23/11/2007
23 December 2007
Syira - I'm proud of you
23/11/2007
27 November 2007
HAPPY BIRTHDAY SHARIFUDIN MAMAT
22 November 2007
Arwah Tok Mek
21 November 2007
Lamer nyer x update
Banyak sebenarnyer story2 yg aku x spt nak "entry"kan kat sini coz masa x der langsung utk aku bukak Dashboard blog aku ni. So utk tidak menghampakan aku ..aku summary jer la peristiwa2 penting yg terjadi dlm sebulan ni ..bukan aper ni utk reminder aku jer...kot2 lepas ni ader masa free aku details kan la.
1. Aku kat QM department ....new job scope ..incharge model baru SAGA yg akan launch Januari nanti. Kalau ader problem dengan under body keta tu ..tu keje aku la..hik..hik..
2. Keta aku menyodol lagi. Kali ni kat Federal Hiway on the way ke Open House Joe Perantau di De Palma Ampang. Abis bonet aku...
3. Wae (ayah) aku hospitalized ...masuk hari ni dah seminggu lebih. Kali ni suspect TB plak...
4. Majlis penyampaian hadiah Syira .. Syira dapat no-2 . So aku dgn mama dia dijemputla ke sekolah utk majlis penyampaian hadiah. Bangga betul dia masa terima hadiah tu....
5. Open house taman aku ....aku jadi master mind lagi ...siap dgn mercun gaban dan siap polis dtg bagi warning ..hu..hu..
6. Kelas TKD .....SMT dah cuti ...sebelum tu dia orang buat dinner ..sian aku tengok tp bangga dgn semangat diaorg walaupun x der cikgu yg support. PSIS - last kelas minggu lepas ...grading sekali. PSAS - aku akan join camping & berakit diaorang kat Sg.Siput minggu depan...nanti aku update citer dia.
7. KEJOHANAN TAEKWON-DO JEMPUTAN BAWAH 12 TAHUN DTA/PNB 2007 - kaki aku gatal nak organize tournament since DIT 07 x buleh buat sebab x dok pitis. So aku buat small tournament utk bawah 12 tahun. Aku plan utk DTA jah tp dlm war2 ke member tu ramai plak yg nak join. Aku target dlm 150 org akan join. Aku buat kat Tgkt 40 Menara PNB, Jln Tun Razak. Jemput la.....he..he..
11 October 2007
SELAMAT HARI RAYA
Aku kalau balik pun sekarang ni aku akan lepak rumah abg aku kat Kg.Chica. Bukan x OK rumah ni , infact jauh lagi OK dari rumah pesaka kitaorang tp nostalgianyer yg x der. Nak rasa meriah nyer kat rumah aku dulu mcm 5-6 tahun dulu aku rasa dah x der dah. Memang terkilan sgt x bleh jumpa Tok Wae aku pagi2 raya dan beraya dgn sedara mara kat Bt.2 dan Kg.Sireh ...
So tahun ni aku decide utk x nak balik la kali ni. Faktor2 nyer? Tak la concrete sgt reason dia cumer keta jerung aku tu tgh x berapa sihat so aku x nak gamble balik giut jer ..tambahan lagi dgn keadaan financial aku yg x begitu mengizinkan sebulan dua ni. Nantila Insyaallah Raya Haji ker Raya Cina ker aku balik la.
Aku kalau balik KB memang selain dari sedara mara dan cousin2 aku, org yg aku akan cari ialah member2 SMT dan UTM aku. Especially 2 member rapat aku Mat Din kat Kg.Kolam, Bachok dan Azli kat Sabak. 2 rumah ni biasanyer akan jadi first agenda aku setiap kali aku balik kg.
Tahun lepas best jugak coz aku dpt reunite balik dgn member sekolah SMSI aku ..si Ripin dan Madi Kadet. Aku dgn diaorang ni dah 'terpisah' sejak 1995 ..dah dekat 12 tahun! So bila jumpa balik tahun lepas memang semua dah lain ...tp perangai giler2 dulu still ader lagi.
"Nko sekarang keje aper/mana?" ....soalan skima kalau dah x jumper semenjak dari graduation day dulu..
"Aku keje kilang.." .....jawapan skima aku utk soalan mcm tu.
"Keje kilang pun ader gaji jugak .." .....penyedap kata skima dari makcik2 yg dengar jawapan aku..
"Cakap la betul2 ko keje apa?..x kan la kilang kot?....soalan skima tambahan dari sahabat aku yg dalam kepala diaorg kalau kilang tu yg ader cumer operator dan gusrd sajer...hu..hu..kilang pun ader manager ..ader GM, DGM dan MD woiiii..
Ishhhh...aku nak buat entry pasal wish raya la ...ni dah melalut ke lain dah ni.
Apa2 pun aku nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog aku (yg 2-3 org tu...hik..hik..) , kepada semua student aku , kepada semua instructor aku, kepada semua sahabat aku, kepada semua business associate aku, kepada semua musuh lamer aku, kepada semua yg kenal aku tp aku x kenal dia ..(biasa la yg ni..he..he..) dan kepada saper2 la yg ader kat muka bumi ni.
Semoga selamat pergi dan selamat sampai ......waaaaa! sedih woiii x balik kampung.
10 October 2007
Email x berhati perut
Aku terima email tu dari mailing list neighbour aku. Jarang aku layan email2 dr mailing list ni coz kebanyakan email tu email2 yg diforward2. Tetapi email semalam betul2 buat aku geram. Betol2 x berhati perut saper yg mula2 distribute gambar tu. Tukang forward pun satu hal la. Maybe niat dia baik ....utk ikhtibar tapi bagi aku what ever the reason .....byk x baik dari baik nyer dgn sebarkan gambar2 ni.
08 October 2007
"Satu aku ajar-Dua aku dapat..."
Dan antara cita2 aku selain dari established kan DTA ni ialah nak establish self-defense aku sendiri …self defense yg bawak identity aku. Self defense yang kalau org tengok dia tahu aaaaa..yg ni teknik DTA ni.
“Perjalanan” aku mengisi dada dgn self-defense ni actually dah bermula dari mula2 aku join TKD ni lagi iaitu masa aku dok training di Maktab Sultan Ismail hinggalah ke Sek Men Teknik Trg dan hinggalah ke UTM Skudai & Semarak. Kalau dgn arwah Tn Yusof Tn.Merah dulu self defense yg aku kenal semuanyer ganas2 dan semuanyer kalau buleh nak pakai siku dgn lutut . Arwah ni salahsillah dia dr tomoi punyer aliran... so teknik Taekwon-Do dia lebih mirip2 Tomoi sikit la …kunci2 kurang sikit (tp maybe aku masa tu baru white belt so dia x nak ajar aku lagi kot?).
Kat Skudai aku train plak bawah Michael Phang . Instructor aku yg ni mmg giler sparring …self defense ader la tp x intensive sgt. Lepas Michael aku dgn Peter Chong pulak . Self defense yg aku kenal ialah 1 & 3 step sparring. Pun x der locking technique ..throwing ader la sikit2 tp basic jer la dan kitaorang biasanyer x buat throwing coz court tempat kitaorg training tu kasar macam tapak kaki labi2 (eh..tapak kaki labi2 kasar ker?..)
Lepas Peter Chong aku dgn Benny Phang (adik Michael Phang) plak. Pun samer cam abg dia …cumer kali ni aku byk belajar self defense dgn senior2 aku. Aku improve byk sparring masa dgn dia ni.
Aku pindah ke KL dan berguru pulak dgn Master Chee, environment aku baru la berubah sikit coz Master Chee ni detail orang dia…especially bab Pattern . Daripada aku x minat langsung Pattern sampaila aku menang tournament event Pattern . Dengan kater lain minat aku ke Pattern naik 200% la masa dgn dia. Self defense pun aku mula seronok sikt coz Master Chee punyer teknik quite extensive dan logik. Pastu orang tua ni selalu bagi soalan2 ke outsider masa demo dan x pernah lagi aku tengok soalan yg dia x leh jawab. Aku byk belajar teknik2 yg dia biasa ajar ke UTK dan IPK dulu ..praktikal. Cumer yg kurang nyer …aku dengan Master Chee almost 15 tahun tp aku rasa macam aku baru dpt 5-6 teknik dari dia …samada aku x pandai korek teknik tu dr dia atau dia nak simpan sampai satu masa nanti br nak bagi aku. X caya aku dia ader teknik setakat tu jer.
Masa kat UTM ni la aku berpeluang belajar sikt dgn Master Mounir Grawi dari Lebanon. Master Mounir ni Hapkido dan TKD Master. Masa ni la aku didedahkan dgn Pressure point dan vital spot. Teknik dia gaban giler masa tu dan terus terang aku cakap …disebabkan teknik dia ni la aku betul2 minat pressure point dan vital spot ni
Antara tahun 91-93 aku memang giler training …aku try macam2 dari Shito Ryu kat tepi Jalan Tun Razak tu sampai la Silat Gayung kat Bangunan Mara (aku x ingat dah nama cikgu tu tapi masa tu aku ikut si Maarop join kelas tu). Dengan Gayung ni la sedikit sebanyak persepsi aku ke self defense ni berubah. Byk lock dan teknik2 yg aku x terfikir. Tu yang masa ni aku punyer self-defense memang Master Chee x berapa berkenan ..so kalau depan dia aku tunjukkan la buah2 yang dia selalu ajar ...belakang dia aku buat la buah tu he..he..
Dalam pada tu aku join plak Silat Panglima kat Ampang dan aku dijemput utk jadi instructor "kicking" utk kelas tu. Nama jer silat , sebenarnyer kalau sparring memang full contact!. Masa tu aku selalu ikut Saiful Hamiruzaman (www.thegreenhornet.com.my) ke gelanggang silat bapak dia utk full contact sparring dan dgn dia dan bapak dia la kami try nak tubuhkan MMA (Malaysia Martial Art). Cuma hayat aku dgn diaorng x lamer so aku x tahu aper jadi dgn MMA lepas tu. Tapi dgn Saiful dan bapak dia byk jugak ilmu self-defense yg aku dapat dan sedikit sebanyak teknik aku hari ni ader pengaruh dr teknik dia.
Selari dgn peredaran masa aku sambung pengajaran aku dengan belajar dan create sendiri teknik2 berdasarkan pengalaman aku . Bagi aku teknik kuncian silat ke, lock Taekwon-Do ke, “tiger lock” Hapkido ker semua nyer cantik ..yg buat x cantik nyer org yg membuatnyer. Bagi aku lagi cantik kalau kita dapat combined kan semua tu .
Teknik aku sekarang ni lebih ke wrist manipulation dan aku combined kan dengan pressure point dan throwing technique. Alhamdullillah setakat ni teknik2 tu x pernah berkurang dan kekadang dtg idea yg pelik2 masa aku tgh ngajar. Prinsip aku … "satu aku ajar – Insyaallah dua aku akn dpt”....dan korang pegangla prinsip tu ..x luak nyerteknik korang. Yang selalu bagi semangat kat aku dan yang selalu jadi mangsa aku kat rumah ialah Syira , dia la yg dok recall aku pasal teknik2 yg kekadang aku sendiri yg create tp aku sendiri yg lupa.
Prinsip aku lagi …self-defense ni kita kena ajar ke student kita masa hari pertama dia join kelas kita. X yah nak tunggu Red @ Black belt baru nak belajar pegang pisau. Malapetaka tu x kira kita white belt ke @ black belt. Dan setakat teknik nak lepaskan diri dari grappling atau nak elakkan dari pisau x perlu teknik yg gaban2 ..budak white belt pun buleh belajar. Ramai student Black Belt yg aku jumpa nak lepaskan diri dr wrist grap pun terkial2 ..tu x suruh lagi attack dgn pisau ke, dagger ker, baton ker.
Satu lagi pantang aku masa ngajar self-defense ni ialah student yg nak “try” aku. Yg ni memang aku cukup suka …. Diaorang ni x tahu sebenarnyer kalau lock yg betul2 lock …makin korang lawan makin sakit atau patah terus. So nasihat aku ke adik2 yg baru nak belajar dan baru tahu 2-3 bijik buah tu tgk2 la instructor to dulu kalau nak test pun.
04 October 2007
Berbuka lagi...extended
02 October 2007
Lagi gambar lamer
Gambar kat atas ni pun aku amik dari Fotopages Dato'. Cumer tajuk dia silap sikit coz Dato' tulis "Sabree with ITM Taekwon-Do Championship 1989". Actually gambar tu ialah gambar student2 aku dari UTM Jalan Semarak. Gambar ni kitaorang amik selepas Kejohanan Taekwon-Do Jemputan UITM 1993 di S.Alam. Ni kira tahun yang paling cemerlang UTM la coz team aku yg dlm gambar ni kira undefeatable masa tu.
Zaman tu musuh ketat kitaorang ialah UITM la ...mana ader pesaing lagi mas tu. Kitaorang kalau pergi tournament x cukup 2 bas x sah. Tapi bila kitaorg tournament kat luar....UTM & UITM ni automatically akan bergabung.
Dalam gambar tu yg aku ingat la :
dari kiri atas : Zul, Lee (Ripin bgth namer dia br aku ingat), Razhan,Hishamuddin,?,Aku, Rodzi, Dato',Master Chee,Noordin (in slim & small version), Napi (in significantly small version),?,Zaili.
dari bawah kiri: Ripin (in serabai version),6 awek tu aku x ingat (tu play safe ..org rumah baca..hu..hu..),Pejol, Surin.
dan sampai ke la ni ..yg still in touch dgn aku cumer si Napi, Noordin & Ripin.....
01 October 2007
Nostalgia photo
On the way balik dr USJ Plant aku received sms dari Dato' Sabree. SMS tu dia tujukan ke "Daniel" ? May be dia tersilap send kat aku kot. Dlm SMS tu Dato' mentioned pasal fotopages dia yg dia baru update. Aku x jawab la SMS tu coz takut Dato' tersilap send jer. Tapi aku masuk jugak fotopages dia.
29 September 2007
Camping - republished!
28 September 2007
Kem Bina Semangat2
Camping ialah satu2 nyer hobi aku yg aku terpaksa tinggalkan lepas aku belajar (to be specified ..lepas aku kahwin). Jadi bila student aku mintak suruh buat camping aku pun apa lagi ..terus la arrange motivation camp untuk ahli2 DTA. Objektif aku ialah untuk pegi camping sambil buat aktiviti2 yang berasaskan Motivasi dan Semangat Berkumpulan (Team Building) campur Taekwondo punyer Self Defence seminar. Hasil dari kerjasama senior2 instructor & org2 kanan aku Noordin & Ali serta Azhari aktiviti tu terlaksana la pada 12 & 13 February 2005 bertempat di Ulu Yam.
Aku terpaksa limitkan penyertaan ke 30 orang untuk me make sure kan semua yg join dapat manafaatnyer. Kelas2 DTA yg join ialah Kolej Telekom, UTM,Politeknik Tg Malim,Subang Perdana, Damansara Damai dan X-SMT. Ader jugak parents yang nak join anak2 dia so terpaksala aku bukak ke parents jugak ..OK la jugak coz boleh tolong aku jaga bebudak sikit.
Aku invite sekali Mr Simon Lee (5th Dan)dari GTF Singapore utk join tapi mama' ni join sehari jer..dier rush ke Penang besok tu.
Day-1 (12th Feb 2005)
8.00am : Kitaorang tiba di Tapak Perkhemahan 2 , Sg.Tua, Ulu Yam. Bebudak PSAS terlewat sikit...aku pun nyaris2 terlepas tapak perkhemahan tu tapi nasib baik nampak Noordin dok melambai ket tepi jalan tu. Aku memang dah bertahun tak datang sini ..last sekali pun seingat aku masa aku dan orang rumah aku tengah bercinta dulu ..kitaorang sampai Ulu Yam ni dengan RXZ Mat Din.
Untuk acara memanaskan badan selepas mendirikan khemah, aku buat Introduction dengan suai kenal, penubuhan kumpulan dan "Ice Breaker" games ...sajer nak bagi semua student aku mix around coz ader yang aku nampak rigid dalam group diaorang jer ...mungkin coz tak pernah jumpa pun. Masa pembahagian kumpulan ni aku boleh nampak ader yang beriya2 nak jadi leader, ader yang nak tapi malu dan ader yang memang tak layak coz pasif sgt. Lepas games pertama aku tengok environment dah panas sikit ,so aku terus kan dengan "Treasure Hunt" games ...sajer je nak buat bebudak ni berpeluh sikit.
Before stop utk lunch aku buat satu lagi games yang aku rasa antara games yang betul2 pecahkan barrier antar student DTA iaitu game "Sambung Barang" ..sampai ke dalam hutan diaorang sambungkan barang2 masing2. Kat sini la boleh nampak saper yg self-fish dan saper yang sanggup buat aper sajer utk make sure team dia menang. Tapi nampaknyer student2 aku ni ramai lagi yg pemalu so x der sorang pun yg bukak baju masa main ni ..maksud aku yg lelaki la ...kalau yg pompuan aku pun nak.
Lepas lunch aku bagi bebudak tu berendam...aku pun ajakla Syira & Syamil jugak turun ke sungai (buat syarat jer tu ..padahal aku yg nak tengok bebudak lain mandi...he..he).
27 September 2007
Berbuka lagi ...
Nak perabihkan RM62 hinggit tu berapa sgt la kita buleh masuk. Aku masuk round ke-4 dah slow dah..last2 amik asam jeruk jer la. Aku ingat paling byk pun baru abis RM20 hinggit. Aku pelik mcmn la diaorg buleh letak rega sampai gitu. Ni ader sample yg seratus lebih ..
26 September 2007
Bernard Radin
http://martialarts.com.my/community/modules/news/article.php?storyid=490
24 September 2007
Wat a day
"Bak kad nko..." kater guard kat aku
"Ni apasala mintak2 kad plak ni ..mcm budak sekolah jer..." aku protes
"ko bagi jer la...MD tgh tgk tu ..dia suruh aku amik nama staff yg dtg lmbt.."
21 September 2007
Cuti x plan + Asiawork Guest Event
Kul 6.00 lebih aku rush balik ...takut sangkut dlm jammed. Lagipun malam tu aku ader Guest Night kat Asiawork. Aku sampai di Tajima Menara Axis kul 6.35pm. X der tpt kosong la plak... Cina2 ramai plak yg dok melepak kat situ. 70% geng2 Asiawork la. Aku panggil org rumah aku turun (dia kat Fitness First) ...baru la dpt tpt duduk.
19 September 2007
Emotional Discomfort
Aku bukan aper ....kalau x kerana org rumah aku ...aku x kenal Asiawork ni. Frankly speaking masa dia mula2 amik Basic ni dulu memang aku x berapa setuju. Pertama- sebab kos dia tinggi dan kitaorg pun bukannyer ader extra tetiap bulan...Kedua- aku x nmpak dgn pegi attend course 5 hari ekonomi org rumah aku boleh bertambah. Ketiga ... anak2 aku terbiar ..dan aku kena rush balik ngambik diaorg. Keempat- kitaorg dah biasa pegi course2 yg semacam ni masa aktif dlm MLM dulu dan proven semangat tu remain dlm seminggu dua jer. Keempat ..tgh sedap2 lepak kat Bistro tetiba aku kena amik dia kt PJ.
18 September 2007
XPDC Cameron-Ulu Kinta 1994 - Bhg 2
“Hoversack korang ada?”
“Tak der”
“Nak tido dalam apa? Pocho ada?”
“Tak der”
“Kasut untuk 8 hari trekking tak kan nak pakai kasut sukan, Spike ada?”
“Tak der”
“Hammock?”
“apa tu encik?”
“buaian la..tempat tido enko la nanti..”
“Ooo.. Tak der”
“Ni korang nak pergi trekking ke nak pergi berkelah!” ....terkedu aku bila pegawai PPH tu sergah aku balik.
“tu la sebab saya nak pinjam dari PPH kalau ada..”...dengan suara penuh syahdu aku try mintak simpati PPH utk supplykan barang2 tu.
“nak pegi camping tp brg2 haram x der ?...ko datang sini nanti kita cerita..”
“OK terima kasih encik..”... dapat ke tak dapat ni?.. dibuatnya penat2 aku ke sana tak dapat peralatan ni rugi jer.
9/11/1994 (Rabu)
Pagi-pagi aku,& Issyam bertolak ke Briged Utara, Ulu Kinta dengan keta Nissan Sunny abang aku WAM 116 (nostalgia ni..he..he..). Kitaorang target untuk sampai sana dalam pukul 10 pagi.
Dalam 10.15am kitaorang sampai ke Briged Utara, PPH, Komando 69, Ulu Kinta (nama dia macam2 ..ada yang panggil Briged Utara, Komando 69 & PPH) terus ke pejabat Komander Briged –Tn Ayob (DSP kalau tak silap aku). First time aku jumpa pegawai tinggi tentera ni so berdebar jugak aku bila nak jumpa Tn Ayob.
Sesampai kitaorg kat guard post aku bgth la nak jumpa Komander. Aku & Issyam terus dibawak ke bilik rehat pegawai dan bila masuk aku tengok ada 2-3 pegawai tengah borak. Aku pun bagi la salam dan pegi salam dengan semua pegawai tu.
“Tuan, ni student dari UTM nak jumpa tuan pasal XPDC ..” .. Sarjan yang bawak kitaorang tu kenal kan aku dengan Tn Ayob..
“Aaa.. ko nak pegi mana ni ..?” tanya Tn Ayob lepas suruh kitaorang duduk kat sebelah dia.
“err.. sebenarnya kitaorang pun tak sure lagi tuan...kitaorang cuma tahu kitaorang nak pegi Cameron ..ni yang kitaorang datang ni nak discuss pasal ni la kot2 Commando 69 boleh tolong kitaorang..” .. nervous aku dah hilang dah..
Lepas tu aku pun duduk la explain panjang lebar pasal XPDC ni. Lepas 15minit Tn Ayob pun panggil balik Sarjan tadi.
“Ko pegi panggil 5-6 orang untuk guide budak ni masa XPDC tu ..ko panggil la treker kita sekali, anchor-man panggil la mana2 kopral yg tak duty tu..”
“Semboyan tuan?” ..tanya Sarjan tu..
"Aaa.. semboyan bawak sekali ..budak2 ni bukannya pernah masuk hutan nanti apa2 kita pulak yang susah..”
“Senjata tuan?” ..tanya Sarjan tu lagi
“Suruh diaorang bawak basic jer..kena standby jugak dalam hutan tu tak tahu apa jadi"..
“bila tuan nak jumpa diaorang ?” ..
“Sekarang la ..ko nak tunggu bila lagi!?” ..ishh terkejut aku kejap bila Tn Ayob tu tinggi kan suara dia..
“Baik Tuan !”
Tak sampai 10 minit 4 orang anggota berpakaian sukan dah ada kat depan kitaorang , cepat nyer...aku tengok Sarjan tadi main tangkap jer saper yang lalu depan dia untuk masuk jumpa Tn Ayob...Masa dia orang dah berdiri depan aku (aku dan Tn Ayob duduk atas sofa ..anggota yang baru datang tu berdiri kat depan aku..ishh macam budak sekolah jumpa cikgu disiplin pulak aku rasa..). Aku rasa tak selesa so aku pun bangun la offer kan sofa tu kat diaorang. Tn Ayob tegur aku...tak per diaorang biasa berdiri!. Arahan Tn Ayob ke anggota tu simple jer dan tak sampai pun 5 minit. Anggota yang akan mengiringi kitaorang nanti ialah :
“OK ... lepas ni ko pegi jumpa Sarjan ..(apa tah aku dah tak ingat.) dia akan jadi Operation Officer (OO) untuk XPDC ni , bincangla dengan dia bila & pukul berapa korang nak start. Lepas tu ko pegi ke stor jumpa Quarter Master cakap nak pinjam alatan untuk trekking, ration aku tak pasti dia boleh bagi ke tidak..kalau ada mintak ..kalau tak der pandai-pandai la ko settle.” ....tegas dan detail arahan Tn Ayob..aku betul2 respect ke Komander ni ..tak sangka lak dia betul2 support aktiviti ni.
Aku dan Issyam pun apa lagi ..tak sabar2 nak amik barang2 tu. Gembira nyer Tuhan sajer la yang tahu coz kitaorang tak inform lagi ke semua pasal alatan ni coz tak sure lagi dapat ke tidak. Ration kitaorang tak dapat cuma dapat cookers jer dekat 50 paket. Hoversack,Hammock,Poncho,Spike, Mess tin kitaorang amik 30 set/pasang semuanya. Aku dan Issyam pun apa lagi ..terusla rembat yang baru2 punya (yg dlm plastic lagi...) untuk masing2 punyer awek ..hu..hu..
Asiawork Advanced course
17 September 2007
Asiawork Training-Testimonial
Jam : 6.30pm
Tempat : Asiawork Centre PJ
Aku berdiri kat dlm bilik training dn 101 org yg lain ..masa tu Gordon trainer kitaorg suruh semua tutup mata dan jgn bukak selagi dia x suruh bukak. Masa mata aku tutup tu aku dgr derapan kaki org masuk ke dewan tu dan aku buleh rasa mcm ramai sgt org dlm tu. Dlm kepala aku masa tu ....sedih ader ...bersemangat ader . Sedih pasal lepas ni aku dah x jumper lagi trainer aku Gordon & Scott, member2 small group aku ..member se Dyad dgn aku dan semua MB112 participants.
Bila Gordon suruh kita org bukak mata ...yg pertama aku nampak ialah Syira dan Syamil berdiri depan aku sambil pegang bunga dan bear katak . Org rumah aku mcm biasa tgh tersesak-esak. Syira terus peluk aku dan Syamil plak bila tengok kakak dia peluk dia pun ikut samer. Dah sudah nyer org rumah aku cuma dpt hujung2 dia jer. Masa tu fikiran aku ...terharu ader,sayu ader ,relieve ader dan rasa lapar pun ader ..he..he. Pas tu kat belakang aku ader Maya, Feizan dgn awek baru dia. Lepas tu ader la few LP's yg dtg congrate aku. Dlm ramai2 tu ader sorang muka familiar dgn aku ..rupa2nyer member Sony aku yg dah 7 tahun lebih aku x jumpa. Tp dia dah LP la.
"----------- deleted due to had created Emotional Discomfort to somebody ------------"
Welll.....aku sebenarnyer nak citer details aper yg aku lalui 5 hari tu tp mengenangkan aku x nak break agreement aku so aku x leh la nak citer ... tp kalau nak tahu serba sedikit aku bleh la citer ...lebihnyer korang bayar sendiri RM1700 dan join training tu...hu..hu..
yg penting ...aku dah atas kapal aku ...........
16 September 2007
Vacancy + candidates
14 September 2007
XPDC Cameron-Ulu Kinta 1994
Masuk jer sessi 1994/95 (4/7/1994) , aku dah start dengan persiapan awal untuk aktiviti terbesar kitaorang semester ni iaitu nak mendaki Gunung Tahan dari Taman Negara. Perlantikan ajk dah pun aku buat masa semester sebelumnya tu so bila naik jer semester aku terus jer la buat meeting. Selepas beberapa kali meeting kitaorang pun dah almost confirm dengan peralatan & item2 yang perlu diprepare, kitaorang cadang nak pinjam peralatan dari PELAPES UTM jer untuk mendaki Gunung Tahan tu. Selepas dikira congak sorang kena bayar dalam RM50 untuk ration, tambang ketapi dan pengangkutan ke Taman Negara. 30 orang dah bagi nama untuk pegi.
Masuk jer bulan Oktober hujan dah mula turun kat Pantai Timur, aku dan member dah risau kot2 hujan lebat masa mendaki nanti. Hujung bulan Oktober tekaan aku jadi kenyataan , aku terima fax dari Pegawai Perhilitan Taman Negara , bagitahu rancangan aku untuk mendaki ikut Taman Negara Pahang tak boleh diteruskan coz hujan kat hulu Sungai dah lebat ..diaorang risau arus sungai yang kuat akan turun dari hulu sungai kalau hujan lebat kat hulu.
Aku dah frust ...aku pun bagi la cadangan untuk mendaki ikut Merapoh Gua Musang pulak ..ikut hilir arus so kita boleh nampak kalau arus sungai dari hulu tu kuat. Jawapan yang aku terima tetap negatif. Bila aku inform AJK lain, semua dah macam putus asa dan ada ahli yang dah mintak refund duit balik. Masa pulak dah tinggal 4 minggu ajer lagi sebelum tarikh plan asal kitaorang tu.
BUKIT AMAN
“Saper yang kita nak jumpa ni Din” ..... Maarop tanya aku masa atas motor on the
way ke Bukit Aman.
“Entah la aku pun tak tahu....” ...memang aku pun tak tahu dan tak sure idea aku untuk ke Bukit Aman ni betul ke?
Sampai jer kat Bukit Aman aku terus ke post guard,
“Briged Utara tu kat Ulu Kinta dik ..”... kata akak post guard tu..macam la aku tak belajar Ilmu Alam masa kat sekolah dulu..aku tahu la Briged Utara tu kat Ulu Kinta ..tak kan la kat Australia pulak.
“saya tahu ..cuma saya nak tanya saper yang incharge kat sana sebab saya nak tanya pasal camping " ...
“Adik nak camping kat mana?..” ...banyak pulak bunyik akak ni..
“Entah la..saya pun tak tahu ..tu sebab saya nak tanya Briged Utara tu..” aku dah angin dah... dah la aku kat luar panas..dia kat dlm post ada air cond...
“ Tak per la kak ..akak bagitahu ajer saper yang incharge Briged Utara..” ...Maarop yg tadi nyer dok diam jer ..nyampok.
“Adik amik pas ni dan naik ke Tgkt 5 tanya Bahagian Latihan..” ....laa buleh pun bagitahu...kan senang kalau dari tadi cakap...
Lepas 2-3 orang aku tanya (sampai ke cleaner aku tanya..) sampai la aku ke Bahagian Latihan (Pengurusan Latihan sebenarnya), aku pun dibawak la jumpa ASP Mohamad Noh Husain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman. Bila jumpa jer aku pun terus explain pasal plan asal kitaorang nak mendaki Gunung Tahan dan plan terbaru kitaorang yang tak sure lagi ni. Terkejut jugak Tuan ASP bila aku cakap aku tak sure lagi nak kemana cuma yg confirm nya tarikhnya ialah 12/11/1994 dan bebudak 30orang dah ready nak pegi.Tinggal sebulan lagi dik ooii... Tapi ASP Mohamad Noh kagum dengan semangat kitaorang dan dia betul2 support sampaikan dia tolong contact Briged Utara untuk set kan appointment dgn Komander Briged . Tuan ASP jugak yg bagi idea suruh kitaorang cuba trekking guna trek baru (trek dara kitaorang panggil..) dari Cameron Highland ke Ulu Kinta! Tapi berapa lama , berapa jauh dia sendiri tak sure ..dia suruh kitaorang plan dengan PPH.
PENGANGKUTAN - KTM
Lepas meeting dengan ASP Mohamad Noh aku mula lega sikit coz ada alternatif nak inform bebudak. Cuma ada byk lagi benda yg nak kena settle – peralatannya macamana, pengangkutan ke sana macamana, berapa kosnya pulak, trek nye mcmn, nak start ikut mana? Aku tak der pilihan ....nak kena survey dgn Briged Utara dulu ni!! Seminggu tu aku banyak habiskan masa call Briged tanya pasal agenda & peralatan. Confirm kitaorang akan naik ikut Tanah Rata, Cameron dan turun kat Intake Ulu Kinta, Perak , estimate dalam 8 hari trekking. So aku pun declare la activiti kitaorang ni sebagai XPDC CAMERON 1994..
Aku,Noordin,Issyam,Maarop & commitee pening dgn 2 masalah besar yang kitaorang kena solve iaitu masalah transport dan peralatan. Lepas confirm nak kena ke Cameron dulu, aku terpaksa survey transport yang paling murah nak ke sana. Survey punya survey, keretapi yang paling murah tu pun cuma sampai ke Tapah ajer. Tambang sorang masa tu RM5.80. Pas tu nak balik ke KL kena naik dari Tg.Rambutan, kena lagi RM8.20 sorang...(dah RM14.00 dah utk ketapi). Last-last kitaorang confirmkan route utk kesana ..
KL – Tapah : Keretapi
Tapah -Tanah Rata : Bas
Tanah Rata – Blue Valley : Kenderaan PPH
Blue Valley – Intake : Trekking
PPH Ulu Kinta – Tg.Rambutan : Kenderaan PPH
Tg.Rambutan – KL : Keretapi
Nak dijadikan cerita masa aku nak amik tiket kat stesen keretapi tu , abang jual tiket tu bagitahu aku, apsal tak amik tiket konsensi student..nanti dapat 50% diskaun. eh ada konsensi ke ?. Ni dah bagus..buleh save lagi duit. Aku pun tanyalah macamana? Abang tu pun suruh aku ke pejabat KTM kat bangunan sebelah dan jumpa dengan pegawai kat sana ..aku pun ke sana jumpa En.Hambali (tak sure ada lagi tak kat KTM..very cooperative person..). Lepas slow talk dgn En.Hambali dapat la 50% diskaun utk kedua-dua route tu. Aku pun terus ke kaunter untuk beli tiket (waran tiket sebenarnya..)..refer gambar kat bawah ni..
. Pegawai yang issue waran tu ialah En.Zainal (no staff 051499 - he..he.. kalau tak percaya betul ke tidak check la no ni kat KTM).
13 September 2007
Asiawork Training-Extended
Wife aku kt opis lagi tp bila aku call dia kater payment semua dah settle. So aku terus la pegi register kat kaunter. Sampainyer aku kat kaunter AWC tu aku berbelah bagi lai....btul ke aku nak join training ni? Tambah lagi bila tengok org yg dok lalu lalang kat depan kaunter tu lagi la x menarik minat aku. Aku tengok mcm2 peel org ader kat situ, yg berkotnyer dgn muka buat2 elegannyer, yg set2 Chinese dgn nametag besau nyer dan yg muka takut2 pun ader.
12 September 2007
Asiawork Training
SELAMAT BERPUASA
Tahun ni aku kat tpt samer lagi ...baru jer kena transfer balik ke HQ. So mcm tetahun lepas la kot...beli siap2 lauk sahur kat kantin . Pas tu siap utk buka dlm keta...hu..hu.. Cumer tahun ni aku dah pakai moto balik so boleh sampai awal kot kat umah. Mintak2 x der la nak kena stay back cam dulu2 tahun ni.
Apa-apa pun Selamat Berposer kepada semua associate aku...student aku...kawan-kawan lamer aku...musuh-musuh lamer aku ..dan kepada guru-guru aku dan sedara-mara aku...Insyaallah tahun ni aku x tahu lagi nak beraya kat maner ..hu..hu..
10 September 2007
Stupid challenge - Extended
" dear ,,,,the best sharifudin mamat.
...lagi satu nak tanya, tak rasa bersalah ke tukar dari ITF ke GTF....mana spirit of Gen Choi Hong Hi tu...kalau dia hidup lagi, agak-agak ada tak GTF ni...untuk saya,ITF sampai mati...
--True ITF-- "
aku pun balas la .
ha..ha... put urself in my shoes...what will u feel if I screw up ur lovely evening time with the stupid email....? Surely u will a bit mad isn't it and with a truely spirit of TKD u'll try to ignore it but then u received another stupid"er" email that blown ur blood up to the ceilling and with one thing in ur mind "APA MASALAH BUDAK NI NI? .. tenent #2 - I SHALL RESPECT INSTRUCTORS AND SENIORS. So bro....ur email totally shown no respect at all so for me it rather u urself who know nothing about the Tenents when u start sending that email... bro ... for ur knowledge GTF was performed by GM Park Jung Tae in 1991 ..Gen Choi passed away in 200? something (can't recall what year..)..meaning that Gen Choi tau pasal ni coz GM Park Jung Tae tu bekas org kanan dia..ni saper yg MENTAL lemah ni?. . Lagi satu ...x wujud spirit Gen Choi dlm dunia ni ..yang ader spirit TKD ..Gen Choi still our beloved founder ..nobody can't take that from him. If ur're really in TKD spirit u'll follow GM Dato till today . But for me it doesn't matter u're ITF ke..GTF ke..WTF ke..sama ja. By the way...."True ITF" ?? which ITF that u're in? In our country there're 3 groups ....
-Sharifudin Mamat-
DINS TAEKWON-DO ACADEMY
Subang, Selangor. "
pas tu dia balas balik ..(yg sampai skrg aku x paham aper masalah dia ngan aku ..he..he..)
Sharifudin Mamat-
DINS TAEKWON-DO ACADEMY or shall I mentioned da da da
...................Subang, Selangor.
.......
kalau betullah awk tu bagus, kenapa nama awak takde dalam list.....sekurang-kurangnya saya ada la jugak wakil selangor semasa ITF tournament di Chin Woo Stadium dan Kem PPH Ulu Kinta....awak kt mana???? tak nampak pun... mcm ni la,kita pendekkan cerita..saya grad..dpt Black belt bulan dec 1989, kt setapak high school- sabree yang sign...awak kt mana?? Tu belum cite 2nd Dan,3rd Dan lagi...Awak kt mana...Takde,tngh merangkak..tak tau apa pun. lagi satu dengan ketinggian KATIK awak tu,macamana nk flexible..sebab tu tak dpt wakil apa pun..setakat anjur tournament kt UTM..tu la standard awak...
......Saya malas nk ckp banyak dah..saya pun dah contact Sinnadurai, Bernard Radin, Margarita Naning, Johnny Chai dan diaorang advise saya jgn menyalak dekat DOG..nanti saya pun jadi dog...So dah tau kan standard awak..jangan sampai saya keluarkan buah 9,susah nanti...respect la kt senior,baru boleh jadi bagus.faham tak katik.. "
dah lain mcm aku tgk ayat mamat ni ..dah mcm budak2 pulak siap panggil aku katik hu..hu.. makna nyer dia ni mmg kenal aku la..ehm..kawan..kawan..
aku pun dgn berat hati nyer reply la jugak email bodo tu..
ha..ha..ha..skrg tgk saper yg dah marah....
ni bila pulak sy cakap yg sy ni BAGUS ni? ehmmm..ada2 jer utk provok org.
gini la bro ....list mana yg u cakap ni? in 1988/89 I was in Skudai ..tgh belajar merangkak... asa National Tourn 89 kat Bangsar Shopping Complex pun I ader tp observe jer la...1991 centralized training kat IPK dgn Mr Lee Hock Heng pun I ader ...and I never declared that I'm GOOD ...x ada apa2 kat tubuh yg Katik ni ....cuma minat dan sayang yg teramat sgt kat TKD ni jer ...tp kalau dah sampai sentuh personal ni aku rasa dah x melampau dah ni . To cut it short supaya x ader yg kena buah 9 ko tu (hiiiii..takut nyer...) just forget about everything la...kita ni dah tua dah nak gaduh2 mcm bebudak ni. As what I said in my previous email ...You ARE DAMMED GOOD and NOBODY can't win to u...
Sori la bro ...nama2 yg u sebut tu I x brp kenal sgt tp kalau tgk muka mungkin cam kot. Tp kalau Bernard Radin kenal sgt tu ...pls send him my regards .....dia ingat tu. Lamer betul x jumpa dia. Susah nak jumpa lg org yg btol2 low profile mcm dia .
Sorry la bro ...I rest my case....
chow wasallam ....
Sharifudin Mamat
your supersupersupersupersuperduper JUNIOR
p/s : ..."jangan sampai saya keluarkan buah 9,susah nanti...respect la kt senior,baru boleh jadi bagus.faham tak katik.. " he...he..macam budak-budak....
X tahu la aku aper sebenarnyer masalh budak ni?.. mungkin masa dia kecik2 dulu selalu kena dera kot?. Email dia dok ke arah provokasi jer ..padahal kalau tgk ayat2 yg aku susun tu semuanyer dok menangkan dia (cumer sikit aku kena explain la facts yg salah tu..).
Cumer bila email yg last dia dah start guna nama org lain ..nama member aku jugak tu yg x sedap tu. Bernard Radin tu mmg sezaman dgn aku dan mmg fighter masa zaman aku dulu la. Last aku terbaca kisah dia kat paper citer pasal budak dia menang kickboxing. Last aku jumpa dia pun masa National tournament kat Ipoh ..1996 kalau x silap aku. Tp masa tu dia kalah dgn budak underdog ..GUNA- budak Seremban (member lamer aku ..yg kalah dgn aku kat Tournament UTM 2 bulan sebelum tu...he..he..). Lepas tu aku dah x dgr berita dia lagi dah.
Tengokla setakat mana dia buleh tulis ..he..he.. seronok gak kekadang dok layan email2 cam ni..at least boleh mengupdate kan blog aku ni.
21 August 2007
5th DAN Grading
Bab-bab seminar dan kursus ni actually aku cukup minat walaupun aku tengok contents dia lebih kurang jer . So utk kursus kali ni aku pegi dgn Asmir student aku …assistant aku yg lain2 semuanyer ader hal. Ralat jugak aku coz aku dah janji dgn Master Amir utk bawak seramai yg mungkin.
Ntahla bebudak ni ….yg mmg btol ader hal OK la aku x leh cakap aper la tp yg lain2 aku x nmpak problem sgt utk attend kursus ni. Diaorg x faham…utk nak upgrade lagi rank tu diaorg perlukan recommendation dan contribution. Bab recommendation ni aku x jadi masalah …aku akan recommend tp bab mengexposekan diri ke MGTF ni diaorg kena pandai2la.
17/8/07 - Jumaat, aku dah apply half day leave coz regisration start kul 3pm. Mgmt meeting aku pulak drag dari semalam sampai la ke kul 5.00pm so mlm jugak la aku sampai ke Politeknik S.Alam tu. Macam biasa bila aku sampai kat kafetaria PSA tu aku nampak la Ustaz MAnsur, Nik Rashidi dan geng2 dari Kulim, Nanda & Bala....ni kira muka2 yg aku akan jumpa la utk setiap kali aktiviti MGTF. Member lamer aku Hanafi dari Pahang pun join course ni dgn bekas senior aku Mustahna.