01 May 2009

Kejohanan Taekwon-Do MRSM SeMalaysia 2009

Dari Ahad sampai ke Selasa ari tu aku ngan student aku Asmir berada di MRSM Nibung Tebal Penang utk jadi judge kejohanan TKD MRSM. Aku pegi sana pada asalnyer just utk jadi judge. Tapi bila aku sampai pagi Ahad tu aku dpt tahu byk benda (teknikal) yg penganjur x berapa clear dan prepare. So Ustaz mintak tolong aku tengok dan bantu apa yg patut.


Tournament ni lain sikit coz hanya utk MRSM satu Malaysia dan kali ni MRSM Nibong Tebal yg jadi tuan rumah dgn 41 MRSM ambik bahagian ..lebih kurang 700 peserta!. Ni tournament kali ke-6 actually. Rules pulak diaorang pakai both ITF & GTF tp kena tambah pakai vest cam WTF.


Bila aku sampai Ahad tu Ustaz terus perkenalkan aku dgn kakitangan MRSM yg akan jadi organizer kejohanan kali ni. Awal2 lagi diaorang bgth yg diaorang x tahu aper2 pasal Taekwondo...hu..hu..abiss..



Tapi aku biasa la ..muka welfare ..terus x cakap byk dan aku pun terus start dengan bagi briefing ke srg cikgu & Ustaz yg incharge teknikal dan data utk kejohanan ni. Terkejut aku tgk ..dgn penyertaan 700 org tp x der langsung preparation utk pendaftran mcmn, teknikal siapa yg incharge dsbgnyer. Aku dipahamkan oleh Ustaz, kejohanan ni bulat2 dianjurkan oleh MRSM yg terpilih dan diaorang cumer refer ke tahun2 lepas punyer rules. Ustaz Mansu pun di panggil bila dah nk dekat event.

Berbalik ke td, bila aku tgk byk yg x der dan masa pun dah suntuk coz kul 2 krg pendaftran akan bermula so aku start dulu ngan briefing la.


First2 aku tanya berapa ramai staff utk teknikal. Dgn bangganyer srg staff tu jawab .."Kita dah ada 5 orang..". Excuse me?? ..5 org??? utk handle 700 peserta ..giler (dlm kepala aku la..). Tp aku buat relax jer la coz ni bukan tournament aku tp aku cakap la..nk handle kejohanan ni at least kena ader 20 org runner dan 10 org teknikal yg dok jer kt meja utk statistik dan record dan perint aper yg patut. Tapi aku x berani nk mintak lebih2 coz aku cumer tolong jer.


Pas tu aku buat la briefing utk separate team dan memang confirm la diaorang ni semua zero. Tapi aku bgth Pengetua (yg kebetulan ader kt situ) yg aku x kisah diaorang zero tp klau buleh dgr arahan dan ikut nasihat dan cara aku Insyaallah aku buleh tolong. Tu yang Pengetua terus bg arahan ke staff yg terlibat utk bg jer aper yg aku nk utk melancarkan kejohanan ni.


Second aku tanya psl indeminity form coz aku tgk list ader 41 MRSM dan lebih kurang 700 peserta akan terlibat. Srg cikgu yg incharge teknikal tu bg la aku form yg dah diisi oleh semua MRSM iaitu form dr doktor yg mengesahkan pelajar tsb sihat. Tp masalahnyer ader MRSm yg x buat form tu dan dah sampai sini aper yg diaorang buleh buat lagi. Satu lagi ..form tu x menjelaskan tanggungjawab peserta klau ader kemalangan semasa kejohanan. So aku suruh diaorang prepare satu indeminity form utk semua wakil kontigen sign semasa registration tu nanti.



Database aku tgk x der preparation dan tu yg paling penting. So aku bg la flow utk pendaftaran dan weight in tu nanti dan aku remind cikgu tu utk make sure data ader org key in coz klau x der soft copy aku x leh nk sort. DIaorang plak x bgth aku yg diaorang x der sistem aper2 klau x boleh aku bawak DTA Tournament Sistem yg aku pakai semasa national tournament tu. So terpaksa la aku buat manual.


Registration dan weight in start kul 2 dan expected kul 6 abis la. Semasa pendaftran aku panggil semua ketua kontingen utk bg briefing pasal peraturan kejohanan. Ader la srg mamat ni angkat tangan dan terus cakap ..




"Saya dari WTF.." dan aku dengan spontannyer jawab la ..."Saya dari MGTF.. so apa soalan nya??" . Aku x faham motif mamat tu bgth dia dr WTF..


Mamat tu terkedu jap pas tu dia cakap ..

"Boleh tak masa utk sparring tu dipanjangkan ke 2minit 2minit sebab 1 minit setiap pusingan tu kejap sgt la..?"



aku senyum jer la ...sambil jawab.." Why not u try first yg 1 minit ni dan klau ader x puas hati esok semasa kejohanan kiter boleh ubah lagi, lagipun kiter dah calculate masa utk setiap bout dan klau ditambah jadi 4 minit setiap bout nanti masa akan bertambah."


Mamat tu terus senyap tp muka dia memang x puas hati la. Aku dpt tahu mamat ni dr Gemilang TKD Trg....(nanti ader citer panjang lebar psl mamat srg ni..).


Lepas Maghrib aku pegi balik ke dewan utk amik database yg aku suruh cikgu tu key in td. Sampai sana bila aku tanya mana data yg say suruh buat td? Selamber jer cikgu tu jawab .."X sempat la ..budak tadi dah lari dah.."

Hu..hu.. tersirap darah aku...x der data mcmn aku nk sort. Mlm ni nk draw lot lagi. Aku terus sound ke semua ..."X der data sorry la .sy surrender .." sambil tangan aku tolak file borang2 tu ke cikgu tu. Aku terus balik ke bilik ...bukan merajuk tp dah x bleh nk tolong dah buat per aku dok lagi kt situ.

Kejap lepas tu Ustaz call aku tanya aku kt mana. Aku jawab la aku kt bilik..badan penat weh.. Dia cakap ni byk lagi x buat ni. Aku cakap kt Ustaz ..bg aku 2 PC dan 5 org yg boleh tlg aku then aku akan dtg dewan..ceh..demand la pulak. Tp memang pun ..apa aku buleh buat dgn 700 data yg x dlm hard copy lagi..nk sort aper ke jadah.

Lepas sembahyang Maghrib aku rasa bersalah pulak ..kesian kt Ustaz. So aku sms Ustaz..tgl kan form tu kejap lagi aku amik dan settlekan sebelum draw lots kul 9 krg. Tp dlm kepala aku zero lagi mcmn aku nk buat ngan RAW data tu.


Lepas Maghrib aku terus ke dewan ..amik file2 tu dan terus buat keje srg2 kt tepi dewan. Kejap lepas tu cikgu tu sampai dan aku terus bg arahan suruh dia buat manual dan bg semua ni kat aku sebelum draw lots which is impposible la. So mlm tu draw lots terpaksa dibuat manual dgn x der final list. Lagipun kul 9 mlm pun ader lagi yg dtg register...alasan organizer x per la ..kesian diaorang dh dtg. Yg susah nyer teknikal la ..Nasib baik chart aku x buat lagi ..klau x mau dok menukar chart jer keje nyer.
Satu lagi yg aku x setuju bila diaorang nk buat draw lot utk semua event iaitu ader 36 event!. Giler ..41 team akan kuar draw utk 36 kali! berap jam tu?. Bila aku bgth susah nanti dan lambat abis klau draw satu2 so biar jer la organizer buat draw tu sendiri. Tp perwakilan dan org2 atas x setuju dan insist aku buat draw lots...he..he..dia x tahu mcmn 41 x 36 draw tu akan dibuat ..

Mlm tu masa taklimat perwakilan aku dengar title aku dah berubah ..dah jadi Pengarah Teknikal Kejohanan dan nama DINS TAEKWON-DO ACADEMY pun disebut....bila pulak aku jadi pengarah pun aku x tahu.hu..hu. So bila dah title pengarah terpaksa la aku bagi taklimat sikit. Lepas taklimat aku terus dgn draw ...start dengan first event ..siap panggil pengetua utk kuar cabut draw. So pengetua pun kuar la cabut 41 kali bola pingpong tu. Abis jer draw (dlm 7-8 min) aku tengok muka2 perwakilan dh start boring dah..so aku pun buat annoucement.

"OK ..kita akan teruskan dengan 35 event lagi !.."

..dan mcm yg aku expect ..terus ader org bangun cdgkan draw tu dibuat sendiri oleh organizer ..he..he..kan senang klau dengar buah aku dr awal tadi.

So mlm tu cikgu tu dgn bebudak dia pun buat la sendiri draw dgn cara aku. Esok pagi2 aku akan buat chart.

Pagi2 esok aku dtg dewan aku tgk list tu dah siap so aku terus la buat chart. Setakat 36 event aku buleh buat chart dlm masa 30 minit jer dgn syarat x der org kacau la.
So event 2 hari tu berjalan lancar la dgn ader 4-5 incident yg aku akn citer dlm next entry. Apa2 pun yg positif psl kejohanan ni ..aku dpt close dgn pengetua Transkrian dan Insyaallah next kejohanan akan ader penglibatan dr team aku ngan Ustaz la. Hajat aku klau buleh utk setiap kejohanan MRSM ni diaorang akan pakai DTA system dan judge biar Ustaz yg lead.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah din and geng dipanggil mengadap GM baru baru ni. As for me, wakil aku dah dipanggil mengadapa...mngkin kerana tersms no sesat atau anggapan hset aku rosak or aku terlalu sibuk untuk menjawab..

tahniah sekali lagi

Sharifudin said...

...aku x dipanggil pun. Aku pegi jumpa dia pun sebab dia suruh aku dtg utk amik gmbr utk buku dia. Dan alang2 Noordin dtg so dia ajak aku temankan dia sambil tu aku amik cert yg aku beli dr Dato'.