Kelas Taekwon-do SMT
Lepas sebulan aku kat kelas tu aku amik keputusan untuk tukar ke gelanggang sebelah..gelanggang Taekwon-do di bawah En.Rajah @ Najmi Abdullah..(masa tu 2nd Dan) sekali-sekala adik dia Mr.Kannan datang ngajar (dah lama tak dengar berita tentang dia..). Berlatihla aku dengan lebih kurang 20 lagi budak form 4 dan 10 orang budak form 5.
Senior-senior aku
Senior aku masa tu ada la beberapa orang tapi yang aku masih ingat ialah Rizal (skrg aku dengar dah kaya raya dah jadi somebody kat insurance co di KL), Zamri ..budak Tumpat (aktif kejap kat ITM Shah Alam dan dah pun jadi org besar kat DRB-Proton city) dan Shahrudin (budak KL..tak dengar cerita..).
..aku patut bagi kredit kat senior-senior aku ni . Setiap jam 5 petang hari Selasa & Khamis aku akan dikejutkan dengan jeritan si Zamri ..“Oooi kambing...turun training!!”. Cinabeng...kambing nyer panggil kitaorang. Si Zamri ini favourite dia ialah pecahkan almari hostel (yang dah scrap kat dalam bilik tepi tandas blok dorm BETA). Hari-hari on the way dia ke tandas dia mesti singgah kat bilik ni untuk practise breaking .. meja2 dan almari tu la yang jadi mangsa. Sampai aku pun terikut-ikut dengan aktiviti ni.
Aku tinggal kat dorm LAMBDA 7 dengan 7 orang lagi budak form 4, budak form 5 semua kat dorm BETA. Member yang sebilik dengan aku masa tu ialah Halim budak Manir, Syed, Lan Merah (last aku dengar jadi gangster kat Kg.Baru..), dan 6 orang lain yg nama nyer aku dah tak ingat.
Member-member aku
Aku dapat ke SMT to dengan 2nd Intake so aku dah lewat 2 minggu dari orang lain..tambah lagi aku start dengan Silat so kelas Taekwon-do dah jalan 2 bulan baru aku join..masa tu budak form 4 aku ingat si Yazid, Yustam, GM, Benny,Azrihan,Zaki, Zailan, Budiman (aku ingat seluar dia dari kain cadar ..koyak masa training..jadi skirt).
Member-member aku
Aku dapat ke SMT to dengan 2nd Intake so aku dah lewat 2 minggu dari orang lain..tambah lagi aku start dengan Silat so kelas Taekwon-do dah jalan 2 bulan baru aku join..masa tu budak form 4 aku ingat si Yazid, Yustam, GM, Benny,Azrihan,Zaki, Zailan, Budiman (aku ingat seluar dia dari kain cadar ..koyak masa training..jadi skirt).
Tempat latihan kitaorang ialah kat padang kecik tepi bangunan bengkel. Bahaya nya tempat ni ialah banyak pokok Rhu so banyak la buah Rhu kering kat atas padang tu. Terjingkit-jingkit la kitaorang bila terpijak buah rhu ni. Sir Najmi pulak jenis yang suka sparring, setiap kali nak habis training dia mesti suruh kitaorang buat bulatan dan dia mula spar dengan setiap orang..so masing-masing mula la dok tunduk jer takut kena panggil.
Aku plak jadi favorite untuk budak-budak lain spar coz badan aku kecik..diaorg ingat boleh belasah la..tapi diaorang selalunya silap ..he..he.. Muka aku sir Najmi cakap muka tak takut langsung..so aku sakit ke..takut ke..berani ke..ganas ke.. nak terkentut ker masa sparring tu orang tak boleh baca.. (sebenarnya tu la kelebihan aku...hu..hu..).
Ada sekali tu aku kena sparr dengan member aku (nama nyer kalau tak silap Zailan..) dia ni badan boleh tahan besar nyer dan masa tu dia Green Belt ....aku Blue Belt. Favorite kick aku masa tu ialah Front hook. Bila mula nak spar tu macam biasa la aku dengan muka selamba aku ..dan member aku tu aku tengok dah muka confident giler..dengan tersengih-sengih nak belasah aku gamaknyer tu.
Bila sir Najmi start jer bagi arahan “Si-Jak!” aku terus bagi front hook ..tepat kat muka member aku tu ....terkedu dia kejap...masa tu mana ada leg glove atau hand glove lagi, sir Najmi pun apa lagi terus la bagi tazkirah...bila sparring jangan over confident.. he..he.. bangga la aku untuk seminggu-dua tu.
Yuran bulanan yang aku kena bayar masa tu ialah RM10.00 tapi boleh kira dengan jari berapa kali sahaja yang aku mampu bayar....lebih nya aku tak mampu bayar. Sedih beb..belanja aku bulan-bulan kat SMT tu pun dalam RM50 shj..tu pun pakai biasiswa BKP aku RM300 setahun.
Nak bagi duit untuk beli asam nk makan masa Prep pun bapak aku tak mampu apatah lagi nak mintak duit nak bayar yuran Taekwon-do...nak kena belasah ?.. Jadi aku cover balik sir Najmi dengan tolong dia ngajar kat mana-mana kelas dia.
Aku respek betul dengan sir Najmi..dia ni memang jenis komited dan selalu bawak aku dan senior lain ke kelas-kelas lain di Sekolah Menengah Sultan Mahmud, MRSM Bt Rakit dan kem askar kat Gong Badak. Tapi favourite aku ialah kelas sir Najmi kat SESMA ..ramai budak pompuan....(he..he..) sekolah aku budak pompuan nyer boleh kira dgn jari. Sir Najmi kalau datang kekadang dia bawak anak dia Nasriah (masa tu umur 3 tahun) main-main kat tepi padang masa training. Sekarang si Nasriah ni dah 4th Dan , adik dia si Nasree masa tu baru lahir..pun sekarang dah 3rd Dan dah.
Aku ni jenis gila training dan aku paling suka buat Pattern dan special kick. Masa aku Yellow aku dah hafal sampai Choong-Gun dan biasanya si Yazid & Yustam dan senior2 lain akan refer kat aku ...ye la aku walaupun badan kecik tapi otak aku besar sikit dari diaorg so sekejap jer aku dah boleh hafal Pattern. Kadang-kadang on the way ke tandas pun (dgn bertuala) aku kena tahan dgn diaorang untuk tanya pattern. Klau setakat utk tunjukan pattern Dan-Gun ok la tp kalau kena buat Won-Hyo ke Hwa Rang ke x ke tertanggal tuala aku tu.hu..hu..
Kicking pulak ..aku suka belajar macam-macam termasuk la tendangan gunting dari geng2 silat aku..syarat diaorang pulak kalau nak belajar kick diaorang aku kena sanggup jadi “punching bag” diaorang semasa nak demo kan kick tu...tak per biar aku sakit janji aku dapat belajar kick diaorang. So dapat la aku belajar tendangan, kuncian dan lompatan harimau bebudak silat tu.
Masa tu nak back flip ke front flip ke cakap jer aku memang boleh buat. Lagipun ni untungnya orang badan kecik...nak terbang-terbang tak jadi masalah. Aku pulak memang flexible masa tu (tengok gambar..aku yg buat stretching tu la..yg berdiri tu junior aku ntah saper tah nama nyer...).
Yang teruskan kelas sampai Black belt ialah si Yustam Fahmi, Yazid dan aku. Tapi yang masih aktif skrg ni tinggal aku sorang..si Yazid masih lagi keep in touch dgn aku..dan dulu setiap hari Sabtu dia akan bawak anak pompuan dia Fatin ke kelas aku kat PNB. Keras macam bapak dia budak ni. Yustam Fahmi aku dah lama tak dengar berita. Last aku dengar dia jadi salesman Toyota Showroom kat Jalan Hamzah KB. Nak sgt aku jumpa dia... Member lain aku dah tak berapa ingat dan setahu aku memang aku satu-satunya Melayu terakhir yang aktif dari SMT tu.
Masa latihan Taekwon-do la aku dapat surat dari sorang akak senior ni nak buat aku jadi adik angkat. Kat SMT ni kalau nak tahu kita ada “harga” ke tak kita kena tunggu ada tak senior nak ambik kita jadi adik angkat so aku kira ada harga jugak la he..he. Tapi yang kesian nya aku cuma reply ke akak tu bila aku dah masuk form 5. Dekat setahun akak tu tunggu jawapan aku ..last sekali kitaorang communicate sekali-dua masa dia kat UITM Dungun dan aku kat UTM Skudai ..lepas tu sampai sekarang lost contact. Muka je hensem beb tp hati pemalu ..hu..hu..
No comments:
Post a Comment