30 August 2005

Jalan Rejang, Setapak

Tahun : 1991
Lokasi: Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Kampus Jalan Gurney
Start dari semester ke 3, kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang aku ambik terpaksa berpindah ke Kampus Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak). Bila dapat tahu aku nak kena pindah ke KL, cuti tu aku tak balik KB tapi terus ke rumah abang Zainal aku kat Taman Dato Senu. Masa tu abang aku kerja bengkel kat stesen minyak BP Jalan Maharajalela (sebelah bangunan FAM dekat dgn stadium ..). Masa tu owner dia aku panggil Abg.Din jer ..aku suka lepak kat situ sebab dapat belek keta mewah dia ..ada 2 bijik Porche dan 5-6 bijik keta antik (ada pakai dalam filem Kolej 56..abg aku pun ada enter prem dlm filem tu jadi drebar..).Aku memang pernah kerja part time kat bengkel ni tolong abang aku kat bengkel dia , masa tu pandaila aku jugak tukar-tukar gear box keta. Aku ke sana coz nak survey penginapan dan kampus aku nanti.
Bila start jer semester ke-3 aku kat UTM aku dapat penginapan kat dorm dengan 24 orang budak lain. Apa daaa... bilik dorm lagi teruk dari hostel sekolah Teknik aku. Kat sekolah pun 8 orang ajer satu dorm ..ni 24 orang! pas tu atas kantin lak tu..lalu jer bau kari satu badan. Aku cuba cari-cari rumah kat Kg. Dato Keramat dan Setapak Jaya (kat Jalan Rejang) , last-last jumpa la satu rumah setinggan tu kat Lorong Kiri 19 no 119 (sama cam no bilik aku dulu). Aku pun menyewala dengan member Kelantan aku ..biasala orang Kelantan. Member serumah aku masa tu ialah Mohyideen (Mat Din), Razi Zahari (Roji),Khairul Anuar (Keyol), Azmi (Jemi Genting) dan Kamaruddin (budak Trg.). Rumah tu sebenarnya satu rumah jer tapi memanjang ke belakang so tuan rumah tu buat 3 rumah lain lagi kat belakang tu (saiz bilik jer sebenarnya..). Sebelah rumah aku ialah rumah satu couple Indon dengan anak kecik diaorng dan belah kanan lak (rumah aku tengah-tengah) tinggal satu family semua pompuan (aku tak pernah nampak kelibat lelaki kat rumah tu)..kat rumah tu tinggal la satu family dgn mak dia, kakak dia dia dan adik dia. “Dia” tu sape..he..he.. dia tu budak form 6 (nanti aku cerita....he..he..), kakak dia aku tengok macam dah kahwin tapi ntah la...tak tanya lak aku.
Aku masa tu dah pakai motor kapcai Honda C-70 AAR 3491 kaler coklat.. he..he.. nostalgia beb. Aku beli dgn duit biasiswa aku sendiri ni. So hari-hari aku ke kuliah dgn motor ni la ..dekat jer dalam 5 minit dah sampai kampus.
Persatuan Taekwon-do UTM KL
Aku dah kenal persatuan ni dari masa aku kat Skudai lagi cuma tak pernah jumpa dengan exco-exconya lagi. Masa tu Presiden nya ialah Chong Ming Chung dan secretarynya Ghazali (ni antara the best exco yang aku pernah jumpa). Masa ni la Perlembagaan Persatuan terpaksa dirombak disebabkan oleh perpindahan pelajar ke Skudai. Masa tu bilik persatuan kat tingkatan atas berdekatan dengan Fakulti Sains Komputer. Kitaorang share dengan persatuan lain seperti JURUTEK,Silat Cekak,dan macam2 persatuan lain lagi la. Aku memang selalu lepak kat bilik ni masa lunch atau masa tak ada kelas.
Walaupun aku baru kat kampus ni tapi disebabkan aku senior so aku mudah nak masuk dengan exco-exco PTKDUTMKL ni dan aku tengok kat kampus KL ni environment dia lain sikit. Persatuan Pelajar labih mesra alam...tak macam kat Skudai, tu sebab aku dengan Cekak boleh ngam. Kat KL ada lagi persatuan Seni iaitu Seni Silat Gayong Malaysia..pun aku ngam. Kalau hari Sabtu tu kitaorang TKD & Gayong train sebelah menyebelah kat OMSE.
Kelas kat UTM KL kita orang buat kat foyer OMSE (Oditorium Muzium Sains Elektrik) setiap hari Sabtu & Rabu. Instructor masa tu ialah Master Chee Moon Piow (5th Dan masa tu), assistant yang selalu datang ialah Mr.Johnson Kong ,Mr.Low Kar Weng, Rodzi Zakaria dan beberapa abang2 polis dari Batalion ke 7 PPH. Kat UTM ni Taekwon-do dikira sebagai antara persatuan yang aktif dan kita orang selalu fight (dari segi aktiviti la..) dengan Persatuan Silat Cekak dan Gayong.
Kat UTM KL aku agak rapat dengan Persatuan Silat Cekak ..tak macam kat Skudai. Tiap2 kali lepas training aku dan geng-geng Taekwon-do akan makan ramai-ramai kat Gerai tepi Jalan Semarak (gerai favourite kitaorang masa tu gerai Abg Long..) sekarang pun ada lagi tapi nama dah tukar dah jadi Medan Selera Semarak dan dah lebih kemas dah berbanding dulu
Kat UTM KL ni la aku mula rapat dengan Noordin Khalid. Dia ni dah join Taekwon-do dari kat Skudai lagi tapi aku tak berapa kenal..(biasa la ..orang kenal aku ..tapi aku tak berapa kenal orang..). So bila dah start training sama dan minat dia pun sama , kitaorang pun mula rapat. kebetulan pulak bila abang Zainal aku berpindah ke Setapak Jaya, aku pun dok la rumah dia dan Noordin masa tu memang menyewa kat belakang rumah abg aku (Jalan Rejang) ni so kitaorang kira berjiran la. Masa tu la aku agak rapat dengan geng2 rumah Noordin macam si Naza, Arman, Kamal dan 2-3 orang lagi budak Komputer.
Aku boleh masuk dengan Noordin & geng-geng rumah sebab minat kitaorang pun sama iaitu minat kat martial art. Sampaikan aku kalau boring2 tak boleh tido aku pegi la rumah Noordin ajak sparring kat gelanggang takraw tepi rumah kitaorang tu kadang-kadang pukul 2pagi pun kitaorang sparring sampaikan jiran-jiran ingatkan kitaorang tengah bergaduh. Nasib baik tak ada polis datang.

No comments: