Camping ialah satu2 nyer hobi aku yg aku terpaksa tinggalkan lepas aku belajar (to be specified ..lepas aku kahwin). Jadi bila student aku mintak suruh buat camping aku pun apa lagi ..terus la arrange motivation camp untuk ahli2 DTA. Objektif aku ialah untuk pegi camping sambil buat aktiviti2 yang berasaskan Motivasi dan Semangat Berkumpulan (Team Building) campur Taekwondo punyer Self Defence seminar. Hasil dari kerjasama senior2 instructor & org2 kanan aku Noordin & Ali serta Azhari aktiviti tu terlaksana la pada 12 & 13 February 2005 bertempat di Ulu Yam.
Aku terpaksa limitkan penyertaan ke 30 orang untuk me make sure kan semua yg join dapat manafaatnyer. Kelas2 DTA yg join ialah Kolej Telekom, UTM,Politeknik Tg Malim,Subang Perdana, Damansara Damai dan X-SMT. Ader jugak parents yang nak join anak2 dia so terpaksala aku bukak ke parents jugak ..OK la jugak coz boleh tolong aku jaga bebudak sikit.
Aku invite sekali Mr Simon Lee (5th Dan)dari GTF Singapore utk join tapi mama' ni join sehari jer..dier rush ke Penang besok tu.
Day-1 (12th Feb 2005)
8.00am : Kitaorang tiba di Tapak Perkhemahan 2 , Sg.Tua, Ulu Yam. Bebudak PSAS terlewat sikit...aku pun nyaris2 terlepas tapak perkhemahan tu tapi nasib baik nampak Noordin dok melambai ket tepi jalan tu. Aku memang dah bertahun tak datang sini ..last sekali pun seingat aku masa aku dan orang rumah aku tengah bercinta dulu ..kitaorang sampai Ulu Yam ni dengan RXZ Mat Din.
Untuk acara memanaskan badan selepas mendirikan khemah, aku buat Introduction dengan suai kenal, penubuhan kumpulan dan "Ice Breaker" games ...sajer nak bagi semua student aku mix around coz ader yang aku nampak rigid dalam group diaorang jer ...mungkin coz tak pernah jumpa pun. Masa pembahagian kumpulan ni aku boleh nampak ader yang beriya2 nak jadi leader, ader yang nak tapi malu dan ader yang memang tak layak coz pasif sgt. Lepas games pertama aku tengok environment dah panas sikit ,so aku terus kan dengan "Treasure Hunt" games ...sajer je nak buat bebudak ni berpeluh sikit.
Before stop utk lunch aku buat satu lagi games yang aku rasa antara games yang betul2 pecahkan barrier antar student DTA iaitu game "Sambung Barang" ..sampai ke dalam hutan diaorang sambungkan barang2 masing2. Kat sini la boleh nampak saper yg self-fish dan saper yang sanggup buat aper sajer utk make sure team dia menang. Tapi nampaknyer student2 aku ni ramai lagi yg pemalu so x der sorang pun yg bukak baju masa main ni ..maksud aku yg lelaki la ...kalau yg pompuan aku pun nak.
Lepas lunch aku bagi bebudak tu berendam...aku pun ajakla Syira & Syamil jugak turun ke sungai (buat syarat jer tu ..padahal aku yg nak tengok bebudak lain mandi...he..he).
No comments:
Post a Comment