24 September 2006

PNB Grading & SMT fees

23/9/06-Sabtu
Malam tadi berembun sampai kul 1 pagi. Pagi2 ni plak aku buat grading test utk Ibrahim dan Amin kat PNB. Diaorang akan amik test utk black belt. So aku bawak Ven dan Asmir sekali utk jadi sparring partner diaorang masa grading tu . Pagi2 tu Syira plak nak ngikut so aku bawak sekali la dia. Aku sampai kat tgkt 40 PNB aku tengok Ibrahim dan Amin dah ader. Plank plak Amin x bawak...berlenggang jer dia dtg sehelai sepinggang. Dah la x call langsung nak confirmkan grading ni. Terpaksa la aku bagi2 kan plank yg ader dan teknik2 1 plank tu aku decide utk pakai breakable board jer.
Dalam kul 10.10am aku terus start grading test. Performance bebudak ni x la teruk sgt cumer masa pattern tu aku komen Amin power dia x der ...macam main2 jer buat (atau memang tu la maksimum yg dia buleh pegi kot?..). Dan semua yg aku komen pasal power ni proven masa breaking teknik..hampir semua teknik dia ader problem nak pecahkan papan tu. Nasib baik dia manage break 6 items.
Aku teringat masa aku amik black belt test dulu. Masa tu awal tahun 1990 kat IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jln Pudu). Masa Master Chee bagitahu aku yg aku layak utk amik test tu rasa cam aku dah graduate!. Pas tu 2-3 minggu sebelum test x henti2 training dan malam sebelum test jgn cakap la berdebarnyer . Nak dijadikan citer aku sampai2 kat IPK elektrik plak x der (aku dah citer dah ni dlm entry aku yg sebelum ni..) so aku kena menapak naik ke tgkt 16 bangunan tu dgn bawak 12keping papan utk breaking. Yg aku nak citer nyer ialah pasal SEMANGAT utk grading..semangat utk amik black belt test ..semangat utk jadi Blackbelt!. Aku x nampak ader kat Amin masa tu..Ibrahim aku nampak la sikit kesungguhan dia nak amik test tu. Maybe dia x nampak value jadi blackbelt kot atau dia rasa "terpaksa" amik grading ni.
Tapi dlm mcm tu pun dia lulus la jugak .
12.30pm - aku ke Everybody Martial Art utk belikan belt bebudak aku. Before tu aku msg ke org rumah aku yg aku akan singgah rumah lepas balik dr EMA tp lepas lunch jam dah pukul 1.45pm ..hujan lak kat KL so aku kena terus ke K.Selangor coz kelas start kul 3.00pm. Jenuh jugak nak explain ke orh rumah aku yg aku x jadi singgah. Actually aku suppose kena attend jamuan ke AJK sempena sukaneka taman aku ari tu. Tp dah ader kelas ni aku wakilkan ke org rumah aku je la utk attend.
Aku sampai kat SMT ader la 6 org tgh tunggu aku. Kelas ari ni x ramai coz sekolah buat seminar aper ntah. Form 5 memang dah x nampak langsung muka. Aku punyer plan hari ni sempena kelas terakhir aku sebelum raya ni aku nak collect semua outstanding fees dari student2 aku ni tp ramai plak yg x ader. Aku sempat remind Ashraf dan bendahari tahun ni utk buat collection lepas raya nanti. Aku ckp tahun ni aku akan submit nama ke cikgu bagi sesaper yg x jelaskan yuran TKD. Aku sebenarnyer x tergamak nak bagi nama2 tu ke cikgu coz nanti sijil berhenti san SPM diaorg akan kena gantung. Tapi bila mengenangkan dah 2 tahun cam ni so aku rasa tahun ni aku terpaksa la strict sikit. Bukan aku x kesian ke bebudak tu tp aku lebih kesian kan aku ni hahh. Lagipun dr awal tahun lagi aku dah ajar bebudak tu cara nak byr fees ni ...RM15 sebulan tu kalau dikumpulkan 4-5 bulan mestilah byk! Tapi kalau byr sikit2 x kan nampak duit tu kuar. Tolak yg betul2 ader problem la..aku akan konsider kalau diaorg x mampu coz aku dulu pun x mampu nak byr RM10.00 sebulan yuran aku.

No comments: