PERALATAN
“Hoversack korang ada?”
“Hoversack korang ada?”
“Tak der”
“Nak tido dalam apa? Pocho ada?”
“Tak der”
“Kasut untuk 8 hari trekking tak kan nak pakai kasut sukan, Spike ada?”
“Tak der”
“Hammock?”
“apa tu encik?”
“buaian la..tempat tido enko la nanti..”
“Ooo.. Tak der”
“Ni korang nak pergi trekking ke nak pergi berkelah!” ....terkedu aku bila pegawai PPH tu sergah aku balik.
“tu la sebab saya nak pinjam dari PPH kalau ada..”...dengan suara penuh syahdu aku try mintak simpati PPH utk supplykan barang2 tu.
“nak pegi camping tp brg2 haram x der ?...ko datang sini nanti kita cerita..”
“OK terima kasih encik..”... dapat ke tak dapat ni?.. dibuatnya penat2 aku ke sana tak dapat peralatan ni rugi jer.
9/11/1994 (Rabu)
Pagi-pagi aku,& Issyam bertolak ke Briged Utara, Ulu Kinta dengan keta Nissan Sunny abang aku WAM 116 (nostalgia ni..he..he..). Kitaorang target untuk sampai sana dalam pukul 10 pagi.
Dalam 10.15am kitaorang sampai ke Briged Utara, PPH, Komando 69, Ulu Kinta (nama dia macam2 ..ada yang panggil Briged Utara, Komando 69 & PPH) terus ke pejabat Komander Briged –Tn Ayob (DSP kalau tak silap aku). First time aku jumpa pegawai tinggi tentera ni so berdebar jugak aku bila nak jumpa Tn Ayob.
Sesampai kitaorg kat guard post aku bgth la nak jumpa Komander. Aku & Issyam terus dibawak ke bilik rehat pegawai dan bila masuk aku tengok ada 2-3 pegawai tengah borak. Aku pun bagi la salam dan pegi salam dengan semua pegawai tu.
“Tuan, ni student dari UTM nak jumpa tuan pasal XPDC ..” .. Sarjan yang bawak kitaorang tu kenal kan aku dengan Tn Ayob..
“Aaa.. ko nak pegi mana ni ..?” tanya Tn Ayob lepas suruh kitaorang duduk kat sebelah dia.
“err.. sebenarnya kitaorang pun tak sure lagi tuan...kitaorang cuma tahu kitaorang nak pegi Cameron ..ni yang kitaorang datang ni nak discuss pasal ni la kot2 Commando 69 boleh tolong kitaorang..” .. nervous aku dah hilang dah..
Lepas tu aku pun duduk la explain panjang lebar pasal XPDC ni. Lepas 15minit Tn Ayob pun panggil balik Sarjan tadi.
“Ko pegi panggil 5-6 orang untuk guide budak ni masa XPDC tu ..ko panggil la treker kita sekali, anchor-man panggil la mana2 kopral yg tak duty tu..”
“Semboyan tuan?” ..tanya Sarjan tu..
"Aaa.. semboyan bawak sekali ..budak2 ni bukannya pernah masuk hutan nanti apa2 kita pulak yang susah..”
“Senjata tuan?” ..tanya Sarjan tu lagi
“Suruh diaorang bawak basic jer..kena standby jugak dalam hutan tu tak tahu apa jadi"..
Bila aku dengar commando ni akan bawak senjata seronok nyer bukan main..ni msti adventure ni..kata hati aku.
“bila tuan nak jumpa diaorang ?” ..
“Sekarang la ..ko nak tunggu bila lagi!?” ..ishh terkejut aku kejap bila Tn Ayob tu tinggi kan suara dia..
“Baik Tuan !”
Tak sampai 10 minit 4 orang anggota berpakaian sukan dah ada kat depan kitaorang , cepat nyer...aku tengok Sarjan tadi main tangkap jer saper yang lalu depan dia untuk masuk jumpa Tn Ayob...Masa dia orang dah berdiri depan aku (aku dan Tn Ayob duduk atas sofa ..anggota yang baru datang tu berdiri kat depan aku..ishh macam budak sekolah jumpa cikgu disiplin pulak aku rasa..). Aku rasa tak selesa so aku pun bangun la offer kan sofa tu kat diaorang. Tn Ayob tegur aku...tak per diaorang biasa berdiri!. Arahan Tn Ayob ke anggota tu simple jer dan tak sampai pun 5 minit. Anggota yang akan mengiringi kitaorang nanti ialah :
1.0 Kpl Asri (Anchor man)
2.0 L/Kpl Rosli (Semboyan)
3.0 L/Kpl Safarudin (Medic)
4.0 L/Kpl Baharuddin
5.0 L/Kpl Rosman
6.0 Kons.Rosli (Trekker).
“OK ... lepas ni ko pegi jumpa Sarjan ..(apa tah aku dah tak ingat.) dia akan jadi Operation Officer (OO) untuk XPDC ni , bincangla dengan dia bila & pukul berapa korang nak start. Lepas tu ko pegi ke stor jumpa Quarter Master cakap nak pinjam alatan untuk trekking, ration aku tak pasti dia boleh bagi ke tidak..kalau ada mintak ..kalau tak der pandai-pandai la ko settle.” ....tegas dan detail arahan Tn Ayob..aku betul2 respect ke Komander ni ..tak sangka lak dia betul2 support aktiviti ni.
“OK ... lepas ni ko pegi jumpa Sarjan ..(apa tah aku dah tak ingat.) dia akan jadi Operation Officer (OO) untuk XPDC ni , bincangla dengan dia bila & pukul berapa korang nak start. Lepas tu ko pegi ke stor jumpa Quarter Master cakap nak pinjam alatan untuk trekking, ration aku tak pasti dia boleh bagi ke tidak..kalau ada mintak ..kalau tak der pandai-pandai la ko settle.” ....tegas dan detail arahan Tn Ayob..aku betul2 respect ke Komander ni ..tak sangka lak dia betul2 support aktiviti ni.
Aku dan Issyam pun apa lagi ..tak sabar2 nak amik barang2 tu. Gembira nyer Tuhan sajer la yang tahu coz kitaorang tak inform lagi ke semua pasal alatan ni coz tak sure lagi dapat ke tidak. Ration kitaorang tak dapat cuma dapat cookers jer dekat 50 paket. Hoversack,Hammock,Poncho,Spike, Mess tin kitaorang amik 30 set/pasang semuanya. Aku dan Issyam pun apa lagi ..terusla rembat yang baru2 punya (yg dlm plastic lagi...) untuk masing2 punyer awek ..hu..hu..
No comments:
Post a Comment