16 August 2005

Penyepak

Penyepak

Satu lagi peristiwa yang sampai sekarang clear kat minda aku ialah bila aku disepak oleh timbalan pengetua aku sendiri ..nama nya aku dah lupa dah (sori la..cikgu yang tak berapa glamour aku payah sikit nak ingat). Cerita tu terjadi masa aku form 5. Masa tu sekolah kitaorang tengah sibuk buat landscapping dan banyak la kawasan-kawasan yang dah dogol ditanam balik dengan rumput-rumput carpet dan pokok2 bunga.

Aku masa tu on the way balik ke hostel dari sekolah ..dalam pukul 1.30tgh hari. Biasala kitaorang masa balik tengahari mesti semuanya macam kerbau terlepas kandang ...semua berlari nak cepat sampai ke dewan makan....bukannyer apa .. kalau lambat karang dapat la ikan jaket yang dah kena gelek stimrol dgn mata merah mcm mat fit.
Jadi tengah dok berlari tu tetiba ...“Berdebub!” ..aku terasa satu benda singgah kat buntut aku di susuli dgn sergahan...
“..Ooi !! Enko tak nampak ke tanda tak boleh pijat rumput tu!!”..
Aku pusing jer ke belakang aku tengok timbalan pengetua aku tengah jengilkan mata nya. Rupa-rupanya dia yang sepak aku tadi. Dia tengah tunggu kat satu kawasan rumput yang baru ditanam....laa yang ditanamnya rumput kat kawasan laluan tu apsal? Aku tak tahula aku orang keberapa kena sepak pagi tu. Yang peliknya tak der pun aku nak block ke ngelak ke bila cikgu tu sepak aku. On the way ke dewan makan tetiba aku terasa sedih ...ye la.. kalau rotan ker..pukul tangan ker..biasa la..ni penyepak? Bapak aku kalau marah sangat pun dibaling nya aku dengan selipar jepun je.


Sampaila bila kitaorang kena salam dengan cikgu masa hari terakhir kat sekolah tu aku tak pandang pun muka cikgu tu.
Terima kasih la cikgu kerana mengingatkan aku kepada peri pentingnya “Penyepak” dalam mendisiplinkan kita”.
Tak per..ingat cikgu sorang jer ker yang boleh sepak orang..”.


Sejak hari tu la aku berazam untuk tukar persepsi menyepak ni kepada yg positif...yg boleh buat duit he..he.. Dan Alhamdullillah dgn penyepak ni la aku dpt support pengajian aku dan sampai sekarang aku tak perlu gunakan penyepak untuk mendisiplinkan anak-anak dan pelajar aku.


No comments: