18 October 2006

Penjual Roti dan penjual Keju

Seorang penjual roti mengadu ke pihak berkuasa yg penjual keju telah menipu timbangan .

Penjual roti : "Dia ni telah menipu saya encik..keju satu kilo yg saya beli dari dia tidak cukup satu kilo".

Pegawai : "Penjual roti ! sila bawak kan penimbang yg kamu pakai utk menimbang keju ini.."

Penjual keju : "Minta maaf encik..saya tidak ada penimbang.."

Pegawai : "Tidak ada penimbang?!"

Penjual Roti : "Haa! tengok encik ..memang dah sah dia ni penipu..penimbang pun tak ada"

Pegawai : "Habis mcmn kamu tahu keju kamu ni satu kilo?"

Penjual Keju : "Senang shj encik ...saya akan menggunakan roti yg berukuran satu kilo yg saya beli dr penjual roti ni untuk membandingkan timbangan saya. Satu kilo saya ialah satu kilo roti yg dijual oleh penjual roti ini. Jadi kalau tak cukup satu kilo maknanya roti ni la yg tak cukup timbangannya"

So siapa yg menipu siapa?..penjual roti tu ke penjual keju?

Moral of the story ...sebelum kita menuduh orang lain kita hendaklah tengok diri kita ni dulu. Citer kat atas tu aku amik dr segmen motivasi oleh Tn.Hj.Ridzuan Sagil dlm Selangor FM pagi2. Bukan aper ..RAM aku kat kepal ni bukannyer besar sgt ..lebih2 lagi utk nak muatkan benda2 positif ni ..(kalau benda2 ngarut tu senang jer nak ingat..) so kala
u lamer2 krg gerenti aku lupa punyer citer ni so kalau dah jadi entry ni senang la kot2 nak recall2 balik krg.

No comments: