25 August 2005

1st Injury

Masuk wad 3 hari
Aku bila sekali sekala balik cuti ke kampung tak pernah miss ke kelas Tn.Yusof kat bandar KB. Kelas dia biasanya malam dan ni la masanya aku nak jumpa member2 lama masa kat SIC dulu. Bapak aku sepanjang aku join TKD ni tak pernah melarang atau pun tanyakan apa-apa pasal aktiviti aku ni. Cuma ada sekali masa aku balik cuti semester masa semester pertama aku, aku baru sampai dari Skudai (aku sampai pagi tu ...) , malam tu aku tengah siap-siap nak ke gim Tn Yusof bila bapak aku tetiba tanya aku ..”Malam ni tak pergi Taekwon-do tak boleh ke?”..aku lak dengan selambanya jawab.. ”tak boleh...orang dah lama tak training ni..” sambil angkat beg dan terus pegi kelas. Masa kat kelas tu Tn.Yusof buat sparring dan aku kena spar dengan sorang member aku.
Masa spar tu aku gelak-gelak jer coz spar dengan member. Tetiba “KELEPAP” tepat kat muka aku singgah satu turning kick. Boleh tahan kuat nya ..berpinau mata aku dan terus kebas belah kiri muka aku. Sedikit-sedikit aku mula rasa sakit kat belah kiri muka aku dan mata aku jgn cakapla dah jadi merah mcm mata ikan jaket kat hostel aku (ikan dah expired..). Member aku yang lain terus papah aku ke kerusi dan ada yang bawakkan ais. Makin aku letak ais makin sakit aku rasa. Tn Yusof tengok aku lain macam so dia suruh bawak aku ke hospital. Aku tak ingat saper yang bawak aku ke Hospital Besar Kota Bharu tapi dalam 2 jam jugak la aku dok dalam bilik kecemasan tu dengan sebelah muka aku dah jadi besar baldi. Dalam pukul 12.30pg baru la ada doktor (entah-entah attendan kot coz baju putih jer yang aku nampak..) yang datang dan lepas check ala kadar dia suruh masuk wad.
Aku pun dimasuk kan la ke wad tu dengan muka yang semakin bengkak dan berdenyut-denyut. Malam tu aku tak boleh tidur..tak tahan sangat aku panggil nurse bagitahu aku tak tahan sakit kat muka aku ni. Nurse tu mungkin kesian kot so dia pun bagi satu injection ..lepas tu baru la aku dapat tidur. Besok tu pagi-pagi aku tengok dah ramai kat katil aku.. muka aku masih lagi sengal-sengal. Bapak aku pun ada dan dia macam biasala..tak cakap sepatah pun..marah tak sedih pun tak . Mak aku yang macam dah nak nangis terus cakap ..”haa.. tu la orang tak bagi pergi dia pergi jugak”.. eh bila pulak bapak aku tak bagi aku pergi ..dia cuma tanya jer malam tadi. Rupa-rupanya aku yang tak paham..bapak aku dah terasa tak sedap tu yang dia tanya tu So sejak hari tu aku belajar satu jer..kalau orang tua tanya lain macam jer jangan la buat..kot jadi apa-apa.
Lepas aku di X-Ray doktor kata cheek bone aku belah kiri patah so aku kena operation. Aku tak la terkejut sangat tapi bila dengar operation tu cuak sikit la. Petang tu aku sekali lagi kena x-ray dan dibawak ke bahagian Dental pulak coz cheek bone tak termasuk dalam Ear-Nose-Throat (before tu aku dah dicheck kat ENT)Malam tu dalam kul 10.30pm aku pun disorong masuk ke operation hall . Masa aku dah nak kena dipengsankan tu doktor tu tanya aku “ lepas ni nak main Taekwon-do lagi ke?”.. aku lak dengan laju nya jawab “Mesti la..mana boleh stop”. Doktor tu gelak jer dan dia cakap suruh aku pakai helmet lepas ni bila sparring. Doktor tu suruh aku mengucap dan dia pun lekapkan getah gas tu kat muka aku.
Sedar-sedar pagi tu aku dah berada kat katil asal aku dan hari dah pun siang. Tak der sorang pun yang lawat aku pagi tu..katil orang lain aku tengok penuh dengan sedara-mara diaorg. Muka aku dah rasa kurang bengkak sikit tapi aku rasa sakit kat kepala aku. Rupanya doktor kena tarik balik cheek bone aku yang jatuh tu dari atas so kepala aku kena dibukak (dalam 7cm) dari atas telinga kiri aku . Dia tarik macamana aku tak tahu la plak ..entah2 dia masukkan tangan dia kedalam kulit muka aku kot. Sampai sekarang parut tu ada kat kepala aku. Kesan dari injury ni sampai sekarang pipi belah kiri aku kebas..tapi hensem tu tak berubah la.
Lepas balik kampus aku stop Sparring untuk 2 bulan...yang lain2 aku balun jugak ..alaaa setakat pattern , leg technique dan self defense..apa nak takut.

No comments: