Dapat result SPM
Dapat aje result aku terus apply tempat ke IPTA. Actually result 1st Grade aku tu tak la cemerlang sangat tapi bila konsider kan kitaorang ambik 9 subjek termasuk subjek Sains dan Teknikal (Amalan Bengkel Kejuruteraan & Lukisan Kejuruteraan) kira OK la. Lagi pun tak ramai yang dapat 1st Grade tahun tu even though tahun tu lah first time sekolah aku dapat 100% lulus. P.Dharmarajah (Pengetua kitaorang) orang yang paling gembira aku tengok masa ambik result. aku berani katakan result 100% ni ialah hasil dari project “Blue Print” yang En.P.Dharmarajah lancarkan masa aku form 4 lagi dan batch aku telah buktikan yang kitaorang boleh achieve 100%.
First choice aku ialah UTM dalam bidang kejuruteraan. Actually dari 25orang member kelas 5K3 aku, 23 orang dapat masuk IPTA dengan dekat 15orang aku jumpa kat UTM!. Nah gambar dia kat bawah ni..
Masa tu kalau dah berada kat sekolah menengah Teknik maknanya sebelah kaki kita dah ada kat UTM. Tapi masa tu Sekolah Teknik cuma ada 7 buah jer kat Malaysia ni. Ada la beberapa tawaran lain aku terima termasuk la Rancangan Bersama (RB) ke UK ..tapi bila tengok kan kos nyer ..pengsan bapak aku nanti. So bila aku dapat tawaran ke UTM untuk melanjutkan pelajaran dalam Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (SKE) aku terus aje la terima.
Antara hari-hari paling sedih dalam hidup aku ialah bila hari aku nak laporkan diri ni lah. Pertama nya aku masa tu dah seminggu demam tak kebah-kebah. Pas tu mak bapak aku pulak tak boleh ikut..tak ada budget nak sewa keta..iskk..iskk..iskkk dalam hati aku nantila kalau dah keje nanti aku akan belikan keta besar untuk bawak mak & bapak aku. Duit pun aku bawak cuma RM900 sahaja (padahal dalam surat tawaran tu dah bagitahu kena bawak RM1300) tapi aku gambler jer ..alaa tak kan lah diaorang nak halau aku balik pulak setakat tak cukup duit nak bayar sekali gus. Tu tak termasuk belanja aku nanti kat sana...waaa..sedih wooii.
Dengan kepala yang teramatla berat nya aku gagahkan jugak naik bas Transnasional ke Seremban. Sampai jer di Terminal One (masa tu tak der nama lagi..) Pak Su aku dah nunggu untuk bawak aku balik ke rumah Mak Su aku di Taman Dusun Nyior, Seremban. Aku kena singgah sana dulu sebab Mak Su aku akan bawak aku ke UTM Skudai. Masa tu Skudai tak pernah berada dalam kepala aku ..entah kat mana tah Skudai ni tak boleh aku nak bayangkan. Kalau dia orang kata Skudai tu kat sebelah Alor Star pun aku percaya masa tu.
Masa lapor diri tu (kat Dewan Serbaguna Chengal) aku terkasima tengok kan dewan tu...aku teringat cerita Cikgu Add Math aku. Cikgu tu cerita kat aku dan member sekelas..dulu dia ada sorang murid yang bagi dia dah tak ada harapan nak suksess dah..so dia pun dah give up la nak tolong lagi. Tapi beberapa tahun kemudian masa cikgu ni menghantar saudara mendaftarkan diri ke sebuah IPTA dia terkejut coz bila student dia tadi ni yang sambut dia kat pintu dewan.Tak sangka dia bila tengok budak tu dah berjaya masuk ke IPTA.
Aku terbayang kan aku coz cikgu ni lah yang suruh aku DROP subject Add Math aku masa tinggal 2 bulan lagi nak SPM disebabkan aku dapat 2 (bukan A2 la..tapi 2%) untuk subject Add Math dalam satu ujian akhir. Actually aku tak pernah dapat credit (selalunya fail) untuk subject Add Math tapi aku pulak memang pantang dicabar dan determination aku memang tak ader saper boleh lawan kalau aku nak. So aku sahut balik cabaran cikgu tu dalam hati aku kata “sorri.. aku tak kan drop Add Math ni...tengok la nanti..aku akan tunjukan result credit dalam Add Maths aku.. So aku pun tak drop subject tu walaupun ramai yang suruh aku ikut jer kata cikgu tu. Aku struggle belajar dari member2 yang terror2 dan hampir2 subject lain aku kantoi masa Trial. Dan Alhamdullillah result keluar aku dapat C6 dalam Add Math ni. Cuma aku terkilan sampai sekarang aku tak sempat lagi nak tunjuk kan result aku tu ke cikgu aku tu. Aku bukannyer apa cuma terkilan dengan sikap seorang cikgu yang mudah sangat give up....mana la Melayu nak maju kalau lembab sikit suruh drop..tak pick up sikit suruh drop ..memang la Melayu akan drop...
Satu lagi aku belajar dari cikgu ni ialah kalau aku ditakdirkan jadi seorang “cikgu”, aku tak akan tunjukkan give up aku tu. Aku paham betapa frust nya seorang murid yang nak belajar tapi cikgu pulak yang kata “tak yah la..baik kamu drop je subjek tu ..tak peningkan kepala”.
Tahun : 1990
Lokasi: Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.
Lepas lapor diri hari tu (dan merayu untuk bayar ansuran yuran pengajian aku..) aku pun di bawa ke asrama aku. Aku dok bayangkan asrama ni tentu macam dorm sekolah jugak tapi perpegun aku tengok block yang aku dapat..bilik 119, L27 Kg.Merbau..(tengokla gambar tu..)blok banglo untuk 56 orang. Untung aku coz blok ni blok baru siap so aku antara orang pertama yang menginap kat situ. Aku dapat roomate budak Johor..Zainuddin Isnin (last aku dengar keje kat Bar Code SATO). Budak tahun satu kat kampus ni diaorang sengaja letak budak Kelantan dengan budak Johor..reason being..aku pun tak tahu..mungkin untuk integrasi nasional kot.
Malam tu aku terus kena join minggu Haluan Siswa (aku pelik kenapa nama dia Haluan Siswa..kenapa tak der Haluan Siswi?..siswi tak payah ker?). Tapi malam tu lepas solat Maghrib kepala aku berat sangat dan dah tak tahan sangat aku pun bagitahula ke abang AJK Haluan Siswa tu. Tapi sedih aku pasal dia marah-marah cakap jangan nak mengada-ngada la ..aku pun terus paksakan diri aku ikut serta dalam aktiviti malam tu. Tapi belum sempat aku melangkah turun dari Surau tu aku terus pitam dan sedar2 aku kat Pusat Kesihatan Mahasiswa Kampung Belian (ni perkampungan siswi..). Aku dengar doktor tu tengah marahkan AJK tu sebab lambat hantar aku ke klinik ..dia cakap aku kena demam kepialu ... isshh tak pernah terbayang aku kena kepialu. Padan muka budak AJK tu.Jadi tempoh Haluan Siswa aku , aku habiskan kat klinik tu aje la sambil skodeng awek kat Kg.Belian tu..he..he.

No comments:
Post a Comment