15 September 2005

ITF-WTF-GTF

ITF-WTF-GTF ...kenapa eark?


Jam baru pukul 7.15am... bukak jer PC kat opis aku terus aku bukak Sidekick ...waaa dah 636 visitor!!? Malam tadi kalau x silap baru 570 lebih. Ada satu komen dari..cik arcahijau ni..tanyakan pasal perbezaan ITF (International Taekwondo Federation)-WTF(World Taekwondo Federation)-GTF(Global Taekwondo Federation). So pagi ni aku terpanggil ..(cisss.. ayat kabinet ) ... untuk buat entry pasal perbezaan ni la.

Aku macam yg aku dah cerita ..bermula dengan ITF (International Taekwondo Federation). Err...aku rasa baik aku mula dengan sejarah TKD ni dulu la....details aku tengah siapkan dalam official website aku ..
www.dinstaekwondo.com .
11hb April 1955, Taekwondo ditubuhkan (diberi nama rasmi sebenarnya..) before tu Grandmaster Jeneral Choi Hong Hi (arwah dah orang tua ni..) dah start mengajar Taekwondo tapi dia confuse lagi nak bagi nama aper coz dia combine Taekyun & Karate campur sikit2 kuntau jawa yg atuk dia ajar (jgn ikut....yg ni aku yg tambah..). Jen Choi mula mengajar seni ni masa dia jadi askar Korea dan lepas Taekwondo diberi nama , Korea Taekwondo Association pun ditubuhkan (1959) ...ye laa ..Taekwondo nak kena ada emak jugak..so KTA pun jadi la official body yg mengawal aktiviti TKD di Korea.
1962, Jen Choi ditugaskan ke Malaysia jadi Duta Besar Korea. Korang tau tak apsal Jen Choi sedap2 jadi Jeneral tetiba dihantar jauh ke Malaya? Mestila korang tak tau pasal korang tak amik subjet UKM 1081/1091 yg aku ajar ..tak pun korang tak fokus masa aku ngajar...pas tu masa test plak bawak toyol ..mana nak berkat belajar!?.
OK...sebenarnya masa jadi Jeneral kat Republik Of Korea (masa tu takder Korea Selatan & Utara lagi), ada sorang lagi Jeneral iaitu Jen Park Chung Hee yang tak berapa ngam dengan Jen Choi. dan mama’ ni pulak dia punya pengaruh lagi besar dlm army (lebih kurang 80%-90% askar Korea sokong dia..tak tau la apsal ..dia lagi hensem dari Jen Choi kot..tak punya dia punya aura macam Mawi ..werld punya). Dalam bulan May 1961 dia dilantik jadi ketua dan take incharge hampir semua army kat Korea. Jen Choi yang memang tak sebulu dengan mama' ni memang tak boleh terima dia ni sebagai ketua so Jen Choi pun start la plot nak jatuhkan mama’ ni. Jen Park ni plak dapat tau si Jen Choi tengah buat plot nak jatuhkan dia so dia pun buat langkah drastic untuk habis kan si Choi ni. Tapi Jen Choi punya aura pun buleh tahan jugak kat kerajaan ROK ni so tak boleh la si Park nak jatuhkan dia , cuma yang dapat dia buat ialah buang jauh2 Jen Choi dari ROK. Diaorang pun cadangla nak hantarkan Jen Choi ke tempat dimana tak der orang tau...jeng-jeng-jeng ..korang tau tak dalam beratus negara terpencil yg ada kat dunia ni ..kerajaan Korea terpaksa pilih negara yg kecil dan berbentuk ubi kayu (dalam peta ..ni pun aku yg tambah..jgn memandai2 nak plagiat plak..) ..iaitu MALAYA ..ha..ha..ha.. dia orang sajer nak kena kan Jen Choi..
Actually niat sebenar kerajaan Korea (atau pun Jen Park sebenarnya..) ialah untuk mengurangkan (atau bahasa orang kampung aku “eliminate”..) ancaman Jen Choi kat atas dia la. So bila dia dah kat Malaya, tak der la lagi risiko ancaman dari Jen Choi dan kerjaya Jen Choi sebagai tentera pun kira finish la .
Ishhhh... sebenarnya panjang lagi sejarah ni... aku teruskan nanti ada yang tertido lak kan so aku akan stop dulu kat sini..nanti next entry aku sambung.

Perbezaan ITF-WTF-GTF
ehmmm.. macamana aku nak start ni.. aku rasa aku akan cerita kan perbezaan dari segi nama, teknikal, pattern, sparring,tournament,konsep dan methodology masing-masing. Tapi ni pandangan dari pengalaman aku sajer...pendapat aku ni berteraskan pengalaman dan teladan ..tak wajib betul harus salah..(Dr Tuah punya ni..he..he..).

ITF ditubuhkan pada 1966 dan Jen Choi Hong Hi dilantik jadi presiden pertama. 1972 HQ ITF dipindah kan ke Toronto Canada (negara berkecuali..).
WTF pulak ditubuhkan oleh kerajaan ROK dlm tahun 1972 (tolong betulkan fakta aku ..kalau silap..). HQ kat Korea Selatan. Secara amnyer.. WTF ni Korea Selatan, ITF Korea Utara .
GTF pulak ditubuhkan pada 1991 oleh Grandmaster Park Jung Tae (orang kanan Jen Choi masa awal2 penubuhan TKD) . HQ GTF kat 6-2400 Dundas Street West #404 Mississauga, Ontario, Canada .
ITF pattern ada 24 dari Chun-Ji sampai Tong-Il (completed semua pattern dlm tahun1963). WTF ada 19 ..nama aku tak ingat ..tapi diaorang panggil Tae-Guk & Poems. GTF pattern pun 24 dan sama cam ITF cuma Ju-Che diganti dengan Ko-Dang dan ada lagi beberapa pattern baru ganti yg ITF . Tapi lebih kurang jer.
Teknikal – aku nak explain dalam bentuk text susah wooii!.. lebih kurang cam ni la..basic dia ITF & GTF guna sin-wave (knee motion to increase power ) bila nak block atau punch , WTF tak percaya ke benda ni semua so diaorang guna lateral motion (tapi power pun ada la..) .. Kicking teknik ada beberapa kelainan, contoh nyer Turning Kick..WTF dia pakai in-step , ITF & GTF pakai ball of the foot (tapi utk sparring pakai instep jugak), turning WTF tak berapa turn sangat, ITF & GTF lutut kena 45degree, back kick lak kalau ITF & GTF diaorang buat Back Trust, WTF back kick dari bawah..lagi laju la kalau sparring. Teknik2 lain labih kurang je. Side kick ada lain jugak tapi aku confuse coz aku tengok WTF bawah MTA (bekas) lain dari yg kat Kukiwon tu ...kat sana sama jer dengan ITF & GTF tapi yang bebudak WTF sini buat ada lain sikt so aku tak nak komen apa-apa la.
ITF & GTF sparring wajib pakai hand glove,leg glove dan head glove. WTF pakai body vest dan head gear. Secara teori dia..ITF & GTF cover attacking tool, WTF covered target area to be attacked. But my 50cent opinion...if we want to cover all target area..we need to wear protective gear all around our body, (..and we will become a Ninja Turtle”..jgn marah yea WTF ..). In instant we can minimize the impact of the attack by covering our attacking tools!. Dengan bahasa Jawanyer.. kalau nak soften kat impac tu tak perlu la nak letak padding kat semua tempat..cukupla kita cover jer tangan yang nak punch dan kaki yang nak kick tu.
Tournament ..ITF & GTF satu round @ 2 round selama 1min satu round. WTF 3 round dengan 3min satu round! ..stamina WTF lebih lagi la kot?.
Methodology – ITF & GTF claim untuk self defanse + fitness , WTF lebih ke sport. Tapi sebenar nya terpulang ke instructor masing..masing. Ada jugak WTF aku tengok buat self-defense . Cuma bagi aku, self-defense kita kena ajar dari day –1 budak tu join TKD. Bukannyer nak tunggu black belt ke dulu baru nak ajar. Sport bagi aku sebab WTF dah lama bawah MOM so peluang utk wakil Malaysia ke Sukan SEA & Olimpik tu terbuka luas. ITF & GTF bukan nyer tak boleh dan Kementerian Belia dan Sukan tak pernah cakap cuma WTF jer yang boleh wakil Malaysia. Cuma kalau dah board of Instructor tu semua dari WTF , tak kanla diaorang nak pilih wakil ITF @ GTF kan?. Lagipun katanyer la Olimpik cuma ikhtiraf Kukiwon punya black belt ...ITF & GTF mana ada cert Kukiwon kan ? Tapi tak kan kiter tak boleh ader kan?..he..he..
ITF & GTF pun ada diaorang punya world tournament masing2 dan sama jer pengikhtirafan yang diaorang dapat cuma tak dikira utk anugerah sukan jer.
MTA dah dibatalkan pendaftarannya dengan Pesuruhjaya Sukan so sekarang ni WTF tak ada badan berdaftar la yang "menjaga" aktiviti WTF kat Malaysia ni. ITF bawah ITFM dan GTF bawah MGTF. Semuanya ada group dan masalah dalaman masing2 dan aku tak nak komen apa2 kat sini ..nak tau details kita jumpa off record kat kedai mamak.
In Summary..pengasas Taekwondo tetap Jen Choi Hong Hi dan ITF,WTF & GTF ada dia punya Presiden dan Grandmaster masing2. Kat Malaysia ketiga-tiga ni diikhtiraf dibawah Akta Sukan.

pukul 8.45pagi ....

Din jumpa saya kejap!..”

Jap bos..saya save kan dulu report ni..”

Kamu pagi2 lagi dok ngadap PC ni..tak siap lagi ke report semalam?”

Belum bos..banyak lagi ammendment nak kena buat

Sidekick tu ammendment apa ke jadahnyer?”

PENGG!!” ...

...tobat aku tak nak update lagi blog masa opis hour... Cinabeng ko TOC (admin monitoring system kat MIS tu...) ..




3 comments:

Anonymous said...

hak3,,,,nice blog..tp sir,tlg jgn hina wtf sngt...bg saya,lg lawak kalu pkai kasut besar ngan tgn besar time sparring,,,(gtf jgn marah yer)..ninja turtle nice tp kalu cam mc donald(kasut bsar)??tu je....sori sir coz skit kurang ajar tp sy mdah 'panas',,walaupapepun,itf n wtf same je..sy blaja 2-2..but most prefer wtf...gtf blaja ngan ex-sarjan hashim(kulim)..kalu sir knl,kim slm la ek....

my wife my femdom free stories said...

Do you understand. She began to moan softly as his finger went inside her.
nifty erotic stories archive n
milf incest stories
stories taboo sex stories free
big tits fuck stories
lesbian massage stories
Do you understand. She began to moan softly as his finger went inside her.

ZEBY said...

Sayang Juche diganti dengan Kodang..... Juche hebat