Kalau korang buleh recall dulu aku ader citer pasal sorang budak pompuan derjah 4 yg mak dia bawak masuk kelas aku coz kat sekolah dia selalu kena buli (Jun '06). Budak tu (Atiqah) still lagi dgn aku kat Subang Perdana dan semenjak 2 bulan lepas dia dah x kena buli lagi. Macam yg aku janji dgn mak dia ..aku cakap aku x kan ajar Atiqah ni lawan balik budak yg buli dia tu tp aku akan kuat kan "Inner side" dia coz aku nampak dr psikologinyer si Atiqah ni very weak kat dlm tu. Badan kiter selain dr body language ader satu lagi iaitu aura yg org x nampak tp aura ni yg secara sub concious mind nyer akan antar signal ke sesaper utk bgth dalaman kiter ni lemah so buli la kiter... lebih kurang mcm tu la aku translate dlm bahasa layman.
So latihan utk Atiqah ni aku lebih kepada nak build dia punyer konfident level dan aku nak dia tahu yg dia ni kuat. Aku nak dia antar signal ke budak2 yg buli dia tu yg dia dah kuat dan x kan bagi lagi org buli dia. So dia aku suruh sparring almost hari2 latihan dan aku galakan dia sparr dgn budak2 lelaki dan biar "ganas" sikit. Kalau org lain buat 20 x kick dia aku akan suruh buat 30 x.
Malam tadi plak aku drill dia cukup2 dgn kicking teknik ..aku ingat malam tadi shj dia kena push-up x kurang dr 50 kali..setiap kali buat x betul aku suruh push-up. Tapi malam tadi memang aku drill betul2 semua student Subang Perdana aku. Aku nak test fitness budak2 ni selain dr asyik dok main2 dlm kelas bila budak lain yg handle. So mlm tadi sorang2 kena buat at least 40 x kick utk setiap kick. Farid sampai x leh berdiri lepas buat 30 kick ...tp setiap kali dia jatuh aku suruh dia push up 10 x. So at the end lepas jatuh bangun2 dia dah buat 50 push-up dan 60 kick!. Masa sessi sparring aku suruh dia spar dgn Atiqah dan utk first time aku tengok Atiqah ni betul2 spar ..sampai menangis si Farid kena kick. Dia pun x der la jatuh2 lagi masa sparr dan kicking pun dah paras dada ..x la paras kepala lutut jer mcm selalu. Jauh berbeza dr Atiqah 3 bulan lepas. Buleh nampak dia lebih konfident dan x segan2 lagi nak ke depan.
Aku x berpeluang lagi nak dptkan feedback dr parents dia dan kalau bulah dr Guru Besar dia pun aku nak tanya mcmn dia sekarang kat sekolah. Actually Guru Besar sekolah dia yg suruh mak Atiqah ni antar dia ke mana2 kelas TKD coz cikgu2 kat sana dah x bleh buat apa2 dgn kes buli dia ni.
No comments:
Post a Comment