06 September 2005

Master Chee Moon Piow

Master Chee Moon Piow
Aku mula kenal Master Chee masa aku join kelas kat UTMKL (dalam bulan Feb 1991). Sebelum tu aku cuma dengar nama dia jer. Actually Master Chee lah yang mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap kerjaya Taekwon-do aku. Dia ni jenis low profile dan bussiness minded person, dia ada kedai gambar kat bas stand Klang (Foto Iswara). Masa tu dia pakai Pajero tapi lepas tu dia tukar ke van Rusa dan pakai motor lak kehulu-kehuilir. M.Chee aku tengok suka sangat buat Pattern dan terus terang aku cakap, kalau tak kerana M.Chee sampai sekarang aku tak akan minat dengan Pattern ni. Aku tertarik dengan method M.Chee ngajar Pattern, dia suka guna pendekatan yang lain dari instructor2 aku yang lepas2. Bila dia ajar pattern jer baru aku nampak kepentingan Pattern ni. Nak tahu cam mana dia ajar kena la datang kelas aku..kat blog ni tak reti aku nak cakap.
M.Chee aku tengok suka sangat buat side kick gantung ..tu yang semua bebudak UTM kebanyakannya boleh hang side kick diaorang (yang jarang jugak aku jumpa instructor lain buat), tapi aku jarang tengok dia sparring (dengan student lagila tak pernah) cuma dia selalu ajar teknik sparring. So bagi aku yang jenis gila sparring ni terasa la jugak boring nyer kekadang tu. Satu lagi kelebihan orang tua ni ialah Twisting Kick dia..yang aku panggil “Twisting Kick Orang Cacat”..ye laa.. kalau orang normal tak boleh nak twist kaki macam dia. Aku betul2 respect kick dia yang stau ni coz aku tak jumpa lagi orang lain yang boleh buat Twisting Kick macam tu.


H-7 Pandan Jaya, Batalion ke-7 PPH & IPK
Aku selalu ke kelas M.Chee kat blok H7 Pandan Jaya, Batalion ke 7 PPH kat Jln Pekeling (sekarang dah tak der dah dah pindah ke Sabah) dan Ibupejabat Polis Kontijen, Jalan Pudu (masa tu kat tingkat 16) . Kat kelas PPH & IPK ni la aku kenal dengan ASP Kang, Abang Jaafar, Abg Hamid Yoga, Kamal, Segar dan beberapa orang abang2 polis lagi yang aku dah tak berapa ingat namanya. Yang seronoknya training dengan diaorang ni ialah diaorang ni semua jenis hati kering so kalau spar tu memang gerenti betul2 punya..aku memang tak pernah puas spar control2 ni so kalau dapat spar dengan diaorang terasa puas la sikit. Satu lagi self defense diaorang pun lain sikit...cukup minat aku kat self defense diaorang, ye la abg2 polis mestila self defense dia yang betul2 praktikal dan proven effective.
Satu lagi kelas yang jadi favourite aku ialah kelas kat Tgkt 10, Bangunan Bank Pembangunan, Jln Sultan Ismail. Kelas ni setiap hari Rabu, 5.30ptg dan dikendalikan oleh Rodzi Zakaria (sekarang aktif dlm ITF kat Ulu Langat). Yang sama dengan aku kat kelas ni ialah Agus,Lokman dan bebudak Hulu Langat si Su & Ana. Rodzi Zakaria ni sebenarnya senior aku la dan dia aktif kat area Ulu Langat. Kat sini la aku kenal dengan sorang lagi yang jadi member rapat aku iaitu Mat Noor . Mat Noor masa tu baru join Taekwon-do tapi semangat dia lain macam sikit. Cuma pembawakan dia yang aku tengok M.Chee macam tak berapa suka so banyak kali jugak la dia ni macam kena black list dgn M.Chee. Aku suka ke Bank Pembangunan ni coz kelas Taekwon-do ni di buat dlm gim so aku boleh main gim sekali la. Student masa tu tak ramai tapi seronok coz sama baya.
Bebudak ISK
Kat kampus KL suasana pembelajaran nya lain sikit, disebabkan kelas nya dekat so aku ada banyak masa untuk join aktiviti luar kampus. Masa kat tahun 2 (1991) ni aku lebih rapat dengan student ISK (Integrasi Sains Komputer) berbanding dengan bebudak SKE . Aku rapat dengan diaorang pun disebabkan Noordin jugak dan yang paling rapat dengan aku masa tu ialah Adik dan Jie. Weekend selalu jugak la kitaorang keluar jalan2 ke Bukit Bintang ke Pertama ke dan mana2 je la. Aku jarang keluar dengan member sekelas aku ..boleh bilang dengan jari berapa kali jer aku keluar dengan diaorang. Lain-lain budak ISK yang aku rapat ialah Zareen (sekarang jadi wife Zamani ..alaa member rapat aku kat Skudai tu..), Rose,Nurika dan Ju. Nurika ni black belt WTF masa kat UTM so kitaorang banyak involve sama dalam demo. Tapi aku cuma sempat kenal dia 2 semester jer kat UTM. Masuk sem 3 dia dah tak ada ..further study ke tempat lain lak. Masa tu ada satu filem yang aku cukup minat iaitu “Operation Scorpio “.
Selain dari Abg Ji..ada sorang lagi yang rapat dengan aku & geng Taekwon-do iaitu W.Yusri (member sekelas aku dari SKE tapi Presiden JURUTEK-Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik..). Yus ni pelik sikit ...dia ni first aku tengok semacam jer ..asyik berkepit dengan makwe dia (K.Eda ..skrg dah jadi wife dia)...dia dari diploma so kira tua sikit dari aku la ..kira matured sikit dari kitaorang la . Walaupun sekelas tapi aku tak berapa kenal dengan Yus ni sehinggalah bila aku repeat subject EMT (Electromagnetic Thoery) dengan dia baru la aku rapat dan dia lepas tu aku selalu tarik dia join aktiviti taekwondo termasuk la perkhemahan ke Pangkor & Langkawi (nanti aku cerita).
Aku masa tu amik dalam 22 kredit (kira banyak compare dengan U lain..) , so kelas normally dari 8pg ke 6ptg. Kelas 6ptg la yang selalu jadi mangsa coz aku nak rush ke kelas Taekwon-do. Biasanya masa ni kelas SJJ (Sains Kejuruteraan-Termodinamik..aaa.. tak suka aku!!).
Yus pulak boleh ngam dengan semua orang dan dia paling rapat dengan Doli (Abdullah) ..budak Ukur Bahan ...member rapat aku dari Skudai yang lepas grad dok dengan aku dan abang aku kat Setapak. Doli ni dulu memang Taekwon-do punya fighter dari Skudai dan selalu dengan aku join taournament . Maybe aku ni muka welfare kot coz lepas grad jer mesti ada yang tumpang tinggal dengan aku. Si Zamani pun sama lepas dia grad.

No comments: