KURSUS PENINGKATAN PRESTASI DAN PROFFESIONALISME JURULATIH MGTF 2007
Bab-bab seminar dan kursus ni actually aku cukup minat walaupun aku tengok contents dia lebih kurang jer . So utk kursus kali ni aku pegi dgn Asmir student aku …assistant aku yg lain2 semuanyer ader hal. Ralat jugak aku coz aku dah janji dgn Master Amir utk bawak seramai yg mungkin.
Ntahla bebudak ni ….yg mmg btol ader hal OK la aku x leh cakap aper la tp yg lain2 aku x nmpak problem sgt utk attend kursus ni. Diaorg x faham…utk nak upgrade lagi rank tu diaorg perlukan recommendation dan contribution. Bab recommendation ni aku x jadi masalah …aku akan recommend tp bab mengexposekan diri ke MGTF ni diaorg kena pandai2la.
17/8/07 - Jumaat, aku dah apply half day leave coz regisration start kul 3pm. Mgmt meeting aku pulak drag dari semalam sampai la ke kul 5.00pm so mlm jugak la aku sampai ke Politeknik S.Alam tu. Macam biasa bila aku sampai kat kafetaria PSA tu aku nampak la Ustaz MAnsur, Nik Rashidi dan geng2 dari Kulim, Nanda & Bala....ni kira muka2 yg aku akan jumpa la utk setiap kali aktiviti MGTF. Member lamer aku Hanafi dari Pahang pun join course ni dgn bekas senior aku Mustahna.
Actually kursus ni MGTF combined sekali dgn senior upgrading test utk 3rd,4th dan 5th DAN. Aku dgn Ustaz mmg x prepare aper coz aku x expect akan amik grading masa kursus ni. Lepas discuss dgn Ustaz, kitaorg pun setuju la nk clearify dgn Dato' samada kitaorng buleh amik ke x grading ni.
Lepas dinner aku, Ustaz Mansu dan Cikgu Rosli ikut Dato' ke opis kat atas utk discussion. Dia citer pasal MGTF ,PGTF (bab PGTF ni maleh aku nak citer...) dan pasal WASCO. Susah nak dpt peluang borak dgn Dato' cam ni. Dlm dok borak2 tu dia pun bagi la green light utk kitaorg yg ("tua-tua") ni grading. Dgn syarat kursus mesti attend penuh.
18/7/07 - Sabtu, Kursus start dgn normal warm-up ..bla-bla-bla..... contents yg biasa aku jumpa dlm maner2 seminar tp teknik yg Mr.Siva guna mmg marvelos ...bagus utk diapply dlm training nanti. Masa break ....aku tengok hp aku ader 17 miss call dari kilang!...dah sah ni mesti ader problem punyer ni. Terus aku skip kursus tu berlari ke kilang aku jap. Memang bos tgh meroyan kat sana ....kena dua tiga das aku pun balik ke kursus tu balik. Tapi mood dah x der langsung dah.
Untuk sessi petang aku minta permission Master Yeow utk skip kursus utk train aku punyer Yong-Gae dan Ull-Ji pattern ...haram aku x pernah belajar lagi pattern ni. Padahal dah 5 tahun pegang 4th Dan. So hari tu aktiviti aku, Ustaz,Rosli,Hanafi,Rosnan dan Musthana train dan hafal pattern tu jer la. Otak dah berkarat beb....memory tgl 64kb jer so x leh belajar byk2 nanti lupa.
19/7/07 - Ahad, lepas penyampaian sijil, kitaorg rush ke HQ MGTF utk prepare for the grading test. Sampai2 kat sana Dato dah ader kat opis...so sementara nak tunggu kul 3 tu kitaorg train dulu kat gym tu.
3.00pm - Dato pun masuk ....pelik aku rasa coz aku x berdebar langsung. X macam 4th DAN dulu . Kalau korang nak tau, grading yg paling berdebar aku rasa ialah masa aku grading dgn Dato tahun 1986-masa aku yellow tip..masa tu aku ingat lagi ..hari mendung nak hujan dan grading plak kat kantin Sek.Men.Teknik Terengganu ..melekit2 kaki, partner plak dgn pompuan coz aku yg paling cinonit... dan skrg selepas 21 tahun aku berdiri depan dia lagi utk 5th Dan aku .. nostalgia btol.
Bila nama aku dipanggil, baru la rasa berdebar sikit ....aku start dgn Yong-Gae , 1-step sparring, free Sparring dan last sekali breaking. Time sparring yg best ...dah lamer x spar macam ni so berpeluh sakan jugak. Aku spar dgn Ustaz Mansu, Rosli dan Napi...kira mbr2 la.
Gambar kat sebelah ni gambar yg kitaorg amik selepas grading test. Kalau korang tengok gambar tu elok jer actually selepas diedit. Gambar darah kat uniform, kaki patah dua, tangan tercabut, muka pecah semuanyer aku dah edit so gambar ni nampak clean jer la ..he..he.. Aku x leh tunjuk gambar masa grading coz ader dlm camcorder...nanti la aku send clip ke YouTube under tajuk "GRADINGKUKU" hu..hu...
Tepat jam 5.25pm grading pun tamat dan aku pun secara x rasmi nyer declared as 5th DAN Black belt holder. ...ni kalau "anjinglaut" tu tau aku dah 5th ni mesti dia query ni..he..he.. Korang x payah tau la saper "anjinglaut" tu. Gambar kat sebelah ni gambar aku dgn Grandmaster Dato' Sabree Salleh...kalau korang tgk dia tersengih tu coz dia betol2 happy dpt grade kan aku ..he..he.. (sori Dato'..). Anyway thanks a lot Dato'.
So.....selepas 21 tahun...goal aku nak achieved 5th DAN before 35 yrs old terbabas sikit la. Bagi yg x tahu ...ni hah aku punyer rentetan...dan milestone ni ader aku tulis dlm "blackbox" aku kat rumah kat kampung ..(ntah ader lagi x aku punyer kotak hitam tu..)
Start join TKD : 1986 (15yrs)
1st Grading : April 1987 (16yrs)
1st DAN : January 1990 (19 yrs)
2nd DAN : Oct 1992 (21yrs)
3rd DAN : July 1996 (25yrs)
4th DAN : Sept 2002 (31yrs)
5th DAN : Aug 2007 (36yrs)
.....yang lain2 .....jauh lagi kot....