Tetiba bila baca blog Adam aku teringat plak yg dulu aku nak buat entry pasal self-defense tapi separuh jalan. So ni aku sambung la ni.
Aku perasan minat aku dlm Taekwon-Do ni berubah2…kalau masa mula2 dulu mmg aku suka sangat leg work …sebut jer kick aper mesti aku boleh buat (atau cuba utk boleh buat ..he..he..). Daripada kicking technique aku beralih ke giler Sparring pulak. Pastu biler start ngajar aku suka Pattern dan bila umur dah cecah 30 ni minat aku lebih ke Un-arm combat & Self-Defense.
Dan antara cita2 aku selain dari established kan DTA ni ialah nak establish self-defense aku sendiri …self defense yg bawak identity aku. Self defense yang kalau org tengok dia tahu aaaaa..yg ni teknik DTA ni.
“Perjalanan” aku mengisi dada dgn self-defense ni actually dah bermula dari mula2 aku join TKD ni lagi iaitu masa aku dok training di Maktab Sultan Ismail hinggalah ke Sek Men Teknik Trg dan hinggalah ke UTM Skudai & Semarak. Kalau dgn arwah Tn Yusof Tn.Merah dulu self defense yg aku kenal semuanyer ganas2 dan semuanyer kalau buleh nak pakai siku dgn lutut . Arwah ni salahsillah dia dr tomoi punyer aliran... so teknik Taekwon-Do dia lebih mirip2 Tomoi sikit la …kunci2 kurang sikit (tp maybe aku masa tu baru white belt so dia x nak ajar aku lagi kot?).
Ke SMT Terengganu , aku dengan sir Najmi. Sir Najmi byk influence aku dlm free sparring ...in fact cara aku dan attitude aku masa sparring terikut2 dgn cara dia ni la. Yg paling aku respect dia ni setiap kelas suka spar dengan student. Kalau 20orang ..20 orang la dia spar. Tu yang aku sampai sekarang pun still sparr dengan student aku. Tapi nak sampai 20 orang dah x larat la beb...pancit..hu..hu.. Self defense dengan sir Najmi lebih kepada praktikal ....aku ingat lagi dia pernah buat simulation org kena rape ...masa tu si Yazid jadi mangsa dan Yustam Fahmi jadi perogol nyer ..he..he.. Self defense kat padang tempat kitaorang training masa tu teruk jugak coz kalau buat throwing mesti badan penuh dengan buah Rhu ...melekat2 kat badan.
Kat Skudai aku train plak bawah Michael Phang . Instructor aku yg ni mmg giler sparring …self defense ader la tp x intensive sgt. Lepas Michael aku dgn Peter Chong pulak . Self defense yg aku kenal ialah 1 & 3 step sparring. Pun x der locking technique ..throwing ader la sikit2 tp basic jer la dan kitaorang biasanyer x buat throwing coz court tempat kitaorg training tu kasar macam tapak kaki labi2 (eh..tapak kaki labi2 kasar ker?..)
Lepas Peter Chong aku dgn Benny Phang (adik Michael Phang) plak. Pun samer cam abg dia …cumer kali ni aku byk belajar self defense dgn senior2 aku. Aku improve byk sparring masa dgn dia ni.
Aku pindah ke KL dan berguru pulak dgn Master Chee, environment aku baru la berubah sikit coz Master Chee ni detail orang dia…especially bab Pattern . Daripada aku x minat langsung Pattern sampaila aku menang tournament event Pattern . Dengan kater lain minat aku ke Pattern naik 200% la masa dgn dia. Self defense pun aku mula seronok sikt coz Master Chee punyer teknik quite extensive dan logik. Pastu orang tua ni selalu bagi soalan2 ke outsider masa demo dan x pernah lagi aku tengok soalan yg dia x leh jawab. Aku byk belajar teknik2 yg dia biasa ajar ke UTK dan IPK dulu ..praktikal. Cumer yg kurang nyer …aku dengan Master Chee almost 15 tahun tp aku rasa macam aku baru dpt 5-6 teknik dari dia …samada aku x pandai korek teknik tu dr dia atau dia nak simpan sampai satu masa nanti br nak bagi aku. X caya aku dia ader teknik setakat tu jer.
Masa kat UTM ni la aku berpeluang belajar sikt dgn Master Mounir Grawi dari Lebanon. Master Mounir ni Hapkido dan TKD Master. Masa ni la aku didedahkan dgn Pressure point dan vital spot. Teknik dia gaban giler masa tu dan terus terang aku cakap …disebabkan teknik dia ni la aku betul2 minat pressure point dan vital spot ni
Antara tahun 91-93 aku memang giler training …aku try macam2 dari Shito Ryu kat tepi Jalan Tun Razak tu sampai la Silat Gayung kat Bangunan Mara (aku x ingat dah nama cikgu tu tapi masa tu aku ikut si Maarop join kelas tu). Dengan Gayung ni la sedikit sebanyak persepsi aku ke self defense ni berubah. Byk lock dan teknik2 yg aku x terfikir. Tu yang masa ni aku punyer self-defense memang Master Chee x berapa berkenan ..so kalau depan dia aku tunjukkan la buah2 yang dia selalu ajar ...belakang dia aku buat la buah tu he..he..
Dalam pada tu aku join plak Silat Panglima kat Ampang dan aku dijemput utk jadi instructor "kicking" utk kelas tu. Nama jer silat , sebenarnyer kalau sparring memang full contact!. Masa tu aku selalu ikut Saiful Hamiruzaman (www.thegreenhornet.com.my) ke gelanggang silat bapak dia utk full contact sparring dan dgn dia dan bapak dia la kami try nak tubuhkan MMA (Malaysia Martial Art). Cuma hayat aku dgn diaorng x lamer so aku x tahu aper jadi dgn MMA lepas tu. Tapi dgn Saiful dan bapak dia byk jugak ilmu self-defense yg aku dapat dan sedikit sebanyak teknik aku hari ni ader pengaruh dr teknik dia.
Selari dgn peredaran masa aku sambung pengajaran aku dengan belajar dan create sendiri teknik2 berdasarkan pengalaman aku . Bagi aku teknik kuncian silat ke, lock Taekwon-Do ke, “tiger lock” Hapkido ker semua nyer cantik ..yg buat x cantik nyer org yg membuatnyer. Bagi aku lagi cantik kalau kita dapat combined kan semua tu .
Teknik aku sekarang ni lebih ke wrist manipulation dan aku combined kan dengan pressure point dan throwing technique. Alhamdullillah setakat ni teknik2 tu x pernah berkurang dan kekadang dtg idea yg pelik2 masa aku tgh ngajar. Prinsip aku … "satu aku ajar – Insyaallah dua aku akn dpt”....dan korang pegangla prinsip tu ..x luak nyerteknik korang. Yang selalu bagi semangat kat aku dan yang selalu jadi mangsa aku kat rumah ialah Syira , dia la yg dok recall aku pasal teknik2 yg kekadang aku sendiri yg create tp aku sendiri yg lupa.
Prinsip aku lagi …self-defense ni kita kena ajar ke student kita masa hari pertama dia join kelas kita. X yah nak tunggu Red @ Black belt baru nak belajar pegang pisau. Malapetaka tu x kira kita white belt ke @ black belt. Dan setakat teknik nak lepaskan diri dari grappling atau nak elakkan dari pisau x perlu teknik yg gaban2 ..budak white belt pun buleh belajar. Ramai student Black Belt yg aku jumpa nak lepaskan diri dr wrist grap pun terkial2 ..tu x suruh lagi attack dgn pisau ke, dagger ker, baton ker.
Pastu kalau buat self defense buat cincai2 ..siap boleh tersenyum lagi masa kena lock. Org buat self-defense ni biar sampai berbunyik tulang tu ….baru la effective. Cuba buat dgn GM Dato’ tengok korang buleh tersenyum x masa tangan tu kena kepak?
Satu lagi pantang aku masa ngajar self-defense ni ialah student yg nak “try” aku. Yg ni memang aku cukup suka …. Diaorang ni x tahu sebenarnyer kalau lock yg betul2 lock …makin korang lawan makin sakit atau patah terus. So nasihat aku ke adik2 yg baru nak belajar dan baru tahu 2-3 bijik buah tu tgk2 la instructor to dulu kalau nak test pun.
Adios ...next time aku sambung lagi...
No comments:
Post a Comment