03 March 2006

KEM SURVIVOL MMC/DTA 2006

2 minggu lepas bebudak Kolej Multimedia Telekom (selepas ini akan disebut MMC..mcm agreement rumah lak..) bagitahu aku diaorang nak buat camping kat Ulu Bendol, Kuala Pilah. Planning aku dengar dari Ali dah lama dah cuma syik tertangguh jer. Aku kekadang pelik dgn MMC ni coz asyik cuti jer memanjang..beru nak peak sikit aktiviti dah cuti plak. Moral bebudak pun aku tengok dah x mcm dulu.

So malam tadi aku pegi la ke MMC utk follow-up meeting psl program ni. Benda pertama yang aku betul2 tak setuju ialah tajuk program kali ni...ada ka dia org letak "PROGRAM SETAPAK MAJU 2006" ..mati2 aku ingat kan program anjuran Belia 4B cawangan Setapak Jaya!! aku suruh commitee tu tukar ke KEM SURVIVOL MMC/DTA 2006. Biar nampak ganas sikit. Pas tu setiap org present progress masing2 dan aku lagi la x leh accept dgn attitude masing2 coz benda byk yg x clear & x settle tapi asyik dok point ke org lain. Aku terpaksa interrupt dan bagi bebudak tu idea pasal Gannt Chart, Milestone utk program ni (tinggal 3 hari!) dan apa yg perlu diselesaikan dlm 3 hari ni.
Satu lagi yang aku nak tergelak dgn mgmt MMC ni ialah pasal security dia...ada ka kitaorg tengah meeting dlm satu bilik kelas yg memang dah sedia terbuka luas tu tetiba dtg pak gad suruh semua keluar!..dia cakap kitaorg tak mintak pun nak pakai bilik tu?..Ni mesti sah kes nak tunjuk autority ni..ehmm ni baru pak gad ..kalau bos pak gad mcmn la gamaknyer ye?.. Ali aku tengok jenuh dok explain kat pak cik tu...aku malas nak campur coz ni tempat org. Tapi aku betul2 pelik la..apsal bilik tu pulak jadi hal?.. tempat kitaorg training tu lagi la open & byk barang tapi x der isu plak.
Sambutan utk aktiviti ni mmg memberangsangkan dan nasib baik PSAS x jadi ikut kalau x mau 90org semua sekali. SMT dah confirm akan hantar 30 pelajar. Actually program Kem ni kira mcm program tahunan Dins Taekwon-do Academy la..cuma tahun ni MMC jadi organiser. Aku & instructor lain kalau buleh x nak campur sgt dlm organising ni coz antara objektif DTA ialah nak melahirkan pelajar yg berkeliber utk jadi pemimpin & berpengetahuan!! Dgn kata lain nak lahirkan seramai mungkin "aku" ..haks..haks...
So aku hope program ni akan suksess la dan mintak2 x ada apa2 masalah. Aku terpaksa bawak sekali Syira & Syamil utk ke camping ni so kitaorng akan stay kat bawah je la...x leh nak ikut ke G.Angsi la...gian lak nak trekking ni sebenarnyer.
Nanti lepas camping aku akan update lagi....

No comments: