14 September 2007

XPDC Cameron-Ulu Kinta 1994

Gunung Tahan

Masuk jer sessi 1994/95 (4/7/1994) , aku dah start dengan persiapan awal untuk aktiviti terbesar kitaorang semester ni iaitu nak mendaki Gunung Tahan dari Taman Negara. Perlantikan ajk dah pun aku buat masa semester sebelumnya tu so bila naik jer semester aku terus jer la buat meeting. Selepas beberapa kali meeting kitaorang pun dah almost confirm dengan peralatan & item2 yang perlu diprepare, kitaorang cadang nak pinjam peralatan dari PELAPES UTM jer untuk mendaki Gunung Tahan tu. Selepas dikira congak sorang kena bayar dalam RM50 untuk ration, tambang ketapi dan pengangkutan ke Taman Negara. 30 orang dah bagi nama untuk pegi.
Masuk jer bulan Oktober hujan dah mula turun kat Pantai Timur, aku dan member dah risau kot2 hujan lebat masa mendaki nanti. Hujung bulan Oktober tekaan aku jadi kenyataan , aku terima fax dari Pegawai Perhilitan Taman Negara , bagitahu rancangan aku untuk mendaki ikut Taman Negara Pahang tak boleh diteruskan coz hujan kat hulu Sungai dah lebat ..diaorang risau arus sungai yang kuat akan turun dari hulu sungai kalau hujan lebat kat hulu.
Aku dah frust ...aku pun bagi la cadangan untuk mendaki ikut Merapoh Gua Musang pulak ..ikut hilir arus so kita boleh nampak kalau arus sungai dari hulu tu kuat. Jawapan yang aku terima tetap negatif. Bila aku inform AJK lain, semua dah macam putus asa dan ada ahli yang dah mintak refund duit balik. Masa pulak dah tinggal 4 minggu ajer lagi sebelum tarikh plan asal kitaorang tu.
Aku , Nordin, Maarop & Issyam (member2 Otai..) pun try la cari alternatif lain dan dalam tengah pening tu keluar la idea "..apa kata kita tanya Komando 69, Briged Utara?". Tapi macamana & saper lak yang nak pegi Ulu Kinta?... OK ..kita tanya Bukit Aman dulu ....

BUKIT AMAN
Saper yang kita nak jumpa ni Din” ..... Maarop tanya aku masa atas motor on the
way ke Bukit Aman.

Entah la aku pun tak tahu....” ...memang aku pun tak tahu dan tak sure idea aku untuk ke Bukit Aman ni betul ke?

Sampai jer kat Bukit Aman aku terus ke post guard,

Briged Utara tu kat Ulu Kinta dik ..”... kata akak post guard tu..macam la aku tak belajar Ilmu Alam masa kat sekolah dulu..aku tahu la Briged Utara tu kat Ulu Kinta ..tak kan la kat Australia pulak.

saya tahu ..cuma saya nak tanya saper yang incharge kat sana sebab saya nak tanya pasal camping " ...

Adik nak camping kat mana?..” ...banyak pulak bunyik akak ni..

Entah la..saya pun tak tahu ..tu sebab saya nak tanya Briged Utara tu..” aku dah angin dah... dah la aku kat luar panas..dia kat dlm post ada air cond...

Tak per la kak ..akak bagitahu ajer saper yang incharge Briged Utara..” ...Maarop yg tadi nyer dok diam jer ..nyampok.

Adik amik pas ni dan naik ke Tgkt 5 tanya Bahagian Latihan..” ....laa buleh pun bagitahu...kan senang kalau dari tadi cakap...

Lepas 2-3 orang aku tanya (sampai ke cleaner aku tanya..) sampai la aku ke Bahagian Latihan (Pengurusan Latihan sebenarnya), aku pun dibawak la jumpa ASP Mohamad Noh Husain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman. Bila jumpa jer aku pun terus explain pasal plan asal kitaorang nak mendaki Gunung Tahan dan plan terbaru kitaorang yang tak sure lagi ni. Terkejut jugak Tuan ASP bila aku cakap aku tak sure lagi nak kemana cuma yg confirm nya tarikhnya ialah 12/11/1994 dan bebudak 30orang dah ready nak pegi.Tinggal sebulan lagi dik ooii... Tapi ASP Mohamad Noh kagum dengan semangat kitaorang dan dia betul2 support sampaikan dia tolong contact Briged Utara untuk set kan appointment dgn Komander Briged . Tuan ASP jugak yg bagi idea suruh kitaorang cuba trekking guna trek baru (trek dara kitaorang panggil..) dari Cameron Highland ke Ulu Kinta! Tapi berapa lama , berapa jauh dia sendiri tak sure ..dia suruh kitaorang plan dengan PPH.

PENGANGKUTAN - KTM
Lepas meeting dengan ASP Mohamad Noh aku mula lega sikit coz ada alternatif nak inform bebudak. Cuma ada byk lagi benda yg nak kena settle – peralatannya macamana, pengangkutan ke sana macamana, berapa kosnya pulak, trek nye mcmn, nak start ikut mana? Aku tak der pilihan ....nak kena survey dgn Briged Utara dulu ni!! Seminggu tu aku banyak habiskan masa call Briged tanya pasal agenda & peralatan. Confirm kitaorang akan naik ikut Tanah Rata, Cameron dan turun kat Intake Ulu Kinta, Perak , estimate dalam 8 hari trekking. So aku pun declare la activiti kitaorang ni sebagai XPDC CAMERON 1994..
Aku,Noordin,Issyam,Maarop & commitee pening dgn 2 masalah besar yang kitaorang kena solve iaitu masalah transport dan peralatan. Lepas confirm nak kena ke Cameron dulu, aku terpaksa survey transport yang paling murah nak ke sana. Survey punya survey, keretapi yang paling murah tu pun cuma sampai ke Tapah ajer. Tambang sorang masa tu RM5.80. Pas tu nak balik ke KL kena naik dari Tg.Rambutan, kena lagi RM8.20 sorang...(dah RM14.00 dah utk ketapi). Last-last kitaorang confirmkan route utk kesana ..
KL – Tapah : Keretapi
Tapah -Tanah Rata : Bas
Tanah Rata – Blue Valley : Kenderaan PPH
Blue Valley – Intake : Trekking
PPH Ulu Kinta – Tg.Rambutan : Kenderaan PPH
Tg.Rambutan – KL : Keretapi


Nak dijadikan cerita masa aku nak amik tiket kat stesen keretapi tu , abang jual tiket tu bagitahu aku, apsal tak amik tiket konsensi student..nanti dapat 50% diskaun. eh ada konsensi ke ?. Ni dah bagus..buleh save lagi duit. Aku pun tanyalah macamana? Abang tu pun suruh aku ke pejabat KTM kat bangunan sebelah dan jumpa dengan pegawai kat sana ..aku pun ke sana jumpa En.Hambali (tak sure ada lagi tak kat KTM..very cooperative person..). Lepas slow talk dgn En.Hambali dapat la 50% diskaun utk kedua-dua route tu. Aku pun terus ke kaunter untuk beli tiket (waran tiket sebenarnya..)..refer gambar kat bawah ni..
Image hosted by Photobucket.com
.
Pegawai yang issue waran tu ialah En.Zainal (no staff 051499 - he..he.. kalau tak percaya betul ke tidak check la no ni kat KTM).

No comments: