Bila aku baca blog Eizam perihal geng2 lamer UiTM ..aku terpanggil utk tambah sikit citer psl geng2 lamer UTM dan student2 aku sambil2 story sekali pasal zaman kegemilangan UTM dan UITM kitaorg tu.
1st National Tournament
Aku first involve ngan national tournament ni dlm tahun 1990 masa tu tournament kt Bangsar Shopping Complex. Aku baru jer transfer dari UTM Skudai coz pelajar2 degree Electrical kena sambung balik kt Jln Semarak. Masa ni la aku dok dengar nm Eizam Arbak(tp dia x kenal aku masa tu..hu..hu..). Dia form 4 ke form 5 masa tu. Tp masa aku kt UTM Skudai (1989) aku dah biasa dgr nama ayah dia (Arbak) dan family TKD dr Tan Chek Si (skrg Master). Masa di Bangsar tu ader perlawanan persahabatan antara team Malaysia lawan team Russia (tp team Malaysia memang team yg betul la ..bkn cam yg aku jd coach ari tu..). So aku berpeluang tgk dia lawan dr tgkt 2 shooping kompleks tu . Dan esoknyer kuar paper dia ngan jumping back kick nyer. Fighter lain masa tu ialah Choong Soon Kean, Raman dan Master Siva ..yg lain2 aku x ingat. Masa kt Bangsar Shopping Complex tu aku ternampak bekas Instructor aku Michael Phang tp dia x join geng2 senior yg lain.
Tournament UTMKL
Sejarah Tourn kt UTM KL bermula pd tahun 1990 iaitu sejak aku belajar kt sana. Actually bukan sebab aku pun cumer kebetulan masa tu ulangtahun ke-10 PTKDUTM dan sambutan Jubli Emas UTM dan tambah lagi ms tu UTM ader ramai committee yg komited... so bila Master Chee cadangkan PTKD organize tournament yg grand semua pun setuju la lagipun tahun tu UTM tgh bermurah hati nak sponsor. UiTM pulak kalau x silap aku memang dah ader diaorng punyer tournament...dan quite stabil coz GM Dato' Sabree (Master Sabree masa tu..) ader jadi dekan kt situ.
Tournament wajib
Sejak dari 1990, tetiap tahun ader la 5-6 tournament yg establish yg wajib aku dan team UTM masuk ..antaranyer Tournament TTA, Jemputan Selangor, Jemputan UTM, Jemputan UITM dan Terbuka JB serta Ipoh. Aku dan team UTM aku pantang betul kalau jumpa team UITM tp kitaorang buleh geng ngan team Selangor (Tuck Seng and the geng bawah mendiang Daljit Singh). Tapi kalau ke tournament luar macam Terbuka JB atau Selangor kitaorg akan jadi satu team.
Unbetable Team
Masa tu aku ader team yg cukup kuat dan boleh dikatakan "unbeatable" team dr 1991-1993 iaitu team Razhan, Zaili, Azhari dan 2-3 org fighter Cina aku lagi. Aku ader byk pilihan fighter coz ahli2 UTM masa tu setiap semester x kurang dari 80 orang. Aku plak memang main individu (atas faktor2 geografi ..he..he..) dan aku maintain dlm kategori Micro Weight. Lawan aku yg biasa aku jumpa kalau dr UITM ialah Rashidi (UITM punyer fighter la ni..). Middle weight aku ader Zamani. Mamat ni yg rampas aku punya takhta kt Skudai dulu hu..hu.. Ye la ..masa first semester dia x join TKD lagi so kalau ader tournament aku la yg pegang tp bila second semester dia dah start conquer tournament anjuran UTM cumer nasib baik masa tu dah ader kategori he..he..so aku x der la nk jumpa dia lg.
Zamani ni sepanjang aku gi tournament ngan dia ..dia x pernah kalah. Dan setiap kali ader tournament x kira la kt mn mesti dia ikut. Sekali tu ms kitaorg pegi tournament kt Ipoh (1992)... cumer aku ngan dia jer Melayu yg join dan semi final dia kena jumpa bdk India dr team Gopeng (gengster giler ms tu..) . Masa tu dlm hati aku ..kalau dia menang pun kitaorg x kn buleh balik ..kalau dia kalah pun lg la kitaorg x leh balik. So aku cakap kt dia ..alang2 dah cam tu belasah betul2 la India tu ....dan Zamani jadi champion kt Terbuka Ipoh ms tu..dan ngan team Gopeng tu kitaorg jadi kawan. (gambar kt sebelah tu gmbr kitaorang selepas menang kategori masing2 ..cekeding giler aku masa tu ..48kg tp masuk kategori middle weight. Gmbr kt atas ms aku tgh lawan Zamani utk kejuaraan antara Kg.Pelajar (semester lain)...dia wakil Chengal aku wakil Merbau). Cumer hajat aku nak temukan dia ngan Bernard Raden (Juara Ultimate Warrior 2007) x kesampaian coz kategori dia org lain2. Sayangnyer Zamani stop TKD lepas dia kahwin (ngan student aku gak) tp dia sempat aku bawak gi grading Black Belt kt IPK ngan Master Chee.
Tp tu la ..betul la kater Eizam & Tengku ...zaman aku dulu ms training memang aku belasah betul2 ...aku ngan Zamani kalau training memang kitaorang x main2 dan paling pantang kitaorg kalau bebudak sparring lembik2. Semangat tu yg aku rasa dah x der dah skrg ni ...bdk2 semuanyer manja2. Kena sikit cuti berbulan.. Sparring partner aku yg lain ms tu ialah Noordin Khalid (DTA Senior Instructor kt Rawang)..ni pun srg ..giler nyer aku ngan dia ni ..sekali tu kul 2 pagi aku x leh tido so aku ajak dia sparring depan rumah kt Setapak Jaya...sampai kn jiran2 panggil polis ingat kn ader org gaduh ..tp tu la aku ...dah lebam2 baru la buleh study .. Partner lain aku ialah Maarof dan Hanafi. Kitaorg selalu ke kelas Rodzi di Hulu Langat utk "test" bebudak dia. Aku pulak masa tu training 9 hari seminggu. Hari2 x der kelas aku akan ke Ampang utk kelas full contact ngan Saiful ( Greenhornet.com) dan weekend ikut Maarop ke Medan Mara utk kelas Silat Olahraga.
Sorg lagi fighter aku yg dah gantung belt ialah Razhan. Dia ni first ko-ko student aku batch 1993. Dia ni aku kenal ms dia main takraw (main tekong) so dgn saiz dan libasan kaki dia aku tgk dia boleh kedepan. Tambah ngan minat dia dlm TKD ni . So dr tu la ms training memang aku cumer polish chopping dan jab dia jer coz kaki dia panjang. (Tengku mesti kenal si Razhan ni ...). Yg paling aku x leh lupa ms dia lawan team mat salleh Vision kt Kg.Datuk Keramat ...sampai ke lantai muka mamat tu dia bagi chop. Dia ni kekal x kalah2 sampai la dia gantung belt...sayang tul. Tapi yg menguatkan lagi team UTM masa tu coz aku ader fighter yg aku panggil "kereta kebal" macam Azhari (skrg senior instructor DTA kt Tg.Malim) dan Zaili..(last jumpa ms kt AMCORP MALL). Dua-dua org ni jurulatih Gayong kt UTM tp jadi student aku masa kelas Taekwondo. Kalau jumpa team UiTM biasa nyer strategi aku ialah hantar Azhari ni utk "ranap" kn first fighter UITM (he..he..sorry ye Eizam & UITM team..ni la sebenarnyer taktik yg aku pakai..hu..hu.) dan Razhan akn masuk utk jadi second fighter dan dia akan score first point (atau win point). So kalau Azhari kalah fighter ketiga akan masuk dan biasa nyer aku letak Zaili fighter ketiga sebab dia ni baran dan memang semangat dia x der saper yg boleh lawan kalau tgh2 kritikal. Cumer sebab baran dia ni ..dia selalu injured tu yg aku sentiasa letak dia fighter ke-3. Team ni menang di UTM, UITM dan termasuk la di TAR college.
Masa di TAR College la fighter dr UiTM makin ramai yg timbul mcm Ali Khir...kt TAR college dia belasah si Noordin dan Maarop dlm satu ring (2-2 masuk spital masa tu..). Masa TAR College ni team UTM dah kurang berbisa sikit dan UITM aku tgk makin dominant (kecuali kategori aku ..he..he..). Tp tournament TAR ni memang x boleh pakai coz lawan cam nak bunuh org especially team dari University National of Singapore (UNS). Team aku (Black Belt) kalah ngan diaorang tp aku berpeluang jumpa salah srg dr team ni masa semi ....ms lawan aku tu member dia asyik dok cakap (dlm bahasa Mandarin..) .."dia pakai kaki depan..dia pakai kaki depan..!" . Tapi kaki pendek aku ni still masuk gak ke rib dia. Aku x ingat aku jumpa saper masa final.
Dalam byk2 tournament ..tournament TTA la yg aku paling konsisten masuk...dulu selalu kt Dewan 222 PJ. Kt tournament ni la aku kenal Bernard, Bathi dan geng2 Tuck Seng. Gambar kt sebelah ni masa aku jumpa Sze Yuen (btul ke x aku eja nm dia ni..)...dia ni skrg ngan Bathi ITF dan kick boxing kot. Kt sini gak la aku join selection Malaysia (sajer jer suka2 ...dah saiz "rendang" cam ni nk wakil Malaysia..hu..hu.). Dr UTM cumer aku dan Zamani masa tu dan aku lepas pattern dan sparring tp Zamani cumer lepas sparring. Mamat ni memang kurang sikit pattern dia ....asyik nak sparring jer. Tp selection tu buat syarat jer aku tengok ..coz nm yg terpilih mcm dah ader dah...nm2 samer cam tahun2 lepas. Masa ni la muncul generasi2 yg lg junior mcm Hj.Saiful (Trg).
Presiden PTKDUTM KL
Aku jadi vice president utk Persatuan Taekwon-Do UTM utk 2 sessi ..90/91 & 91/92 dan jadi President utk sessi 92/93. Sebelum tu semua presiden Cina. Lps aku Maarop amik dan turun ke srg junior aku lps tu hancuss. Masa zaman aku dan Maarop UTM x pernah miss organize tournament dan bila aku tukar balik ke UTM Skudai (tahun 1994) aku sempat organize satu tournament kt sana (Kt Kg.Merbau). Dan setiap kali tournament UTM memang aku dapat full support dari MITF dan skrg MGTF. Senior2 MGTF mcm V.Sivalinggam (skrg Master), Choong Soon Keang, Johson Kong (skrg PGTF) dan Kaldhun Rizal memang x pernah miss dtg support tournament UTM. Cumer aku miss abg2 IPK aku dulu ..abg Kamal, Jaafar, abg Hamid Yoga dan 4-5 org lagi la. (Gmbr kt atas ...dr kiri adik Master Chee, Khaldun, Siva dan Choong.).
Masa tu aku x dgr sgt masalah judges bias dan jugdges pilih kasih. Tp ader la accident sikit2 tu. Tp yg paling frust pernah jadi kt aku sendiri. Masa tu tournament kt UiTM la ..final aku jumpa Rashidi. Aku confident giler aku dah leading point ms tu. Tp bila angkat tangan tangan aku x gerak2 ..Rashidi yg referee (ms tu saper aku x ingat tp chief judge Mr.Low) tu angkat. Tp aku mcm biasa x komplen pun cumer rasa pelik jgk la. Dan pelik aku tu betul coz lepas event tu Mr.Low dtg jumpa aku ...dia mintak maaf coz td sebenarnyer aku yg menang tp ref tu tersilap angkat tangan Rashidi!..ceiikk.. Tp nk buat camner ...dah bukan rezeki aku...hu..hu. Tp x per ...at least aku bersara slps semua GOALS aku tercapai . Aku bersara secara rasmi dari tournament selepas Kejohanan TKD Jemputan UTM di Dewan Kg.Datuk Keramat (1996) selepas aku dapat Best Individu Black Belt. Ms semi final aku kalahkan Guna dr Seremban (dia kalahkan Bernard 2 bulan lepas tu di National Tournament, PUO Ipoh) dan aku jumpa Noordin di final dan biasala aku tok guru dia so dia kenala bagi aku menang he..he... Pattern plak ni la first time aku menang emas pattern 2nd Dan (selepas berpuluh kali try..hu..hu..).
So sekarang cukupla kalau aku dpt produce seramai mungkin student2 yg bersemangat lebih kurang cam aku. Mcm yg aku selalu pegang ...kejayaan tu x akan mengajarkan aku apa2 tp jalan2 nak capai kejayaan tu yg akan memberikan aku pengalaman dan mematangkan aku . Dan kalau setakat x dpt jadi juara utk sesatu tournament tu bukan bermakna aku gagal tp "aku belum lagi berjaya "..so try lagi la sampai dpt. Bertemu kita ke puncak jaya!! (he..he..ni slogan Network 21 ni ..aku pinjam...)
No comments:
Post a Comment