"If you act as though you expect your students to be motivated, hardworking, and interested in the course, they are more likely to be so. Set realistic expectations for students when you make assignments, give presentations, conduct discussions, and grade examinations. "Realistic" in this context means that your standards are high enough to motivate students to do their best work but not so high that students will inevitably be frustrated in trying to meet those expectations. To develop the drive to achieve, students need to believe that achievement is possible -which means that you need to provide early opportunities for success. (Sources: American Psychological Association, 1992; Bligh, 1971; Forsyth and McMillan, 1991 -1 Lowman, 1984)
Semenjak dua menjak ni aku suka surf artikel2 berkenaan teknik2 mengajar ni dan nama2 cam Bligh, Lowman dan mcm2 lagi selalu aku jumpa. Kalau la diaorg ni ader ngajar kat mana2 kat Malaysia ni nak jugak aku gi tengok mcmna diaorg ni ngajar. Aku dapat bayangkan mesti semua student diaorg tengah melopong dok dengar diaorg punyer lecture ni. Aku masa study dulu pun ader 4-5 lecturer yg bagi aku yang memotivate kan aku utk dtg kelas. Salah satu nyer kelas BI aku masa first year kat UTM dulu..jeng..jeng..jeng.. Masa tu lecturer aku pompuan..baru grade TESL ..ala-ala muda2 gituu (aku dah citer ni dlm previous entry). Tapi bukan aku sorang jer yg bersemangat kalau nak pegi kelas dia..semua member aku sekelas semua nyer mcm aku. Biasa nyer kelas BI ni pagi2 dlm kul 8 gitu so lepas Subuh tu jarang sgt la aku tido balik..bukan nyer apa takut terlepas kelas dia. Kelas dia plak 1 kredit jer so kalau terlepas alamak kena tunggu seminggu lagi la baru jumpa balik..he..he.. Kalau kelas Kalkulus ker Elektronik ker... Termodinamik ker mmg aku bantai tido balik sedar2 dah pukul 9..kelas pun dah abis.
Yg memotivate kan aku?.. ntah ler..nak kata dia ni kiut betul jugak kot tp tu bukan main reason la coz dia ni 6-7 tahun atas kitaorg. Sampai sekrg aku dok tercari2 lagi X-Faxtor kat lecturer ni. Disebabkan lecturer ni la sampai sekarang aku hafal lirik lagu Right Here Waiting (Richard Marx)...he..he.. Satu hari tu masa dlm linguistic lab dia bagi assignment kat kitaorg ..dgr lagu tu dan tulis lirik dia balik. So aku bab2 lagu Richard Marx ni mmg aku layan so sekali dgr jer aku dah buleh tulis semua lirik dia balik..kira2 aku yg terfirst la siap assignment tu. Satu accident yg aku ingat sampai skrg yg menambah kan vocab aku masa tu ialah masa dia tanya kelas aku apa perkataan BI untuk "hal @ perihal" ..dlm kepala aku alaa "circumstances" la ..."tanya la aku..tanya la aku..". Dan mungkin dia perasan kot aku nak jawab sgt so biler semua senyap dia pun suruh la aku jawab . Belum abis ayat dia aku dah jawab "CIRCUMCISE mem!!". Lecturer tu punyer gelak aku x tahu nak describe cam maner..hilang kiut dier. Aku pun tak tahu mcmna aku buleh tersebut kan perkataan tu padahal dlm kepala aku nak sebut "CIRCUMSTANCES". Aku blur apsal dia gelak kan aku..aku plak mcm pernah dgr perkataan tu tp makna dia aku x berapa tahu. Masalah aku dari dulu ...spelling aku jarang x score tp makna aku mmg susah nak ingat. Dah dekat abis kelas dia pun tanya aku .."Sharifudin did you know the meaning of circumcise you mentioned in the class just now?.."nok sure mem..." aku jawab ringkas jer... "circumcise tu bersunat la bang ooi.."... senyum dia yg last tu yg membuat kan aku four flat subject BI utk semester tu.
Laaa.. lari tajuk lagi ..aku nak ceriter methodology of teaching la!!.
Quote kat atas tu aku amik coz nak jadi Instructor TKD yg bagus benda paling penting yg kita kena ader ialah SKILL . Kalau skill kita lau yar jer mana ader budak nak ikut. Tapi kalau kita Gaban giler pun nanti student kiter rasa jauh sgt lak dgn kiter ..diaorg akan rasa ishhh susahnyer nak ikut teknik sir ni. Benda sama aku cuba buat kat kelas Taekwon-do aku. Aku seboleh-boleh nyer nak semua student aku nampak goal dia kat depan dan nampak goal tu x susah nak achieve. Problem dgn bebudak ni ramai yg masuk TKD sebab terpaksa ..Ko-Q la so diaorg x nampak future dlm TKD ni dan apa yg diaorg nak dan buleh capai dlm kelas TKD ni. Selain dari tu aku cuba improve kan lagi teknik2 aku dan cuba bagi benda2 baru sekali sekala biar bebudak x boring. Alhamdullillah sampai sekrg student aku x ader yg lari ke instructor lain. Yg berhenti sebab kahwin ker belajar ker tu ader la. Cuma aku terkilan sikit coz by years byk teknik2 favourite aku dulu dah x seperfect dulu so bila nak tunjuk ke student rasa cam cacat semacam jer.
Masa Faizal bagitahu aku kelas SMT Gombak WTF dah amik aku frust tu. First thing dlm kepala aku ..."is it something wrong with instructor?".. biasanyer kalau kiter x der problem Pengetua x akan simply tukar instructor tu. Tp aku tengok Faizal x der masalah dlm mengajar cuma mcmn rapo dia dgn Pengetua & Guru Penasihat aku x sure. Aku setakat ni dgn SMT Kuala Selangor tak der masalah langsung...Puan Puteh (Pengetua) dan Cikgu Suzana (Guru Penasihat) mmg aku tabik spring coz betul2 supportive. Sampai kan setakat ni kalau kelab TKD yg mintak bas x pernah x dpt lagi walaupun lead time 3 minggu tu x pernah kitaorg follow. Aku yg asyik ad-hoc memanjang..bagi lead time seminggu -dua jer ke cikgu tu utk apply bas..
No comments:
Post a Comment