Pulau Perhentian - 22hb April 2006
Gambar kat atas ni ialah gambar depan chalet aku ..Pulau Perhentian Resort (PIR). Mat Salleh dan Minah Salleh tu sekadar lakonan semata2 dan tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Aku sampai ke LCCT kul 11.40am. Maknanya ader 2jam lagi sebelum take off. Ni kira first time la aku amik flight dari LCCT ni semenjak dibuka secara rasmi bulan lepas. Aku dok dengar komplen jer nak jalan ke flight jauh...memang jauh pun..kalau ujan kuyup jugak ni. Flight aku ke KB dijadual kan dlm kul 1.45tengahari dan macam biasa .. Air Asia delay lagi...kali ni 45minit..so kitaorang take off dalam kul 2.30pm. Every year company aku akan organised trip ke luar ..cam tahun lepas ke Tanjung Aru untuk Annual Mgmt Meeting ..kira cam platform utk HOD present diaorang punyer KPI achievement dan tahun depan punyer planning la. Tahun ni kurang sikit..total semua kitaorang dalam 120 orang. So dlm flight tu ader la lagi org luar... tak leh la nak balun nasik lemak bungkus dlm kapaltebang cam tahun lepas.
"mana rumah ko Din?"
"ko nampak tak rumah besar warna hijau sebelah masjid tu.."
"Aaaa ..nampak..nampak..oiisshhh besar nyer rumah ko Din.."
"tak tu rumah saper ntah..rumah aku yang kat tepi sekolah tu ..yang bumbung tak der kaler tu.."
Sibuk jer bebudak opis dan staf aku nak kenal rumah aku. Aku sampai ke Airport Pengkalan Chepa kul 3.30pm. Sampai jer aku terfikir nak call rumah ..nak tanya khabar Wae & K.Zu aku..tapi belum sempat dail aku dah kena panggil utk naik bas coz kitaorang dah menunggu dah nak bawak ke Kuala Besut.
"mana rumah ko Din?"
"ko nampak tak rumah besar warna hijau sebelah masjid tu.."
"Aaaa ..nampak..nampak..oiisshhh besar nyer rumah ko Din.."
"tak tu rumah saper ntah..rumah aku yang kat tepi sekolah tu ..yang bumbung tak der kaler tu.."
Sibuk jer bebudak opis dan staf aku nak kenal rumah aku. Aku sampai ke Airport Pengkalan Chepa kul 3.30pm. Sampai jer aku terfikir nak call rumah ..nak tanya khabar Wae & K.Zu aku..tapi belum sempat dail aku dah kena panggil utk naik bas coz kitaorang dah menunggu dah nak bawak ke Kuala Besut.
"Waaa...semua kaler hijau yea kat sini...kuat betul Pas kat sini"
"Aaa..aaa stesen minyak Petronas pun kat sini diaorang cat hijau..."
"Eh...betul la Din ..warna hijau la stesen minyak dia.."
"Stesen minyak Petronas memang la Hijau ngokkk.."
"Tu pokok apa tu Din..?"
"Tembakau.."
"Tu bangunan apa tu Din?.."
"Ban Tembakau.."
"Tu orang tengah buat apa tu Din..?"
"Tengah kutip tembakau.."
"Tu diaorang hisap apa tu Din..?"
"Ganja...."
"Ooooo..."
Dah penat dok layan soalan2 bodoh ni akhirnya aku sampai kat Kuala Besut ..jam dah kul 5.30pm masa tu. Dlm setengah jam gitu aku pun dapat naik bot ...tapi aku kena naik satu speedbot dengan MD dan VIP lain..so tak leh nak jerit2 la.
Perjalanan ..eh aku tak jalan ..aku naik bot.. "Perbotan" dari jeti sampai ke Pulau cuma makan masa 30minit..tak sempat nak mabuk pun he..he.. Sampai jer kat Jeti Perhentian Island Resort aku terdengar bunyi kompang dan gong...rupa2nya pihak pengurusan PIR buat sambutan giler2 utk MD aku. Aku tengok ader Mat Salleh yang berlari dtg amik gambar kitaorang. Mesti diaorang ingat ni Menteri Kabinet ker VVVIP maner ke yang datang ni. Aku plak masa tu jalan belakang MD aku so kembang kempis la idung ni kejap .. tempias glamor tu aku dapt la jugak. Macam citer Fantasy Island pun ader.."the plane..the plane..." he..he.. Beg aku commitee suruh tinggal kan kat jeti dulu. Tapi sampai jer aku kat reception datang member aku bagitahu suruh amik beg kat jeti...rupanyer diaorang cuma bawak beg MD jer ke bilik ..beg aku aku kena bawak sendiri..cehh hampeh betul.
Benda pertama yang aku notice la ...kat pantai tu takder pun tourist kaler coklat...semua mat salleh dan minah2 salleh. Nak kata resort PIR ni ekslusif sangat pun tak la jugak tapi maybe local x minat nak melancong ke Pulau Perhentian kot.
Aku dapat sebilik dengan Sazali ..eksekutif aku dulu ..skrg dia kat PHN Melaka. So kira satu geng la..tak la cam tahun lepas masa kat Tg Aru aku dapat room mate ntah saper2 tah. Sampai jer kat bilik aku terus tukar baju dan turun ke laut.. ader lebih kurang 1 jam lagi nak dinner. Tengok2 x der saper pun turun lagi..kira aku yang first la...sori la ...laut mmg feberet aku. Pantai depan challet aku tu mmg jernih tapi byk karang mati kat dasar so kaki tu nak kena jaga2 la..
Malam tu aku dinner kat PIR tu..buleh tahan jugak menu dia. Malam tu tak der apa2 aktiviti lagi so aku amik peluang ni utk practise persembahan aku untuk malam penutup nanti. Bila aku survey "stage" yang kitaorang kena perform nanti aku dah cuak dah..ada ka kitaorang kena perform kat atas tangga..kat laluan orang ramai! Persembahan aku nanti byk involve lighting dan aku tengok yg ader cuma spotlight kat tepi restoran tu jer.
Malam tu ader jugak bebudak dok layan karaoke kat tepi pool tu (alaaa dia letak tv kecik dgn sound system sikit pas tu ader la 2-3 cd lagu...). Tapi kejap lepas tu aku tak dengar lagi org melalak..rupa2nya ader customer mat salleh komplain kat pengurusan resort yg diaorang tak leh tido ..BISING ..he..he.. padan muka.
Esok pagi2 lepas breakfast ader sesi fotografi..dengan berlatarbelakang kan laut. Aku punya turn untuk presentation dalam kul 10.30am ...kira presentation ke-3 pagi tu. Ni kira kali ke-3 la aku kena present untuk department aku...masa first dulu memang gabra giler tapi skrg dah kira lali dah... benda sama jer yang aku present..KPI dan action plan untuk tahun depan. Gambar kat sebelah tu sejurus sebelum aku naik stage utk present. Muka kofiden giler...padahal aku dah suapkan member2 aku tu dgn soalan2 yang akan ditanya ke aku masa 20minit Q & A session lepas aku present tu..so tak sempat la MD aku nak bertanyakan soalan..he..he.. tu taktik tu. Kalau MD aku dah start tanya soalan memang tak turun stage la aku.
Tapi yang aku tak berapa puas hati dengan dewan tempat presentation kitaorang tu nanti ...sempit nak mampus. Korang tengok la gambar kat belah ni...dah la tak der meja ..rapat2 plak tu..aku nampak ramai yang berlekuk dahi..terhantuk kat kerusi depan ..dah tersengguk over sgt!. Apa2 pun ni la tempat aku akan bertapa dari kul 8.00pagi sampai 11.30mlm utk hari ni.
SNORKELLING
Esok nyer ..Sabtu ..kitaorang dibawak ke snorkelling spot di sekitar pulau. Aku dah tak hingat aper nama spot tu tapi coral dia x menarik langsung dah...kelabu jer. Dan ader satu tempat tu tengah seronok follow ikan tu aku ternampak benda kaler2 kat dasar gaung laut tu..aku pun ushar la.."ni mesti karang idup ni.." tapi bila dekat2 aku nampak benda tu .."BERAS JATI.." ..laaa bekas plastic beras rupanyer..ceeeikkk!. Tak bertamadun punyer orang..byk2 tong sampah kat dlm laut ni diaorang buang benda tu.
Masa aku snorker tu ader la aku dengar bebudak merungut ..."mana dia karang ni tak der yg cantik pun.."
So aku pun jerit la kat dia org.."Hoi korang nak tengok karang cantik tak..?"
Ader la sorang mamat ni menjawab... "Nak!..kat mana Din..?" .
"Dulu aku ader tapi sekarang dah kena laser so dah tak der la...!"... he..he.. aku maksudkan penyakit BATU KARANG aku dulu la..yg aku dah citer dlm entry dulu..
PULAU RAWA
Aku dan group dibawa ke Pulau Rawa untuk lunch. Masa aku sampai tu aku nampak yang ader cuma khemah org kahwin jer kat tepi pantai..."ni saper plak yg kahwin tengah2 laut ni?"..Pulau ni tak der penghuni dan rupa2nyer PIR dirikan khemah ni just utk geng2 kitaorang. Pantai ni kalau saper yang perasan pernah digunakan untuk iklan Peter Stuyvesant ..tengok la air dia..cantik betul...kalah tali air belakang rumah aku...
Pulau yang nampak kecik tu ialah Pulau Susu Dara..??? he..he..tak ilmiah langsung namanyer. Kesian dara tu tu ...kena jadi model...mesti dia malu masa tu. Masa kitaorang sampai tu matahari tegak kat kepala dan tambah dengan penat snorkelling dari pagi so ramai yang pewai masa sampai kat pulau tu. Kat sini aku dah tak larat nak snorkelling lagi dah..lepas makan layan mandi laut jer kejap. Pastu merayap kat atas pulau tu ...."nature call..he..he.."
Petang tu kul 5.00ptg baru sampai challet balik. Apa lagi .....tarik selimut la...tapi belum sempat nak lelap aku terdengar suara mat salleh kat depan challet aku. Aku nampak satu couple ni baru sampai kot....aku bukak la pintu ..tapi diaorang selamba jer bukak..........tuttt...tutttttt..tuuttt
he...he...line tak clear la nak citer....
Dah x leh tido aku amik CD lagu Anak Tupai aku dan bawak laptop ke stage ..hajat aku nak try audio sistem utk show mlm tu...aku tengok x der org lagi kat stage tu..so aku suruh la brader tu test CD dan clip dari laptop aku tu...nasib baik member aku ada bawak adaptor utk sambung terus sound dari laptop ke audio system. Bila test ..bergegar lagu Anak Tupai (nyanyian Halim Yazid) aku...sound track special effect dari clip pun clear giler bunyik dia...lighting pun aku test sesuai la dengan konsep ktaorang mlm tu. So settle la problem yg aku cukup risau...audio & lighting. Lepas aku test tu ramai plak yang datang nak tumpang laptop tu...ceisss..kalau aku tahu cepat2 aku sembunyikan laptop ni..biar diaorang tak dpt guna sound sistem ni..biar diaorang kalah malam ni.
SHOWMANSHIP
Group aku yang first sekali kena perform malam tu. Tajuk show kitaorang ialah KARATEDOJO. Aku dapt idea ni masa aku terjumpa satu klip dari Japan..ni gabungan Karate dan lawak la. Aku sebenarnyer tak nak sentuh apa2 yang berkaitan dengan martial art ..tapi staff aku mintak aku buat jugak drama ni so aku cakap buleh dgn syarat diaorang kena berlakon la betul2 dan bahagian kreativiti & pengarahan aku akan uruskan. Tapi untuk scene last tu bebudak aku nak jugak aku tunjukan Taekwon-do skill yg real punyer sikit so aku pun buat la Jumping stepping kick break sekeping papan.
Sebelum start perform kitaorang tak berselera sgt nak melantak dinner tu wapaupun menu nyer buleh tahan . Frankly speaking..aku lagi berdebar utk perform mlm ni daripada presentation pagi tadi. Bila nama team aku dipanggil lagi la berdegup2 ..mintak2 semuanyer lancarla.
Bila start jer show tu aku start dengan scene Anak Tupai ..yg slacknyer lighting man pegi suluh spot light ke entire stage so bebudak aku yg pakai baju itam dok pegang anak tupai tu yg nampak lagi clear dari anak tupai...sepatutnyer spotlight tu fokus ke anak tupai yg budak tu pegang . Masuk scene ke dua semuanyer berjalan lancar cuma last scene yg sepatutnyer klimaks kitaorang lighting buat hal lagi...di fokusnyer ke badan budak tu..dah tak nampak special effect show tu.
Make it short ...mlm tu team aku bolot 3 hadiah..MOST CREATIVE, MOST POPULAR & 2nd Runner up utk Best Performance. Total cash yg kitaorang dpt mlm tu RM355.00!. Aku cakap adiah tu RM300.00 utk pengarah dan RM55.00 utk dibahagi 11org team aku ..he..he.. Aku dpt info sepatutnyer mmg team aku menang BEST PERFORMANCE tapi penganjur tak nak org kater semua aku yg bolot so dia bagi ke team dari DIE Engineering ..ceiikk!. Tapi mlm tu memang aku rasa cam Mawi plak..kejap2 terima adiah ..kejap2 terima adiah..he..he..
No comments:
Post a Comment