11 October 2007

SELAMAT HARI RAYA

Tahun ni aku rasa x semangat langsung nak raya.....semangat nak cuti tu berkobar2 la tapi semangat nak balik kampung dan beraya kat sana entah ler....kureng sikit tahun ni. Memang sejak arwah Mek aku meninggal ni semangat tu dah makin kurang sikit utk balik ke kampung ni. Tambahan lagi rumah kat kampung tu dah x terurus dah.

Aku kalau balik pun sekarang ni aku akan lepak rumah abg aku kat Kg.Chica. Bukan x OK rumah ni , infact jauh lagi OK dari rumah pesaka kitaorang tp nostalgianyer yg x der. Nak rasa meriah nyer kat rumah aku dulu mcm 5-6 tahun dulu aku rasa dah x der dah. Memang terkilan sgt x bleh jumpa Tok Wae aku pagi2 raya dan beraya dgn sedara mara kat Bt.2 dan Kg.Sireh ...

So tahun ni aku decide utk x nak balik la kali ni. Faktor2 nyer? Tak la concrete sgt reason dia cumer keta jerung aku tu tgh x berapa sihat so aku x nak gamble balik giut jer ..tambahan lagi dgn keadaan financial aku yg x begitu mengizinkan sebulan dua ni. Nantila Insyaallah Raya Haji ker Raya Cina ker aku balik la.


Aku kalau balik KB memang selain dari sedara mara dan cousin2 aku, org yg aku akan cari ialah member2 SMT dan UTM aku. Especially 2 member rapat aku Mat Din kat Kg.Kolam, Bachok dan Azli kat Sabak. 2 rumah ni biasanyer akan jadi first agenda aku setiap kali aku balik kg.


Tahun lepas best jugak coz aku dpt reunite balik dgn member sekolah SMSI aku ..si Ripin dan Madi Kadet. Aku dgn diaorang ni dah 'terpisah' sejak 1995 ..dah dekat 12 tahun! So bila jumpa balik tahun lepas memang semua dah lain ...tp perangai giler2 dulu still ader lagi.

"Nko sekarang keje aper/mana?" ....soalan skima kalau dah x jumper semenjak dari graduation day dulu..

"Aku keje kilang.." .....jawapan skima aku utk soalan mcm tu.

"Keje kilang pun ader gaji jugak .." .....penyedap kata skima dari makcik2 yg dengar jawapan aku..

"Cakap la betul2 ko keje apa?..x kan la kilang kot?....soalan skima tambahan dari sahabat aku yg dalam kepala diaorg kalau kilang tu yg ader cumer operator dan gusrd sajer...hu..hu..kilang pun ader manager ..ader GM, DGM dan MD woiiii..


Ishhhh...aku nak buat entry pasal wish raya la ...ni dah melalut ke lain dah ni.


Apa2 pun aku nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog aku (yg 2-3 org tu...hik..hik..) , kepada semua student aku , kepada semua instructor aku, kepada semua sahabat aku, kepada semua business associate aku, kepada semua musuh lamer aku, kepada semua yg kenal aku tp aku x kenal dia ..(biasa la yg ni..he..he..) dan kepada saper2 la yg ader kat muka bumi ni.


Semoga selamat pergi dan selamat sampai ......waaaaa! sedih woiii x balik kampung.

1 comment:

Anonymous said...

MMA, or mixed martial arts, requires discipline and adherence to a proper schedule of strength training.
[url=http://www.mma-workout.org/]kids martial arts[/url]