Kelas Taekwon-do UTM (PTKDUTM)
Aku dapat tau kat UTM Skudai ni memang dah ada Taekwon-Do so aku pun pakat la dengan dua-tiga orang member aku untuk survey kelas Taekwon-do ni. Kelas ni dia orang buat kat Kompleks Sukan di Kg. Belian, Aku masa tu tinggal kat Kg.Merbau so aku kena menapak dalam 30 min jugak untuk sampai ke Pusat Sukan Kg.Belian ni. Kelas ni diaorang buat malam dan aku tengok ada ramai jugak Black Belt yang ngajar ..ada dua-tiga orang Cina dan separa Cina ..he..he.. budak Sabah la tu (salah sorang nyer Henry..dia ni yang paling cengeng dan 3 tahun kemudian aku plak jadi instructor adik dia kat UTM KL..). Kat sebelah kompleks sukan ada aku tengok satu kawasan tertutup dengan canvas biru, rupa-rupanya gelanggang Silat Cekak. Aku pun yang memang minat dengan benda-benda ni pun mengintaila dari celah kanvas tu. Tiba-tiba “Hoi! ko intai apa tu?” jerit sorang mama’ ni (terpaksa guna nama mama’ coz mamat tu nama bapak aku..). Aku pun cakap la..aku cuma nak tahu macamana Silat Cekak ni. Mama’ tu dengan ek nya cakap “Ko nak tengok ko kena daftar dulu dan belajar dari bawah dulu kat gelanggang yang kat sebelah gelanggang ni..gelanggang ni untuk orang yang dah tamat!” ..waaaa ...habis kalau aku tak tengok macamana aku nak buat keputusan nak daftar ke tidak?..ishh tak paham aku la..
Aku pun start la kelas kat UTM dibawah senior2 Agus, Henry, Chong, Tam dan aku tak ingat dah nama2 yg lain tu. Masa tu aku dah Black Tip (dah 8 bulan dah ..). Instructor masa tu ialah Mr.Michael Phang ..adik dia Benny Phang (jadi Instructor aku tahun 1994~1995). Michael Phang ni jenis chengeng ..sampai aku & kekawan takut nak datang kelas. Dia ni suka sparring ..tapi tak suka bergurau.
Tempat latihan lain kita orang masa tu ialah kat Kg. Meranti..kat court takraw. Skudai masa tu baru 2 tahun siap so pokok2 semuanya gondol-gondol lagi so dia punya panas Tuhan saja la yang tahu. Kalau training tak melecet kaki memang tak sah.
Sampai satu tahap kita orang dah boring dengan instructor kitaorang so kitaorang pun start la survey instructor lain kat JB. Kita orang mintak tolong Persatuan TKD Johor dan akhirnya kita dapat pengganti iaitu Mr Peter Choong (3rd Dan masa tu). Dia ni jenis kelakar dan aku boleh masuk dengan Mr Peter Choong ni... tak la tension sangat bila training. Aku training bawah Peter Choong sampai aku pindah ke Kampus KL setahun kemudian.
Aku masa semester pertama dah start aktif dengan persatuan ni so Bilik Persatuan TKD kat bangunan persatuan pelajar (atas Bank BBMB...ada lagi ke tak bilik ni?....rindu plak..) dah jadi bilik no 2 aku..pantang tak ada kelas mesti aku lepak kat sana. Kat sini lah juga aku mula belajar cara-cara menguruskan persatuan daripada Agus, Ariff dan beberapa senior aku yang lain. Agus sekarang ni kerja kat Pulau Kambing Terengganu..kerja dengan syarikat marine. Dulu pernah jadi Setiausaha Agong Persatuan TKD Terengganu tapi aku dengar sekarang dah gantung belt. Cuma aku segan sebab aku tengok Agus ni tak naik-naik ..masih lagi 2nd Dan padahal masa aku Red Belt dia dah 1st Dan. Kalau dia follow timming grading mesti dah 5th Dan sekarang ni.
Aku sempat jugak jadi AJK kecil untuk malam dinner PTKDUTM kat Restoran Straits Garden .Ni first time aku jadi AJK dan first time join aktiviti Taekwon-Do (selain dari Tournament dan Grading la..) so seronok jugak la dapat belajar organise benda-benda cam ni. Aku dapat belajar buat minit meeting, jumpa Pegawai HEP dan macam-macam lagi la.
Kerja sambilan
Macam yang aku dah cerita (eh..ada aku cerita ke..??) , bapak aku masa aku dapat masuk UTM ni kerja sebagai Pengayuh Beca sahaja (kalau ada org yang tak kenal Beca..Beca ialah sebuah basikal yang ditambahkan seat dan satu lagi tayar kat tepi nya..so jadi la basikal roda tiga). Pendapatan bapak aku masa tu ialah dalam RM280 sebulan untuk sara aku, abang aku kat Maktab dan 3 adik aku yang lain . So sepanjang pengajian aku kat UTM aku terpaksa buat macam2 kerja untuk cari duit saku nak buat bayar yuran Taekwon-do aku.
Antara kerja aku yang paling “terkesan” buat aku ialah semasa aku kerja kat warung milik persatuan usahawan kampung kat Kg.Merbau. Aku jaga bahagian air dan kerja aku bermula dari jam 10mlm hingga 1 pagi iaitu selepas aku balik dari library. Library ke warung aku tu dalam 20 minit berjalan, so dalam 9.40 mlm jer aku dah kena balik ke Merbau. Dan dari warung ke bilik aku kat L29 pulak lebih kurang 15 minit. So setiap malam aku akan study dari 8.00 mlm ke 9.40mlm dan tido paling awal jam 1.30pg. Besoknya kalau berkesempatan aku Qada’ lagi tido aku dalam kelas2 yang aku boring. Masa kerja ni dapat la aku duit saku RM10 sehari..tapi aku tak boleh kerja setiap hari. Malu pun ada ..ye la kekadang ada jugak budak pompuan yang datang minum...sampai lekatla nama aku Din Teh Ais untuk 2 semester tu.
Belanja masa ni pun kena budget giler... jarang aku minum pagi kat Cafetaria, aku lebih suka minum kat gerai rumah kongsi Indon yang ada kat tepi blok kuliah kitaorag (masa tu Skudai tengah dalam pembinaan lagi ..so pekerja-pekerja CYGAL ramai kat dalam kampus tu tengah buat bangunan lain.). Minum kat situ murah ..tapi kotor sikit la. Malam selalunya aku tapau nasi dari dewan makan kg mana2 yg aku sempat ..lauk nyer plak macam hostel la..ikan jaket (tu jer yang paling murah..). Tu jer yang aku mampu..(tu yang sampai sekarang aku jarang makan ikan..selalunya ayam jer..nak balas dendam masa belajar dulu). Dinner plak selalu jugak aku balun Maggi Mee jer.
Yang paling aku sedih ialah masa aku balik cuti ke KB satu hari tu arwah mak aku (mek..panggilan aku untuk arwah..) tanya belajar macamana?..so aku jawab la OK, mak aku tanya lagi Taekwon-do macamana..so aku pun cerita la panjang lebar betapa seronok nya aku kat UTM coz ada TKD yang aku minat. Lepas tu soalan cepumas terakhir dari mak aku... “duit macamana?” ..err aku serba salah nak jawab so aku cakap la "OK" ..Mak aku pelik coz dia cakap aku tak pernah mintak duit pun..dari mana aku dapat duit? So aku pun cerita la dari awal sebenarnya aku kerja kat warung buat air. Mak aku terus nangis dan dia cakap kenapa tak bagitahu tak ada duit , dalam hati aku “alaa..kalau bagitahu pun mak bukannya ada duit nak hantar..” tapi aku tak cakap la..nanti lagi kuat orang tua tu nangis. Last2 mak aku pesan jangan la kerja kuat sangat nanti tak boleh fokus belajar . Untuk sedapkan hati mak aku aku cakap kerja ni sementara jer coz dalam sebulan dua lagi aku akan dapat duit biasiswa JPA.Padahal mana ada biasiswa.....pinjaman ada la..tu pun semester depan baru dapat.

No comments:
Post a Comment