12 April 2006

Ke Zoo kiter...


"Bah..bangun bah..kita nak pegi Zoo kan bah.." ..Syira kejutkan aku pagi2 semalam. Jarum jam aku tengok kat pukul 4.30pagi!
"Isshh ni baru kul 4.40pagi ..kita nak pegi pukul 9.. Ada 5 jam lagi ni..Syira tidur la dulu.." ..aku terus layan tido balik.

"Bah ..mandi bah ..kita nak gi Zoo .." ...aku bukak mata tengok Syira tengah terkebil2 lagi kat tepi aku..aku tengok jam baru pukul 5.30pagi!.
"Lambat lagi la kita nak pegi...Syira tido la dulu..nanti nak pegi abah kejutkan la" ..aku malas nak layan dah ..mata dah la mengantuk.
"Bah..bangun la bah Syira nak mandi ni.."... kali ke-3 Syira kejutkan aku. Budak ni tido ke tak ni ? Aku tengok jam dah pukul 7. Kesian lak aku tengok Syira dok nunggu kat tepi bilik air siap dgn tuala dia. Aku pun suruh la dia mandi dulu sementara aku siap.
Idea nak ke Zoo ni sebenarnyer dtgnyer dari Syira la..tambah lagi mak mertua aku dah komplen si Syira ni tak kenal binatang..tu yang dia kaler gajah kaler Pink tu.
Pukul 9.00pagi baru la kitaorg keluar utk breakfast dan ke rumah Halim. Actually last aku pegi Zoo masa aku ikut rombongan Jabatan Pendidikan Kelantan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1986 dulu (aku dah citer kat entry sebelum ni). Dah 20tahun beb!!. Aku ingat monyet2 yg aku tegur dulu pun dah arwah dah skrg ni kot...gajah2 yg dulu anak dara pun aku rasa dah monopouse semua dah.
Kitaorang (aku satu family dgn Biras aku Halim & kakak ipar aku Fifi satu family..bukan 2 family ni..tapi Halim & Fifi tu satu family coz Halim tu Biras aku yang kahwin dgn Fifi kakak orang rumah aku...yg aku dok melalut pasal salasilah keluarga aku ni apsal??? )...kitaorang sampai depan gate Zoo Negara dalam kul 10.50am ..ngam2 bila kitaorang masuk Ah Moi atas tren buat announcement ...ader Multi Animal Show kat kolam. Show tu start kul 11am so kira timing kitaorang ngam la. Aku pun layan la show tu..aku tengok ramai jugak tourist yg ader pagi tu. Ni dah sah guide dia bawak ni..kalau sendiri nak dtg sori la. Aku tengok muka2 diaorg pun cam x ikhlas jer ..macam muka kena paksa jer utk
tengok Orang Utan tu..tapi yg lagi x ikhlas aku tengok Orang Utan dan Singa laut tu la..
Lepas di"hibur"kan dgn persembahan Burung, Orang Utan & Singa Laut tu aku pun terus tarik tangan anak2 aku ke Akuarium Tunku Abdul Rahman coz yg ni jer yg aku minat nak tengok ..binatang2 lain kat opis aku pun byk. Tapi sampai2 kat depan akuarium aku nampak signboard "MAAF, DITUTUP UNTUK PEMBAIKAN". Terasa rugi rm3.50 dari bayaran masuk RM10.00 utk dewasa yg Zoo ni charge kat aku. Tak fair betul..dah tau tutup tapi charge penuh jugak. Kitaorng pun tengok je la Arapaima yg kat luar tu. Anak aku lak dok sibuk nak tengok Penguin ..nasib baik ader 3 ekor Penguin kecik kat dlm rumah kaca tu...(tapi aku wonder apasal tak gerak2 3 ekor ni..ni Penguin betul ke Penguin patung..?). Tapi dulu kalau tak silap aku ader byk Penguin dalam rumah kaca ni...ehmm mungkin Maulidur Rasul diaorang dapat cuti kot??
Penat nak round semua so kitaorng pun pegila ke tempat menunggu tren utk tour Zoo ni. Tapi punyerla ramai orang dok que...dekat 20minit barula la kitaorang dapat naik. Nasib baik tak hujan kalau tak mau lejun semua yg nunggu tu. Canopy lak aku rasa cukup utk 5org jer..ciput giler. On the way dlm tren tu aku tengok kawasan Zoo ni x berubah sangat berbanding 20tahun lepas. Tempat Gajah dan Zirafah tu sama cam dulu..cuma dulu kita buleh tunggang gajah tu ...tasik yg ader burung Undang tu pun aku tengok sama jugak. Binatang2 plak aku tak nampak species baru...ye la..mana ader binatang species baru kan?. Cuma satu la aku rasa yang lain sikit...binatang2 kat zoo skrg ni makin slow...makin x aktif aku tengok...dan makin tua. Semua cam dah boring giler kat dalam tu. Korang tengok la Orang Utan kat atas tu..daripada aku baru sampai..sampai la aku nak balik cam tu jer dia dok kat atas pelantar tu. Kalau korang perasan Unta kat belakang anak2 aku dan anak sedara aku tu pun dok cam tu jer dari awal sampai akhir. Aku nak la jugak tengok diaorg buat show ker..buat somarsault ker..main dam ker..
Masa jalan2 tu anak buah aku si Firdaus yang jadi tourist guide ..si Syira plak jadi dia punyer assistan..dok asyik tunjuk ke tempat burung Kasuari..rupa2nyer dlm map tu ader logo aiskrim Walls kat tepi tu..patutla dia beriya2 nak pegi tengok burung tu.
Lepas layan bebudak (dan mak2 budak..aku tengok yg lebihnyer si mak..) makan aiskrim, kitaorang jalan2 plak kat tepi kandang rimau, seladang dan mcm2 lagi la binatang kaki 4 yg lain. Aku nak jugak tengok binatang2 yg pelik2 sikit mcm cipan ke, T-Rex ker.. Nasib baik la ader jugak species yg x der kat Malaysia cam Capybara ..Cimpanzee dan 2-3 jenis lagi la. Cimpanzee tu plak semacam jer bising nyer masa kitaorng sampai...macam musim mengawan jer aku tengok.
"Lepas ni kita ke mana?" ..aku tanya tourist guide kitaorng
"Lepas ni tengok ular..".. Jawab Firdaus dgn mata dia tak lepas dari map kat tangan dia tu.
Kitaorang ke Reptilia House dgn tren..penat dah nak jalan kaki. Masa kat dalam Reptilia House tu aku tengok byk jugak sarang2 yang kosong...samada ular2 tgh MC atau dah mampus aku pun x tahu. Tapi yang aku tahu ..aku nak anak2 aku tengok Ular betul ..bukannyer tengok kotak kaca Ular dan tengok gambar jer.
Jam dah dekat kul 1.30tghari ..Syamil pun aku dah kena dukung dah.. dah penat sgt. So kitaorang lepak la depan Gate sementara nak balik. Masa tengah lepak tu aku tengok Pick-Up HITZ.FM kat depan gate ...tengah kecoh2 bagi2 kan adiah. Kira cam Skuad Perodua Era la ni. Nak gak aku kuar pegi amik adiah tu..tapi sape lak nak jaga bebudak ni.
Kitaorang balik jam dah kul 2pm dan singgah kat Awan Besar utk lunch. Sampai kul 3 jugak kitaorang kat sana...dok nunggu org rumah aku ushar barang kat kedai aksesori rumah...nasib baik tak der Poh Kong kat hentian tu..kalau tak x balik kitaorang.

No comments: