13 September 2005

"You're now promoted to 1st degree Black Belt...."

Black Belt Grading
"U dah ready nak ambil black" ... tanya M.Chee satu hari tu kalau tak silap dalam bulan Disember 1990.
"Black belt Sir!?..ishh tak confiden saya Sir ..." ..aku meng low profile kan diri..padahal dalam hati YES!!! M.Chee dah offer aku.
"U dah boleh dah , teknik semua dah OK ...dah lama sangat dah U pakai Black Tip kan?".. M.Chee tanya aku lagi.
"Ye la Sir..saya dah pakai Black Tip ni dari June 1988..dah 2 setengah tahun dah.
"OK la ..U prepare USD50.00 dan practise betul2 , I buat grading untuk U somewhere dalam bulan February tahun depan.."
"February tahun depan ..err.. OK..OK Sir nanti saya prepare duit tu."
....ishhh ..mana aku nak cekau duit USD50 (lebih kurang RM150 duit masa tu) ni?....Nak pinjam dengan abang Zainal aku ..malu aahh ..dah la numpang rumah dia.
Dalam aku pening nak cari duit tu tetiba aku dapat Memo bagitahu duit pinjamam JPA untuk semester Disember 90/91 akan dibank-in dalam pertengahan Januari ni. So bila dah bank-in jer cepat2 tukar USD50.00 (kat Perwira Habib Bank dalam kampus UTM KL ) before duit tu abis kelain.
Master Chee bagitahu aku kena amik grading dengan 3-4 orang lagi kat IPK . Yang amik grading dengan aku masa tu ialah Azri (sekarang ni kat R&D PERODUA). Azri ni muda dari aku sikit dan aku kenal dia pun masa training kat Pandan Jaya. Untuk grading ni aku memang tengah fit dan aku tak risau langsung dengan stamina, pattern dan skill sparring aku cuma aku tak berapa konfiden dengan breaking.
Ahad 10hb Februari 1991-sampai masa nak grading aku pun pegila ke IPK sorang2 dengan kapcai aku sambil bawak 20keping papan untuk breaking. Master Chee cakap grading tu dalam pukul 2ptg kat Tingkat 16 IPK. Tapi dalam pukul 1ptg aku dah sampai dah kat IPK. Bukan apa aku takut terlewat. Sampai2 aku dengan konfidennya terus la ke lif utk ke tgkt 16 ..tekan punya tekan butang tu tak nyala2 lampunyer...”ishh apsal lak ni...?” ..aku dah tak sedap dah.
dik..api tak ada..lif tak boleh pakai..” sorang akak beruniform yang perihatin datang kat aku.
adik nak pegi mana?..”.. tanya akak tu lagi.
ke tingkat 16 jer kak...bila api ada kak? “ ..aku tanya balik akak tu..
"ntah la...biasanyer sampai petang ....."
Ciss... tak kan aku nak menapak ke tgk 16.. dah la nak kena bawak 20 keping papan untuk breaking lagi.Nak tak nak terpaksa la aku menapak. Dalam 15 minit jugak la baru la aku sampai ke tgkt 16. Basah jugak la underwear aku ..berpeluh sampai kekelangkang aku masa sampai kat atas tu. Rupa2nya dah ramai yang sampai. Abang2 Batallion 7 dah pun sampai..aku tengok abg Kamal, Jaafar, Segar dan 2-3 orang lagi yang biasa aku jumpa tengah warm up. Chan Boon Chow pun ada ...(saper lak dia ni?..aku paling suka tengok side kick dia..solid.. lama dah aku tak nampak dia..)
Masa tengah warm up Azri pun sampai dan aku macam biasa terus buat pattern aku...yang aku konfiden giler buleh buat punya. Master Chee sampai dlm pukul 2 dan dia terus start grading untuk color belt. Aku & Azri punya turn dalam pukul 3.30ptg baru start. Aku pun start la buat Hwa-Rang, Choong-Moo dan 2-3 pattern bawah lagi. Tapi masa aku buat Choong-Gun aku boleh blank ...sampai kena 3 kali ulang, Master Chee bagi lagi peluang aku buat pattern Yul-Gok ..pun aku blank masa tinggal suku lagi pattern tu. Master Chee dah mula hot dan dia suruh aku pilih mana2 pattern yang aku nak buat. Aku pun pilih la Do-San ... PUN aku lupa step yg last2!! Cinabeng betul..tak pernah lagi aku lupa pattern cam ni!. Si Azri yang tak konfiden Pattern pun boleh buat semua pattern. Mungkin aku over confident kot. Ni la kalau dah konfiden sangat.
Sparring aku kena dalam 7 round, round pertama dengan 2-3 orang Red Belt termasuk la si Azri tu , round ke-2 dengan abang2 polis (Black Belt), sampai bab ni aku dah mula pancit dan aku tengok abang2 polis tu bukannya nak control...memang semuanya macam nak belasah aku jer ..tak der kontrol langsung..(lepas aku berpeluang jadi partner untuk grading black barula aku tahu...black belt ni tak boleh kontrol langsung..kalau M.Chee nampak kita control siap la kena push up), diaorang ni memang kena “TEST” aku betul2. Dah habis 6 round M,Chee suruh buat 2 lawan satu pulak...cinabeng ! ..aku dah tinggal nyawa2 katak lagi dah ni...aku rasa macam lidah aku dah cecah ke lantai dah. Aku nasib baik masa 2 lawan satu M.Chee panggil budak Blue belt + dengan black belt “kecik” jadi lawan aku, so aku tak la kena belasah sangat.
Bila nak buat breaking aku dah mula gabra...takut tak pecah. Teknik pertama aku kena buat ialah hand teknik ..aku pilih favourite aku “knife hand” ..”PRAPPP!” ..tak der problem, teknik kedua aku Side Kick (2 keping)...pun tak der problem. Aku dah mula konfiden balik..lepas tu teknik2 lain Turning Kick,Jumping Back Kick, Jumping Side kick, Elbow , semuanya dengan sekali buat cuma Jumping High Kick sajer 2 kali try baru pecah. Kaki aku dah mula sengal2 dan kebas penangan Kayu Jelutong. Kaki aku dah injured sebelum ni masa aku buat Jumping Twin Kick masa demo last week.
Dalam pukul 6petang abis la semua items yang kitaorang kena perform. M.Chee pun start la tazkirah dia...dia komen la apa yang kitaorang dah buat tadi. Memang aku punya pattern teruk kena komen..tapi dia cover aku (aku rasa la..) dengan cakap dia tak pernah tengok aku lupa pattern cam ni..biasa aku tak cam ni. "alaaa.. dia nak jeck aku la tu.." .
Sampaila masa untuk annouce result.. Rasa penat, sakit tu tetiba jer hilang bila M.Chee announce .. “Sharifudin ..CONGRATULATIONS! YOU ARE NOW PROMOTED TO 1st Degree BLACK BELT..” .. Tak tau macamana aku nak gambar kan perasaan aku masa tu.. bangga ada, gembira ada..tapi yang pasti nya perasaan LAPAR tu yang paling aku rasa pasal aku tak makan dari tengahari tadi..
Balik rumah jer aku terus tido dengan seluar Taekwon-do aku ...sedar2 aku terasa badan aku sakit sangat . Sempat aku jeling jam kartun aku kat atas meja ...jarum kat pukul 2..
ishh baru pukul 2 pagi .....rasa macam dah lama tido..” ..aku cakap sorang2.
Terasa plak nak buang air..so aku pun turun la ke bawah ... “aikk ..tak kan pukul 2pagi dah terang?”...aku dah terasa pelik.
kalu nok makae, nasik ado atah mejo...lauk atah dapur tu..” ..la K.Ni (kakak ipar aku)ada kat bawah rupanya.
hari ni tak dok kelah ko?” ..dia tanya lagi ...
tak dok..err.. ado ..tapi terlepas doh...pukul berapo doh ni..? aku lak tanya dia..
tengok la jae tu ..pukul 2 doh..”
Laa.... dah pukul 2 petang hari Senin rupanya. Hangus kelas aku pagi tu. Kaki aku makin bengkak kat “ball of the foot” ...kesan dari Turning Kick & Jumping High kick agak nyer.. Terhencut2 aku ke jamban..lepas makan aku sambung membuta. Malam tu berdenyut-denyut kaki aku. 2 bijik panadol jadi teman tido aku malam tu...ishh tak kan sampai demam kot amik black..?? Malam tu aku mimpi aku pegi kelas Kalkulus dengan pakai black belt...

No comments: