15 August 2006
Aku FAIL.....
10 August 2006
Tournament oh Tournament
17 July 2006
Eh ..amacam tournament?..berapa untung?..
Objektif utama aku bila buat tournament ni ialah nak bagi pendedahan kepada student aku dan nak cari pelapis utk aku nanti. Selain dari tu objektif lain yg aku x announce ialah aku nak tengok saper KAWAN dan saper yg bukan ....bg aku senang... kalau yg antar peserta dan yg dtg support tu kawan aku la. So skrg ni aku dah tahu la saper KAWAN aku . Sekadar rekod...group yg x antar wakil ialah group Melaka, TTA, Rajan, Master Ricky Low, PD dan yg paling best nyer Master Chee sendiri x antar peserta he..he..
Pemilihan commitee – satu2nya nama dlm kepala aku bila aku fikirkan committee ni ialah nama ko sbg Ring Master. Kriteria yg aku pilih ialah org yg Instructor lain buleh respek dan yg penting jugak yg sekepala dgn aku dan paham hala tuju aku dan aku x nampak org lain dah selain dr ko. Committee lain aku dah pre set jawatan masing dlm kepala aku berdasarkan kepada pengalaman aku berurusan dgn diaorg ni. Frankly ..ada sesetengah post tu aku terpaksa letak jer nama2 member2 & senior2 aku sekadar dummy ..sekadar x nak diaorg “terasa” kalau nama diaorg x der krg dlm organisasi dan juga sekadar nak memenuhkan jawatan tu walaupun aku tau risikonyer nanti aku sendiri yg kena selesaikan keje2 diaorg!...and it’s very TRUE!.
Masalah yg paling besar aku hadapi ialah pemilihan committee utk SPONSORSHIP!..semua org yang aku harap2 kan utk dpt tlg sinsing lengan cari sponsor dgn aku HANCUSSS!! ...end up tinggal aku dan Abg Zuhdie (yg masa tu tgh terlantar kat hospital ... dia masa tu nak ckp pun dah x bleh dah...sedih woii..). Mungkin diaorg ingat “eleh kalau dpt sponsor pun yg kaya si Din tu jer.biar la dia cari sendiri....” . Maybe kot coz srkg ni aku tgh kaya la ni..jap lagi aku nak gi tukar keta plak..he..he.. Sebenarnyer ...aku jadi bersemangat nak proceed dgn DIT ni bila dpt tau dari student aku yg Gerbang Perdana & Country Height boleh jadi main sponsor!. Aleh2 Country Height kemana org yg propose tu pun dah x nampak btg idung dah . Kes Gerbang Perdana aku kesian kat student aku srg tu dan x salah kan dier ..sampai gaduh2 mintak sponsor. So biler dah nampak negatif tu aku suruh dia slow down..nanti kan keje dia melayang plak. So lesson learn- relationship x menjanjikan sponsorship. Tp aku tahu ader 2-3 “member” aku yg dah cuba sedaya upaya utk dptkan sponsor tp dah x der rezeki apa nak buat. Aku betul2 appreciate ...Thankss.
Ada 2 comiittee yg selalu kena dgn aku ..iaitu Teknikal dan Hadiah ..2 committeee ni yg aku x leh tgk diaorg buat silap coz expectation aku kat diaorg ni tinggi ...biar amik 10tahun pun nak paham kalau diaorg sanggup nak belajar aku akan ajar. Lebih baik dr yg dah pandai tp x kurang ajar. Aku betul2 frust dgn PUBLISITI ..end up dgn RTM kemana, KOSMO kemana... Press kemana? Banner ciput aku kena gelak dek org dan utk buat poster terpaksa aku dtg opis aku curik2 tgh malam utk buat laminate. Yang menambahkan LOST aku dlm DIT ni ialah buku cenderamata ..dari bajet 500 dah jadi 1300! Lesson learn- jgn amik org yg ader relatif relation..nanti ader conflict of interest!. 7/7/2006 9.00pm ..aku terduduk srg2 kat depan dewan biler terima invoice dari A & Z Enterprise..serba salah ..nak nangis ke nak gelak .. last2 aku gelak....aku gelakkan kebodohan aku ...dlm invoice tu tertulis balance RM3800! dan buku cenderamata RM1320 dan mesti settle mlm tu! Mana aku nak cekau duit nak settle dan yg menambahkan sedih aku ialah bila dia ckp kalau x bayr abis mlm tu buku tu x leh keluar. Aku terasa dianiaya betul..Company Cina pun bg aku terms 60days...aku amik dgn akak ni (mak ke student aku..) coz ingat kan dia buleh tlg ringan kan beban financial aku tp rupa2nya lagi kena perah!. Sampaikan usaha student aku x tido mlm buat backdrop pun diungkit nyer..tu x termasuk lagi aku dgr nak claim minyak keta la..tu la..ni la..frust sgt aku. Padahal sbg student diaorg yg volunteer nak buat. Dan aku sbg instructor ader hak nak suruh student aku buat keje2 amal tu. Sampaikan mlm terakhir tu berdering2 call aku dan Angah terima utk mintak settlekan payment tu ... aku x angkat dan aku x benarkan Angah tu angkat coz kalau x kami terpaksa la menipu kater akan byr tp realitinyer kami mmg x leh bayar. Balik rumah tetiba jer aku ternampak buku akaun YIPPI anak2 aku ......Alhamdullillah aku dpt settlekan semua outstanding aku tu....
Aku mlm tu sebenarnyer baru dpt tau 2K sponsor dah dibank in ke akaun Shahbumi ...so rasa cam nampak “light at the end of the tunnel “ la ..buleh la kurangkan lost aku tu. Tp bila tgk Invoise tu hancuss harapan aku utk kurangkan lost tu. Aku realize aku akan RUNNING LOST ni biler ramai Poli ckp diaorg x terima surat jemputan dan biler M.Keith call aku apology dia x leh antar wakil. Tapi aku dah x bleh nak tarik balik...tarik balik kan ramai Cina yg akan bertepuk tangan! Dan bukan jenis aku nak surrender awal2. So by hook @ by crook aku kena teruskan jugak DIT ni. Cuma yg aku buleh buat dan yg dah pun aku buat ialah cuba cut cost sebanyak mungkin sampai kan alatulis pun aku mintak org rumah aku pinjam dr opis dia. Kat rumah ..org rumah aku berbuih mulut suruh aku kanselkan ..ye la..2-3 minggu sebelum tournament aku asyik terjaga tgh mlm jer..dok pikirkan mana nak cekau duit utk run DIT ni. Tp bagi aku ..kalau perlu aku tinggal sorang dgn merangkak pun aku teruskan DIT ni...kalau perlu aku gadai keta buruk aku tu utk teruskan DIT ni aku akan buat.
Aku frust jugak dgn committee yang x nak gunakan peluang DIT ni utk exposekan diri. Dalam kepala aku...aku dah bayangkan masa tournament tu nanti semua jurulatih2 kanan dlm pakaian official dan kalau buleh sut. So that org akan nampak DTA ni ader ramai senior instructor dan very proffesional ....tp yg frust nyer ader jugak yg dtg dgn Jeans dan dok buat keje macai padahal nama dia ader kat dlm main committee...abis nak buat camner?...Karisma dan Respek tu tak ader jual kat kedai...
Overall.... commitee punyer performance memang x up to aku punyer expectation. Tp objektif aku nak bagi pendedahan aku rasa dah tercapai dan aku konfiden DIT 07 x kan jadi cam ni. Cuma aku sedih bila aku panggil semua committee utk buat post mortem petang Sabtu dan Ahad tu ramai senior2 x join....maybe diaorg ingat waktu “keje” diaorg dah abis kot.. lagipun semua ader family komitmen kan?..Last day AHAD (8.30pm~9.30pm) tu sedar2 tinggal aku dgn org rumah dan anak2 aku jer dok kemas kan brg kat dewan tu..Angah & bebudak SP lain tgh settlekan hostel. Ni mcm ulang balik masa hari Khamis sebelum tu ..masa tgh siapkan dewan ..cuma aku satu family , Ven & Asmir jer ..rasa cam DIT ni tournament family plak ..he..he.. Ni aku amik quote dari student aku ..Aja .. “ini kejayaan bersama, so susah senang, kiter semua kena hadapi bersama.....Jangan la time senang jer nak bersama.....Susah n senang must together..........” . Ko buleh nampak selain dr aku ramai lagi yg frust .
Overall ... aku betul2 respek ke member2 kiter yg sanggup dtg dr Kulim, Trg & Kelantan tu...kalau x kerana diaorg DIT ni jadi tournament tertutup la. Aku jugak FRUST dgn cawangan2 DTA yang x contribute ....aku harapkan PSAS antar ramai peserta coz sebelum tu mmg DIT ni plan asalnyer dibuat kat sana..Bukit Sentosa & RTM pun aku x nampak wakil ..regardless aper reason la kan. Bukannyer aper ni DIT pertama dan aku dok marah ke Cina2 tu yang x support aku ..tapi rupa2nya ..ye..la..bukan Cina jer yang tak support aku so statement kiter nanti nak kena ubah la...
Last sekali aku betul2 FRUST biler ader yg berani tanya “Eh ..amacam Tournament ?..berapa UNTUNG? L*n*aU dia la untung!!
Akhir kata selagi ader org2 cam ko utk lead...selagi ader org2 kanan aku Ali, Noordin, N.Hazim dan lain2 yg dok belakang aku... selagi ader kengkawan cam Hj.Saiful, Ustaz Mansur, Kheirulisyam dan lain2 yg support ....selagi ader student2 aku cam Angah, Hajar, Ven, Asmir dan lain2 yg sanggup susah dgn aku..selagi ader org rumah aku kat belakang aku dan anak2 aku dok tlg sepah kan dewan ....DIT akan tetap diteruskan. Wasallam...
17 May 2006
SEMINAR MEMPERTAHANKAN DIRI MMC

Bila Ali inform aku yang Kolej Multimedia Telekom (MMC) nak aku buat satu seminar berkenaan dengan Mempertahankan Diri untuk pelajar, aku pun terus setuju lah. Cuma yang aku risaunya lead time yang dia bagi cuma lebih kurang 1 1/2 minggu shj. Tarikh lak bila aku tanya still tak confirm lagi…aku plak hujung minggu tu (20 ~ 24hb April) akan berada di Pulau Perhentian!. Satu lagi ..pengurusan MMC nak aku buat seminar mempertahankan diri dan tambah dengan Pembentukan Jatidiri Pelajar!...pehh! heavy giler punya tajuk?.Aku tak pernah lagi bagi seminar berkenaan dengan JATIDIRI ni …ye la ...jatidiri aku sendiri pun aku tak sure kat takat mana. Tambah lagi nak kaitkan dengan SELF-DEFENSE?.
Tapi aku tak la kata tak boleh…ni kira challenge ni..lagipun kalau seminar ni kira aku punya benchmark la kot2 next time ada lagi org offer.
So tengahari tu (Ali inform aku pagi) aku pun hantar la draf agenda seminar & sillibus yang aku nak cover utk 2jam tu….aku cuma amik masa 10minit jer drafkan agenda & silibus tu...alaa aku pakai silibus yg biasa aku buat kat mana2 seminar
Sampaila masa aku bertolak ke Pulau Perhentian selai slide pun aku tak start lagi. Tak nak aku dok peningkan kepala ..kepala aku dah overload dah ni dengan presentation untuk department aku.
Balik P.Perhentian Ali call aku confirm kan tarikh seminar tu…29hb April jam 2ptg. Maknanya aku ada 4 hari ajela untuk prepare slide dan contents untuk seminar tu nanti. Balik P.Perhentian ingat kan dah buleh rehat tapi ada plak TS16946 training hari Khamis & Jumaat..bila plak aku buleh start keje aku ni.
So pantang masa rehat aku pun surf la internet…bab self-defense aku tak der masalah coz aku punya koleksi dah lebih dari cukup…nak cakap 2 hari pun aku ada point. Tapi bab jatidiri ni yg aku pening. Dah puas dok godek2 internet ytp sepatah haram bab jatidiri pun aku tak jumpa…maksud aku bab yg aku buleh relate kan dengan Martial Art la. Tinggal sehari lagi pas tu aku dah kena training ni…
Aku datang pagi Jumaat MR company inform aku TS16949 training postponed ke minggu depan…YES! Ni la chances aku utk siapkan material utk seminar tu nanti. So dari pagi sampai tengahari Jumaat tu aku dok prepare slide utk presentation seminar tu. Sampai Sembahyang Jumaat aku Cuma dpt siapkan 8 slides shj. Balik sembahyang aku sambung lagi coz ada 30minit lagi sebelum abis rehat. Tapi belum sempat sambung 2-3 slide lagi aku dah kena attend meeting & bos plak panggil mengadap…sampai la kul 5ptg slide aku tak bertambah2 ..stuck kat page 10. No choice esok pagi (Sabtu) aku kena dtg utk siapkan slide ni.
Pagi Sabtu lepas tingg

Seminar kali actually aku nak ubah format sikit ..nak ubah

Dalam presentation aku tu aku masuk kan definasi self-defnse, tools yg digunakan , vital spot, basic releasing technique dan theory of power. Aku tak confident aku buleh cover semua topic tu dlm masa 2 jam. Biasa aku buat seminar ..4jam just utk satu topic…Theory of Power!.
Aku sampai kat MMC dah lewat sikit tapi nasib baik seminar tu ditunda ke kul 3ptg. So aku ada 45minit utk prepare dan brief ke bebudak MMC. Lepas check hall, test sound system dan PA..aku quite satisfied la dgn monitor dan sound tu cuma cordless colar mic tak der plak…tak kan la aku nak pegang mic sepanjang 2 jam tu.
First impression aku bila mukadimah seminar tu...."Ni budak2 lepasan SPM ke mat-mat rempit ni?" ..Ramai aku tengok dengan seluar sempit dan rambut cam mat2 skuut. Yang pompuan biasa jer la...dan ramai dah berada di Alam Separuh Sedar...dgn mata dah kuyu..padahal diaorg baru balik dari dewan makan tadi tu. Ader seramai 120 org yang attend hari tu dan semuanyer pelajar baru yang mendaftar utk kemasukan May 2006. Kira diaorang ni dalam Minggu Haluan Siswa la.

14 May 2006
Bowling tournament
09 May 2006
Pulau Perhentian

Pulau Perhentian - 22hb April 2006
Gambar kat atas ni ialah gambar depan chalet aku ..Pulau Perhentian Resort (PIR). Mat Salleh dan Minah Salleh tu sekadar lakonan semata2 dan tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
"mana rumah ko Din?"
"ko nampak tak rumah besar warna hijau sebelah masjid tu.."
"Aaaa ..nampak..nampak..oiisshhh besar nyer rumah ko Din.."
"tak tu rumah saper ntah..rumah aku yang kat tepi sekolah tu ..yang bumbung tak der kaler tu.."
Sibuk jer bebudak opis dan staf aku nak kenal rumah aku. Aku sampai ke Airport Pengkalan Chepa kul 3.30pm. Sampai jer aku terfikir nak call rumah ..nak tanya khabar Wae & K.Zu aku..tapi belum sempat dail aku dah kena panggil utk naik bas coz kitaorang dah menunggu dah nak bawak ke Kuala Besut.

Perjalanan ..eh aku tak jalan ..aku naik bot.. "Perbotan" dari jeti sampai ke Pulau cuma makan masa 30minit..tak sempat nak mabuk pun he..he.. Sampai jer kat Jeti Perhentian Island Resort aku terdengar bunyi kompang dan gong...rupa2nya pihak pengurusan PIR buat sambutan giler2 utk MD aku. Aku tengok ader Mat Salleh yang berlari dtg amik gambar kitaorang. Mesti diaorang ingat ni Menteri Kabinet ker VVVIP maner ke yang datang ni. Aku plak masa tu jalan belakang MD aku so kembang kempis la idung ni kejap .. tempias glamor tu aku dapt la jugak. Macam citer Fantasy Island pun ader.."the plane..the plane..." he..he.. Beg aku commitee suruh tinggal kan kat jeti dulu. Tapi sampai jer aku kat reception datang member aku bagitahu suruh amik beg kat jeti...rupanyer diaorang cuma bawak beg MD jer ke bilik ..beg aku aku kena bawak sendiri..cehh hampeh betul.


26 April 2006
19th TTA Tournament 2006
16 April 2006
BSRA BBQ Session
Actually sessi BBQ ni geng2 jiran2 aku dah plan dari last week tapi tak ader finalize so semalam masa kat Mc Donald (besday Ayra anak Farid) aku pun tanya la jiran2 aku tu menu aper mlm krg? Yg aku tahu dari Najib Avanza sebelum ni ...menu utk BBQ cuma ader ikan & sotong sikit dan yg lain2 kira pot luck la.
Aku bukan apa ..kesian tengok masing2 mcm dok tunggu arahan selanjut nya dan maklum lah lorong 13B ni bukannya ader komiti...ketua lorong kitaorg tu adala ..siDin OIC , tu pun dia terpilih jadi ketua sebab tersilap angkat tangan masa majlis gotong royong hari tu.Selalunye apa2 kita pakai ad-hoc komiti jer macam masa pegi camping kat KKB ari tu dan kalau bab2 makan ni biasanyer kiter akan refer ke ketua jemaah wanita 13B iaitu K.Jimi jer. Aku plak bila tengok mcm x der conclusion jer so aku volunteer la nak jadikan rumah aku port utk BBQ mlm tu. Lg pun sejak setahun aku kat BS ni dok asyik makan free rumah org jer..rumah aku sendiri x pernah lagi aku buat (senyap2 buat makan sendiri dgn tak ajak jiran tu ader la...tp tu dulu..skrg dah insaf..)
Bila Najib kecik reply OK aku pun kemasla ala kadar rumah aku tu. Aku plan nak suruh geng2 pompuan mkn kat dlm jer dan biar team lelaki layan BBQ kat luar.
Kul 9pm Abg Mus dan K.Jimi dah start antar meja lipat dan nasi goreng sama cicah utk ikan bakar. Aku & Hazley sibuk dok cari tempat BBQ ..ader pada Najib Avanza (MAWI kater anak dia..kat mana ntah samer cam Mawi aku pun x tahu ..he..he..) rupanyer. Yg wakaf punyer ader kat lorong depan ..rumah Abg Mokhtar..tapi abg Mokhtar ke Bali plak. Masa aku sibuk2 kat dapur dok prepare bahan utk "SIGNATURE TEH TARIK" aku , keluar2 aku tengok jiran2 aku dah ramai dah kat porch rumah aku. Zafrul & Tini pun dah sampai dengan anak2 dia. Kejap tu Abg Said plak singgah dan org rumah Komander Satria pun ader. Ni mungkin K.Jimi yg ngajak diaorg ni. Aku kira2 yg dtg malam tu ialah :-
(In order of appearance..)
- Abg Mus & K.Jimi
- Hazley sekeluarga
- Najib Kecik sekeluarga
- Najib Avanza sekeluarga
- Zaki sekeluarga
- Zafrul sekeluarga
- Khairil
- Wak Jono sekeluarga
- Din OIC
- Farid sekeluarga dengan mak & mak mertua dia sekali (aku intai2 jugak kot ketua kampung dia dari Johor tu ikut sekali...)
- Abg Said
- Org rumah Komander sekeluarga
- Radja (lewat sebab rumah tak der loceng)
- Lee sorang2
- Brader rumah 44
- Alvin sorang2
- Adik Ipar Radjaa
- ehmmmm ader lagi tak yg aku lupa?
MENU
Masa tengah hidang kan makan tu aku risau jugak kot2 menu tak cukup mlm ni coz aku tak prepare apa..cuma karamel faboret org rumah aku tu jer la dan aku punya trade mark..Teh Tarik . Tapi bila disusun2 makanan tu x cukup 3 meja lipat!...aku nampak nasi lemak satu tong, kek, buah2 dan 2-3 jenis air lagi ntah dsaper yg gawak ntah. Of course main course mlm tu BBQ Ikan & Sotong la...(sekuiid kater Najib kecik...)
Porch aku tu memang muat utk 2 keta jer dan dlm perancangan nak tambah skylite doom..tapi tinggal plan jer la..ntah biler buleh buatnyer...bajet asyik lari ke keta jer. So bila Najib Avanza offer dia punyer canvas aku pun setuju sgt la...buleh tutup separuh depan porch rumah aku tu. Lepas pasang canvas tu OK jugak ..lagi OK kalau biar terus kat situ ..dapat cover la buntut keta aku tu. Najib ni aku tengok bab2 psg memasang khemah ni dia cukup suka. Dia ni masa beranak dulu bawah khemah kahwin kot...
Lebih kurang kul 10.00pm hujan dah "sereik" dah ..(bahasa Kelantan untuk "berhenti") , so dpt la geng2 jantan ni lepak kat luar. Aku perasan 2-3 rumah tu mcm nak keluar tapi bila tengok ramai tgh berlonggok kat depan rumah aku diaorg terus tarik langsir balik. Aku pun tak paham apsal diaorang takut sgt nak beramah mesra dgn jiran2. Especially aku tengok bangsa India la..kat lorong aku tu ader 3 family India dan 4-5 family Cina. Depan rumah aku pun ader 2 family Cina tapi tak pernah borak. Tapi aku respect si Lee & Alvin ni mmg buleh masuk geng Melayu ni.
"ni tinggal kat rumah mana ni?" ..soalan aku ke sorang brader tu masa nak amik hotdog..aku tak pernah nampak brader ni sebelum ni.
"ko ni teruk betul la Din..abg ni la yg tinggal kat rumah hujung tu..sebelah rumah Komander..no 44.." ..Najib kecik explain kat aku..dia tak per la ader byk masa nak kenal jiran2 termasuk la India kat sebelah rumah dia.
"Eh..ye ke..sori la..tak perasan plak..ye la ..kuar gelap balik gelap la katakan.." ..aku berbasa2 la nak cover. Brader tu senyum je la..
"ko sorang jer yg kuar gelap balik gelap..abg ni kuar keje normal jer" ..terkena aku sekali lagi dgn si Najib ni.
"saya kuar kekadang kul 10..lepas settlekan anak2...eh ni rumahnyer mana?.." ..brader 44 tanya aku balik ..(dia kat dlm porch rumah aku dah tu tp siap tanya aku rumah mana..he..he..dunia..dunia..)
"ni porch saya la ni..." ..jawab aku pendek dan tepat ..mcmn rupa brader tu lepas tau aku tuan rumah tu dan aper yg berlaku seterusnyer tak payah la aku citer...
KERUSI
Aku sebenarnyer dah prepare dah kat dlm tu utk geng2 pompuan lepak tapi semua tak nak (tau la rumah aku tak der cornige..tak der dapur mcm Abg.Mus..tak der rumput karpet cam rumah org lain...)..semua nak dok lepak kat luar..so kerusi mmg la x cukup. Nasib baik aku ada beli 6 kerusi plastik bodo ari tu utk standby parents nak duduk masa kelas aku..nampaknyer nak kena tambah lagi kerusi ni.
Tengah2 seronok layan nasi lemak tu ..tetiba "PRAAAPP!!" .... aku tengok org rumah aku tengah terkial2 dok betulkan kerusi dia.. "Bukan patah yae..bukan patah....aa..aaaa kan tak patah.." .Ntah ler..betul kerusi tu x patah ker atau dia dah buang serpihan kerusi tu cepat2...
"Din teh tarik ko dah abis!!.." ..masa tengah amik pinggan kat dapur sayup2 aku dengar dari porch aku. Bila check tengok memang dah kering kontang dah tong teh tarik aku tu. Pehh..baru 30minit dah abis?..Kalau ikut nyer bekas tu utk 30-40 gelas..tak kan kejap dah abis?. Aku pun penuhkan balik la bekas air tu. Sedar tak sedar dari kul 9pm sampai 12mlm 4 kali aku kuar masuk dapur buat teh tarik utk penuhkan bekas air tu ...dah dekat setengah kilo Teh Istana aku dah pakai...he..he.. ni kalau aku letak kat Kedai Al Ihsana ni mau balik kampung mamak ni tak pun dia gadai kan kerusi dia kat aku..he..he. Penat ..tapi bangga siut coz orang appreciate teh tarik aku ..he..he..
Jam dah kul 11.30pm bila sorang2 start mintak diri ..errr yg mintak diri tu aku tengok semuanyer org rumah jer. Yg jantannyer x der pun aku dengar nak balik.. dok lepak lagi kat tgh jalan depan rumah aku tu ader la. Hazley, Najib, Zafrul & Abg Mus sibuk clearkan dapur & meja dari porch aku sambil geng2 mandur lain mcm Wak Jono..Farid..Din OIC dan lain2 memerhati dari jauh kot2 kitaorg tak cuci betul2...he..he..
Bila dah clear baru lah nampak betapa comot nyer porch aku.
"Esok latihan Taekwon-do kita akan fokus ke teknik mencuci lantai..!" aku bagitahu anak Zafrul & Hazley...masa tu aku terbayang citer Karate Kid masa budak tu kena basuh keta.... Pencuci lantai aku plak mlm tu la nak abis...sibuk2 lupa lak nak beli siang tadi. Aku tengok Hazley dah berlari2 anak balik ke rumah dia dan datang balik dengan Fabulosu dan mop kat tangan dia ..tp aku nampak mop jer..dia ader kat belakang mop.. Sekejap jer berkilat balik porch aku ....Aku tengok Hazley bersungguh-sungguh dok tenyeh lantai porch aku..tak tahu la dia betul2 ikhlas ker atau sebab dia tak nak baju Hanis esok kotor..he...he..
Permit UNLIMITED
Dah abis berkilat porch aku kitaorng pun lepak la kat depan rumah aku....siap letak meja lipat lagi kat tgh2 jln tu. Aku masuk buat Teh Tarik lagi (utk kali ke-6 ker 7 ntah). Ntah saper punyer idea ntah ....masing2 tak berani nak balik mlm tu. Asalnyer si Hazley ni la..on the way balik rumah kitaorang tanyala .."Eh!..dah nak balik ke?.." ...dia dia siap dgn konfiden nyer sound balik .."Mana ader..aku permit UNLIMITED!.." . So kitaorang pun nak tengok la mcmn Unlimitednya permit dia tu. Tu yang bila dia balik antar anak dia dan tak kuar2 balik kitaorang dok gelakkan dia tu. Masa tu la masing2 aku rasa dah tak berani nak balik..ye la..kalau balik kan kena gelak sebab permit x lepas. Zafrul dah 2 kali org rumah call ..nasib baik permit buleh renew on-line??..
PRAAPP
Kul 12.15am.. ader satu keta masuk dan berhenti depan kita org. Rupa2nyer amoi depan rumah aku tu baru balik. "Haa.. budak ni ke San yg ko cakap ari tu?.."..si Wak Jono tanya kat adik ipar Radja.. "Betul la ..mmg betul la cakap ko.." ..Wak Jono dok terlopong lagi tengok kan amoi tu. Amoi tu plak balik mlm2 pakai lak semacam jer ...ni mesti sah baru balik clubbing ni..tak pun keja GRO (ishhhh..jahatnyer mulut aku..entah2 dia baru balik mengajar ke..kelas tajwid ker)..tapi kalau keje cikgu tak kan la pakai cam ni?. Tapi tak perasan lak aku depan rumah aku ni ader amoi...yg si adik ipar Radja tu plak yg lagi tahu..padahal rumah dia nunnn selang 14 buah rumah dari rumah aku . Masa si amoi dok terkial2 bukak pintu (mesti gabra giler dia ni coz masa tu 22 pasang mata jantan2 tengah dok ushar dia ). Si Din tu pun first time aku tengok mata dia kurang sepet berbanding selalu.
Tetiba "PRRAAAPPP!" berdebub si Khairil terduduk kat tgh jalan. Dia tgh elok dok atas kerusi plastik tu dan last aku tengok dia dgn kitaorang tgh fokus ke amoi tu masa kerusi yg dia duduk tu roboh. Sampai ke hari ni kitaorang tak buleh nak agak lagi mcmn kerusi tu buleh patah masa tengok amoi tu???
Sedar2 dah pukul 1.15am ..maknanya kitaorang dah 2jam dok berborak depan rumah aku tu. Masing2 tak nak mengalah lagi. Abg Mus yg tadi balik sebab ader tetamu dtg pun dah dtg balik. "Nak amik meja ..". ni dia yg cakap la..tapi aku rasa tu alasan jer tu nak kaburkan mata K.Jimi. Apatah nyer ..amik meja sampai dekat satu jam..he..he..
Kul 1.30am aku dengar Syamil menangis...terpaksa la masuk jap. Sayup2 masa aku nak masuk rumah aku dengar suara org rumah aku .."kuat lagi Syamil..kuat lagi Syamil"..dan suara Syamil aku dengar makin kuat dan kuat sampai la aku masuk ke dalam rumah...musykil aku.Lepas tido kan Syamil aku keluar balik...sambung sembang lagi. Si Najib dah 14 kali dah dok alihkan tangga tu..tapi baliknyer tak. Dok asyik cakap jom la balik...jom la balik.. tapi dia tak berani nak balik..takut kena gelak.
Kul 2.00am semua dah mengantuk dah ..dan ntah saper yg start...semua angkat punggung tinggalkan halaman rumah aku...lastly dpt jugak aku masuk rumah....yahoooo!!. Result dia ??? Mana ader pertandingan..yg korang dok takut nak balik tu apsal???
14 April 2006
Cawangan DTA ke-11!!
12 April 2006
Ke Zoo kiter...




10 April 2006
INTEGRITI
03 April 2006
DTA Live in RTM
"Aaa..En Sharifudin macamana besok ni ...dapat datang X? "...
"Dont worry saya dah janji kan so saya datang la. Saya dah inform student saya utk berkumpul depan main gate RTM sebelum kul 7.30am.."
" Risau saya tadi call2 tak dapat...kalau En.Sharifudin tak datang esok mati saya.." ..
7.45am aku call Aishah tu tanya kat mana nak berkumpul ni. Dia mintak aku tunggu sampai kul 8.15am coz dia kat IPTAR lagi. Event tu dia kater start kul 9.00am ..KSU (Dato' Siti Balkish) akan sampai kul 9.00am. Timbalan Menteri Penerangan tak jadi dtg so KSU akan ganti.
Tapi bila aku tengok padang tempat kitaorg nak perform tu aku dah lemah semangat dah ..."ni bukannyer padang ni..ni bendang !" ..tu yg paling sesuai aku buleh describe kan keadaan padang tempat kitaorg kena perform tu!. Hj Halim dtg jumpa aku dan dengan selambanyer dia cakap "alaa buat simple2 jer ..dlm 3-4 minit dah ler..". Cakap memang la senang tapi dia tak tahu yang bila aku commit nak perform ni aku dah giler2 pegi train bebudak dan dapatla 28minit action pack punyer demo. Dan sekrg ni nak compress jadi 3-4 minit jer!. So aku cakap la aku dah prepare 30minit mcm yg dipersetujui masa mula2 dulu tu dan kalau buleh aku x nak la bagi bebudak aku frust tak leh perform..diaorg ada yang dtg jauh2 dari Tg.Malim, Kuala Selangor dan dengan mak bapak & orang kampung tengah tunggu kat depan TB tu.
So masa discussion dengan Penerbit rancangan Selamat Pagi Malaysia, aku cuba explain aper yg aku nak tonjolkan masa cross over tu. Aku tanya la camera nanti nak shoot dari mana dan shot tu aku nak dari depan dan kalau buleh dari atas lagi cantik dan khemah2 yg tak pakai kat atas padang tu aku suruh alihkan coz akan cover bebudak aku masa live nanti (cehh..demand cam la nak buat konsert..). Sebelum tu masa aku baru jumpa dia, dia terus cakap "Eh..bukan U ke yang buat show masa perlancaran wajah baru RTM Januari ari tu?.." .."I memang ader perform demo masa Januari tu tapi bukan kat RTM..maybe some other person kot".. aku explain tp dlm hati ..wehh glamer jugak ker aku ni?..haks.
Dia pun explain la bila staff dia akan bagi QUE utnk CROSS OVER dlm SPM ..aku lak kena pakai head on mic utk clear kan audio masa bagi command nanti. Masa discuss tu aku dah mula terikut-ikut pakai istilah2 yg org TV biasa gunakan mcm cross-over..que..head on dan 3-4 term lagi la yg diaorg pakai..
Satu lagi bala bila aku rupa2 nyer kena dok dgn KSU utk terima PLAK Anti Dadah dari KSU. Kira aku wakil Belia Angkasapuri la hari tu..ader ka?. Tapi kalau aku dah dok kat kerusi VIP ni sape r plak yg akan bagi command kat bebudak demo tu?. Nak tak nak aku kena cari pengganti aku..dan dlm kepala aku cuma ader Nik Hazim je la.
Gedebak-gedebuk jam dah pukul 8.35am dan penerbit tu suruh aku siap cepat2.
"Eh...U x pakai kasut ke?"..dia tanya aku sambil mata dia kat selipar jepun aku..
"Tak la..coz I dtg untuk buat demo jer..buat demo mana pakai kasut?."
"Tapi ni nak masuk TV Live..mana boleh masuk dgn selipar macam ni.."
"Alaa..zoom ke muka I dah la..apsal nak fokus ke selipar ni pulak..?" ..tapi lepas tu aku pegi carik jugak kasut lain...aleh2 dpt pinjam kasut si Ilyias. Merasa jugak kasut dia masuk TV ..haks.
Masa tu aku punya uniform pun ader dlm keta lagi..kunci keta plak ader dgn Ven . Bila aku call dia ckp tgh makan. Cinabeng betul..saper plak yg bagi diaorg pegi makan ni? Aku dah pesan byk kali sebelum ni suruh aper2 pun mkn awal2 coz kat RTM nanti x sempat nak makan. Lagipun masa aku suruh semua ke IBC tadi utk rehearsal sementara nak tunggu kul 8.40am utk turun ke padang, tapi dibantainyer pegi makan! Aku dah tension giler dah coz KSU anytime akan sampai dan aku pun tak tukar baju lagi ni..jap lagi nak live plak.
So aku suruh Nik Hazim start line-up bebudak dulu dan sempat la aku bagi event2 yg nak kena cancell. Kalau aku sendiri yg handle senang la aku buleh on the spot jadi kan demo tu 7 minit mcm yg RTM nak tapi ni aku kena bagitahu Nik Hazim dlm masa 5 minit ni utk buat kotengansi plan utk cut event tu sampai jadi 7minit.
sambung........