18 January 2008

Gua Musang ...Perhentian terakhir...


…23th December 2007, Ahad.


Pendukung watak ….


Rina – adik pompuan aku ,
K.Zu – kakak sulong aku ,Zahari – adik bawah aku, Mesu – abang aku ,
Nijae – adik bogsu aku ,Meli – abang sulong (bapak lain) aku. K.Doh - kakak aku mak lain





Semenjak dari hari aku bermimpikan arwah Tok Mek (refer entry 22/11/07)…Cuma 2 kali aku sempat berjumpa dgn Tok Wae. Sekali masa dia kat GH…masa dia emmited sebab suspect Tibi tu pun lepas 2-3 dtg tp balik kosong (thanks to bloody stupid parking lot at GH!!). Dan sekali lagi dua minggu lepas masa dia kat rumah K.Zu di Bandar Tun Razak.


Sebelum tu Rina ader bagitahu Wae punyer buah pinggang dah dua-dua rosak dan dia dah x boleh kawal pembuangan air besar dia ….tu yang dia lari ke rumah K.Zu sebab dia ‘terasa’ dengan maid Rina. Tapi kat rumah K.Zu aku tengok Wae macam biasa jer dan K.Zu bagitahu Wae x der plak buang air besar merata2 kat rumah dia. Alaaa….tu dia sajer nak tunjuk silent protes kot masa kat rumah Rina.

Masa aku sampai Meli dan Zahari pun ader. Aku pegi sorang coz masa tu aku baru lepas repair keta aku (rutin aku setiap hujung minggu ..). Masa aku jumpa Wae kat rumah K.Zu di Bandar Tun Razak ari tu dia masih boleh borak2 dan join aku minum. Aku tanya Wae pasal medication dan permakanan dia. Aku tengok semua benda dia nak try tp lepas masuk mulut mesti kuar balik punyer. K.Zu cakap Tok Wae selalu suruh cucu2 dia pegi beli makanan kat bawah …mcm2 dia nak makan. Lepas sembahyang Maghrib aku pun cakap aku kena balik sebab bebudak tu aku x amik lagi kt rumah uwan dia. Si Syira plak dari tadi dok call Tanya aku bila nak amik dia. Aku janji dengan Wae sebelum Wae balik raya haji ni aku nak jenguk dia balik. Wae mcm x brp bagi aku balik dulu…

Seminggu sebelum raya haji, Rina amik Wae dari rumah K.Zu dan masukkan Wae balik ke wad sebab high blood dia naik lagi. Rina ader call aku bagitahu Wae nak sangat jumpa aku….sebenarnyer dia nak jumper semua anak2 buah dia aku janji nak gi tengok tapi dengan keje yg berlambak dan setiap hari balik kul 9-10mlm plan aku nak jenguk Wae tinggal plan. Sampai la hari Ahad org rumah aku dpt mesej dari K.Sah (kakak ipar aku yg kat Jerantut) …. “Ina bgth Din.. Wae ngaju ke Din sebab dia x dtg tengok Wae..” – “ngaju” – merajuk .

Hari Ahad aku nekad nak gi jenguk Wae kat rumah Rina coz Selasa nanti Mesu akan dtg amik Wae utk bawak balik KB. Pagi tu lepas hantar org rumah aku ke opis aku berhenti isi minyak kat Petronas Kg.Subang. Masa nak kuar dari stesen minyak tu tetiba “PRAPP” aku bunyi benda patah kat tayar belah depan kanan keta aku. Aku kuar tengok ball joint aku dah terkeluar ..shaft tu dah sagat rim aku. Keta aku melintang jalan Kg.Subang …aku paksa kan gerak dah x bleh dah. Terpaksala aku panggil tow truck utk tarik keta aku ke kedai Cina Gemok kat Subang Perdana.


Aku call Rina bgth keta aku rosak dan x dpt pegi rumah dia hari ni…Wae mesti frust lagi dgn aku ….


Isnin …aku kat opis sampai kul 10 …meeting pasal BLM. “Aaahhh esok la aku gi jenguk Wae…)


Selasa aku dengar Mesu dah dtg amik Wae……aku stranded kat opis lagi utk PQCM meeting dgn Proton…


Rabu ..hari2 terakhir sebelum raya haji keje berlambak nk kena settle. Aku dah terlupa kejap pasal Wae. Mlm tu kat opis sampai kul 10 jugak.



20hb Disember 2007, 10 Zulhijjah 1428 …Raya Haji



Raya Haji kat bukit Subang ???…boring pun ader. Org rumah aku tanya … “dah call Wae ke belum?. Aku cakap belum coz aku x sure dia kat rumah Mesu ke kat mana skrg. Ntah la…apasal la berat sgt nak call Wae?..aku pun x tahu…


Sabtu – Kenduri Ayah Su di Gombak ….aku kat opis…janji dgn Zahari utk pegi sekali tp last2 hancuss….aku balik keje dah ptg.


Ahad – Syira dok tanya lagi pasal Besday party dia. Aku dgn org rumah aku dah x tahu nak bagi reason aper lagi . Lepas pikir punyer pikir kitaorg pun setuju la nak buat hari Selasa masa Krismas nanti.


Lepas draft dan plan apa yg patut…aku pun ajak org rumah aku ke Giant mlm tu utk beli brg2 untuk besday party Syira nanti.


Lepas Maghrib aku terus kuar dan plan nyer nak ke Giant la . On da way aku received call dari Mesu ..


Mung ado mano ni?”


“Err..ni on da way gi kedai
..” .pelik jugak aku tetiba abg aku call tanya aku kat mana. Dlm kepala aku ni mesti dia nak dtg rumah aku ni.

Baik mung call K.Doh Gua Musang..”

Apsal?..”

Mung call la K.Doh …aku raso Wae tak dok doh…”


Bila dengar Wae dah x der tu aku terus berhentikan keta aku kat tepi jalan. First thing aku teringat …aku x call pun dia lagi sejak raya itu hari..

Aku terus call Gua Musang ….Abg Aziz (abg ipar) aku yg angkat …memang confirm Tok Wae dah x ader Maghrib tadi.


Aku terus patah balik …pack barang dan dari nak gi Giant destinasi aku mlm tu jadi Gua Musang .


Aku balik dgn wife aku dan Syira. “Nak tengok Tok Wae..” kata dia.


Rupa-rupanyer Tok Wae aku dah stranded kat Gua Musang dah dekat seminggu disebabkan tanah runtuh di Kuala Krai. Mesu nak antar balik KB masa tu bila tanah runtuh so jalan tutup. Nasib baik rumah kakak aku ader kat Ciku 2 Gua Musang so Mesu singgah tinggalkan Tok Wae aku kat rumah K.Doh.


Pagi Isnin …Mesu sampai dari Jerantut …semua adik beradik aku dah sampai Cuma K.Zu dari KL jer belum2 sampai lagi. Aku dan adik beradik tolong mandikan arwah pagi tu dan cadang nak “simpan” (Kelantan- “simpan” = kebumi) kul 11 pagi. Kitaorg suruh tunggu K.Zu dulu sebelum simpan.


Kul 10.45am ..K.Zu sampai. Masa nak tutup kapan kat muka arwah …..perasaan aku sama cam masa anak sulong aku Arwah Syahmi Hakimi pegi dulu. Ntah la ….aku rasa aku la yg paling sedih coz x spt nak jaga dia masa dia kat KL. Selalu ngelat bila kena jaga dia…


Sebenarnyer x pernah dlm sejarah hidup Tok Wae aku singgah lebih dari sehari rumah K.Doh. Tapi dah nak ajal dia ..Gua Musang perhentian terakhir dia…


Arwah Tok Wae selamat dikebumikan pada 11pagi 24hb Disember 2007 (14 Zulhijjah 1428 di Felda Ciku 2 Gua Musang, Kelantan.


Semoga arwah ayahanda MAMAT BIN W.ISMAIL (1929 – 2007) selamat bersemadi dan dicucuri rahmat. AMIN.

No comments: