26 August 2005

Semester ke-2 - ke Singapore & objektif berubah

Semester ke-2


Masuk semester ke-2, aku makin aktif dgn aktiviti luar ...camping, latihan luar , jogging ke Balai Cerapan, demonstrasi dan macam2 lagila. Sebulan lepas naik semester aku dapat payment untuk Biasiswa aku...RM3500 loaded weh.. Malam tu bas 214 T.Hakim sarat dengan bebudak UTM ..ye la dah dapat duit apa lagi ke JB la. Merasa la aku beli Mini Compo SONY yang pertama aku. Kaset pertama aku beli ..kaset Ella (Pengemis Cinta) alaa..yang gambar dia berdiri tepi jalan pakai jeans + T-shirt putih dengan loket gambar SCUM. Satu lagi Kaset EKAMATRA ..yang ada lagu Pusara di Lebuh Raya tu..
Cerita pasal lagu ni aku ada beberapa lagu yang nostalgic kat aku masa tahun satu tu..salah satunyer lagu ni..

Ocean apart day after day...and slowly go insane.. ” ..

ni la salah satu lagu yg nostalgic masa tu yg mengingat kan aku kat kelas UBI 1081 (Pengajian Bahasa English) aku ..sebenornya yang mengingatkan aku kat lecturer yg ngajar kitaorang tu . Alaa.. lecturer pompuan yang baru grade TESL ..Azizah nama dia.. Aku dan kekawan aku kalau kelas BI ni tak pernah miss dan lagu Richard Mark tu lagu English pertama yang aku buleh hafal dalam masa 15 minit masa dalam kelas Lab Cik Azizah ni. Tapi masa aku dah nak abis sem 2 cik Azizah kahwin dgn sorang lagi lecturer aku (lecturer Maths) ..sampaikan kitaorang pakat boikot kelas Maths dia coz marah sebab dia kahwin dengan lecturer faboret kitaorang..he..he..
Aku merasa first time ke Singapore masa semester ni la, first time aku ke sana dengan Hisham ..(Hisham Penan..he..he..) aku yg start panggil Hisham Hisham Penan sebab kulit dia gelap pasal anak orang kaya selalu main golf..(ni dlm gambar yg pakai spek tu..yang lagi hensem kat sebelah tu aku la..yang kat belakang tu pokok kelapa..), 3 hari aku kat sana tinggal kat Bedok Reservoir rumah makcik Hisham. Sempat la aku ke Fort Siloso,Pulau Sentosa dan shopping kat Albert Complex sambil jalan2 naik MRT kat Orchard Road. Aku habis RM600 kat sana ..aku belikan untuk aku kasut Taekwondo, kasut kuliah, jam dan kamera Ricoh (masa tu duit SD baru 1.2 so kira murah la jugak brg elektrik kat sana).
Kali ke dua aku pergi dengan member rapat aku Malik (“grad” masa aku sem 3) ..Malik ajak aku masuk Singapore dan dia cakap dia ada cara nak masuk free (masa tu kalau naik bas Singapore kena bayar SD1.80). So dia suruh aku follow dia jer.

Kitaorang pun amik la bas kat hentian belakang KOMTAR. Aku nak amik tiket tapi si Malik cakap tak yah..ikut jer apa yang dia buat. Aku pun buat bodo jer la sampai la ke Check point kat Tambak Johor , semua kena turun untuk chop pasport. Lepas chop bas dah nunggu kat depan so aku pun selamba jer la naik balik bas aku ..tetiba si ah-so kondukter bas tanya aku

alloo kawan ..mintak tiket”..

Aku dah start mengelabah dan aku tengok si Malik cepat2 menyelit ke belakang bas masa ah-so tu tgh tanya aku. Aku pun buat-buat la selongkar poket aku sambil cakap kat ah-so tu

ishh.. dah hilang la tiket..tadi ada..”.

si ah-so tu sound aku “ ..lu tak payah tipu la....pagi ni aa dah 30 olang cakap tiket dia hilang..kalau talak luit jangan naik bas la ..sikalang lu turun dan jalan kaki ke Singapore!


Aku dengan tebal muka nya terpaksa la turun balik bas dan berjalan kaki ke Woodlands..masa jalan tu sempat si Malik tu jerit kat aku dari dalam bas..

ooi aku tunggu ko kat check point Woodlands!”..

cinabeng punya Malik..terpaksala aku jalan kaki cross Tambak Johor ...berpeluh aku nak sampai ke Woodlands. Sampai ke check point si Malik dah tersengih-sengih nunggu aku ...kalau tak mengenangkan member ader yg sarapan ngan kasut saiz 6 pagi tu.


Semester ni jugak la terjadinya peristiwa yang telah mengubah sedikit sebanyak objektif dan perspektif aku dalam Taekwon-do.


Satu hari tu kitaorang dikejutkan dengan berita kematian member kitaorang (Wahab budak Kelantan – satu dorm ngan aku masa kat Sek.Men.Teknik Gong Badak). Arwah meninggal kerana dipukul oleh 7 gangster kat Pantai Lido, JB. Arwah masa tu overnight dengan sorang lagi member kitaorang disebabkan tertinggal last bas. Daripada cerita member yang terselamat tu masa tu dalam pukul 2am dia dan arwah Wahab ni sedang tidur kat atas kerusi di tepi Pantai Lido bila di datangi oleh 5-6 orang gengster (budak lagi ..). Sorang mamat tu apa lagi pau duit dari diaorang dan arwah Wahab ni cakap la mana ada duit ..memang pun dia tak bawak duit malam tu.. Sorang dari geng tu rampas kad GIRO Wahab dan mintak no pin dia... sebab tak nak bagi duit dia member aku ni pun bagi la no lain..2 kali try kad tu kena telan. Mungkin marah sebab kena tipu dia orang pun belasah member aku ni tanpa belas kasihan.


Arwah meninggal masa kat hospital. Besok tu dah kecoh satu kampus dan masa ni aku tengok member dari semua negeri bengang dengan gangster P.Lido ni. Aku dengar lagi besok tu geng2 Kelantan kat JB semua turun cari mamat yang belasah arwah. Tapi nasib baik polis dapat dulu tangkap 7 orang tu..termasuk sorang pompuan...kalau dapat ke geng Kelantan tu tak tahu la apa jadi ke budak-budak tu.


Semenjak peristiwa tu aku nekad untuk kembangkan lagi skill self-defense aku, ye la masa kecemasan kita bukannya dapat gunakan skill pattern kita tu. Ye laa.. tak semestinya kita akan selamat kalau tau self-defense tapi at least kita buleh usaha. Aku jadi lagi berminat nak mendalami lagi seni Self Defense aku ni. Kalau sebelum ni aku asyik-asyik nak free sparring ajer.


3 comments:

Anonymous said...

wei kuat sangat ke budak2 kelantan kat jb tu?? ko ingat budak2 johor tu patung??yg aku tau budak2 kelantan kat jb selalu kena hentak..hahaha

Anonymous said...

wei memang budak2 johor tu suka dgn puak2 kelantan ni..kat kl boleh la buat kepala tapi kat jb jgn sesekali..nahas nanti..

Anonymous said...

sux kelantan!!!!