29 September 2005

Personality by Month?

NOVEMBER: "Has a lot of ideas. Difficult to fathom. Thinks forward. Unique and brilliant. Extraordinary ideas. Sharp thinking. Fine and strong clairvoyance. Can become good doctors. Dynamic in personality. Secretive. Inquisitive. Knows how to dig secrets. Always thinking. Less talkative but amiable. Brave and generous. Patient. Stubborn and hard-hearted-if there is a will, there is a way. Determined. Never give up. Hardly becomes angry unless provoked. Loves to be alone. Thinks differently from others. Sharp-minded. Motivates oneself. Does not appreciates praises. High-spirited. Well-built and tough. Deep love and emotions. Romantic. Uncertain in relationships.. Homely . Hardworking. High abilities. Trustworthy. Honest and keeps secrets.. Not able to control emotions. Unpredictable."
......ni hasil penyelidikan Dato'Dr Fadzillah Kamsah pasal peribadi orang ikut bulan diaorang lahir. Aku nak kata percaya sangat tu tak la...tapi memang ada banyak persamaan dengan sikap dan peribadi aku selama ni. Bagi korang yang terhegeh2 nak cari makna perkataan tu nah..kat sini aku translate kan (yang aku rasa susah jer la..).
FANTHOM : selami, sebab musabab . Maknanya kalau difficult to fanthom to ialah aku ni sorang yang sukar difahami/selami la. Yang ni aku tak berapa setuju coz aku tak nampak pun aku ni sorang yang susah nak difaham...tapi kalau orang lain fikir cam tu nak buat cam ner kan.
CLAIRVOYANCE : peramal, berkebolehan melihat masa depan. Strong clairvoyance maknanya sorang yang berkebolehan untuk melihat terus kedepan/meramalkan sesuatu. Yang ni nak kata peramal tu aku tak setuju la tapi aku suka predict something dan apa yang orang fikir..especially apa yang orang fikir pasal aku kalau aku buat cam ni..apa yang orang akan fikir kat aku kalau aku cakap cam ni..
INQUISTIVE : Aku memang suka menyelidik ...tapi bukan nyer atas benda2 ilmiah macam chemist la. Tapi aku suka perhatikan body language orang (kekadang bodynyer la..he..he..)dan predict dia punya sikap & permikirannyer dari percakapan dan body language orang tu.
AMIABLE : baik,mesra. Aku memang la baik..he..he.. (kalau korang tanya Bentong Kali pun dia akan cakap dia baik..). Memang aku tak berapa suka nak mulakan perbualan..tapi kalau dah start aku tak leh berhenti..especially kalau cakap pasal Taekwondo.
Yang lain2 tu memang part of aku punya perangai. Yang paling aku suka ialah bab "well built & tough" tu ..ha..ha.. (macamana dia tahu aku tough ..ishh segan aku weh..) Selain dari Dr Fadzillah ni punya kajian aku pernah terbaca dari beberapa buku pasal Born in November punya personality dan semuanya ada pasal "tough" ni. Tak tahu la aku kalau semua martial artist ni lahir bulan November.. Satu lagi yang kena dengan aku ialah berkenaan sikap tak kenal putus asa (never give-up & determined) ... aku memang jenis yang kalau aku nak aku akan buat sampai dapat (tapi bukannyer untuk dapat kan harta orang ker..awek orang ker...). Aku applykan ni during aku punya Taekwondo life, study dan working life sekarang ni. Ikut kata arwah Mek aku dulu ..aku masa kecik memang kalau nak kan sesuatu aku akan mengamuk la sampai dapat benda tu atau sampai melekat talipinggang kat belakang aku ..he..he..(ader satu gelaran yang aku dapat disebabkan perangai aku ni ...he..he..tak payah aku cakap la..).
Hardly becomes angry - yang ni aku x berapa sure coz aku ni cepat jugak naik angin tapi most of the cases aku akan control...cuma kekadang bila Syira & Syamil buat hal aku lepaskan jugak la dengan rotan ker dengan tangan ker (tapi tak der la sampai berbirat ..biasanya bila nampak aku amik rotan tu semua dah mencicit cari mama dia..).
SEROTONIM
Sebut pasal marah ni teringat aku nak cerita sikit penyebabnyer. Kalau korang nak tau..perasaan marah ni dikawal oleh hormon/gen SEROTONIM dalam otak kita..(kalau nak tau detail cari la sendiri info pasal serotonim ni..blog aku ni bukannyer kelas kimia..). Cara serotonim ni bekerja macam ni..bila kita rasa marah jer, serotonim ni akan keluar untuk cool down kan kita ..so kita pun kurangla rasa marah tu. Orang yang jenis baran ni biasanyer disebabkan oleh kadar pengeluaran serotonim yang rendah dalam otak dia. Mungkin faktor genetik ker..penyakit ker.
Satu lagi serotonim ni kita boleh boost kan pengeluaran dia kalau kita ubah position kita masa marah tu...kalau marah masa berdiri kita dudukla..kalau marah masa cakap kita berhenti cakap..kalau marah tengok muka dia jangan tengok. Kalau dok asyik bertekak serotonim ni pun jadi malas nak keluar.
Tapi yang paling berkesan ..kita istighfar jer mesti cool down punya. Yang saintis tu tak jumpa dalam mikroskop tu ialah setan yang dok menghasut kita bila kita marah tu ..
Ishhh yang aku melalut cerita pasal serotonim ni apsal plak???.
Extra ordinary ideas - tang ni aku memang setuju..kalau aku masa kat kilang jepun kita panggil Kaizen .. aku memang suka sangat bab2 idea mengarut ni. Aku ikut stail Jepun . Korang perasan tak apasal Jepun suka buat cerita macam Doraemon, Piekachu, Dragon Ball & kalau zaman aku dulu cerita TEMPE ..alaa cerita pasal robot boleh tukar jadi kereta ,jet dan mcm2 lagi tu. Jepun ni dia nak generate kreativiti budak2 kecik dengan idea2 pelik dari cerita2 tu la. Tu yang bebudak kecik kat sana dah boleh design macam2 . Tambah lagi dengan sistem pelajaran diorang ...contohnya subject Microprocessor (8051) yang aku pakai dalam project thesis aku , kat Jepun diaorang dah belajar subjet Microprocesor ni masa kat Form 3 lagi! Korang bayangkan la aku cuma ada masa 6 bulan masa kat tahun 5 utk belajar MicroP ni dan next semester kena submit project utk thesis aku tapi kat Jepun diaorang dah start belajar dari umur 15 tahun lagi!.
Cakap pasal idea utk bebudak ni baca ni..
"mak lembu kaler purple kan?" ..
"mana ader lembu kaler purple.."
"..tak der la mak...lembu ni kaler purple.."
"PHANG!..orang kater bukan purple bukan purple la!.."
"Adusss..OK la mak..dah kaler coklat pun dah lembu ni.."
Aaaa.. korang tengok macamana budak tu nak kreatif?..belum apa2 kita dah block dia punya kreativiti. Patutnyer kita biarkan bebudak tu keluarkan idea nyer...

27 September 2005

Syira-Prekuel

"bah...nak baju neno..."
"nanti la abah beli.."
"Syira nak baju neno mcm abah..."
"ishhh...mana boleh ...baju abah baju lain.."
"Baju neno abah apasal lain..?"
"abah black belt ..Syira nanti white belt.."
"Oooo..tak per la...Syira nak baju white belt tapi ader kaler mcm abah.."..
"ishhh..budak ni..."
Seminggu tu puas aku cari kat Everybody Martial Art & Oriental Penang ...tak der lak saiz Syira ..saiz SS yg paling kecik pun dah sampai ke lutut dobok dia.
Image hosted by Photobucket.com
Last-last Mr.John (Everybody Martial Art) kesian kot tengok aku so dia cakap dia boleh tolong buat kan dobok untuk Syira tapi aku kena bawak baju lain untuk buat saiz.
2 minggu lepas tu siapla baju utk Syira ..aku buat dobok black belt saiz SSSS.
Image hosted by Photobucket.com
(Ni la aktiviti Syira setiap kali abis training kat Subang Perdana)





Tu cerita 3 tahun lepas. Syira (anak dara aku) baru masuk 1 thn 8 bulan masa dia mula2 ikut aku ke kelas kat Subang Perdana. Masa tu aku bawak dia ke kelas2 aku kat PNB sampaila ke SMT Kuala Selangor. Dia start pakai dobok masa dia umur 2thn. Masa tu kalau dia ikut aku ke kelas dia akan dok ontok2 kat tepi dewan tu tengok bebudak training dan kalau bebudak kacau pun dia tak bergerak seinci pun dari duduk dia. Student2 aku memang suka sangat menyakat dia.
Sampai la umur dia 2thn setengah dia dah mula boleh ikut bebudak lain training. Aku kat rumah selalu ajar dia strecthing Image hosted by Photobucket.comdan buat side kick masa tengok TV.
Image hosted by Photobucket.com
Side Kick
Kicking teknik yang pertama yang aku suruh dia buat ialah Side Kick. Macam yg aku cakap tadi, kat rumah masa tengah lepak2 tengok TV pun aku akan suruh dia buat Sidekick sambil duduk ..method yang aku dah applykan ke student aku especially bebudak dan so far very effective untuk "bentuk"kan Side kick tu. Gambar kat atas ni side kick Syira selepas 3 bulan practise kicking ni. Pengalaman aku sebagai Instructor, untuk bentukkan "pepisau kaki" jadi Sidekick lah yang paling susah sekali bagi student baru nak buat. So..achievement Syira dalam masa 3 bulan tu bagi aku kira cepat jugak la, target aku actually dalam 6-7 bukan baru dia dapat teknik tu.
Syira ni dia punya minat aku tengok lain macam sikit...kalau hari ada Taekwondo (dia panggil "neno" sampai la skrg..)dia tak minat nak pegi jalan. Kalau pegi pun dia yg akan ingatkan aku ..."bah malam ni Syira nak gi neno..."


Balik KB
Pernah sekali tu (2004) aku balik KB ..sampai kat rumah Mek aku dalam pukul 1.45ptg (aku bertolak awal pagi dari KL). Jejak jer kaki aku ke rumak Mek aku, Zainal (KOBITA) telefon (mcm tau2 aku dah sampai) dia ajak aku ke kelas dia kat Sekolah Menengah Bachok pukul 3ptg ni. Aku memangla penat lagi ....drive 8 jam dari KL sorang2 mau tak penat. Tapi aku memang tak boleh ngelak kalau org ajak aku ke kelas. Terkejut besar Iena bila aku kata nak pegi kelas Taekwondo..dia ingat bila aku balik KB aku boleh release la dari Taekwondo kelas. Dia lagi terkejut bila aku cakap uniform aku bawak. Si Syira pulak bila dengar aku nak ke kelas Taekwondo dia dengan penuh excited nyer terus amik uniform dia kat dalam beg aku. Lagila terkejut Iena bila tengok Syira pun bawak balik uniform ke kampung!! he..he..
Kelas kat Bachok tu kira kelas yang paling jauh la Syira pernah join. On the way dari Bunut Payong ke Bachok tu aku tengok Syira dah terlelap kat seat belakang ..(penat kot ..dari KL tadi dia bukanyer tido sangat pun..asyik dok kacau adik dia jer..). Sampai kat sekolah tu satu hal pulak bila aku nak kejutkan dia. Bad mood dia pun start la bila tido kena kacau. Tapi bila aku angkat jugak bawak masuk ke kelas dia tetiba jer jadi "segar" balik dan ikut join sekali kelas tu. Sempat la dia tunjuk kan skill stretching dia kat kelas tu.

Image hosted by Photobucket.com
Entry ni kira "prekuel" untuk first entry aku dulu (Syira's 1st medal..). Kira macam KL Menjerit & Star Wars jugak la entry ni..ada prekuel .

26 September 2005

Komitmen-2

Accident
Satu hari tu aku nampak accident depan mata aku ...ada sorang Bai jual roti kena langgar dengan sebuah bas. Impact dari kena langgar tu si Bai tu tercampak dalam 10m dari motor rotinya dan ngam-ngam jatuh ke dalam longkang..
Bila aku sampai aku tengok si Bai tu dah terjelepuk kat dalam longkang tu dengan darah dah mengalir dari kepala dia . Roti dia pulak aku tengok dah bertaburan kat atas jalan.. Dia try untuk sapu darah yang mengalir dari kepalanya sambil merintih kesakitan.

Kejap tu orang dah mula ramai dan kebetulan ada sorang polis datang dan bertanya kat Bai tu..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. si Bai itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

.....
tu la cerita nyer betapa komited nyer so Bai terhadap kerjayanyer ...macam komited aku kat kelas2 aku la..he..he.. citer tu lawak jer..tapi kalau korang nak percaya jugak terpulangla..
Ni ada satu lagi lawak utk korang renungkan ..
Ada sorang makcik Kelate nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat Kelantan la.

"Misi..mokcik nok tupe tanyo, mano dio wad kecemase"

Nurse tu selamba jer jawab...


"wad Kencing Masam takde makcik....wad Kencing Manis ader la"
...bahasa jiwa bangsa ....

23 September 2005

KOMITMEN

KOMITMEN

Bos ..This afternoon I need to go to Akademi Percukaian Malaysia, Bangi to discuss regarding my Taekwon-do class overthere , can I take ½ day leave this afternoon or if can’t when can I take a leave?”...

...SMS aku ke bos pukul 12.15tghari Rabu semalam ..giler aku...aku dah gamble kan karier aku ni semata2 nak attend SMT K.Selangor punya kelas!. Kalau HR aku tau aku nak pegi mengajar Taekwondo masa keje mampus diaorang tak bagi ..silap2 boleh kena DI. Aku terima mesej dari Memen pun baru pagi ni dan pagi-pagi tadi aku tengok bos punya mood semacam jer . Budak SMT ni pun satu hal..dah berapa kali dah aku pesan kena inform awal2 kalau ada kelas!. Still jugak last2 minit baru nak inform. Kalau aku keje kutip etok tepi sungai boleh la anytime tinggalkan keje aku ni.
Baru jer aku nak bukak mulut nak mintak cuti ..bos pulak amik kunci keta terus keluar ...laaa ..mcmn aku nak bagitahu dia ni?. Tu yg aku gamble jer antar SMS mintak cuti ni.
5 minit lepas tu aku receive call dari bos aku ..dia lebih rela aku cuti hari ni daripada aku amik cuti hari lain..he..he.. berjaya jugak taktik aku ni. Aku sengaja psiko sikit bos aku dengan sms tu , aku letak kan bos aku tu dalam keadaan “No Choice” ..aku bagitahu nak cuti hari ni kalau tidak aku akan amik hari lain.. kat opis aku ni mana ada hari lain yang free sikit daripada hari Rabu?.
Dapat jer call tu aku terus inform Ven & Memen yang aku dapat pegi ke SMT. Dan aku suruh diaorang datang rumah aku before 2.15pm.

PUNCTUALITY
Aku rush dari ofis lepas lunch dan ngam2 sampai rumah kul 2.15pm. Tunggu punya tunggu tak nampak batang hidung pun si Ven & Memen ni. Jam dah pukul 2.30 ..kalau aku lewat lagi nanti tak sempat aku sampai Btg Berjuntai before 3pm. So macam biasa aku pun belah jer la ..dah bagi 20 min tak datang2 jugak. On da way kat Guthrie Corridor baru la aku dapat mesej dari Ven .. “kitaorang dah on da way ke rumah Sir!..” On da way aper ke jadah ..aku pun dah nak sampai ke Merbau Sempak dah ..so aku pun sms la cakap aku dah bertolak dah.
Dalam hati aku kesian jugak bebudak tu nak kena naik motor ke sana..aku tau diaorang mcmn pun akan ikut ke SMT jugak. Tapi apa nak buat ...bagi aku kalau dah janji 2.15pm ..2.15pm la kena sampai!.
Aku sampai ke SMT dalam pukul 3.15pm.. “ishhh kosong jer Ruai ni?.” Aku tengok bebudak tengah berduyun-duyun ke Dewan Lestari , ni ada aper lak ni?. Kejap tu sorang student aku datang kat aku..

Sir, kelas hari ni tak der..budak form 4 semua kena gi sessi Motivasi..” ....selamba jer si Ashraf ni inform aku..

Tak der Kelas? ..apasal tak inform saya awal2?..” .... aku dah mula panas dah..ye la dah la mintak cuti susah ...kena kelentong bos lagi..drive sorang2 lagi..lunch pun tak lagi ni..aleh2 sampai2 kelas tak der?..

Ashraf bagitahu dia dah cuba call tapi tak dapat (yang dia call 012 aku buat aper?..)dan no Memen pun dia tak bawak tadi. Aku tengok dia dah serba salah dan dia kata tak per la nanti dia cuba panggil budak lain. Aku suruh dia inform cikgu Suzana dulu...kot kalau Pengetua tau kan susah nanti.
Masa si Ashraf pegi tanya cikgu Suzana si Ven dan Memen pun sampai. Aikk ..aku kan dah mesej tadi tak yah datang. Tadi lepas tau kelas tak ader aku cepat2 sms ke diaorang bagitahu kelas kansel dan tak yah datang.

Dapat mesej tak” ..aku tanya si Memen

Mesej apa”.. dah sah ni mesti tak tengok lagi mesej ni.. aku tengok dia pun baru nak bukak hp dia ...

Apa ni Sir?.. kelas tak der ke?..”

Kejap lepas tu Ashraf datang bagitahu cikgu Suzana benarkan bebudak TKD ni excuse sessi Motivasi. Alaa setakat motivasi aku pun boleh buat ..kat aku ler..
Semester ni kelas SMT tak begitu memberangsangkan ...bukannyer dari segi ahli, tapi dari segi kutipan nyer.. Kalau korang tanya berbaloi ke tak aku travel 120 km pergi balik ke Batang Berjuntai? Jawapannyer memang tak berbaloi langsung! ...Tapi entah la...mengajar kat SMT ni aku rasa macam aku balik mengajar sekolah Teknik aku dulu .. macam dapat balas balik jasa kelas sekolah aku dulu..macam dapat tolong bebudak miskin macam aku dulu (budak miskin sekrg paling kurang pun ada Nokia 3120..ishkk..ishkk). Seronok tengok bebudak seronok belajar (betul ke seronok?...muka nampak cam tengah kena paksa telan ubat masa kecik2 dulu jer..) ..aku nampak diri aku masa kat sekolah tu dalam diri bebudak tu..(tapi sorang dua ajer la..)..
Aku cam biasa betul2 nak diaorang amik grading before puasa ni...biar naik form 5 tahun depan tak segan sangat dengan budak form 4. Tapi kekadang aku rasa aku jer yang semangat giler (orang giler pun tak semangat cam ni..) nak diaorang grading...tapi bebudak tu tak nampak sangat eager nye nak grading...errr..ada la 2-3 orang yang bersemangat ...

15 September 2005

ITF-WTF-GTF

ITF-WTF-GTF ...kenapa eark?


Jam baru pukul 7.15am... bukak jer PC kat opis aku terus aku bukak Sidekick ...waaa dah 636 visitor!!? Malam tadi kalau x silap baru 570 lebih. Ada satu komen dari..cik arcahijau ni..tanyakan pasal perbezaan ITF (International Taekwondo Federation)-WTF(World Taekwondo Federation)-GTF(Global Taekwondo Federation). So pagi ni aku terpanggil ..(cisss.. ayat kabinet ) ... untuk buat entry pasal perbezaan ni la.

Aku macam yg aku dah cerita ..bermula dengan ITF (International Taekwondo Federation). Err...aku rasa baik aku mula dengan sejarah TKD ni dulu la....details aku tengah siapkan dalam official website aku ..
www.dinstaekwondo.com .
11hb April 1955, Taekwondo ditubuhkan (diberi nama rasmi sebenarnya..) before tu Grandmaster Jeneral Choi Hong Hi (arwah dah orang tua ni..) dah start mengajar Taekwondo tapi dia confuse lagi nak bagi nama aper coz dia combine Taekyun & Karate campur sikit2 kuntau jawa yg atuk dia ajar (jgn ikut....yg ni aku yg tambah..). Jen Choi mula mengajar seni ni masa dia jadi askar Korea dan lepas Taekwondo diberi nama , Korea Taekwondo Association pun ditubuhkan (1959) ...ye laa ..Taekwondo nak kena ada emak jugak..so KTA pun jadi la official body yg mengawal aktiviti TKD di Korea.
1962, Jen Choi ditugaskan ke Malaysia jadi Duta Besar Korea. Korang tau tak apsal Jen Choi sedap2 jadi Jeneral tetiba dihantar jauh ke Malaya? Mestila korang tak tau pasal korang tak amik subjet UKM 1081/1091 yg aku ajar ..tak pun korang tak fokus masa aku ngajar...pas tu masa test plak bawak toyol ..mana nak berkat belajar!?.
OK...sebenarnya masa jadi Jeneral kat Republik Of Korea (masa tu takder Korea Selatan & Utara lagi), ada sorang lagi Jeneral iaitu Jen Park Chung Hee yang tak berapa ngam dengan Jen Choi. dan mama’ ni pulak dia punya pengaruh lagi besar dlm army (lebih kurang 80%-90% askar Korea sokong dia..tak tau la apsal ..dia lagi hensem dari Jen Choi kot..tak punya dia punya aura macam Mawi ..werld punya). Dalam bulan May 1961 dia dilantik jadi ketua dan take incharge hampir semua army kat Korea. Jen Choi yang memang tak sebulu dengan mama' ni memang tak boleh terima dia ni sebagai ketua so Jen Choi pun start la plot nak jatuhkan mama’ ni. Jen Park ni plak dapat tau si Jen Choi tengah buat plot nak jatuhkan dia so dia pun buat langkah drastic untuk habis kan si Choi ni. Tapi Jen Choi punya aura pun buleh tahan jugak kat kerajaan ROK ni so tak boleh la si Park nak jatuhkan dia , cuma yang dapat dia buat ialah buang jauh2 Jen Choi dari ROK. Diaorang pun cadangla nak hantarkan Jen Choi ke tempat dimana tak der orang tau...jeng-jeng-jeng ..korang tau tak dalam beratus negara terpencil yg ada kat dunia ni ..kerajaan Korea terpaksa pilih negara yg kecil dan berbentuk ubi kayu (dalam peta ..ni pun aku yg tambah..jgn memandai2 nak plagiat plak..) ..iaitu MALAYA ..ha..ha..ha.. dia orang sajer nak kena kan Jen Choi..
Actually niat sebenar kerajaan Korea (atau pun Jen Park sebenarnya..) ialah untuk mengurangkan (atau bahasa orang kampung aku “eliminate”..) ancaman Jen Choi kat atas dia la. So bila dia dah kat Malaya, tak der la lagi risiko ancaman dari Jen Choi dan kerjaya Jen Choi sebagai tentera pun kira finish la .
Ishhhh... sebenarnya panjang lagi sejarah ni... aku teruskan nanti ada yang tertido lak kan so aku akan stop dulu kat sini..nanti next entry aku sambung.

Perbezaan ITF-WTF-GTF
ehmmm.. macamana aku nak start ni.. aku rasa aku akan cerita kan perbezaan dari segi nama, teknikal, pattern, sparring,tournament,konsep dan methodology masing-masing. Tapi ni pandangan dari pengalaman aku sajer...pendapat aku ni berteraskan pengalaman dan teladan ..tak wajib betul harus salah..(Dr Tuah punya ni..he..he..).

ITF ditubuhkan pada 1966 dan Jen Choi Hong Hi dilantik jadi presiden pertama. 1972 HQ ITF dipindah kan ke Toronto Canada (negara berkecuali..).
WTF pulak ditubuhkan oleh kerajaan ROK dlm tahun 1972 (tolong betulkan fakta aku ..kalau silap..). HQ kat Korea Selatan. Secara amnyer.. WTF ni Korea Selatan, ITF Korea Utara .
GTF pulak ditubuhkan pada 1991 oleh Grandmaster Park Jung Tae (orang kanan Jen Choi masa awal2 penubuhan TKD) . HQ GTF kat 6-2400 Dundas Street West #404 Mississauga, Ontario, Canada .
ITF pattern ada 24 dari Chun-Ji sampai Tong-Il (completed semua pattern dlm tahun1963). WTF ada 19 ..nama aku tak ingat ..tapi diaorang panggil Tae-Guk & Poems. GTF pattern pun 24 dan sama cam ITF cuma Ju-Che diganti dengan Ko-Dang dan ada lagi beberapa pattern baru ganti yg ITF . Tapi lebih kurang jer.
Teknikal – aku nak explain dalam bentuk text susah wooii!.. lebih kurang cam ni la..basic dia ITF & GTF guna sin-wave (knee motion to increase power ) bila nak block atau punch , WTF tak percaya ke benda ni semua so diaorang guna lateral motion (tapi power pun ada la..) .. Kicking teknik ada beberapa kelainan, contoh nyer Turning Kick..WTF dia pakai in-step , ITF & GTF pakai ball of the foot (tapi utk sparring pakai instep jugak), turning WTF tak berapa turn sangat, ITF & GTF lutut kena 45degree, back kick lak kalau ITF & GTF diaorang buat Back Trust, WTF back kick dari bawah..lagi laju la kalau sparring. Teknik2 lain labih kurang je. Side kick ada lain jugak tapi aku confuse coz aku tengok WTF bawah MTA (bekas) lain dari yg kat Kukiwon tu ...kat sana sama jer dengan ITF & GTF tapi yang bebudak WTF sini buat ada lain sikt so aku tak nak komen apa-apa la.
ITF & GTF sparring wajib pakai hand glove,leg glove dan head glove. WTF pakai body vest dan head gear. Secara teori dia..ITF & GTF cover attacking tool, WTF covered target area to be attacked. But my 50cent opinion...if we want to cover all target area..we need to wear protective gear all around our body, (..and we will become a Ninja Turtle”..jgn marah yea WTF ..). In instant we can minimize the impact of the attack by covering our attacking tools!. Dengan bahasa Jawanyer.. kalau nak soften kat impac tu tak perlu la nak letak padding kat semua tempat..cukupla kita cover jer tangan yang nak punch dan kaki yang nak kick tu.
Tournament ..ITF & GTF satu round @ 2 round selama 1min satu round. WTF 3 round dengan 3min satu round! ..stamina WTF lebih lagi la kot?.
Methodology – ITF & GTF claim untuk self defanse + fitness , WTF lebih ke sport. Tapi sebenar nya terpulang ke instructor masing..masing. Ada jugak WTF aku tengok buat self-defense . Cuma bagi aku, self-defense kita kena ajar dari day –1 budak tu join TKD. Bukannyer nak tunggu black belt ke dulu baru nak ajar. Sport bagi aku sebab WTF dah lama bawah MOM so peluang utk wakil Malaysia ke Sukan SEA & Olimpik tu terbuka luas. ITF & GTF bukan nyer tak boleh dan Kementerian Belia dan Sukan tak pernah cakap cuma WTF jer yang boleh wakil Malaysia. Cuma kalau dah board of Instructor tu semua dari WTF , tak kanla diaorang nak pilih wakil ITF @ GTF kan?. Lagipun katanyer la Olimpik cuma ikhtiraf Kukiwon punya black belt ...ITF & GTF mana ada cert Kukiwon kan ? Tapi tak kan kiter tak boleh ader kan?..he..he..
ITF & GTF pun ada diaorang punya world tournament masing2 dan sama jer pengikhtirafan yang diaorang dapat cuma tak dikira utk anugerah sukan jer.
MTA dah dibatalkan pendaftarannya dengan Pesuruhjaya Sukan so sekarang ni WTF tak ada badan berdaftar la yang "menjaga" aktiviti WTF kat Malaysia ni. ITF bawah ITFM dan GTF bawah MGTF. Semuanya ada group dan masalah dalaman masing2 dan aku tak nak komen apa2 kat sini ..nak tau details kita jumpa off record kat kedai mamak.
In Summary..pengasas Taekwondo tetap Jen Choi Hong Hi dan ITF,WTF & GTF ada dia punya Presiden dan Grandmaster masing2. Kat Malaysia ketiga-tiga ni diikhtiraf dibawah Akta Sukan.

pukul 8.45pagi ....

Din jumpa saya kejap!..”

Jap bos..saya save kan dulu report ni..”

Kamu pagi2 lagi dok ngadap PC ni..tak siap lagi ke report semalam?”

Belum bos..banyak lagi ammendment nak kena buat

Sidekick tu ammendment apa ke jadahnyer?”

PENGG!!” ...

...tobat aku tak nak update lagi blog masa opis hour... Cinabeng ko TOC (admin monitoring system kat MIS tu...) ..




13 September 2005

"You're now promoted to 1st degree Black Belt...."

Black Belt Grading
"U dah ready nak ambil black" ... tanya M.Chee satu hari tu kalau tak silap dalam bulan Disember 1990.
"Black belt Sir!?..ishh tak confiden saya Sir ..." ..aku meng low profile kan diri..padahal dalam hati YES!!! M.Chee dah offer aku.
"U dah boleh dah , teknik semua dah OK ...dah lama sangat dah U pakai Black Tip kan?".. M.Chee tanya aku lagi.
"Ye la Sir..saya dah pakai Black Tip ni dari June 1988..dah 2 setengah tahun dah.
"OK la ..U prepare USD50.00 dan practise betul2 , I buat grading untuk U somewhere dalam bulan February tahun depan.."
"February tahun depan ..err.. OK..OK Sir nanti saya prepare duit tu."
....ishhh ..mana aku nak cekau duit USD50 (lebih kurang RM150 duit masa tu) ni?....Nak pinjam dengan abang Zainal aku ..malu aahh ..dah la numpang rumah dia.
Dalam aku pening nak cari duit tu tetiba aku dapat Memo bagitahu duit pinjamam JPA untuk semester Disember 90/91 akan dibank-in dalam pertengahan Januari ni. So bila dah bank-in jer cepat2 tukar USD50.00 (kat Perwira Habib Bank dalam kampus UTM KL ) before duit tu abis kelain.
Master Chee bagitahu aku kena amik grading dengan 3-4 orang lagi kat IPK . Yang amik grading dengan aku masa tu ialah Azri (sekarang ni kat R&D PERODUA). Azri ni muda dari aku sikit dan aku kenal dia pun masa training kat Pandan Jaya. Untuk grading ni aku memang tengah fit dan aku tak risau langsung dengan stamina, pattern dan skill sparring aku cuma aku tak berapa konfiden dengan breaking.
Ahad 10hb Februari 1991-sampai masa nak grading aku pun pegila ke IPK sorang2 dengan kapcai aku sambil bawak 20keping papan untuk breaking. Master Chee cakap grading tu dalam pukul 2ptg kat Tingkat 16 IPK. Tapi dalam pukul 1ptg aku dah sampai dah kat IPK. Bukan apa aku takut terlewat. Sampai2 aku dengan konfidennya terus la ke lif utk ke tgkt 16 ..tekan punya tekan butang tu tak nyala2 lampunyer...”ishh apsal lak ni...?” ..aku dah tak sedap dah.
dik..api tak ada..lif tak boleh pakai..” sorang akak beruniform yang perihatin datang kat aku.
adik nak pegi mana?..”.. tanya akak tu lagi.
ke tingkat 16 jer kak...bila api ada kak? “ ..aku tanya balik akak tu..
"ntah la...biasanyer sampai petang ....."
Ciss... tak kan aku nak menapak ke tgk 16.. dah la nak kena bawak 20 keping papan untuk breaking lagi.Nak tak nak terpaksa la aku menapak. Dalam 15 minit jugak la baru la aku sampai ke tgkt 16. Basah jugak la underwear aku ..berpeluh sampai kekelangkang aku masa sampai kat atas tu. Rupa2nya dah ramai yang sampai. Abang2 Batallion 7 dah pun sampai..aku tengok abg Kamal, Jaafar, Segar dan 2-3 orang lagi yang biasa aku jumpa tengah warm up. Chan Boon Chow pun ada ...(saper lak dia ni?..aku paling suka tengok side kick dia..solid.. lama dah aku tak nampak dia..)
Masa tengah warm up Azri pun sampai dan aku macam biasa terus buat pattern aku...yang aku konfiden giler buleh buat punya. Master Chee sampai dlm pukul 2 dan dia terus start grading untuk color belt. Aku & Azri punya turn dalam pukul 3.30ptg baru start. Aku pun start la buat Hwa-Rang, Choong-Moo dan 2-3 pattern bawah lagi. Tapi masa aku buat Choong-Gun aku boleh blank ...sampai kena 3 kali ulang, Master Chee bagi lagi peluang aku buat pattern Yul-Gok ..pun aku blank masa tinggal suku lagi pattern tu. Master Chee dah mula hot dan dia suruh aku pilih mana2 pattern yang aku nak buat. Aku pun pilih la Do-San ... PUN aku lupa step yg last2!! Cinabeng betul..tak pernah lagi aku lupa pattern cam ni!. Si Azri yang tak konfiden Pattern pun boleh buat semua pattern. Mungkin aku over confident kot. Ni la kalau dah konfiden sangat.
Sparring aku kena dalam 7 round, round pertama dengan 2-3 orang Red Belt termasuk la si Azri tu , round ke-2 dengan abang2 polis (Black Belt), sampai bab ni aku dah mula pancit dan aku tengok abang2 polis tu bukannya nak control...memang semuanya macam nak belasah aku jer ..tak der kontrol langsung..(lepas aku berpeluang jadi partner untuk grading black barula aku tahu...black belt ni tak boleh kontrol langsung..kalau M.Chee nampak kita control siap la kena push up), diaorang ni memang kena “TEST” aku betul2. Dah habis 6 round M,Chee suruh buat 2 lawan satu pulak...cinabeng ! ..aku dah tinggal nyawa2 katak lagi dah ni...aku rasa macam lidah aku dah cecah ke lantai dah. Aku nasib baik masa 2 lawan satu M.Chee panggil budak Blue belt + dengan black belt “kecik” jadi lawan aku, so aku tak la kena belasah sangat.
Bila nak buat breaking aku dah mula gabra...takut tak pecah. Teknik pertama aku kena buat ialah hand teknik ..aku pilih favourite aku “knife hand” ..”PRAPPP!” ..tak der problem, teknik kedua aku Side Kick (2 keping)...pun tak der problem. Aku dah mula konfiden balik..lepas tu teknik2 lain Turning Kick,Jumping Back Kick, Jumping Side kick, Elbow , semuanya dengan sekali buat cuma Jumping High Kick sajer 2 kali try baru pecah. Kaki aku dah mula sengal2 dan kebas penangan Kayu Jelutong. Kaki aku dah injured sebelum ni masa aku buat Jumping Twin Kick masa demo last week.
Dalam pukul 6petang abis la semua items yang kitaorang kena perform. M.Chee pun start la tazkirah dia...dia komen la apa yang kitaorang dah buat tadi. Memang aku punya pattern teruk kena komen..tapi dia cover aku (aku rasa la..) dengan cakap dia tak pernah tengok aku lupa pattern cam ni..biasa aku tak cam ni. "alaaa.. dia nak jeck aku la tu.." .
Sampaila masa untuk annouce result.. Rasa penat, sakit tu tetiba jer hilang bila M.Chee announce .. “Sharifudin ..CONGRATULATIONS! YOU ARE NOW PROMOTED TO 1st Degree BLACK BELT..” .. Tak tau macamana aku nak gambar kan perasaan aku masa tu.. bangga ada, gembira ada..tapi yang pasti nya perasaan LAPAR tu yang paling aku rasa pasal aku tak makan dari tengahari tadi..
Balik rumah jer aku terus tido dengan seluar Taekwon-do aku ...sedar2 aku terasa badan aku sakit sangat . Sempat aku jeling jam kartun aku kat atas meja ...jarum kat pukul 2..
ishh baru pukul 2 pagi .....rasa macam dah lama tido..” ..aku cakap sorang2.
Terasa plak nak buang air..so aku pun turun la ke bawah ... “aikk ..tak kan pukul 2pagi dah terang?”...aku dah terasa pelik.
kalu nok makae, nasik ado atah mejo...lauk atah dapur tu..” ..la K.Ni (kakak ipar aku)ada kat bawah rupanya.
hari ni tak dok kelah ko?” ..dia tanya lagi ...
tak dok..err.. ado ..tapi terlepas doh...pukul berapo doh ni..? aku lak tanya dia..
tengok la jae tu ..pukul 2 doh..”
Laa.... dah pukul 2 petang hari Senin rupanya. Hangus kelas aku pagi tu. Kaki aku makin bengkak kat “ball of the foot” ...kesan dari Turning Kick & Jumping High kick agak nyer.. Terhencut2 aku ke jamban..lepas makan aku sambung membuta. Malam tu berdenyut-denyut kaki aku. 2 bijik panadol jadi teman tido aku malam tu...ishh tak kan sampai demam kot amik black..?? Malam tu aku mimpi aku pegi kelas Kalkulus dengan pakai black belt...

09 September 2005

Syira 1st Grading Test

Syira 1st Grading Test

“Syira dah hafal Sat-Ju Jirugi dah?”

dah bah ..senang jer..”

bah lepas talipinggang putih Syira boleh pakai merah tak?

“mana boleh merah..lepas putih kena pakai kuning dulu..”

amil nak..”

“tak payah..amil pakai jer talipinggang kakak tu..”

alaaaa...”

Anak dara aku yg 6 tahun ni dah tak sabar-sabar nak amik ujian pertama dia..si Syamil pun nampak kakak dia excited dia pun nak amik jugak. Mcm la dia tahu grading tu apa...
Hari Rabu 7hb September 2005 lepas Syira amik grading pertama dia. Aku yang jadi examiner malam tu..tapi ..entah la.. aku tetiba jadi nervous lak..macam aku lak yang nak amik grading. Aku punya expectation memang tinggi sgt kat Syira coz dia anak aku ..anak chief instructor DTA. Tu yang aku tak bagi amik grading selagi aku tak konfiden (..Syira dah 3 tahun pakai white belt). Aku jadi risau kot2 dia tak boleh perform malam tu.

saya Wan Nur Syahira ..errr

“binti ?”...Ali tambah

saya Wan Nur Syahira binti Sharifudin grade ...errr

“..sepuluh..”...Ali tolong lagi

grade sepuluh...errr

“..bersedia untuk diuji..” ..Ali support lagi..

bersedia untuk diuji..”

“SIR!”

SIR!” .... bab ni kuat betul Syira sebut...ni jer yg dia hafal kot.

lama jugak aku nunggu dia habis kan introduction tu.. tapi tak apa la kira OK la compare dengan yang ni ...

“saya..." Ali tolong start..

saya ...errr

“nama?”... Ali tambah

nama?’’ ..tang ni aku dah tergelak...

“..saya Muhammad Irfan ...” ..Ali pun dah tergelak tapi makin tekan suara dia..

saya Muhammad Irfan

“..bin..”

bin Muhammad Ali Khir..”

tu la Irfan ..anak si Ali...macam2 la yg aku dengar malam tu... sampaikan ada sorang tu dia sebut “sedia untuk di undi Sir!” ..apa ko ingat ni AF ke nak undi-undi .
At last malam tu Syira boleh buat Sat-Ju Jirugi , Satju-Makgi dan kicking teknik yang lain. Antara ramai yg amik mlm tu (5 orang jer..) Syira punya side kick jer kira betul dia punya turning position...tapi konsider dia yang paling lama so kira patut la.
Aku bagi semua pass malam tu..termasuk la Syira ..tak ada double promotion coz aku nak bebudak tu belajar banyak lagi. Tak ada apa2 yang nak dikejarkan. Anak2 Ali si Irfan & Syafiq pun pass jugak ...at least Syira ada member.
On the way balik dalam keta...

bah lepas ni Syira boleh pakai talipinggang merah tak?”

mana boleh abah cakap....lepas ni kena pakai calit kuning dulu..”

bah eta atak..” .... ada plak kereta volkswagen motong keta aku..






08 September 2005

Ulang tahun ke 50 TKD? UTM-GTF to ITF

Ulang tahun ke 50?? ITF kat UTM

Aku stop jap citer pasal kisah sejarah ni coz aku nak citer benda lain sikit hari ni.
Hari Ahad hari tu ialah hari sambutan ulangtahun ke-40 Seni Silat Cekak Hanafi , aku tak sempat nak ke Tasik TT wangsa hari tu . Teringin jugak nak tengok perhimpunan teramai ahli2 Silat Cekak kat sana. Masa baca paper pagi tu aku terbaca plak sajak yang ditulis oleh Aziz Deraman dalam Berita Minggu hari tu ..perkisahan Pendekar2 yg ditujukan ke Silat Cekak ni la. Aku tertarik dengan sajak tu ..bahasa sinis yang aku buleh ringkaskan mcam ni la... ilmu kita ni tak kekal dan kelebihan yg tuhan bagi pun tak kekal ..jurulatih buleh bertukar ganti anytime...
Aku respect ke Silat Cekak Hanafi ni coz boleh buat sambutan ulangtahun yang besar2-an . Aku terkenangkan seni aku ..kalau dikira dari tarikh 14hb September 1955 Taekwon-do di asaskan ..sekarang dah genap 50tahun. Tapi persatuan kat Malaysia ni still lagi berpecah belah. Aku jadi sedih ni pasal masa hari minggu tu jugak Master Chee call aku (mana tah dia dpt no baru aku ni??.) dia tanyakan pasal kelas TKD UTM KL, aku pun story la apa yang aku dah discuss dengan Rizal 2 minggu lepas. Dia terkejut coz ada orang bagitahu dia yang ITF tengah melobi HEP untuk take over PTKDUTMKL.
Sebenarnya 2 minggu lepas si Rizal (budak UTM) mintak advise aku pasal ITF nak take over kelas ni..aku pun suruh la dia pegi slow talk dgn HEP dan prepare surat ke HEP dan sebagainya ..aku ajar la cara nak settle dengan HEP biar GTF tak berkubur. Aku Actually PTKDUTMKL ni ada problem dengan instructor diaorang (yang takeover kelas ni dari Master Chee selepas aku grad). 2-3 student dia selalu dtg training curi-curi kat kelas DTA di Kolej Latihan Telekom dan curi2 join aktiviti camping & motivasi aku. Dan bulan lepas diaorang tetiba tanya aku “Sir .. kitaorang boleh tukar instructor tak?”. ..aku cakap “apsal lak tak boleh ..instructor tu keje dengan PTKDUTM..anytime PTKDUTM boleh tukar tapi nak kena proper inform HEP dan consult M.Chee la..”. Lepas pada tu aku tak dengar apa2 berita dari diaorang dan bila si Rizal call bagitahu ITF dah masuk tu aku betul2 frust.
Aku dapat tau ada committee yang originaly ITF dah buat surat ke ITF mintak datang dan siap buat surat ke HEP lagi inform pasal ITF. Pegawai HEP lak kebetulan member ke Instructor ITF tu terus je la setuju untuk amik ITF. Aku bukannya anti ITF dan aku welcome mana2 aliran nak bukak kelas tapi aku bengang dengan Instructor GTF yang buat kan budak tu cari alternatif. Kalau instructor tu bagus budak tak lari punya!..
Sekarang aku rasa kelas ITF tu dah start dah dan nasib baik kelas Ko-Kurikulum still lagi under GTF (Mr.Johnson Kong). Aku janji dengan M.Chee nak jumpa HEP jugak untuk slow talk pasal kelas. Tapi aku pelik ..mana pegi nya instructor diaorang untuk support aku? ..ada ka aku plak yang kena susah payah selamatkan kelas tu?..

06 September 2005

Master Chee Moon Piow

Master Chee Moon Piow
Aku mula kenal Master Chee masa aku join kelas kat UTMKL (dalam bulan Feb 1991). Sebelum tu aku cuma dengar nama dia jer. Actually Master Chee lah yang mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap kerjaya Taekwon-do aku. Dia ni jenis low profile dan bussiness minded person, dia ada kedai gambar kat bas stand Klang (Foto Iswara). Masa tu dia pakai Pajero tapi lepas tu dia tukar ke van Rusa dan pakai motor lak kehulu-kehuilir. M.Chee aku tengok suka sangat buat Pattern dan terus terang aku cakap, kalau tak kerana M.Chee sampai sekarang aku tak akan minat dengan Pattern ni. Aku tertarik dengan method M.Chee ngajar Pattern, dia suka guna pendekatan yang lain dari instructor2 aku yang lepas2. Bila dia ajar pattern jer baru aku nampak kepentingan Pattern ni. Nak tahu cam mana dia ajar kena la datang kelas aku..kat blog ni tak reti aku nak cakap.
M.Chee aku tengok suka sangat buat side kick gantung ..tu yang semua bebudak UTM kebanyakannya boleh hang side kick diaorang (yang jarang jugak aku jumpa instructor lain buat), tapi aku jarang tengok dia sparring (dengan student lagila tak pernah) cuma dia selalu ajar teknik sparring. So bagi aku yang jenis gila sparring ni terasa la jugak boring nyer kekadang tu. Satu lagi kelebihan orang tua ni ialah Twisting Kick dia..yang aku panggil “Twisting Kick Orang Cacat”..ye laa.. kalau orang normal tak boleh nak twist kaki macam dia. Aku betul2 respect kick dia yang stau ni coz aku tak jumpa lagi orang lain yang boleh buat Twisting Kick macam tu.


H-7 Pandan Jaya, Batalion ke-7 PPH & IPK
Aku selalu ke kelas M.Chee kat blok H7 Pandan Jaya, Batalion ke 7 PPH kat Jln Pekeling (sekarang dah tak der dah dah pindah ke Sabah) dan Ibupejabat Polis Kontijen, Jalan Pudu (masa tu kat tingkat 16) . Kat kelas PPH & IPK ni la aku kenal dengan ASP Kang, Abang Jaafar, Abg Hamid Yoga, Kamal, Segar dan beberapa orang abang2 polis lagi yang aku dah tak berapa ingat namanya. Yang seronoknya training dengan diaorang ni ialah diaorang ni semua jenis hati kering so kalau spar tu memang gerenti betul2 punya..aku memang tak pernah puas spar control2 ni so kalau dapat spar dengan diaorang terasa puas la sikit. Satu lagi self defense diaorang pun lain sikit...cukup minat aku kat self defense diaorang, ye la abg2 polis mestila self defense dia yang betul2 praktikal dan proven effective.
Satu lagi kelas yang jadi favourite aku ialah kelas kat Tgkt 10, Bangunan Bank Pembangunan, Jln Sultan Ismail. Kelas ni setiap hari Rabu, 5.30ptg dan dikendalikan oleh Rodzi Zakaria (sekarang aktif dlm ITF kat Ulu Langat). Yang sama dengan aku kat kelas ni ialah Agus,Lokman dan bebudak Hulu Langat si Su & Ana. Rodzi Zakaria ni sebenarnya senior aku la dan dia aktif kat area Ulu Langat. Kat sini la aku kenal dengan sorang lagi yang jadi member rapat aku iaitu Mat Noor . Mat Noor masa tu baru join Taekwon-do tapi semangat dia lain macam sikit. Cuma pembawakan dia yang aku tengok M.Chee macam tak berapa suka so banyak kali jugak la dia ni macam kena black list dgn M.Chee. Aku suka ke Bank Pembangunan ni coz kelas Taekwon-do ni di buat dlm gim so aku boleh main gim sekali la. Student masa tu tak ramai tapi seronok coz sama baya.
Bebudak ISK
Kat kampus KL suasana pembelajaran nya lain sikit, disebabkan kelas nya dekat so aku ada banyak masa untuk join aktiviti luar kampus. Masa kat tahun 2 (1991) ni aku lebih rapat dengan student ISK (Integrasi Sains Komputer) berbanding dengan bebudak SKE . Aku rapat dengan diaorang pun disebabkan Noordin jugak dan yang paling rapat dengan aku masa tu ialah Adik dan Jie. Weekend selalu jugak la kitaorang keluar jalan2 ke Bukit Bintang ke Pertama ke dan mana2 je la. Aku jarang keluar dengan member sekelas aku ..boleh bilang dengan jari berapa kali jer aku keluar dengan diaorang. Lain-lain budak ISK yang aku rapat ialah Zareen (sekarang jadi wife Zamani ..alaa member rapat aku kat Skudai tu..), Rose,Nurika dan Ju. Nurika ni black belt WTF masa kat UTM so kitaorang banyak involve sama dalam demo. Tapi aku cuma sempat kenal dia 2 semester jer kat UTM. Masuk sem 3 dia dah tak ada ..further study ke tempat lain lak. Masa tu ada satu filem yang aku cukup minat iaitu “Operation Scorpio “.
Selain dari Abg Ji..ada sorang lagi yang rapat dengan aku & geng Taekwon-do iaitu W.Yusri (member sekelas aku dari SKE tapi Presiden JURUTEK-Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik..). Yus ni pelik sikit ...dia ni first aku tengok semacam jer ..asyik berkepit dengan makwe dia (K.Eda ..skrg dah jadi wife dia)...dia dari diploma so kira tua sikit dari aku la ..kira matured sikit dari kitaorang la . Walaupun sekelas tapi aku tak berapa kenal dengan Yus ni sehinggalah bila aku repeat subject EMT (Electromagnetic Thoery) dengan dia baru la aku rapat dan dia lepas tu aku selalu tarik dia join aktiviti taekwondo termasuk la perkhemahan ke Pangkor & Langkawi (nanti aku cerita).
Aku masa tu amik dalam 22 kredit (kira banyak compare dengan U lain..) , so kelas normally dari 8pg ke 6ptg. Kelas 6ptg la yang selalu jadi mangsa coz aku nak rush ke kelas Taekwon-do. Biasanya masa ni kelas SJJ (Sains Kejuruteraan-Termodinamik..aaa.. tak suka aku!!).
Yus pulak boleh ngam dengan semua orang dan dia paling rapat dengan Doli (Abdullah) ..budak Ukur Bahan ...member rapat aku dari Skudai yang lepas grad dok dengan aku dan abang aku kat Setapak. Doli ni dulu memang Taekwon-do punya fighter dari Skudai dan selalu dengan aku join taournament . Maybe aku ni muka welfare kot coz lepas grad jer mesti ada yang tumpang tinggal dengan aku. Si Zamani pun sama lepas dia grad.