...pagi ni tetiba quote dari Harry Kemp ni datang kat kepala aku (kalau kat kg aku org kg aku cakap ..come across my mind ) . So aku ni tak termasuk dalam golongan Poor la coz kalau pasal dream memang aku punyer expertise tu..
Aku start berdream ni masa aku sekolah rendah lagi. Berdream aku ni sampai ke aku dok bayangkan kalau masa belajar nanti mcmn..aku kalau dah keje mcmn ..pakai keta apa....dan mcm2 lagi la. Masa aku dalam form 1-2 aku suka imagine hidup aku dalam 10-20 tahun akan datang (masa tu aku 13-14 thn so aku dah imaginekan hidup aku masa aku umur sekrg ni la..) . Tu yang sampai kena sergah dgn bapak aku pasal kekadang tengah aku berkhayal tu dia dok panggil aku tapi aku x dengar. Aku sampai kekadang bayangkan aku terrer boleh terbang..boleh ghaib.. tapi tu dah kira mengarut la. Yg aku nak ceriter ni pasal positive imagination yang kita boleh jadikan VISION kiter. Yg selalu aku dok imaginekan bila kalau aku masuk sekolah asrama...masuk u..belajar dan ader awek..masa kat u pulak aku siap bayangkan aku menyewa kat rumah setinggan dan tuan rumah tu ader awek lak..he..he..
Dan percaya atau tak memang sebahagian cerita yg aku imagine tu dah pun aku alami mcm cerita aku dlm entry UTM KL ..bezanyer awek tu anak jiran aku dan awek aku masa tu ialah student Ko-ku aku..he..he..
Masa aku start join Taekwon-do aku dah pun list down kan sampai ke level mana aku nak pegi. Dan bila kat SMT aku berpeluang join motivasi dan start tahu pasal goal setting dan aku pun modified la dream aku tu dgn setkan la bila aku nak achieve benda tu.
Aku refine lagi dream aku dalam Taekwon-do masa aku tahun 1 kat UTM. Aku setkan aku kan achieve Black Belt tahun 1990, 2nd Dan 1993, 3rd Dan 1997 ,4th Dan 2001 dan 5th Dan 2006. Dan aku nak ader akademi sendiri before aku 35 thn. Alhamdullillah aku achieve semua tu cuma kat 4th Dan tu aku terlewat sikit dan 5th Dan belum lagi la.
Satu lagi aku setkan karier aku mcm ni..aku nak gain Senior Engineer post before aku 30thn ...dan aku nak gain managerial level before 35 thn.Nak ader company sendiri before 40. Nak ader keta lepas setahun keje dan nak kahwin lepas 2 tahun keje. Result dia..yg level keje x yah nak bagitahu la nanti kater berlagak plak tapi bab beli keta ..aku beli 1st keta aku (Tiara ..ha..ha..) bulan Nov 1996 lepas 6 bulan aku keje dan aku kahwin bulan Nov 1997 ..lepas 1.5 tahun aku keje. Kira within time frame yg aku buat la. Company sendiri pulak...nak dijadikan ceriter.. 2 tahun lepas aku "terbeli" syarikat ocnstruction Shahbumi Sdn Bhd dari bapak mertua aku ..dia nak jual coz nak fokus ke benda lain plak. So impian aku nak ader company sendiri tercapai jugak masa aku 32thn. Dan yg tak pernah aku impikan ..jadi MD masa umur 32thn ..he..he.. (alaa kalau korang ader rm64 buat modal register enterprise company pun buleh jadi MD jugak..he..he..). Tapi company aku ni tak mengganggu keje aku skrg la cuma aku tak fokus kan ke bisnes lagi..nanti la bila aku ready nanti aku pulun la abis2.
Bila aku join MLM (aku pernah join Amway,Genesis,Amway lagi sekali dan beberapa MLM lagi la) lagi banyak aku didedahkan dengan Vision dan ceriter2 indah ni (korang tau la..MLM ..dier punyer motivation story memang mengalahkan buku Chicken Soup Of The Day..). Tapi aku tertarik dengan satu story masa aku join Network 21 dulu.
"Ader sorang budak kat sekolah rendah di kawasan ladang kat US nun... masa dalam kelas lukisan tu cikgu kelas tu suruh murid2 lukis rumah impian masing2. So bebudak tu pun lukis la rumah idaman masing2. Lepas siap lukis tu cikgu tu pun suruh la semua murid tunjuk kan lukisan rumah masing2. Maka masing2 pun dengan bangganyer tunjuk kan lah rumah yg diaorang lukis..ader rumah banglo..rumah teres..rumah setinggan pun ader. Tapi bila cikgu tu tengok rumah yang budak sorang ni lukis dia pun terus marah ...korang nak tau aper yg budak tu lukis?.. Budak tu lukis sebuah "Ranch" (alaaa ..rumah ladang besar yg artis2 Hollywod suka beli tu..) mewah siap dengan kolam renang besar dan kawasan ternak kuda dan ladang yang luas.
Cikgu tu aper lagi angin la.."Saya suruh lukis rumah impian awak.." Budak tu pun jawab "Ni la rumah impian saya cikgu.." . Cikgu tu lagi la angin.."Awak rasa awak boleh dapat ke rumah ni! saya suruh awak lukis rumah yang logik untuk awak miliki " .
"Ini la rumah yang saya akan miliki cikgu!" ..dengan konfidennyer budak tu cakap.
Aku tak tahu la aper ceriter seterusnyer tapi 20 tahun kemudian sekolah tu dijemput ke satu jamuan kat satu rumah besar di pinggir bandar. So cikgu tadi (still lagi mengajar kat sekolah tu..) pun bawakla murid2 dia ke rumah tersebut. sampai jer kat dalam rumah (atau ranch house) tu cikgu tu terperasan satu lukisan rumah kat dinding utama rumah tsb. Lukisan ni sama macam yang pernah dia marah dulu. Tengah cikgu tu dok tilik lukisan tsb cikgu tu disapa oleh tuan rumah tsb . "Cikgu ingat saya lagi tak?" ..."Ntah la tapi muka cam kenal.."..cikgu tu jawab.
"Ni la lukisan saya yang cikgu marah dulu"... tuan rumah tu jawab dan dia sambung lagi "..Saya nak ucapkan terimakasih kat cikgu " . "Apasal pulak nak ucapkan terimakasih kat saya?"..cikgu tu masih tak paham. "Sebab cikgu marah saya masa dalam kelas tu la saya berazam nak buktikan kat cikgu dan kawan2 yang gelakkan saya hari tu yang saya akan dapat rumah tu..dan hari ni memang impian saya dah tercapai..". Rupa2nya sejak hari tu budaka tu jadikan lukisan tu sebagai motivasi dia untuk berjaya dan aper yang dier ada hari ni sebijik macam dalam gambar tu.
Waaaa.. panjang dah ni aku nak break dulu..sambung kedian..
No comments:
Post a Comment