11 October 2007

SELAMAT HARI RAYA

Tahun ni aku rasa x semangat langsung nak raya.....semangat nak cuti tu berkobar2 la tapi semangat nak balik kampung dan beraya kat sana entah ler....kureng sikit tahun ni. Memang sejak arwah Mek aku meninggal ni semangat tu dah makin kurang sikit utk balik ke kampung ni. Tambahan lagi rumah kat kampung tu dah x terurus dah.

Aku kalau balik pun sekarang ni aku akan lepak rumah abg aku kat Kg.Chica. Bukan x OK rumah ni , infact jauh lagi OK dari rumah pesaka kitaorang tp nostalgianyer yg x der. Nak rasa meriah nyer kat rumah aku dulu mcm 5-6 tahun dulu aku rasa dah x der dah. Memang terkilan sgt x bleh jumpa Tok Wae aku pagi2 raya dan beraya dgn sedara mara kat Bt.2 dan Kg.Sireh ...

So tahun ni aku decide utk x nak balik la kali ni. Faktor2 nyer? Tak la concrete sgt reason dia cumer keta jerung aku tu tgh x berapa sihat so aku x nak gamble balik giut jer ..tambahan lagi dgn keadaan financial aku yg x begitu mengizinkan sebulan dua ni. Nantila Insyaallah Raya Haji ker Raya Cina ker aku balik la.


Aku kalau balik KB memang selain dari sedara mara dan cousin2 aku, org yg aku akan cari ialah member2 SMT dan UTM aku. Especially 2 member rapat aku Mat Din kat Kg.Kolam, Bachok dan Azli kat Sabak. 2 rumah ni biasanyer akan jadi first agenda aku setiap kali aku balik kg.


Tahun lepas best jugak coz aku dpt reunite balik dgn member sekolah SMSI aku ..si Ripin dan Madi Kadet. Aku dgn diaorang ni dah 'terpisah' sejak 1995 ..dah dekat 12 tahun! So bila jumpa balik tahun lepas memang semua dah lain ...tp perangai giler2 dulu still ader lagi.

"Nko sekarang keje aper/mana?" ....soalan skima kalau dah x jumper semenjak dari graduation day dulu..

"Aku keje kilang.." .....jawapan skima aku utk soalan mcm tu.

"Keje kilang pun ader gaji jugak .." .....penyedap kata skima dari makcik2 yg dengar jawapan aku..

"Cakap la betul2 ko keje apa?..x kan la kilang kot?....soalan skima tambahan dari sahabat aku yg dalam kepala diaorg kalau kilang tu yg ader cumer operator dan gusrd sajer...hu..hu..kilang pun ader manager ..ader GM, DGM dan MD woiiii..


Ishhhh...aku nak buat entry pasal wish raya la ...ni dah melalut ke lain dah ni.


Apa2 pun aku nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog aku (yg 2-3 org tu...hik..hik..) , kepada semua student aku , kepada semua instructor aku, kepada semua sahabat aku, kepada semua business associate aku, kepada semua musuh lamer aku, kepada semua yg kenal aku tp aku x kenal dia ..(biasa la yg ni..he..he..) dan kepada saper2 la yg ader kat muka bumi ni.


Semoga selamat pergi dan selamat sampai ......waaaaa! sedih woiii x balik kampung.

10 October 2007

Email x berhati perut

Malam tadi kalau korang tengok berita ader citer pasal email gambar2 post mortem arwah adik Nurin yg tersebar kat internet. Aku terima jugak email tu semalam.


Aku terima email tu dari mailing list neighbour aku. Jarang aku layan email2 dr mailing list ni coz kebanyakan email tu email2 yg diforward2. Tetapi email semalam betul2 buat aku geram. Betol2 x berhati perut saper yg mula2 distribute gambar tu. Tukang forward pun satu hal la. Maybe niat dia baik ....utk ikhtibar tapi bagi aku what ever the reason .....byk x baik dari baik nyer dgn sebarkan gambar2 ni.
Aku dengar pagi tadi polis tgh cari siapa dalang yg sebarkan gambar2 tu. Dah ..satu lagi bala....yg btol2 celaka tu x dpt lagi tambah plak keje abg2 polis ni nak mencari malaun yg amik dan distribute gambar tu. Kan dah menyusahkan org dah . Tengok ke keaslian gambar tu aku x nampak org lain selain dr geng2 yg ader masa post mortem tu sendiri yg ngambik dan distribute gambar tu. X kan la dia org buat post mortem depan Kalau betul la diaorg punyer keje memang x beretika btol la.
Ni pantun aku utk kes2 sebegini ... "Terlajak type boleh di undo"
"Terlajak forward silap2 boleh sampai ke you tube"
so beringatla.....

08 October 2007

"Satu aku ajar-Dua aku dapat..."






Tetiba bila baca blog Adam aku teringat plak yg dulu aku nak buat entry pasal self-defense tapi separuh jalan. So ni aku sambung la ni.












Aku perasan minat aku dlm Taekwon-Do ni berubah2…kalau masa mula2 dulu mmg aku suka sangat leg work …sebut jer kick aper mesti aku boleh buat (atau cuba utk boleh buat ..he..he..). Daripada kicking technique aku beralih ke giler Sparring pulak. Pastu biler start ngajar aku suka Pattern dan bila umur dah cecah 30 ni minat aku lebih ke Un-arm combat & Self-Defense.




Dan antara cita2 aku selain dari established kan DTA ni ialah nak establish self-defense aku sendiri …self defense yg bawak identity aku. Self defense yang kalau org tengok dia tahu aaaaa..yg ni teknik DTA ni.




“Perjalanan” aku mengisi dada dgn self-defense ni actually dah bermula dari mula2 aku join TKD ni lagi iaitu masa aku dok training di Maktab Sultan Ismail hinggalah ke Sek Men Teknik Trg dan hinggalah ke UTM Skudai & Semarak. Kalau dgn arwah Tn Yusof Tn.Merah dulu self defense yg aku kenal semuanyer ganas2 dan semuanyer kalau buleh nak pakai siku dgn lutut . Arwah ni salahsillah dia dr tomoi punyer aliran... so teknik Taekwon-Do dia lebih mirip2 Tomoi sikit la …kunci2 kurang sikit (tp maybe aku masa tu baru white belt so dia x nak ajar aku lagi kot?).






Ke SMT Terengganu , aku dengan sir Najmi. Sir Najmi byk influence aku dlm free sparring ...in fact cara aku dan attitude aku masa sparring terikut2 dgn cara dia ni la. Yg paling aku respect dia ni setiap kelas suka spar dengan student. Kalau 20orang ..20 orang la dia spar. Tu yang aku sampai sekarang pun still sparr dengan student aku. Tapi nak sampai 20 orang dah x larat la beb...pancit..hu..hu.. Self defense dengan sir Najmi lebih kepada praktikal ....aku ingat lagi dia pernah buat simulation org kena rape ...masa tu si Yazid jadi mangsa dan Yustam Fahmi jadi perogol nyer ..he..he.. Self defense kat padang tempat kitaorang training masa tu teruk jugak coz kalau buat throwing mesti badan penuh dengan buah Rhu ...melekat2 kat badan.







Kat Skudai aku train plak bawah Michael Phang . Instructor aku yg ni mmg giler sparring …self defense ader la tp x intensive sgt. Lepas Michael aku dgn Peter Chong pulak . Self defense yg aku kenal ialah 1 & 3 step sparring. Pun x der locking technique ..throwing ader la sikit2 tp basic jer la dan kitaorang biasanyer x buat throwing coz court tempat kitaorg training tu kasar macam tapak kaki labi2 (eh..tapak kaki labi2 kasar ker?..)




Lepas Peter Chong aku dgn Benny Phang (adik Michael Phang) plak. Pun samer cam abg dia …cumer kali ni aku byk belajar self defense dgn senior2 aku. Aku improve byk sparring masa dgn dia ni.




Aku pindah ke KL dan berguru pulak dgn Master Chee, environment aku baru la berubah sikit coz Master Chee ni detail orang dia…especially bab Pattern . Daripada aku x minat langsung Pattern sampaila aku menang tournament event Pattern . Dengan kater lain minat aku ke Pattern naik 200% la masa dgn dia. Self defense pun aku mula seronok sikt coz Master Chee punyer teknik quite extensive dan logik. Pastu orang tua ni selalu bagi soalan2 ke outsider masa demo dan x pernah lagi aku tengok soalan yg dia x leh jawab. Aku byk belajar teknik2 yg dia biasa ajar ke UTK dan IPK dulu ..praktikal. Cumer yg kurang nyer …aku dengan Master Chee almost 15 tahun tp aku rasa macam aku baru dpt 5-6 teknik dari dia …samada aku x pandai korek teknik tu dr dia atau dia nak simpan sampai satu masa nanti br nak bagi aku. X caya aku dia ader teknik setakat tu jer.




Masa kat UTM ni la aku berpeluang belajar sikt dgn Master Mounir Grawi dari Lebanon. Master Mounir ni Hapkido dan TKD Master. Masa ni la aku didedahkan dgn Pressure point dan vital spot. Teknik dia gaban giler masa tu dan terus terang aku cakap …disebabkan teknik dia ni la aku betul2 minat pressure point dan vital spot ni




Antara tahun 91-93 aku memang giler training …aku try macam2 dari Shito Ryu kat tepi Jalan Tun Razak tu sampai la Silat Gayung kat Bangunan Mara (aku x ingat dah nama cikgu tu tapi masa tu aku ikut si Maarop join kelas tu). Dengan Gayung ni la sedikit sebanyak persepsi aku ke self defense ni berubah. Byk lock dan teknik2 yg aku x terfikir. Tu yang masa ni aku punyer self-defense memang Master Chee x berapa berkenan ..so kalau depan dia aku tunjukkan la buah2 yang dia selalu ajar ...belakang dia aku buat la buah tu he..he..




Dalam pada tu aku join plak Silat Panglima kat Ampang dan aku dijemput utk jadi instructor "kicking" utk kelas tu. Nama jer silat , sebenarnyer kalau sparring memang full contact!. Masa tu aku selalu ikut Saiful Hamiruzaman (www.thegreenhornet.com.my) ke gelanggang silat bapak dia utk full contact sparring dan dgn dia dan bapak dia la kami try nak tubuhkan MMA (Malaysia Martial Art). Cuma hayat aku dgn diaorng x lamer so aku x tahu aper jadi dgn MMA lepas tu. Tapi dgn Saiful dan bapak dia byk jugak ilmu self-defense yg aku dapat dan sedikit sebanyak teknik aku hari ni ader pengaruh dr teknik dia.




Selari dgn peredaran masa aku sambung pengajaran aku dengan belajar dan create sendiri teknik2 berdasarkan pengalaman aku . Bagi aku teknik kuncian silat ke, lock Taekwon-Do ke, “tiger lock” Hapkido ker semua nyer cantik ..yg buat x cantik nyer org yg membuatnyer. Bagi aku lagi cantik kalau kita dapat combined kan semua tu .




Teknik aku sekarang ni lebih ke wrist manipulation dan aku combined kan dengan pressure point dan throwing technique. Alhamdullillah setakat ni teknik2 tu x pernah berkurang dan kekadang dtg idea yg pelik2 masa aku tgh ngajar. Prinsip aku … "satu aku ajar – Insyaallah dua aku akn dpt”....dan korang pegangla prinsip tu ..x luak nyerteknik korang. Yang selalu bagi semangat kat aku dan yang selalu jadi mangsa aku kat rumah ialah Syira , dia la yg dok recall aku pasal teknik2 yg kekadang aku sendiri yg create tp aku sendiri yg lupa.


Prinsip aku lagi …self-defense ni kita kena ajar ke student kita masa hari pertama dia join kelas kita. X yah nak tunggu Red @ Black belt baru nak belajar pegang pisau. Malapetaka tu x kira kita white belt ke @ black belt. Dan setakat teknik nak lepaskan diri dari grappling atau nak elakkan dari pisau x perlu teknik yg gaban2 ..budak white belt pun buleh belajar. Ramai student Black Belt yg aku jumpa nak lepaskan diri dr wrist grap pun terkial2 ..tu x suruh lagi attack dgn pisau ke, dagger ker, baton ker.









Pastu kalau buat self defense buat cincai2 ..siap boleh tersenyum lagi masa kena lock. Org buat self-defense ni biar sampai berbunyik tulang tu ….baru la effective. Cuba buat dgn GM Dato’ tengok korang buleh tersenyum x masa tangan tu kena kepak?




Satu lagi pantang aku masa ngajar self-defense ni ialah student yg nak “try” aku. Yg ni memang aku cukup suka …. Diaorang ni x tahu sebenarnyer kalau lock yg betul2 lock …makin korang lawan makin sakit atau patah terus. So nasihat aku ke adik2 yg baru nak belajar dan baru tahu 2-3 bijik buah tu tgk2 la instructor to dulu kalau nak test pun.









Adios ...next time aku sambung lagi...



04 October 2007

Berbuka lagi...extended

Last week selepas Grand Bluewave, aku berbuka plak di Holiday Inn Glenmarie. Actualy company aku buat Appreciation Dinner + Berbuka Puasa kat sana. Dapat pulak aku anugerah ZERO MC utk tahun lepas ..hu..hu. Menu kat sana biasa2 jer dan x der la yg betul2 outstanding. Tambah lagi makan dlm hall samer dgn MD so nk kena control macho la. Nak menambah2 pun pikir 14 kali. Pastu yg best nyer ...sepanjang hidup aku ni baru first time aku berbuka dgn kurma & air suam pastu s'yang Maghrib dan lepas s'yang Maghrib baru la pulun makan...ikut sunnah...kater MD aku. Tapi masa makan mata asyik dok jeling ke buffet table ..apa hal?..Pasal makan sikit pas tu Maghrib sebelum betul2 makan ni aku terbaca dlm paper 3-4 hari lepas. Ade Ustaz ni bgth kalau ikut sunnah ...x elok pegi Maghrib kalau makanan dah terhidang kerana ditakuti fikiran kita asyik kat makanan tu jer. Seelok2 nya makan la dulu dan s'yang la dgn tenang...Allah Wuallam.
Sabtu aku berbuka kat Tropicana Golf Club. Not bad ...menu dia memang byk. Bersimpang siur meja buffet dia dari The Palm sampai la ke Golf Terrace. Sampai aku dah on da way nak kuar baru aku nampak Indian course table kat hujung jalan . Parking - crowded dan kena tawaf tennis court, swimming pool dan lain2 lagi la utk sampai ke The Palm.
Semalam aku kat Restoren Tasik Indah ,Shah Alam. Crowded giler tempat dia ...pas tu yg dtg plak Ya Rabbi pelahap giler. Aku tengok setiap kali buffet tu ditop-up x sampai 5 minit licin!..macam piranha. Tapi Menu dia aku suka ...byk Chinese course...shrk fin (ni campur telur la..) pun ader. Cumer yg kurengnyer ...pinggan, gelas & kerusi buleh short!
Lusa aku ke Ayuthia USJ ..nanti aku update lagi menu kat sana.

02 October 2007

Lagi gambar lamer


Gambar kat atas ni pun aku amik dari Fotopages Dato'. Cumer tajuk dia silap sikit coz Dato' tulis "Sabree with ITM Taekwon-Do Championship 1989". Actually gambar tu ialah gambar student2 aku dari UTM Jalan Semarak. Gambar ni kitaorang amik selepas Kejohanan Taekwon-Do Jemputan UITM 1993 di S.Alam. Ni kira tahun yang paling cemerlang UTM la coz team aku yg dlm gambar ni kira undefeatable masa tu.

Zaman tu musuh ketat kitaorang ialah UITM la ...mana ader pesaing lagi mas tu. Kitaorang kalau pergi tournament x cukup 2 bas x sah. Tapi bila kitaorg tournament kat luar....UTM & UITM ni automatically akan bergabung.

Dalam gambar tu yg aku ingat la :

dari kiri atas : Zul, Lee (Ripin bgth namer dia br aku ingat), Razhan,Hishamuddin,?,Aku, Rodzi, Dato',Master Chee,Noordin (in slim & small version), Napi (in significantly small version),?,Zaili.

dari bawah kiri: Ripin (in serabai version),6 awek tu aku x ingat (tu play safe ..org rumah baca..hu..hu..),Pejol, Surin.

dan sampai ke la ni ..yg still in touch dgn aku cumer si Napi, Noordin & Ripin.....

01 October 2007

Nostalgia photo



On the way balik dr USJ Plant aku received sms dari Dato' Sabree. SMS tu dia tujukan ke "Daniel" ? May be dia tersilap send kat aku kot. Dlm SMS tu Dato' mentioned pasal fotopages dia yg dia baru update. Aku x jawab la SMS tu coz takut Dato' tersilap send jer. Tapi aku masuk jugak fotopages dia.

Waaaa!..ader hundreds gambar lamer2 dlm fotopages Dato'. Aku teringat last month Dato' ader bgth nak upload semua gambar2 lamer dia ..dia cakap ader thousands photos yg dia simpan. Ader gambar Dato' dgn Jen Choi & GM & Masters , ader gambar Dato' dgn Malaysia punyer otai dan mcm2 lagi la. Aku dok2 browse gambar tu makin lamer makin nostalgik coz byk gambar2 lamer ..gambar2 instructor aku yg lamer2 (geng2 IPK, PD dan UTM ...ntah idup lagi ke idak diaorg ni..hu..hu..)..gambar2 yg x pernah aku tengok.
Dalam ralit dok belek gambar tu tetiba aku terbaca "Sabree with Gong Badak School Terengganu-1988" ....."eh ni sekolah aku ni ...tahun aku tu.." ..aku terus upload gambar tu . Dan konperm! tu memang gambar aku masa aku amik aku punyer first grading . Grading test tu aku ingat lagi ..waktu petang di kantin sekolah aku ..Sekolah Men Teknik K.Terengganu. Dalam gambar tu ader cikgu penasihat aku ..Cikgu aper ntah nama aku dah lupa tapi muka dia aku ingat, ader instructor aku Sir Najmi (aka Mr.Rajah dulu2 la..) ader member2 lamer aku Azihan (last aku jumper dia tahun 93' ,Benny (last lepas SPM ..1988,Yazid (ader hntar anak dia belajar TKD dgn aku, Zamri (senior aku ..skrg bawah DRB samer dgn aku tp x pernah jumper) dan Rizal (senior aku jugak ..skrg dah jadi org kaya insurans..dah x kenal dah kot..). Yg lain sori ..aku dah x ingat.
Ntah la ..tetiba sayu pun ader bila tengok gambar tu ...memang aku x pernah terfikir yg aku akan dpt tengok balik masa aku first grading. Aku x ingat pun ader amik gambar masa tu. Aku terus save as gambar tu dan haaaa kat atas ni la gambar nyer. Korang cuba cari la aku yg mana satu...hint dia ...carik yg paling cinonit (kalau korang dok cari aku yg macho cam ari ni sori la ..silap org la tu..hu..hu....dan korang bygkan la aku 20 tahun yg lepas ..hik..hik...
So untuk Dato' ....kalau ader lagi gambar2 lamer tu upload la byk2. It's means a lots ....