30 March 2006

Demo sambutan ulang tahun ke-60 RTM

Aku terima call dari Hj Halim Rohani, Bhg Penerbitan Radio, RTM 2 minggu lepas. Aku ingatkan ni call biasa tanyakan pasal kelas aku kat International Broadcasting Center, Angkasapuri tu, tapi rupanya dia invite aku dan team untuk perform semasa sambutan ulang tahun ke-60 RTM hujung minggu ni. Nasib baik aku biasa dgr KL FM dan Klasik Fm (oldiest channel..haks..) so tau la jugak pasal sambutan ulang tahun ni. Tapi aku bukannyer heavy listener la..cuma sekali-sekala layan lagu lama ni nostalgik jugak. Tapi orang rumah aku cukup pantang aku tukar ke channel ni ... ye la...mana buleh masuk Mettalica dgn J.Mizan..genre lain woii.
Yg aku melalut pasal J.Mizan ni apsal?..
Hj Halim nak aku buat demo selepas ucapan perasmian oleh YG Timbalan Menteri Penerangan , YB Dato Zahid Hamidi. Kira lepas ucapan tu semua VVIP akan dibawa ke booth Penerbitan Radio untuk tengok demo kitaorang ..kira main event la pagi tu. Dan akan ada 5min cross over dlm Selamat Pagi Malaysia hari tu 2/4/2006 (so ..kalau yg x pernah tgk SPM selama ni ..hari tu bukak2 la channel TV1 tu 8.30am..haks..). Kira live la masuk TV gituuu.
So aku kena bawak bebudak yg betul2 buleh perform dan dlm masa tak sampai 2 minggu aku nak kena koreograph 3-4 scene (anti ragut & women self-defense) utk demo tu. Aku dah commit dgn RTM nak tunjukkan something yg positif about martial art...mcmn martial art ni buleh melahirkan insan yg sihat mental & fizikal dan bebas dari dadah. Ala-ala Belia Benci Dadah gituu...(apa kait slogan Mawi kat sini ?..)
So dlm kepala aku yg aku buleh harapkan cuma black belt SP aku dan bebudak Ali kat Kolej Multimedia Telekom ...itu je la yg biasa buat demo utk DTA.
Selasa mlm minggu lepas tu aku terus ke MMC utk announce pasal demo ni dan koreograph scene anti ragut & women self defense. Breaking aku x plan nak buat byk coz demo ni FOC so budget pakai budget aku sendiri...sekeping RM5.00 beb... kalau 20 keping dah RM100.00 woi!. Tapi aku anggap ni mcm budget publisiti aku la...RM100.00 utk promote DTA kat dlm SPM murah aper?..
Malam tadi aku ke PSAS plak utk arrange 5 org daripada sana. X buleh bwk ramai coz transport diaorg susah nak arrange ..lagipun aku nak yg betul2 commit jer. Cuma problem dia bebudak ni tak buleh nak centralize training dah coz dah tinggal 2 hari jer ni. Mlm tadi pun aku balik dlm kul 12.30am..sampai rumah dah kul 1.20am. Pagi ni plak Cikgu Suzana dari SMT confirm akan hantar 10org pelajar ke demo tu ..so total dah jadi 30 org dah ni. Sabtu ni nak kena rehears diaorg.
Malam ni final rehearsal kat MMC ..tp aku x sure buleh pegi ke x? Kalau org rumah aku confirm pegi Kefli punyer warung tu OK la..buleh aku singgah kat MMC mlm ni..(sambil kenyit2 mata..).

No comments: