21 October 2008

Sek.Men.Teknik K.Trg


Tahun : 1987


Lokasi: Sekolah Menengah Teknik Gong Badak ,Jln Lapangan Terbang,
K.Terengganu



...Feb 1987.. aku menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Teknik Trg, Wakaf Tembesu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terenggganu. Aku dpt masuk kursus Mekanikal ...minat aku lebih kepada elektrikal ..tapi tak apa la janji engineering. Masa orientasi ..aku nasib baik tak kena ragging sangat....sebab badan kecik dan muka welfare kot.. tapi merasala jugak tiup kipas, cium tiang, gulung kain pelikat sambil nyanyi lagu Negara Ku dan basuhkan baju senior.



Masa mula2 penggal persekolah, semua pelajar form 4 dibenarkan untuk pilih aktiviti ko-kurikulum. (..selain dari Taekwon-do , catur ialah hobi aku dan jadi hobi giler aku masa kat SMT ni . Sempat la aku wakil daerah ke kejohanan catur peringkat negeri Trg dan sifu aku masa tu ialah Cikgu Ghalam Sani (state player utk Terengganu). Dan pengalaman paling manis aku kat kelab ni ialah bila aku dapat kalahkan Guru Penasihat aku dalam satu tournament he..he.. ).



Dari senarai ko-ko aku tengok ada Taekwon-do ITF dan Silat @#%$#$ (terpaksa di sensor utk tak nak disalah tafsirkan). Tapi entah apa sebab....minat aku ke Taekwon-do tiba-tiba hilang dan aku terus daftar kan diri kat Silat.


..Tetapi incident yang terjadi di depan mata aku sendiri telah membantutkan niat aku untuk meneruskan latihan dengan silat ni...


...satu hari tu aku dah berada kat padang untuk berlatih (baru kali ke-2) di kelas Silat bila aku tengok Jurulatih aku sampai. Pada masa yang sama, Taekwon-do juga mengadakan kelas kat padang bersebelahan dan pun tengah menunggu kedatangan instruktor mereka. Pada masa jurulatih aku sampai....instruktor Taekwon-do tu pun sampai , aku terdengar instruktor Taekwon-do tu memberi salam (laa..aku ingat kan India..rupa-rupanya Muslim) kepada cikgu aku tapi aku tak dengar jawapan balas dari cikgu aku..aaa.. mungkin aku yg tak dengar kot.


..tapi yang melunturkan semangat aku lagi bila semasa kelas cikgu silat aku cakap..

pelik saya bila ada lagi orang yang nak ikut yang KAFIR sedangkan banyak lagi seni mempertahankan diri yang Islam”...

...waaa dia cakap Taekwon-do tu Kafir la pulak.. dalam hati aku cetek betul ilmu jurulatih Silat ni....mana dtgnyer kafir-kafir ni , yang mengajar tu org Islam dan tak ada pun aku tgk diaorg sembah tokong ms latihan pun . So kat jurulatih aku KB dan member2 kt sekolah Agama dulu tu semua nya kafir la...




Sejak hari tu hati aku tawar nak belajar betul2 dengan cikgu tu..lebih2 lagi bila hari2 dok kena sumbat dengan berita2 kehebatan silat dan kehebatan jurulatih tu...bagi aku kita ni sama jer dengan orang lain cuma ada sedikit kelebihan Tuhan bagi peluang belajar ilmu cam ni so tak payah la nak riak sangat. Lagi pun dia compare Silat dgn Taekwon-Do macam compare manis buah epal dengan manis buah Durian ..mana sama beb.

No comments: