - Berumur 36 tahun, dia ni pernah mewakili Australia dalam "The Strongest Man in the World". Mula2 muncul dalam filem Jackie Chan : First Strike (1997).
David Asavanond (Rick) - Partner Sarjan Mark, dia ni sebenarnya anak buah pelakon terkenal Thailand Amara Asavanond. Kat Thailand lebih dikenali sebagai DJ, Pengacara TV.



Jon Foo (Wu Shu fighter) - Juga sorang stuntman, expert dalam Wushu dan pertunjukan akrobatik.

No comments: