21 March 2009

Silat Cekak-republished

ni Dam & Eizam..aku upload balik citer psl seni lain ni just utk share with others perihal seni Melayu kiter....tp ni entry 2005 ni..hu..hu.

Silat Cekak
Mesti korang pelik bila tetiba ada tajuk Silat Cekak kat blog aku ni..sebenornya tak complete cerita hidup aku kalau aku tak sentuh pengaruh seni-seni lain (selain dari seni lukis..) dalam hidup aku kat UTM Skudai ni. Salah satu nya ialah Silat Cekak.

Kat UTM Skudai masa tu cuma ada 2 persatuan seni yang diikhtiraf iaitu Persatuan Taekwon-do dan Persatuan Seni Silat Cekak dan kita orang berkongsi bangunan persatuan pelajar yang sama. Cuma aku tak berapa boleh masuk dengan group Silat Cekak ni..tak tahu la apasal, mungkin disebabkan incident aku dihalau (yang aku dah cerita kat atas) dan ada beberapa incident lagi terjadi sepanjang aku kenal silat cekak ni la.
Yang still clear kat kepala aku ialah satu incident (byk sgt incident nyer..) ..alaaa satu “kejadian” la kalu bahasa formal nyer, iaitu semasa Majlis Penerangan . Majlis Penerangan ini ialah satu majlis yang diadakan khas untuk Persatuan pelajar memberi penerangan tentang persatuan masing-masing.


Jadi satu malam tu kitaorang (aku dan beberapa member Taekwon-do aku) pun pergila ke Dewan Serbaguna Kg.Cengal ..malam tu turn Silat Cekak memberi penerangan. aku bukannya apa..nak jugak bagi sokongan sambil-sambil dapatkan info tentang silat ni kan ..ye la warisan bangsa kita lagipun jauh kat sudut hati aku..silat still aku punya favourite...aku ulang ..still aku punya favorite.

Malam tu diaorang pun start la dengan menceritakan sejarah penubuhan Silat Cekak Hanafi ni ...cerita punya cerita si pencerita ni pun masuk la bab perbandingan dengan seni lain. Aku yang tengah *ralit (bahasa Kelantan untuk asyik..) mendengar ni terkejut anak beruk (kurang sikit dari terkejut beruk..) bila nama Taekwon-do disebut... aku lagi *terberuk (bukan perkataan Kelantan tapi singkatan untuk terkejut beruk..) bila dengar ayat brader pencerita tu ...

"kita (..Silat Cekak) boleh tepis (kalu kat kampung aku orang panggil “BLOCK”..) semua tumbukan Karate dan kiter boleh tangkap semua kick Taekwon-do!!”...

boleh tangkap??...peghhh!.. aku sendiri pun sampai sekarang (..dah ehh..baru 2nd DAN masa tu) kekadang tak boleh nak tepis kick student aku sendiri. Tapi ye la...mana buleh compare dengan aku....aku tak habis belajar lagi ..

Pas tu geng-geng lain yang kat bawah (brader tu kat atas stage kt rostrum..) pun buat la demontrasi sikit..adala 2-3 orang yang throw kick yg diaorang panggil tendangan Taekwon-do (tapi aku nak panggil kick tu apa pun aku tak tahu coz nampak mcm turning kick tapi ball of the foot menghala ke atas mcm front kick...pas tu dia punya turning tak circular ..so power penetration tak perpendicular dengan target area..haaa.. kan dah masuk saintifik punya terms...ni yg aku malas nak elaborate ni.. ) dan yang paling kelakar nya diaorang panggil tu side kick. ..hu..hu..what the heck??

Anak aku Syamil yang 3 tahun (ni entry 2005 beb..) pun boleh differentiate side kick dan turning kick. Tapi mungkin terminology lain kot..aku nak sedap kan hati aku. So semua kick tersebut dengan selamba nya di block oleh pelatih Cekak tersebut.. penonton pun bersorak la apa lagi ..teror apa ..boleh block kick Taekwon-do.

Aku dan member aku pun gelak sama la.. ye la kita orang tau kualiti kick yang dia orang claim boleh block tu...he..he.. Aku tak nak la sebut pasal diaorang mention punch dari Karate, throwing dari Judo dan mcm-mcm lagi la nanti jadi issue plak. Aku dan geng buat selamber bodo ajer la dan sekali-sekala tumpang gelak sama, tapi kitaorang mula tercabar sikit bila dengar si pencerita tu terangkan cara-cara self defence Cekak yang tidak menggunakan kaki.

Ayat dia lebih kurang cam ni la.. “kita dalam mempertahankan diri tak akan gunakan kaki macam seni-seni lain sebab kalau guna kaki tu dah kira biadap!..” .

Amboi-amboi sedap sungguh kata guna kaki tu biadap...(kitaorang terasa sebab mana ada seni lain yang banyak pakai kaki ...Taekwon-do jer la)..lagi pun kat UTM tu mana ada Karate, Tang Soo Do, Hap Ki Do atau Hwa Rang Do ...

Member aku yang dah merah muka terus bangun dan tanya kat brader tu ..
jadi bang kalau orang tu dah belasah abang, rompak rumah abang, rogol mak abang, bunuh adik beradik abang , abang nak beradab lagi ke..?” .... muka brader tu pulak yang merah aku tengok.. tak payah la aku tulis jawapan dia ..tak habis cerita ni plak.

Aku tak expect la ada budak Cekak @ Jurulatih Cekak yang akan baca blog aku ni tapi kot-kot la kalu ada aku cuma nak bagitahu tu la yg sebenarnya terjadi kat aku (..dan ada yg aku cut sikit utk tak nak over sgt..) tapi aku bukan setahun dua dalam martial art so aku punya judgement ke bebudak yang aku cakap kat atas tadi ialah alaaa..budak2 tu budak hingusan...budak tengah belajar ..so dia punya statement tak represent the whole Cekak.

Sebenarnya aku cukup respect kat Seni Silat Cekak ni ..betul tak tipu punya coz teknik dia simple dan praktikal ...cuma certain incident yang set back kan aku. In fact aku pernah apply nak register masa aku tahun 3 kat UTM KL tapi AJK tu cakap dia kena discuss dengan Jurulatih dia dulu...(ni satu lagi incident..ada ke nak kena discuss..aku serius nak belajar masa tu). Macam pengalaman aku dengan silat kat SMT tu la..aku tak boleh terima mana-mana seni yang kata seni dia jer hebat. Sekarang ni pun aku terapkan kan student aku kalau kita hebat ramai lagi kat luar tu yang lagi hebat dan Taekwon-do ni tak boleh defense semua kick dan tak boleh block semua punch..depends ke kita punya speed dan skill. Dan jangan sekali-kali bandingkan EPAL dgn LIMAU!.

Tapi bila aku kat UTM KL dan bergaul dengan bebudak Cekak UTMKL..perseption aku terhadap Silat Cekak berubah ..(nanti la aku cerita ..).

2 comments:

Anonymous said...

ada beberapa perkara din...

satu, katanya kedudukan kekuda mirip org solat...takan la musuh datang dalam keadaan kite menegak sepanjang masa. Maybe dia org refer pada british guard kot.

KEdua...teknik tangkap. Aku pernah tgk dia org tangkap kaki org buat reverse turning. Memang la senang. itu partner dia buat, yg tak reti perform reverse. Cuba hj shaiful, tak tertonggeng ke janggut yg menangkap tu.

Ketiga...kalau join dia org, bagus. dapat hidayah sebb hidayah datang bila kite berkedudukan solat. so, hidayah dak datang waktu lain...yg belajar tu solat 5x ke...dan faham tu solat untuk apa? ngurat awek dia no 1

Ayasu Kuro-Obi said...

Apsal budak2 silat semua berjanggut ke...huhu...

Ada satu citer...eh aku buh dalam blog aku la yer...