28 October 2005
Changes...
25 October 2005
Demo
Aku x ingat aku pernah buat tak demo masa kat SMT ?... seingat aku tak pernah kot?.Tapi aku biasa buat demo masa kat UTM ..masa aku mula2 join kelas tu pun aku dah kena buat demo dah utk bebudak baru , kitaorg akan tour semua kampung kat UTM Skudai tu . Masa tu aku dapat part2 yg bodo2 jer la..yg terrer2 tu mesti senior dah rembat dah.
Favourite items aku kalau kena buat demo ialah semua benda dari Self-defence, breaking, Pattern sampaila ke lakonan semuanyer aku rembat kalau ader peluang. Peluang tu banyak masa aku pindah ke UTM KL coz aku yg paling senior dan aku yg buat skrip so aku la yg selalu jadi hero..hik..hik..hik.
Ni la aktiviti aku kalau ader masa pree kat bilik persatuan ..papan saki baki yg dah pecah abis aku akan kerje kan (ye la... kalu nak beli baru RM5.00 sekeping wooii). Aku bukannyer aper ..dgn badan cam ni dan jambul lak menegak tu..org susah nak percaya kalau aku nak buat breaking...so terpaksa la aku practise sendiri. Member yg selalu dok temankan aku kat bilik persatuan tu ialah Zareen,Rose & Rik. Diaorang ni la yang selalu jadi team demo aku masa tahun 1991/92, especially si Rik coz dia ni satu2 nyer black belt kat UTM masa tu.
Ni plak ialah teknik yg aku selalu buat (atau diminta utk buat..he..he..) iaitu teknik Blind folded Jumping Reverse Hooking Kick (gambar kat sebelah ...alaa..teknik helikopter kick yg Van Damn dok bangga2 sgt tu..tapi dia buat bukak mata ..haa ni Van Din buat tutup mata..pas tu kena pecah kan papan lak tu ha..ha..). Tapi lepas satu accident kat Padang Merbuk (1991) aku dah fobia nak buat teknik ni lagi. Masa tu acara Jogathon dan penamatnyer kat Padang Merbuk..aku dan geng2 PPH kena buat demonstrasi semasa upacara penyampaian hadiah. So sampai turn aku mcm biasa aku buat blind folded kick tu , holder dia masa tu geng aku jugak budak UTM.Masa first try aku tak sentuh pun papan tu...cinabeng ..biasa kena..rupa2nyer aku kick terlalu tinggi. Aku try lagi utk second time (biasa la kalau yg first x pecah..) pun tak kena plank tu...aku dengar orang dah ramai2 "BOOO!". Nasib baik mata aku tutup so aku tak la rasa malu sgt, tapi terasa cam papan Jelutong tu pun dok gelak kan aku. Utk kali ke 3 aku mintak abang PPH tu jadi holder dan last2 dpt jugak aku pecah kan papan tu...tapi sejak dari hari tu aku dah fobia dah nak buat lagi teknik tu sampai sekarang.
Lepas pada tu aku fokus kan ke full contact sparring (tapi pakai full protection gear la..dan aku x leh dgn org lain mesti nak dengan Maarop jugak) , ader sekali tu (gambar bawah ) masa demo kat Dewan Besar UTMKL Maarop tendang aku sampai aku terperosok terlekat bawah kerusi dewan ..org punyer la bersorak ingat kan aku buat2 padahal memang aku tercampak pun..cinabeng punyer Maarop..betul2 dia kick aku...dah la parque tu licin.
Kicking teknik lain yg aku selalu buat ialah Jumping Twin Front Kick (aku x tahu pun ni kick favourite M.Chee sampaila aku ternampak satu gambar tahun 1972 dia buat kick ni..dan dia ckp dia mmg akan buat kick ni setiap kali demo). Kick ni x susah tapi nampak mcm gaban giler kalau aku buat masa demo. Kita cuma perlu angkat kedua2 kaki dan kick plank tu sambil jerit2 sikit utk nampak mcm susah bebebor nak pecahkan papan tu..ha..ha..
Self-defence lak aku serasi dengan Noordin ..dah bertahun aku dgn dia sampai kan kitaorg x payah buat skrip spontan pun kira jadi. Aku dan Noordin biasanyer akan pakai teknik kayu dan throwing technique. Masa pengambaran filem Kad Cinta aku ader buat demo utk adegan fight dan melambung2 la aku dgn Noordin sampai kan nyah yg mekap artis tu lak yg terjerit2.
Yg terbaru kitaorg perform (ceh wah..mcm la artis) kat Nilai 3 utk pelancaran Kempen Anti Ragut. Acara ni anjuran Nilai 3 dan M.Chee yang mintak aku lead Demo team. Merasa jugak la aku meeting dgn Chairman Nilai 3 dan ADUN Nilai.VVIP yg dtg masa ni ialah ADUN Nilai dan Timbalan Menteri Pelajaran (gambar..) .Bukan aku yg nak bergambar dgn dia..dia jer tetiba dtg kat aku mintak nak amik gambar ..tu yg muka aku mcm x ikhlas jer tu..(he..he.. sorry Dato' gurau jer)
Kalau korang terrer korang cuba teka maner aku dalam gambar ni?...ha..ha.. ni la common problemnyer bila aku buat demo..aku selalunyer akan pilih student aku yg besar2 utk jadi org jahat (utk nampak kan kegabanan aku)..last2 aku yg x kuar langsung dlm kamera..Ni actually teknik hand lock + throwing yg aku selalu buat dan ending dier actually cam kat bawah ni la..(si Jay student aku ni lak muka x der emosi langsung..dah nak kena baling pun selamber lagi..)
Semenjak dah rasa tua ni aku dah x buat lagi jumping2 teknik ..biarlah student aku yg muda2 plak yg buat..aku biasanyer akan fokuskan ke self defence, knife, throwing & locking technique. Sampai sekarang melambung org dah jadi aku punyer hobi lak..
Sekarang ni aku fokuskan utk produce seramai mungkin back up aku...ye la...tak kan aku sampai bila2 kan?. Dan la ni aku kira dah ader la pelapis2 yg aku rasa dah boleh la dibawak ke depan..kalau perform depan org ramai kira x malu la.Salah sorg nyer ialah si Zaim ni...dia ni memang antara yang paling gifted dlm ramai2 student kecik aku.
21 October 2005
Dreams-2
...Vincent Van Gogh
17 October 2005
Keje gomen
14 October 2005
Link kengkawan
Selain dari aku punya official web site, blog yg mula2 aku link ialah blog Sempoii (...apsal?? korang kena tanya anak aku) , blog kedua ialah blog SROX (ok ker..cukup ker besar nyer..he..he..) coz dia ni la sifu aku ..web master aku utk DTA, pas tu Vad ..coz dia antara geng PFS yg mula2 drop by, pas tu Shay's ..lepas dia menyelit dalam dlm tag aku, Afdlin lak coz aku allergik dgn kodok, Joe Perantau ..ntah la..kalau nak kater aku dpt inspiration dari dia ni pun kira betul la tu..asalnyer org rumah bawak balik hard copy semua entry dalam Joe Perantau utk baca kat rumah dan sedar tak sedar aku selalu curi2 baca bila org rumah aku tak der kat rumah ...he..he.. tu yg kalau korg nampak back ground aku samer tu ..tp sampai skrg aku x dpt masuk blog Joe coz kena block dgn Proxy (ader unsur2 parential guide kot blog dia ni..). Mat Jan plak memang antara blog terawal aku masuk masa mula2 blogging ....antara blog inspirasi aku.
Orange-org rumah aku yg asyik dok citer ...dan aku nampak dia ni semenjak-dua menjak ni rajin lak terkelempap kat blog aku so kira confirm la boleh kawan. Tipah - first time tengok blog dia aku teringat ker iklan #@##$ utk wanita ..sorry ..mungkin feminim sgt kot. First time jumpa masa berbuka hari tu ..end up ..aku pun link la.
Blog aku lak saper yg link??
Saper lak yg nak link blog aku ni?.. berapa helai sgt yg kenal aku?. Pagi ni aku ternampak dlm referrer aku blog matjan ?? eh x kan ader org masuk blog aku dari mat jan punyer blog kot?. Lepas visit Mat jan aku ternampak Din TKD kat bhg link tu...waaa ..Mat Jan link aku punyer la... pas tu Orange pun aku tgk dah ader link aku..cuma nama Din TKD tu tak werld la Orange...letak la Sidekick terus...
Saper dalam tag?
Nama yg selalu aku nampak dlm tag aku plak selain dari Sempoii (dia ni kat semua tag ader..) of course students aku memen & Kay-e, Ven & Ain aku nampak sekali...diaorg2 ni la yg aku buleh harap utk memeriahkan karpet aku tu. Yg lain aku nampak cuma Orange dan sorang dua yg aku x kenai...
Apa2 pun tq ker semua dan selamat berposer...
13 October 2005
Motivation + dreams
12 October 2005
TOM YUM GOONG-Review 2
Ada beberapa pembaharuan yang aku nampak Prachya & Panna cuba tonjolkan dalam filem. Salah satunya ialah penglibatan X-Games fighter (masa Kham lawan dalam gudang) , Muay Thai lawan Capoeira – Wushu dan K-1 fighter dan yang paling aku admire sekali ialah 4 minit Iong shot shooting.
4 minute longshot shooting
Teknik long shot ni dah lama dah orang pakai dalam pilem tapi untuk adegan fight aku rasa ni first time kot?. Adegan fight ni korang boleh tengok masa si Kham ke restoran TYG untuk cari Johnny . Si Kham kena fight dengan lebih 50 orang dari tgkt 1 sampai la kat tgkt 4. Longshot shooting ni memang rumit coz tak boleh “CUT” so tak buleh ader kesilapan langsung masa shoot tu kalau tak kena ulang balik dari awal. Kameramen dan semua krew pulak nak kena ikut sekali si Jaa ni. Tu sebab korang akan nampak apsal kamera ni kejap shoot dari jauh kejap dekat dan macam gambar tu dirakam masa tengah berlari. Korang bayangkan la si Jaa ni kena hafal semua step bila nak pusing bila nak terjun dan semua movement untuk fighting tu dan kena jaga timming pas tu nak kena bergerak dari bawah sampai ke atas. Aku yang biasa buat demo ni pun kekadang untuk scene fight 30 second pun buleh lupa skrip tapi kalau lupa aku belasah jer aper2 org bukanyer tahu aper yg kita patut buat. Benda yang sama aku perasan masa secene ni...kekadang teknik yg Jaa buat nampak pelik sikit..mungkin si Jaa ni nak buat lain tapi spontan jadi teknik lain masa shoot.
Adegan ni akhirnya dapat diselesaikan dengan 5 shot.
X-Games fight
Masa Jaa lawan X-games fighter dia banyak pakai skil jimnastik dia coz geng2 X-games tu pakai skate & bike so grabbing technique tak byk buleh buat lagipun aku tengok si Jaa ni asyik dok melompat jer. Aku teringatkan filem Jackie Chan bila tengok adegan ni coz banyak pakai teknik Jackie Chan.
Scene fight antara Kham dan Capoiera Fighter (lakonan Lateef Crowder) ni antara yang aku paling suka. Tapi aku rasa kalau dia lawan kat tempat lapang lagi cantik kot coz aku dok terganggu dengan air dan api tu so tak boleh fokus kat kicking technique masa dia lawan. Yang korang tak boleh miss masa si Kham throw jumping reverse hooking dan turning kick ...kalau yang biasa dengan kick dalam Taekwondo (martial lain pun ader jugak..) korang tau la betapa susah nyer nak buat 180º Jumping reverse hooking kick tapi mama’ ni boleh buat 360º dan 450º reverse turning kick!!.
Masa Kham lawan Jon Foo (Wu-Shu expert) pulak aku tak teruja sangat coz lawan pedang ni dah biasa dah. Cuma kalau korang perasan masa Kham pegang dua pemukul gong tu dia buat cross kat air ..tu macam movement Krabi Krabong jer.
Muay Koshasan
Teknik Muay Koshasan ni banyak Jaa pakai masa fight dengan bodyguard Madame Rose kat kuil. Kalau korang perasan ader 2 version fighting yang Jaa tunjukkan iaitu satu version lembut (masa dia lawan ramai2 kat Restoran) dan version ganas (selepas dia kena tikam masa dia nampak rangka Por Yai). Teknik dia terus bertukar jadi teknik permatahan dan killer teknik (aderla beberapa teknik tu nampak cantik coz by the fotography technique). Bagi yang biasa dengan self-defense technique, korang akan nampak teknik yg dia pakai memang praktikal untuk self-defense kecuali ader 2-3 teknik ala2 Hap Ki Do (leg lock).. tu yg flexible jer boleh buat. Tapi aku terkilan tengok teknik aku (mcm ajer teknik yg aku develop la..) ader pakai jugak kat dalam tu ha..ha.. mesti ader yg gelak bila aku kater si Jaa pakai teknik aku . Bagi aku setiap instructor kena ader trademark dan trade mark aku ialah teknik hand lock + choke yang aku develop 2-3 tahun lepas dan entah mcmn buleh samer dgn teknik Muay Koshasan ni aku pun tak tahu ..claim aku punya kan kata aku perasan pulak .
Tapi ni la petikan interview dengan Johnny Nguyen ....nampak tu ..dia mention Taekwondo aper?....
"When you get into a fight scene with Tony, what technique do you use? "
"We use Wu Shu and a little bit of Tae Kwan Do, Aikido mix together".
Klimaks cerita ni ialah masa Kham lawan K-1 fighter Nathan Jones (AWA & UPW wrestler dan kalau korang perasan yang lawan dengan Brad Pitt dalam filem “Troy”). Aku malas nak komen cara fight Madame Rose (lakonan Jin Xing ) cuma sepatutnya Prachya gunakan la kelebihan flexibility Jin Xing untuk choreografer fight yang lebih cantik sikit.
CAST & CREW
Pengarah
Prachya Pinkaew – lahir pada 2nd September 1962. Dia ni asalnyer lulusan Architecture dari Nakornratsima Technology College..grad tahun 1985. 1985 ~ 1989 aku tak sure dia buat apa coz masa tu aku tengah sekolah kat Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu. Tapi dalam tahun 1990 dia start keje kat Pack Shot Entertainment sebagai Pengarah Kreatif. Tapi Prachya ni lebih berminat ke pengarahan video muzik dan telah beberapa kali menang anugerah Best Music Video di Golden Television Awards di Thailand.
1992-Jadi pengarah untuk filem pertama beliau iaitu “The Magic Shoes”.1994-filem ke-2 beliau Romantic Blues.1998-Prachya tubuhkan Baa-Ram-Ewe (syarikat produksi filem).Selain daripada 2 filem ni, Prachya telah menghasilkan berbagai genre filem pendek & dokumentari dari cerita vampire, “Body Jumper” (2001), lawak komedi “Heaven 7” (2002) seram “999-9999” (2002) dan “The Unborn” sampaila ke filem muzikal “Hoedown Showdown” (2002). Filem “999-9999” ni telah bertanding dalam Puchon Fantastic Film Festival 2003. Filem lain ialah “Sayew” (menang Honorable Mention Award di Seattle International Film Festival (2003) dan drama artistik “Fake” (bertanding untuk Dragons & Tiger Award di Vancouver International Film Festival).
Pelakon Utama
Tony Jaa-lahir pada 5hb Feb 1976 di SURIN, Thailand. Nama dalam IC Panom Yeerum. Umur 15 tahun mula tinggal dengan pelakon dan pengarah filem aksi Panna Ritthikrai (Tony mula minat dgn Panna selepas menonton filem Kerd Ma Lui a.k.a Born To Fight) dan dia dah mintak nak tinggal dengan Panna masa umur dia 13 tahun lagi tapi Panna tak bagi coz muda sangat. Masa umur Jaa 21 tahun Jaa menyambung pelajaran di University of Mahamarakam (Maha Sarakhma Physical Education College kira2 400km dari Bangkok).
Kat kolej ni la Jaa telah berpeluang untuk belajar seni lain seperti Taekwondo,Swordplay,Krabi Krabong,Aikido dan gimnastik. Masa belajar ni setiap minggu Jaa akan belajar seni lakonan dengan Panna di Khon Kaen. Panna ni kira Jaa punyer god father/master la.
Tony Jaa start karier dia dalam lakonan sebagai stunt double untuk filem “Mortal Combat 2 Annihilation” (1997) masa tu dia jadi double utk Liu Kang (Robin Shou) dan Lord Raiden (Jame Remon).
2003-Mula bergabung dengan Prachya dan Panna Ritthikrai untuk menghasilkan Ong-Bak.
2004-Membintangi “The Body Guard” , dia pakai nama dia Panom Yeerum
2005-TYG
2006-Sword
Pengarah Martial Art & Stunt Choreographer
Panna Ritthikrai – kalau sesaper pernah tengok Born To Fight, Panna la yang jadi pelakon,pengarah, penulis dan penerbit filem tu. Selama 30 tahun dalam industri ni, Panna dah mengarahkan 13 buah filem kebanyakkan nyer filem aksi. Ong-Bak ialah idea Panna untuk menunjukkan adegan aksi yang lebih “giler” dan mencabar. Antara filem2 dia (satu pun aku x pernah tengok..he..he..) ialah “Ching Wing Luy” (1986), “Pluk Man Khoen Maa Khan” (1987), “Phech Luy Phloeng” (1987), “Loa Taa Khiw” (1989), “Ph....ishhh banyak eh aku nak mention ..korang bukannyer paham pun tajuk tu..
Pelakon lain
Petchthai Wongkamlao (Sarjan Mark @ Mom Jokmok) – dia ni sebenarnya pelakon komedi terkenal di Thailand. Dia siap ader siri komedi dia sendiri. Kalau korang perasan Petchai la yang jadi member Ting dalam filem Ong-Bak.Antara filem dia ialah “Mer Burn Lok Prajun”. Filem komedi terakhir sebelum dia berlakon dalam Ong-bak.. Filem ke-2 Tony Jaa iaitu "The Bodyguard" ialah filem arahan pertama beliau.
Bongkuch Kongmalai a.k.a Tuk (Pla) – Dia ni masa umur dia 15 tahun dah jadi pelakon utama dah dalam filem “Bangrachan”. Kira antara pelakon top Thailand masa ni la. Selain dari filem TYG.. filem lain Tuk ialah X-Men, Hit Man File, The Eye 10.
Johnny Nguyen (Johnny) – Aku baca interview dia pasal TYG ni ..ader unsur2 riak jugak kat mama’ ni. Johnny orang Vietnam tapi tinggal di LA. Dia start dengan Wushu kemudian Kung-Fu dan Aikido. Dia selalu jadi stunt double utk filem2 aksi macam "Mortal Combat", "Buffy The Vampire Slayer" dan yg terbaru utk filem "Spiderman 2".
Jon Foo (Wu Shu fighter) - Juga sorang stuntman, expert dalam Wushu dan pertunjukan akrobatik.
10 October 2005
TOM YUM GOONG-Review
“Apsal ko letak gambar Tom yam ni ?”
“Nah ni ko mesti suka ni..” ...pagi2 lagi sampai jer kat opis Defi tetiba hulurkan CD kat aku
Bukak2 jer aku tengok tajuk VCD tu "TOM YUM GOONG" ..laa ni citer Ong Bak 2 ni!. Aku dah dengar pasal sekuel ni nak keluar dari bulan lepas. Aku memang admire giler kat si Tony Jaa ni lepas tengok Ong-Bak tahun lepas. Orang rumah aku suruh aku buat review untuk Ong-Bak tahun lepas tapi lepas siap review tu aku tak tahu nak publish kat maner...aku baru sedar yang aku belum ader blog lagi masa tu..iskkk..sedih..pas tu tak der saper nak tumpangkan blog diaorng untuk aku publishkan review tu. So sekarang ni aku dah ada blog so aku nak publish giler2 review ni.
Review aku ni lebih kepada informasi dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku dalam martial art dan bukan sebagai penggiat seni hiburan tanahair yg mcm dlm Metro plak...so tak wajib betul harus salah...aku campur sikit2 la dengan research yg aku buat. So kalau ada fakta yang korang rasa bercanggah bagitahu la aku supaya tak terus terpesong jauh. Aku akan review jalan ceriter dia kemudian..mungkin dalam 2-3 entry lagi coz aku nak fokus kan kepada informasi tentang filem & tenaga kerja nyer dulu.
Actually citer ni dah released pada 30 November 2004 lagi kat Thailand tapi baru sampai kat area aku dalam bulan lepas..tu pun versi VCD haprak (..kepala org berselirat masa tgh fight..dgn gelap pekat gambarnyer dan sistem audio jgn cakap la)..aku tengah tunggu versi DVD tapi susah plak nak dapat.
Filem ke-2 Termahal
Korang pernah tengok filem “SURIYOTHAI” tak? ..aku pun tak pernah. Kalau ikut rekod ni filem ke-2 termahal pernah dihasilkan di Thailand selepas filem “SURIYOTHAI” dengan bajet 300 juta Baht! (kira2 RM30 juta la). Bajet utk filem ni dapat sebegini besar ialah disebabkan oleh kejayaan Ong Bak jugak la...berebut2 orang nak jadi sponsor utk filem TYG ni (korang akan nampak sampaikan kementerian pelancongan Thai pun jadi sponsor utk trailer filem ni..he..he..). Filem ni 80% berlatar belakangkan dan difilemkan di Australia dan memakan masa 2 tahun dan kalau tak silap lebih dari 600 roll filem untuk disiapkan (betul ker?..ntahla..aku x pegi kira pun).
Filem ini juga hasil dari team yg sama iaitu gabungan Tony Jaa (hero), Prachya Pinkaew (pengarah) dan Panna Ritthikrai (pengarah aksi & stunt) selain daripada Natawut Kittikun (Pengarah Fotografi) dan Akhadet Kaewchote @ Ukkadej Kaewkot (Art Director). Selain daripada itu TYG juga masih lagi menonjolkan kehebatan Muay Thai dalam mengalahkan seni mempertahankan diri asing dan konsep "No Sling, No Stunt" yang diaorang dah start sejak dari filem “Born To Fight” (1986-Panna Ritthikrai ) lagi.
Perbezaan-Kalau dalam Ong Bak Tony Jaa fight pakai seni Muay Thai yang dipanggil “Nine Body Weapon” iaitu seni lama masyarakat Thai ..kira cam klasik Muay Thai la...(.. aku lagi suka seni ni dari Muay Thai moden). Tapi dalam TYG, Phanna (gambar) terapkan pulak seni mempertahankan diri yang dipanggil “Muay Chang Tumlai Roang" atau Muay Koshasan ...kalau dalam bahasa Jawanyer lebih kurang macam "Seni Penghancur Gajah" la. Seni mempertahankan diri kuno ni dipakai oleh " Jaturongkabaht" (Pahlawan Raja yang akan berdiri di tepi 4 kaki gajah yang bawak raja-kira mcm benteng terakhir la kalau gajah ni nak di jatuhkan). Cuma pahlawan ni biasanya akan bawak 2 pedang besar tapi dalam TYG aksi pedang ni tak pulak ditunjukkan (cuma sekali aje masa Kham pegang 2 tulang gajah dia buat movement mirip seni pedang ni) mungkin diaorang simpan untuk next filem kot...aku dengar akan ader filem aksi Tony Jaa lagi lepas ni ...tajuk filem tu “SWORD”..biler kuar aku tak tahu ..nanti aku tanya Prachya.
Muay Koshasan ni antara seni mempertahankan diri yang paling praktikal pernah aku tengok tapi aku tak berani nak komen lebih coz aku tak pernah belajar personally dari guru seni ni cuma aper yang aku baca dan observe, seni ni banyak pakai teknik grabbing,pressing,hurling dan breaking (tak reti aku nak sebut teknik ni dalam BM..). Aku dengar si Tony Jaa ni habiskan masa 2 tahun berguru dengan macam2 guru kat Thailand untuk dapatkan teknik ni. Paling ketara sekali keeffectivean (is it the right word?..) teknik ni korang boleh tengok masa Kham lawan bodyguard2 Madame Rose kat kuil.
....sambung ke next entry..
08 October 2005
Poor man-extended
06 October 2005
Poor man
05 October 2005
Syamil
(Ni la muka Syamil kalau dapat pegi jalan..)
Aku pun dah lupa dah bila gambar ni diambik coz masa tu gambar kaler pung tak der lagi...ingat aku masa ni aku kecik lagi kot he..he..
Tapi aku buleh agak la dialog dia ..
"apala nak jadi dgn ko ni Syamil..cakap pun tak serupa org ..jalan pun asyik nak pakai lutut jer ...training Taekwondo bila ntah boleh ikut...."
"alaaa ..mama relaxs la..tak puas lagi nak baring ni...jalan awal pun bukannyer dapat gi sekolah pun...K.Syira pun baru white belt..sempat lagi Amil kejar dia.." ...
Syamil Little Friend
Masa aku mula2 pindah ke rumah aku kat Bukit Subang (March '05) , aku selalu ternampak Syamil main cek-ku cak dan gelak sorang2 kat tgkt bawah rumah aku. Mula2 aku ingatkan dia tengah main dengan kakak dia tapi bila aku naik atas aku tengok Syira tengah tengok TV "..aik..Syamil tengah main dengan saper lak tu?" ..aku mula cuak. Tempat favourite Syamil main ialah depan almari nyatoh betul2 depan main door aku. Ishh.. kekadang meremang jugak aku bila dok sorang2 kat bawah tu.
Kalau dulu masa kecik Syira selalu jugak nampak "kekawan" dia ni. Ada sekali tu masa Syira umur 2 tahun, aku tengah drive balik KB dan masa tu baru lepas Maghrib so dah remang2 senja org kater dan kebetulan aku baru sampai ke Jalan Merapoh Gua Musang ...dah nak masuk Gua Musang dah .
Bagi yang biasa lalu jalan tu korang akan nampak banyak gua batu kapur kat tepi jalan on the way ke Gua Musang dari Merapoh.
Kes terbaru masa kitaorang ke Branded Sale depan Terminal 3 Subang...minggu lepas. Aku kesana lepas amik bebudak dari rumah mak mertua aku so dah pukul 8.30mlm dah masa tu. Aku park keta aku kat hujung parking area utk sales tu..agak ke tepi hutan jugak la. Masa tengah shopping tu Syamil merengek pulak nak ais krim so bila keluar tu aku pun belikan la . Sampai kat kereta aku suruh Syamil habiskan aiskrim dulu before masuk keta (tak nak comotkan lagi keta aku yg dah comot ni..). So Syamil pun makanla aiskrim tu kat tepi keta ..Iena aku suruh tunggu la kat sebelah dia la sambil aku lepak dlm keta dgn Syira. Sambil makan tu dia selamba jer cakap kat mama dia .." mama antu..antu.." sambil tangan dia sebelah pegang ais krim sebelah lagi tunjuk kat dalam hutan tu...pas tu dia dok pusing kan kepala dok follow tengok "benda" tu kot sampai ke tepi jalan. "dah..dah..masuk keta.." Iena terus tarik Syamil masuk dengan mulut comot dgn aiskrim lagi. On the way keluar dari parking lot tu ..."aaaa..tu antu.." ...aku dengar Syamil cakap lagi tapi slow jer la..dia takut mama dia dengar kot.
TABIAT
Si Syamil ni satu lagi perangai dia kalau nak pegi maner2 dia akan kendong semua barang2 dia..buku dia..keta dia..botol susu dia..selipar jepun dier dan mcm2 lagila yg ader kat depan mata dier. Dan selalunyer dah last2 minit barula dia angkut benda2 sambil menjerit2 panggil org tolong dier... so terpaksala kitaorang nunggu dia angkut semua brg2 dia masuk keta .Yang jadi lambat nak bertolak kemana2 sebab ni la. Kalau masa makan kat luar plak..Syamil susah nak makan tapi tabiat dia bila aku dah panggil waiter nak bayar dia pun start la makan...terpaksala kitaorang tunggu dia habiskan makan dulu padahal dah bayar dah ni..