18 August 2005

Spender coklat

Spender coklat


Sepanjang aku kat SMT banyak peristiwa pahit manis dan kadang-kadang masam yang aku alami. Cuma ada satu peristiwa yang menjadikan aku fobia dengan seluar dalam kaler coklat.


Satu hari tu hostel aku tak der air (alaa..biasala hostel mana yang tak pernah tak ader air..) so selalunya kalau tak ada air kitaorang akan mandi kat bawah tangki air besar belakang dewan makan. Tapi hari tu hari Sabtu so air kat dalam tangki tu cepat la habis dan dah pun kering kontang jadi kitaorang pun terpaksala gunakan tandas sekolah yang terletak dalam 300 meter dari hostel kitaorang. Budak pompuan aku tak sure kat mana diaorang mandi (ker tak mandi kot..).

Jadi dalam pukul 7 ptg tu aku dan 3-4 orang geng-geng aku pun menapakla ke tandas sekolah, aku masa tu dah siap pakai seluar mandi dan selimut kan badan aku dengan tuala, pakaian bersih (T-shirt, kain pelikat & underwear coklat (baru beli siuott) ..) aku bungkus dalam kain pelikat tu jugak.


Tengah seronok mandi tetiba Azan Maghrib pun berkumandang so kitaorang pun bergegas la habiskan mandian untuk terus ke Surau...lewat kalu mesti kena bambu ngan senior. Lepas abis mandi aku terus capai pakaian bersih aku tapi aku cari-cari underwear yang aku bawak tadi tak der pulak... member semua dah keluar dah..seram pulak aku sorang-sorang kat dalam tandas ni so aku pun pakai jer la kain pelikat tu dan terus ke surau. On the way terasa berangin semacam jer..


Lupa aku nak cakap..kalau kitaorang nak ke tandas ..kitaorang terpaksa lalu kawasan lapang yang sekolah gunakan untuk buat Perhimpunan pada setiap hari Ahad .


Besok nyer tu hari Ahad dan Perhimpunan akan diadakan setiap Ahad pukul 7.30pagi. Kelas aku (4K3) kt hujung bangunan so aku biasanyer akn sampai lewat sikit dr bebudak kelas Perdagangan. Sesampainya aku kat kawasan perhimpunan tu aku tengok bebudak tengah kecoh ...

oooi saper punya ni ooi!!”.. salah sorang member aku menjerit sambil menyepak-menyepak satu benda kat tanah tu.

Aku pun dengan seronok nya nak join la sekali ..bila dah dekat aku nampak satu benda coklat terlempek atas tanah..

"eh..macam kenal jer..” hati aku dah tak sedap... bila aku amat-amati (dari brand @##@# nyer tu) memang sah tu lah underwear aku yang hilang malam tadi!!.

Sebab nak cover biar orang lain tak perasan aku pun tumpang sekaki sepak benda tu sambil menjerit-jerit ...“ooi saper la yang tak der tokmaninah tinggalkan benda ni ni!!

sampai kan sorang member Terengganu aku terpaksa tarik aku dan tanya aku

eh..bak per mung emosenal sangat ni??”...

Ehmm..kalau lah diaorang tau underwear tu aku yang punya baru la diaorang tau kenapa aku emotional pagi tu...hu..hu..


Aku bernasib baik kerana tak ikut peraturan hostel..iaitu mesti tuliskan nama pada setiap pakaian kita untuk mengelakkan dari hilang atau dicuri...cuba ko orang bayangkan kalau la ada tertulis “SHARIFUDIN -Lambda 7" kat under wear tu... mau aku balik KB seminggu.

p/s : tapi sampai sekarang tak der saper pun tahu tuan punya sebenar underwear tu..he..he.. So kalau ada member2 dari SMT terbaca blog ni ..sori la..aku terpaksa berlakon hari tu untuk jaga maruah aku..he..he.



Hari terakhir kat SMT Terengganu


...Kelas terakhir Taekwon-do aku ialah beberapa minggu sebelum SPM. Sedih coz terpaksa tinggalkan training ...sepatah dua kata dari sir Najmi untuk teruskan training aku simpan dalam hati aku. Walaupun sir Najmi dah tak datang ke kelas (kelas dah tak ada) , aku dan dua tiga orang lagi tetap ada kan kelas. Mana boleh tak riadah petang-petang...boleh jam otak aku.


Sepanjang masa SPM aku masih lagi training sendiri petang-petang.. cuma tak agresif sangat la. Kebetulan pulak tahun tu SPM ditangguhkan pasal banjir kat Pantai Timur makin teruk. Aku pun apa lagi balik KB la ...


Lepas SPM aku bekerja kat kedai menyembur kereta ..(kedai spray Pak Cu kat selekoh Bunut Payong, kedai tu masih ada lagi aku tengok..masih cam dulu lagi cuma Pak Cu dah meninggal dalam tahun 2000 kalau tak silap aku) . Malam 3x seminggu aku mesti pergi ke gim Tn.Yusof. Masa tu kat atas kedai Roti Jln Padang Garong. Kat kelas tu la aku kenal dengan Abila, Abg Ariffin sekeluarga dan yang lain aku dah tak ingat nama. Abila masih lagi dengan KOBITA. Abg Ariffin aku dengar masih lagi dengan ITF dan masih aktif kat KB .. last aku jumpa dia dalam tahun 1992..


Masa kerja ni aku sempat jugak masuk satu tournament kat SIC KB. Aku kalah masa tu..aku tak tahu yang lawan aku ni budak Taekwon-do ke budak tomoi? ye la..lawan ganas semacam jer. Tapi masa tu memang kebanyakan budak Kelantan ada basic Tomoi dulu baru Taekwon-Do.

No comments: